YAHOOO....AKU MENANG PERADUAN SHELL RM20,000.00

JANGAN GEMBIRA DULU.....

AWAS!!! SINDIKET PENIPUAN TERBARU MELALUI SMS





















Rasanya ini bukan perkara baru,kerana ramai orang pernah mendapat sms seperti ini:




Ianya dah lama berlaku,cuma yang terbaru ini sindiket penipuan tersebut menggunakan laman web bagi meyakinkan lagi orang ramai.

Jika anda melayari laman web yang dinyatakan iaitu www.sms-promo.co.cc , anda akan dapat membaca terma-terma dan syarat yang diolah menggunakan bahasa yang tunggang-langgang,campuran bahasa Malaysia dan Indonesia:

Berikut adalah terma-terma dan syarat yang dinyatakan:


  1. Peraduan ini dianjurkan oleh Shell (M) Sdn Bhd dan terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.    
  2. Individu-individu berikut tidak layak untuk menyertai peraduan ini:
  • Kakitangan pihak Penganjur (termasuk anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan) dan keluarga mereka (kanak-kanak, ibu bapa, adik-beradik, pasangan dan saudara terdekat); dan / atau
  • wakil, pekerja, kakitangan dan / atau agen-agen syarikat-syarikat pengiklanan dan / atau pembekal perkhidmatan promosi Penganju (termasuk anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan) dan keluarga mereka (kanak-kanak, ibu bapa, adik-beradik, pasangan dan saudara mara yang rapat).
  1. SMS peraduan cabutan bertuah hadiah mingguan Shell (M) Sdn Bhd itu melalui pengacakan Nombor telepon bimbit mulai dari (A) DIGI, CELCOM, MAXIS, HOTLINK. dan diantarkan melalui message / sms oleh pihak Shell (M) Sdn Bhd.    
  2. Bagi pemenang yang bertuah atau yang sah akan di antarkan melalui message atau sms dari syarikat Shell (M) Sdn Bhd.    
  3. Pemenang SMS cabutan bertuah hadiah mingguan akan di antarkan masuk melalui account bank & proses melalui mesin ATM (A) Sebagai pengesahan pemenang simcard bertuah itu melalui Top up/Reload: DIGI, CELCOM, MAXIS/HOTLINK    
  4. Untuk pihak yang berjaya mendapatkan sms hadiah cabutan bertuah di himbau untuk merepotkan (No.siri: xR xxx YK) yang nampak pada sms    
  5. Pemenang yang mendapatkan SMS hadiah mingguan di himbau untuk dail nombor talian Shell (M) Sdn Bhd yang tersediah pada message / SMS (A) U/information maklumat lanjut sila dail office : 03-13355-0350 / 012-8191-536    
  6. Promotion SMS cabutan bertuah hadiah mingguan yang telah diadakan oleh Shell (M) BHD, sudah di sahkan langsung oleh pejabat MENTERI & PDRM
  7. Hati-hati terhadap penipuan melalui message / sms (A) SMS yang sah telah diadakan oleh Shell (M) Sdn Bhd telah di lengkapi website yang nampak pada message / sms.    
  8. Promotion sms predaduan cabutan bertuah hadiah mingguan yang diadakan oleh Shell (M) Sdn,telah bekerja sama dari pada......


Lebih berani mereka juga menggunakan logo Polis serta peraduan ini juga dikatakan telah disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Sila rujuk di sini: http://www.sms-promo.co.cc/terma.html

Tinjau di laman web rasmi Shell Malaysia memang terdapat peraduan  Shell "Win up to RM60,000 Cash Weekly” Campaign Withdrawal.

Namun berdasarkan apa yang dipaparkan laman web  http://www.sms-promo.co.cc/ ternyata ianya bukan laman rasmi Shell Malaysia kerana terdapat banyak pautan yang tidak boleh di klik serta terdapat banyak kesilapan ejaan dalam terma-terma dan syarat peraduan.Sindiket tersebut menggunakan laman web yang mereka kendalikan sendiri bagi mengabui mata orang ramai.

Harapan kita pihak polis dapat menyiasat perkara ini agar tiada yang menjadi mangsa penipuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan