Hanya 2 Pasport Palsu Dalam Pesawat #MH370 - Salah Seorang Tersenarai Di Interpol - Pesawat Mungkin Dilencong Ke Nepal



Seperti yang dipetik dari agensi berita antarabangsa, CNN.


BREAKING 1100 hrs: Maklumat terkini. Satu daripada dua pasport yang dicuri disahkan berada dalam pangkalan data Interpol menurut satu sumber dipetik CNN.

Pasport warganegara Itali telah pun berada dalam siasatan mereka dan menggesa Malaysia Airlines memberikan maklumat lebih terpeinci tentang identiti setiap penumpang dari 14 buah negara yang berada dalam pesawat itu.

Kedutaan Itali telah mengesahkan bahawa warganegaranya tidak berada di dalam pesawat MAS MH370 seperti yang diumumkan dalam sidang media kedua semalam.

Dalam pada itu, MAS menubuhkan pusat operasi di Kota Bharu, Kelantan atau Ho Chi Minh, Vietnam sebaik menerima pengesahan sekiranya pesawat itu ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat.

DCA pula mengharapkan agar waris bertenang sementara menantikan maklumat terkini, dan ahli keluarga mereka turut diberikan bantuan oleh Kementerian Kesihatan sekiranya trauma terhadap misteri kehilangan pesawat itu ada di kalangan mereka.

Usaha pencarian pesawat diteruskan ke kedudukan yang 'tidak dijangka dan bukan berada dalam laluan penerbangan' iaitu antara 60 hingga 100 batu nautika menurut jurucakap tentera laut China.

Mereka tidak menolak kemungkinan pasukan penyelam yang dihantar dan bertugas dalam tiga giliran mampu menemui pesawat sekiranya petunjuk terbaru diperoleh.

Tentera laut Filipina ditugaskan mencari di perairan antarabangsa manakala Singapura yang menghantar tambahan jet pejuang dan kapal perang terbaru kini akan menumpukan usaha mencari di kawasan 80 batu nautika ke utara Kota Bharu.

TLDM pula kini bersama tentera laut Amerika Syarikat dan Vietnam mencari di sekitar Teluk Siam dalam jarak 70 batu nautika dari kepulauan Tou Chu, Vietnam dan kawasan tersebut dijangka tumpuan utama misi mencari pesawat berkenaan.

Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan menghantar sepasukan pakar forensik dan akan bergabung dengan penyiasat NTSB yang sudah berada di Ho Chi Minh.

Kemungkinan perampas membawa pesawat sehingga ke pergunungan di India dan Nepal kini diteliti ejen CIA dan meminta pihak berkuasa rantau Asia Selatan supaya memaklumkan sebarang pergerakan pesawat yang mencurigakan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan