PM: Dr M ulang 'khabar angin jahat' pada Rosmah

 





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mengulangi “khabar angin berniat jahat” terhadap keluarga dan isterinya Rosmah Mansor.

Sebagai contoh, kata Najib, dalam ucapan di Ipoh, Mahathir memetik kenyataan palsu yang dijaja pembangkang melalui artikel ubah suai daripada Utusan Malaysia.

“Beliau juga bangkitkan kembali fakta palsu dan memburuk-burukkan oleh pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang bahawa isteri saya miliki cincin RM24 juta.

“Ini semua bohong, syarikat yang memiliki cincin itu perjelas secara terperinci bahawa cincin itu tidak pernah dibeli oleh Rosmah,” katanya dalam siri baru jawapan kepada soalan lazim (FAQ) di blognya hari ini.

Najib meluahkan rasa kesal kerana orang seperti Mahathir turut menabur fitnah kepada orang ramai.

Sebelum ini, beredar gambar muka depan satira Utusan kononnya Rosmah mampu membeli cincin mewah itu kerana telah menabung daripada kecil.

Najib mula memuat naik FAQ menjawab isu panas dalam negara selepas Mahathir hilang kepercayaan pada pentadbirannya dan menuntut beliau berundur.

Beliau juga hari ini mengambil peluang menjawab serangan Mahathir dengan berkata banyak perkara dilontarkan tidak adil dan mengelirukan

Sejarah dan perkembangan gerakan kristianisasi di Sarawak

Gerakan kristianisasi di Sarawak telah bermula sejak tahun 1848 bahkan lebih awal, dengan kedatangan Francis Thomas Mcdougall di atas jemputan James Brooke. Francis Mcdougall merupakan seorang doktor perubatan yang bermazhab Anglican dan merupakan pengasas bagi Mazhab Anglican di Sarawak. Beliau memulakan aktivitimissionaries pertamanya di Sarawak dengan menubuhkan Borneo Church Mission.
Sasaran awal bagi gerakan ini adalah orang-orang Melayu di Sarawak. Francis Mcdougall merupakan orang pertama yang membuka sekolah formal bagi anak-anak Melayu sebagai cara untuk memudahkan dakyah Kristianisasi terhadap anak-anak Melayu. Beliau telah membina sekolah-sekolah, gereja-gereja dan dispensari bagi menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat Sarawak.
Bagi tujuan untuk menggencarkan lagi penyebaran agama Kristian dalam kalangan masyarakat Melayu di Sarawak, Francis Mcdougall telah menjemput Melayu Kristian dari Singapura untuk berdakyah kepada orang Melayu. Namun begitu, usahanya gagal apabila pemimpin Melayu dan masyarakat Melayu menentang tindakan tersebut. Setelah gagal dengan usaha tersebut, Francis Mcdougall meneruskan usaha dakyahnya dengan membuka sekolah untuk anak-anak Melayu serta menyebarkan buku panduan agama Kristian dalam bahasa Melayu kepada masyarakat.
Setelah usaha kristianisasi terhadap orang Melayu menemui kegagalan, Francis Mcdougall seterusnya mengalih sasaran kepada masyarakat pribumi dan Cina di Sarawak. Usaha penyebaran agama Kristian oleh beliau dalam kalangan masyarakat tersebut membuahkan hasil. Beliau menggunakan sebaik-baiknya kelebihan beliau sebagai doktor perubatan bagi menarik minat masyarakat tempatan untuk menerima Kristian dengan menubuhkan klinik perubatan selain mengambil anak angkat serta mendamaikan pergaduhan yang berlaku dalam masyarakat di Sarawak.
Pada tahun 1881, Charles Brooke telah menjemput tokoh kristianisasi yang daripada mazhab Katolik ke Sarawak setelah kegagalan Missionaries Anglican menyebarkan dakyah ke bahagian lain di Sarawak. Father Edward Dunn, menjadi antara nama besar yang berjaya menyebarkan agama Kristian di Sarawak. Beliau merupakan salah seorang tokoh missionaries yang bermazhab Katolik. Beliau sangat berkemahiran dalam bidang pertanian dan kelebihan ini dimanfaatkan oleh beliau semaksima mungkin untuk menarik minat masyarakat Iban di pedalaman terhadap agama Kristian. Aktiviti kristianisasi seterusnya tertumpu di bahagian kedua sarawak iaitu di Sarikei dan juga Saribas.
Keluarga Brooke sangat menyokong dan memberi dorongan terhadap penyebaran agama Kristian di setiap bahagian di Sarawak tanpa mengira denominasi mazhab, walaupun keluarga mereka sendiri merupakan Kristian yang bermazhab Anglican. Keluarga Brooke pada ketika itu memberi jaminan terhadap keselamatan missionaries Kristian serta meyakinkan para missionariesbahawa tidak akan ada tentangan daripada pemimpin Islam terhadap usaha kristianisasi yang mereka lakukan. Di samping menyebarkan agama Kristian dalam masyarakat, Father Edward Dunn juga telah berjaya menubuhkan beberapa buah sekolah missionaries di Sarawak. Antaranya, Sacred Heart di Sibu, St Teresa dan St Joseph di Kuching.
Antara mazhab Kristian utama lain yang terdapat di Sarawak, antaranya adalah Gereja Methodist SarawakSevent-Day Adventist dan juga SIB (Sidang Injil Borneo).
Borneo Evangelical Mission (BEM) ataupun Sidang Injil Borneo (SIB) telah diasaskan di Melbourne pada tahun 1928. Sasaran awal gerakan ini adalah masyarakat Murut (Lun Bawang) dan Kelabit. SIB antara mazhab Kristian yang terbesar di Malaysia dengan anggaran keahlian seramai 500 000 orang di seluruh Malaysia. Pertubuhan ini memberi latihan kepada masyarakat tempatan untuk menjadi missionaries serta ‘Clergymen’  gereja. Di Lawas, telah ditubuhkan sebuah sekolah pengajaran Bible dan ia berfungsi sebagai pusat latihan para paderi serta terjemahan Bible ke dalam bahasa Borneo.
Ecumenism ataupun penyatuan gereja-gereja sangat popular di Sarawak. Penyatuan ini telah dilakukan pada tahun 1991. Antara mazhab yang menyertai Ecumenism adalah Anglican, Roman Katolik, Methodist, SDA, SIB dan The Salvation Army. Penyatuan gereja-gereja ini telah membentuk Sarawak Ecumenical Centre yang menjadi suatu badan yang mengatur serta menyelaraskan aktiviti missionaries di Sarawak.
Pertubuhan-pertubuhan Kristian semakin berkembang di Sarawak selepas merdeka. Kira-kira 50 pertubuhan ataupun mazhab Kristian telah ditubuhkan di Sarawak selepas merdeka. Hasil perkembangan dan usaha gigih mereka telah berjaya merubah demografi Sarawak menjadi satu-satunya negeri yang majoriti beragama Kristian.
Selain itu juga, pelbagai purtubuhan missionaries antarabangsa menjalankan aktiviti kristianisasi secara pesat di bumi Sarawak antaranya Church of Latter-Day Saint (mormon), World Church Mission (WCM), Mill Hills Society,dan banyak lagi.
Usaha mereka yang terancang ini perlu menjadi perhatian masyarakat Islam di Sarawak agar kita semua sedar akan ancaman ini kepada masyarakat Islam di Sarawak.

Ekstremis Buddha Dalang Pencetus Kebencian Terhadap Agama Islam di Burma

2013-06-22-ashinwirathuhtz1
Nama beliau Wirathu, beliau menggelarkan dirinya “Burmese Bin Laden” dan merupakan seorang sami Buddha yang menyebar mesej kebencian di seluruh Burma.
Menjadi perkara biasa sami berumur 45 tahun ini menyebarkan mesej-mesej kebencian ke atas agama Islam melalui DVD dan media sosial, dan memberi amaran kepada golongan Muslim dengan “mensasarkan perempuan-perempuan Burma dan akan memperkosa mereka” dan “kenikmatan dalam mengamalkan kronisme”.
Mendengar bicaranya dalam bahasa Burma, ucapannya kelihatan tenang, hampir-hampir sahaja dilihat seperti berkhayal, dengan menggoyangkan tubuhnya ke depan dan belakang, mata me-layu. Menterjemah dari kata-katanya yang kedengaran lembut, namun penuh dengan ketakutan dan paranoia, sarat dengan sentimen perkauman dan khabar-khabar tidak berasas, telah mendorong hasutan ke arah keganasan dan tersebarnya maklumat-maklumat tidak tepat di negara itu yang menghalang dari terlaksananya demokrasi.
“Kami telah diperkosa dan diganggu secara seksual di setiap bandar, dibuli dan ditindas…” Wirathu bercerita kepada Guardian, di sebuah pusat ibadat (biara) Masoeyein, Mandalay.
“Di setiap bandar, ada kelompok Muslim yang ganas dan kasar.”
Hakikatnya, mudah untuk mengabaikan terus Wirathu dan mengatakan bahawa beliau adalah seorang sami yang menyeleweng dan dipengaruhi dengan pandangan-pandangan agresif dan ganas. Namun beliau mengetuai lebih 2,500 sami di pusat ibadat itu, Wirathu juga memiliki ribuan followers di Facebook dan video-video Youtube beliau yang telah ditonton lebih puluhan ribu.
Seiring dengan keterbukaan Burma, yang turut dikawal ketat di bawah pemantauan junta tentera, telah menampakkan gelombang sentimen anti Muslim tersebar ke lebih 60 juta pengikut kuat Buddha dan Wirathu ialah dalang utama di sebalik tersebarnya sentimen jahat ini.
Latar belakang Wirathu
Wirathu mula dikenali sekitar tahun 2001, apabila beliau telah melancarkan kempen kebangsaan memboikot orang-orang Islam, Wirathu dipenjarakan selama 25 tahun pada 2003 atas sebab menghasut sentimen benci kepada orang-orang Islam, kemudian dibebaskan pada 2010 sebab pengampunan.
Sejak dibebaskan,Wirathu kembali menyebar mesej jahat dan kebencian. Ramai mempercayai kata-katanya telah mencetuskan permusuhan antara penganut Buddha dan etnik Muslim Rohingya di Rakhine, yang telah menyebabkan 200 orang terbunuh dan lebih 100,000 lagi menjadi pelarian.
Dalang di sebalik semua ini ialah Wirathu, yang juga telah mengetuai perhimpunan sami-sami di Mandalay pada bulan September mempertahankan Presiden Thein Sein kerana sebuah perancangan kontroversi untuk mengalihkan Rohingya ke negara dunia ketiga. Sebulan kemudian, lagi keganasan telah berlaku di Rakhine.
Keganasan yang berlaku di Rakhine telah mencetuskan pergaduhan lain di Meiktila, di mana pergaduhan berlaku di sebuah kedai emas yang akhirnya menyebabkan kecurian dan kebakaran kedai. Lebih 40 orang terbunuh dan 13,000 yang lain dipaksa melarikan diri, kebanyakan dari mereka adalah Muslim, kemudian masjid, deretan kedai dan rumah dibakar.
Wirathu berkata lagi berkenaan Islam, bahawa perempuan Buddha dipaksa masuk Islam dan akan dibunuh kerana gagal mematuhi hukum agama. Beliau juga percaya bahawa cara halal dalam Islam membunuh lembu “akan membolehkan berlakunya persamaan darah dan boleh meningkat ke suatu tahap yang mengancam keamanan dunia”. (suatu kefahaman dalam Buddha)
Kemudian, beliau kembali menerajui kempen kebangsaan “969” yang mendorong penganut Buddha untuk menyokong perniagaan orang-orang Buddha (buy Buddhist and shop Buddhist) dan meletakkan tanda di rumah-rumah dan perniagaan masing-masing menggunakan nombor yang berkaitan dengan agama Buddha (6 elemen ajaran beliau/Buddha), dengan niat untuk mewujudkan diskriminasi agama ke atas agama Islam.
Wirathu dengan terbuka menyalahkan golongan Muslim yang menjadi punca keganasan berlaku. Dengan kadar 5 peratus dari populasi keseluruhan Burma, Wirathu mengatakan bahawa golongan Muslim di Burma telah didanai oleh kuasa Timur Tengah : “Golongan Muslim tempatan ganas dan kasar kerana golongan ekstrimis telah mendokong mereka, memberikan mereka dana, membekalkan senjata dan tenaga teknikal, kata dalang kebencian itu.
Ketidaksetujuan Penganut Buddha Lain
Bukan semua bersetuju dengan ajaran Wirathu, termasuk dari kalangan orang Buddha sendiri. “Dia menyeru ke arah kebencian dan hasutan,” kata Abbot Arriya Wuttha Bewuntha, seorang sami di pusat ibadat Myawaddy Sayadaw, Mandalay. “Ini bukanlah ajaran Buddha. Apa yang diajar dalam Buddha berkenaan kebencian adalah salah, kerana Buddha melihat semua orang adalah sama. Agama Buddha tidak menilai manusia melalui agamanya.”
Poin kritikan ke atas  kurangnya didikan agama ke atas Wirathu menjelaskan tindakan ekstrimis beliau, yang rata-ratanya diabaikan pun, namun pandangan beliau cukup berpengaruh khususnya dalam sebuah negara yang kebanyakannya perniagaan dijalankan oleh golongan Muslim dengan jayanya.
Anak kedua dari lapan adik beradik, Wirathu dilahirkan pada tahun 1968 dalam sebuah bandar berdekatan Mandalay dan hanya mendapat pendidikan sekolah sehingga umur 14 tahun, dan kemudian menjadi sami. Keazaman yang tinggi untuk meninggalkan “kehidupan yang penuh dengan ketamakan dan penindasan”, beliau juga tiada keinginan untuk berkahwin dan hidup bersama  wanita dalam hidupnya.
Wirathu mendakwa dirinya membaca Al-Quran da memiliki beberapa rakan Muslim, “Kami tidak begitu rapat kerana rakan Muslim saya tidak tahu bagaimana ingin berbicara dengan sami Buddha… Saya boleh terima untuk dijadikan sebagai seorang rakan jika mereka mengakui bahawa saya seorang tokoh agama yang disegani dan dihormati.”
Ironi dan Bahaya Si Sami Ganas
Walaupun meringkuk dalam penjara selama 7 tahun disebabkan menghasut kebencian agama, Wirathu telah memperoleh anugerah “Freedom of Religion”  pada bulan Februari daripada sebuah pusat ibBuddha Burma UK, Sasana Ramsi. Dalam minggu yang sama, beliau menyebarkan khabar angin bahawa sekolah Rangoon akan dibangunkan menjadi sebuah masjid.
Para penganalisis memberi amaran bahawa sekiranya ucapan-ucapan Wirathu terus diberi kebebasan sebagaimana yang beliau kehendaki – ditambah dengan pengaruhnya yang kuat ke atas sami yang lain, juga turut menghasut sentimen agama dan kebencian kepada agama Islam – sepatutnya diambil sebagai ‘wake-up call’ kepada seluruh dunia. “Sekiranya gerakan yang sama (seperti kempen ‘969’yang dipenuhi dengan ucapan-ucapan jahat dan kebencian), khususnya kepada orang-orang Yahudi di Eropah, takkan ada mana-mana kerajaan Eropah akan bertolak ansur dengannya.”
Thein Sein dan ketua pembangkang, Aung San Suu Kyi telah dikritik kerana tidak menyatakan pendirian yang teguh ke atas keganasan yang berlaku di Burma sejak beberapa bulan lalu. Sebahagian mengatakan bahawa seolah-olah keganasan yang berlaku adalah keganasan yang terancang ; jurucakap khas PBB Vijay Nambiar berkata bahawa keganasan yang berlaku mengandungi “brutal efficiency” dan hasutan yang “menyemarakkan lagi api permusuhan”.
Baru-baru ini, aktivis berlatarbelakangkan banyak kepercayaan agama di Burma telah turun ke jalan-jalan untuk menyatakan bantahan mereka ke atas keganasan yang berlaku dengan mengedar T-shirt dan pelekat stiker dengan mesej : “There shall be no racial or religious conflicts because of me.” (Tiada konflik bangsa atau agama disebabkan saya) Namun ketegangan yang berlaku antara penganut agama Buddha dan Islam telah tersebar jauh dan meluas.
Di Rangoon, sebuah masjid dibakar yang membunuh 13 kanak-kanak yang dipercayai telah dibakar hidup-hidup. Dan di Indonesia, 8 orang penganut Buddha dipukul sehingga mati oleh sekumpulan Muslim Rohingya di sebuah pusat tahanan, sebagai tindak balas hukum pada insiden gangguan seksual yang dilakukan oleh penganut Buddha ke atas wanita Islam Rohingya.
Banyak sumber mengatakan bahawa golongan yang mencetuskan permusuhan, seperti Wirathu, telah dijadikan boneka oleh tentera untuk menimbulkan huru-hara dari terlaksananya demokrasi. Namun Wirahthu menafikan hal itu, dan mengatakan bahawa beliau itu tindakan beliau sendiri, “Ini adalah kepercayaan saya, saya mahu dunia tahu mengenainya.”
Wirathu juga menegaskan bahawa “perkembangan populasi” penganut Islam di Burma bermaksud “mereka akan menawan negara kita pada akhirnya.” Sambungnya lagi, “Apabila kita menang di medan pertempuran ini, kita akan bergerak ke sasaran Muslim yang lain.”

“Preacher of hate”

1968 Wirathu dilahirkan di Kyaukse, berdekatan Mandalay.
1984 Menyertai Sami
2001 Mula melancarkan kempen kebangsaan “969”, termasuk memboikot perniagaan orang-orang Islam.
2003 Dipenjarakan selama 25 tahun kerana menghasut dan menyebar kebencian agama, menyebabkan 10 Muslim terbunuh di Kyaukse.
2010 Dibebaskan sebab pengampunan.
Jun 2012 Pergaduhan tercetus antara etnik Muslim Rohingya dan penganut Buddha di Rakhine.
September 2012 Wirathu mengetuai perhimpunan yang menyatakan sokongan kepada Presiden Thein Sein yang mencadangkan untuk menjadikan Rohingya ke sebuah negara dunia ketiga.
Oktober 2012 Angka keganasan meningkat di Rakhine.
Mac 2013 Pertempuran antara agama di Meiktila mengakibatkan 40 terbunuh dan 13,000 lagi menjadi pelarian ; pelekat stiker dan plak “969” disebar ke seluruh Burma.
Sumber : theguardian.co

Kapal Tentera Laut Turki Dihantar Bantu Pelarian Muslim Rohingya

n_82639_1
Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu mengumumkan bahawa kerajaannya akan menghantar kapal tentera laut Turki ke perairan Thailand dan Malaysia dalam usaha menyampaikan bantuan kemanusian kepada para pelarian Muslim Rohingya.
Beliau berucap di Istana Çankaya, bertarikh 19 Mei, kerajaan Turki akan cuba sehabis baik untuk membantu para pelarian Muslim Rohingya yang terkandas di perairan rantau Asia Tenggara, bersama-sama International Organization for Migration (IOM), dengan bantuan kapal angkatan tentera laut Turki yang sudah pun bertolak ke perairan tersebut.
Dianggarkan 7 ke 8 ribu pelarian Rohingya dan Bangladesh dipercayai terkandas di sekitar Selat Melaka, dan tidak dibenarkan berlabuh di mana-mana kawasan berdekatan disebabkan ketegasan pihak berkuasa Thailand dan Malaysia.
Bot penumpang yang membawa 500 rakyat Myanmar yang teraniaya di tanah air mereka, yang majoritinya adalah Muslim, dibawa arus merentas laut sebelah barat Indonesia sejak 10 Mei lalu, dengan keadaan sebahagian dari mereka memerlukan rawatan perubatan.
Warga lelaki, perempuan dan kanak-kanak tiba dalam 2 bot yang berasingan, satu bot memuatkan 430 penumpang, manakala 70 penumpang satu lagi, kata Steve Hamilton, Timbalan Ketua Misi IOM di Jakarta.
Penduduk Muslim Rohingya telah menderita sejak beberapa dekad yang lalu disebabkan diskriminasi kerakyatan dan persempadanan yang berlaku di Myanmar.
Tindakan keganasan yang dilakukan oleh puak ekstremis minoriti Buddha dalam tempoh 3 tahun yang lalu, telah mengakibatkan berlakunya pelarian bot terbesar sejak Perang Vietnam, yang mencapai 100,000 pelarian (menurut Pengarah Projek Arakan, Chris Lewa). Projek tersebut telah memantau perkembangan Rohingya lebih sedekad lalu.
Dalam keadaan kekurangan makanan dan air bersih, Lewa menyatakan kebimbangan beliau dengan kesihatan para pelarian yang kian merosot. Dilaporkan banyak kematian disebabkan punca itu sejak beberapa bulan lalu.

Kapten Hanafiah Aceh :. “Kami meminta nelayan di Aceh untuk menyelamatkan mereka demi kemanusiaan. Kehidupan ini terus berputar, tidak ada yang tahu kapan kita akan kembali membutuhkan bantuan dari orang lain seperti kejadian tsunami Aceh dulu

rohingya 1
“SAYA bertanya kepada mereka apakah mereka ingin kembali ke negara asal mereka, dan mereka semua menolak,” tutur Hilmi Bakar, seorang Aceh. Seorang relawan Palang Merah Indonesia pun memiliki pengalaman senada. Kepadanya, para pengungsi Rohingya menyatakan bahwa mereka lebih suka mati di Indonesia ketimbang kembali ke tempat di mana mereka selalu didiskriminasi dan disiksa. “Beberapa dari mereka menangis dan meminta untuk tinggal di Indonesia. Kembali ke negara mereka sendiri membuat mereka merasa sangat tidak aman,” katanya. #saverohingya
rohingya 2
Tin Soe, editor Kaladan Press Network sebuah kelompok berita Rohingya yang berbasis di Bangladesh, mengatakan bahwa para pengungsi ini sudah dicabut hak dasar hidupnya oleh pemerintah Myanmar. “Mereka telah kehilangan hak, mereka tidak bisa mendapatkan pekerjaan di pemerintahan, mereka tidak bisa mendapatkan pendidikan, mereka tidak bisa bergerak, mereka tidak bisa melakukan apa-apa,” katanya. “Jadi mereka pergi ke Bangladesh atau Malaysia untuk bertahan hidup.” #saverohingya
rohingya 3
Menurut Amy Smith dari Right Fortify terdamparnya kapal para pengungsi ini menunjukan kurangnya respon dan kemauan politik untuk melindungi pengungsi Rohingya dan korban trafficking. “Pemerintah daerah setempat harus segera bertindak sebab musim angin muson semakin dekat dan perjalanan laut akan sangat berbahaya,” demikian Smith. #saverohingya
rohingya 4
Sesepuh nelayan Serambi Mekkah, Kapten Yahya Hanafiah, telah meminta armadanya untuk membawa para migran Bangladesh dan Rohingya. “Kami meminta nelayan di Aceh untuk menyelamatkan mereka demi kemanusiaan. Kehidupan ini terus berputar, tidak ada yang tahu kapan kita akan kembali membutuhkan bantuan dari orang lain seperti kejadian tsunami Aceh dulu,” kata Hanafiah. Tabik kapten! #saverohingya [irah/islampos]

Jika Tidak Segera ke Darat, Angin Muson Ancam Pelarian Rohingya di Laut


pengungsi rohingya
NASIB sekitar 300 migran Rohingya yang sesak dalam kapal pukat yang berada di perairan antara Thailand dan Malaysia semakin memburuk dan membuat mereka putus asa. Ribuan migran lainnya dari Bangladesh dan Myanmar juga diyakini berada dalam perahu reyot dan berisiko kelaparan. Demikian dilaporkan oleh Agence France Presse (AFP), Senin (18/5/2015).
Kondisi perahu yang mereka tumpangi sendiri sangat memprihatinkan. Kamis pekan lalu, perahu mereka terdampar dekat resor Ko Lipe, Thailand selatan. Angkatan Laut Thailand langsung memberi makanan dan air untuk para pengungsi, yang sebagaian besar di antaranya adalah perempuan dan anak-anak.
Seorang pejabat Thailand yang tak mau disebutkan namanya mengatakan bahwa perahu para pengungsi diyakini berada di zona laut yang tumpang tindih antara Malaysia dan Indonesia.
“Jika benar, itu akan mencerminkan fase baru ketiga negara yang bertetangga ini, yang oleh badan kemanusiaan disebut sebagai ‘maritim pingpong’; ketika menanggulangi migran dalam beberapa hari terakhir ini,” tambahnya.
Menurut Amy Smith dari Right Fortify terdamparnya kapal para pengungsi ini menunjukan kurangnya respon dan kemauan politik untuk melindungi pengungsi Rohingya dan korban trafficking. “Pemerintah daerah setempat harus segera bertindak sebab musim angin muson semakin dekat dan perjalanan laut akan sangat berbahaya,” demikian Smith. [irah/islampos

Tiga Hakim Mahkamah Mesir Dilaporkan Ditembak Mati Oleh Sekumpulan Lelaki Bersenjata, Beberapa Jam Selepas Bekas Presiden, Mohammed Mursi Dijatuhi Hukuman Mati.

Yusuf Al-Qaradawi
Mohammed Mursi
KAHERAH 16 Mei – Mahkamah Mesir, hari ini menjatuhi hukuman mati ke atas bekas Presiden, Mohammed Mursi dan ulama Islam terkenal, Yusuf Al-Qaradawi atas kesalahan melakukan rusuhan di penjara pada 2011 bagi menentang Presiden, Hosni Mubarak.
Agensi berita BBC memetik kenyataan Hakim Shaaban el-Shami sebagai berkata, Mursi merupakan salah seorang daripada 100 anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang dijatuhi hukuman tersebut oleh mahkamah.
Mursi mendengar keputusan itu di kandang pesalah, manakala sebahagian besar tertuduh yang lain tidak hadir, termasuk Yusuf Al-Qaradawi yang kini menetap di Qatar.
Bagaimanapun, hukuman itu hanya akan dilaksanakan selepas mendapat pengesahan daripada Mufti Besar Mesir, pihak berkuasa agama paling tinggi di Mesir.
Keputusan akhir hukuman akan diumumkan pada 2 Jun ini.
Sebelum ini Mursi dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun oleh mahkamah atas kesalahan mengeluarkan arahan supaya menahan penunjuk perasaan di Istana Presiden pada 2012.
Penyokong Mursi mendakwa kes melibatkan pemimpin mereka itu bermotifkan politik dan mahu menutup kes penggulingan beliau oleh pihak tentera.
Dalam perkembangan lain, tiga hakim mahkamah Mesir dilaporkan ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata, beberapa jam selepas bekas Presiden, Mohammed Mursi dijatuhi hukuman mati.
Polis berkata, ketika kejadian ketiga-tiga hakim berkenaan berada di dalam bas di bandar al-Arish, Semenanjung Sinai, sebelum mereka diserang oleh kumpulan bersenjata.
“Dua orang hakim lain turut cedera dalam serangan tersebut,” jelas anggota polis.
- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/luar-negara/mursi-qaradawi-dijatuhi-hukuman-mati-1.92588#sthash.fTSpl7RJ.dpuf

Gereja Misteri


Ada sebuah pemandangan aneh di Bulgaria. Sebuah gereja kuno bersejarah kelihatan terkeluar dari tengah tasik Zhrebchevo yang luas. Bagaimana ceritanya gereja tersebut boleh ada di sana?

Gereja yang berada di tengah tasik itu bernama St Ivan Rilski yang menjadi satu-satunya bukti kewujudan suku Zapalnya. Komuniti tersebut mendiami sebuah kampung hingga akhirnya diusir oleh pemerintahan komunis untuk membina empangan. Mereka "kabur" ke kampung tetangga ketika wilayahnya direndam air untuk membuat tasik buatan.




Kini gereja tersebut kelihatan menarik menjulang di tengah empangan di dekat bandar Tvardica itu. Sedangkan rumah-rumah Zapalnya yang dihancurkan sebelum hujan turun  pada 1965 kini tenggelam di dasarnya. Kini Zapalnya telah lenyap dari peta, bandar itu wujud sebelum abad ke-13 dengan nama berbeza.




Berada sejauh 175 batu dari ibu kota Sofia, runtuhan St Ivan Rilski dan
empangan itu sendiri menjadi destinasi pelancongan popular bagi pelancong, jurugambar dan pemancing. Menurut keterangan radio tempatan, gereja itu dibina pada 1895 dan menjadi jantung kehidupan di Valley. Saat itu Zapalnya dikenal sebagai penghasil minyak mawar di era Ottoman.

Entah kenapa gereja tersebut tidak ikut diratakan dengan tanah sebelum dijadikan 
empangan itu yang menjadi misteri sehingga kini.. Namun untungnya kini menjadi daya tarik tersendiri.






Anda mungkin juga meminati:

Permainan Kaum Yahudi



SEPANJANG sejarah orang-orang Yahudi telah melumuri lembarannya dengan penuh pengkhianatan dan pelanggaran janji. Mereka lebih suka memilih jalan tipu daya, persekongkolan, menimbulkan keresahan dan gempa di barisan kaum Muslimin. Hal ini sering terjadi di masa Rasulullah SAW. Salah satunya yang dilakukan oleh Syas bin Qais.

Ibnu Ishaq menuturkan bahawa Syas bin Qais adalah seorang tokoh Yahudi yang sudah tua renta dan sekaligus pemimpin kekufuran. Dia sangat membenci dan mendengki kaum Muslimin.

Suatu kali dia melewati beberapa orang sahabat dari Aus dan Khazraj yang sedang berkumpul dan berbincang-bincang dalam suatu majlis. Dia meradang kerana melihat kerukunan, persatuan dan keakraban di antara sesama mereka kerana Islam. Padahal, semasa Jahiliyah Aus dan Khazraj selalu bermusuhan.

Syas bergumam sendiri, "Ada beberapa orang dari Bani Qailah yang ikut berkumpul di tempat ini. Tidak, demi Allah, kami tidak boleh membiarkan mereka bersatu. "

Kemudian dia berkata kepada seorang pemuda Yahudi yang disuruhnya, "Hampirilah orang-orang itu dan duduklah bersama mereka. Kemudian ungkit kembali Perang Bu'ats yang pernah mereka alami. Lantunkan juga syair-syair yang pernah mereka ucapkan secara berbalas-balasan pada saat itu. "

Pemuda itu menuruti sahaja apa yang diperintahkan Syas. Akibatnya, mereka saling berdebat dan saling membanggakan diri, hingga ada dua orang yang melopat bangkit dan adu mulut dengan sengit.

Salah seorang si antara keduanya berkata kepada yang lain, "Jika kalian menghendaki, saat ini juga kami akan menghidupkan kembali akar peperangan di antara kita." Kedua-dua belah pihak, Aus dan Khazraj ikut terpancing. Lalu masing-masing mengambil senjatanya dan hampir saja terjadi adu fizikal.

Rasulullah SAW yang mendengar kejadian ini segera beranjak pergi beserta beberapa sahabat dari Muhajirin dan menemui mereka. Beliau bersabda, "Wahai kaum muslimin, Allah ... Allah ... Mengapa masih ada seruan-seruan jahiliyah, padahal aku ada di tengah-tengah kalian, setelah Allah menunjuki kalian untuk memeluk Islam, memuliakan kalian, memutuskan urusan Jahiliyah dari kalian, menyelamtkan kalian dari kekufuran dan menyatukan hati kalian dengan Islam? "

Mereka pun sedar bahawa kejadian ini merupakan bisikan syaitan dan tipu daya musuh mereka. Akhirnya mereka menangis. Orang-orang Aus berpelukan dengan orang-orang Khazraj, lalau mereka beranjak meninggalkan tempat itu beserta Rasulullah SAW. Mereka semakin taat dan patuh kepada beliau, kerana Allah telah memadamkan tipu daya musuh Allah, Syas bin Qais.

Ini merupakan sebuah gambaran dari usaha orang-orang Yahudi untuk membangkitkan keresahan dan gempa di kalangan kaum Muslimin. Mereka ingin memasang rintangan di hadapan dakwah Islam. Mereka mempunyai banyak cara untuk memuluskan rencana semacam ini; menyebarkan isu-isu dusta, dan menyatakan iman pada pagi hari dan kufur pada sore harinya, dengan tujuan menanamkan benih keraguan di dalam hati orang-orang yang lemah imannya.

Bukan hanya itu, mereka juga merumitkan penghidupan orang-orang Mukmin yang mempunyai hubungan materi dengan mereka. Jika ada orang mukmin berhutang kepada mereka, mereka menuntutnya siang dan malam. Jika mereka mempunyai tanggungan terhadap orang Mukmin mereka memanipuasi sebahagian tanggungan itu dengan cara yang batil atau bahkan tidak mau membayar sama sekali.

Dalam hal ini mereka berkata, "Kami akan membayar hutang kami selama kalian masih berada pada agama bapak-bapak kalian. Tetapi, setelah kalian keluar dari agama mereka, kami tidak ada lagi kewajiban untuk membayarnya. "

Mereka berbuat seperti itu sebelum meletus Perang Badar, sekali pun sudah dikukuhkan perjanjian dengan Rasulullah SAW. Beliau dan para sahabat selalu bersabar menghadapi semua itu, kerana mereka mempunyai komitmen untuk menjaga keselamatan dan keamanan di wilayah Madinah.

Seperti itulah gamabaran kecil dari kelicikan orang-orang Yahudi. Kadang-kadang kita pun mudah tertipu akan tipu daya yang mereka lakukan. Mereka bertindak seolah-olah bagaikan malaikat penolong bagi kita. Namun, setelah kita masuk pada perangkapnya, maka mereka akan melayan kita secara semena-mena. Maka dari itu, jangan terlalu yakin pada mereka. Kita memang dianjurkan untuk berlaku baik kepada orang lain, walau pun berbeza keyakinan, tapi ingat, kita pun harus dapat menjaga diri agar kita tidak masuk dalam perangkap yang mematikan. []

Sumber: Sirah Nabawiyah Sejarah Hidup Nabi Muhammad / Karya: Syaikh Shafiyyurrahman Al-Mubarakfuri / Penerbit: Ummul Qura | www.islampos.com

Ketika Yahudi Kulit Putih Bersikap Rasis Terhadap Yahudi Lainnya



"Darah saya cukup Yahudi untuk menjadi tentera, tetapi tidak selepas itu," teriak seorang wanita di depan polis rusuhan, Khamis minggu lalu di Jerusalem.

"Saudara saya Golani, sebutan untuk unit tentera Israel. Begitu juga saya. Tetapi saya tidak boleh mendapatkan pekerjaan, "teriak yang lain. "Saya menghadapi perlakuan rasis apabila berpindah ke sebuah apartmen."

Kedua suara itu telah cukup untuk menggambarkan apa yang terjadi dengan Yahudi Ethiopia, atau orang Yahudi yang berasal dari Ethiopia. Suara itu telah ada sejak mereka tiba di Israel, antara 1980-an dan 1990-an, tetapi baru kali ini meledak menjadi keganasan di jalan-jalan.

Sekurang-kurangnya dua kali dalam beberapa hari terakhir Yahudi Ethiopia turun ke jalan, melepaskan duka terdalam sebagai warga kelas tiga dan mengubahnya menjadi kemarahan dan amuk. Polis Israel memperlakukan mereka tidak ubah seperti orang Palestin. Menggunakan kenderaan lapis baja, bom tangan setrum, meriam air, dengan ratusan polis berpentungan, untuk menyuraikan mereka.

Yahudi Ethiopia hanya dua peratus daripada penduduk Israel. Mereka dibawa diam-diam dari Ethiopia, selepas para rabbi mengakui mereka keturunan Suku Dan - seperti tercatat dalam kitab-kitab suci Yahudi. Pencetus tindakan mereka adalah sebuah video di media sosial, yang memperlihatkan serdadu Yahudi Ethiopia diserang dua polis Israel dan disiksa.

Tahun 2012, mereka juga pernah berdemo di Knesset untuk mengutuk rasisme. Pnina Tamano-Shata, anggota Knesset dari kalangan Yahudi Ethiopia, menenangkan mereka dengan mengatakan; "Hitam dan putih adalah sama."

Seorang pedemo mengatakan; "Tapi mengapa pihak berkuasa kesihatan awam menolak Yahudi Ethiopia menderma darah." Soalan lain, mengapa kerajaan memaksa perempuan Yahudi Ethiopia menghadkan kelahiran, dengan memberi suntikan pencegah kesuburan.

Data lebih menarik, dan sangat menyedihkan, sebanyak 40 peratus Yahudi Ethiopia menjadi tentera tetapi dengan gaji 100 dolar, Rp 1.2 juta, bagi setiap bulan. Jumlah yang membuatnya tak boleh bayar bil telefon dan makan.

Akibatnya, banyak dari mereka bekerja separuh masa. Ketika terlambat bertugas, mereka masuk penjara tentera dengan alasan mangkir. Dulu, hanya remaja di atas 18 yang boleh ditahan jika membuat ulah. Kini, remaja yang ditahan adalah mereka yang berusia di bawah 18. Hasilnya, 30 peratus remaja Yahudi Ethiopia menghuni rumah tahanan.

Perkauman di Ethiopia mempunyai akarnya di tahun 1950-an, apabila kumpulan-kumpulan asing dari Eropah datang dan orang Arab tempatan dianggap orang luar oleh elit Yahudi.

Perkauman di antara Yahudi terus berkembang, dan kelihatan jelas di setiap pilihan raya. Orang-orang Yahudi Eropah; Shepardim dan Azkenazim, menyebut Yahudi Arab - sering pula disebut Yehudim Aravim atau Yahudi Mizrahi - Neanderthal.

Yahudi Ethiopia, walaupun digambarkan sebagai orang yang ramah, dianggap primitif dan bodoh, yang hanya berhak atas pekerjaan yang paling rendah. Mereka juga dijauhi oleh sekolah elit dan masyarakat papan atas.

Yang kini masih diam adalah Yahudi Rusia, atau Yahudi Ultra-Orthodox. Tidak ada sebutan khusus untuk mereka, tetapi elit Yahudi menyingkirkan mereka.

Kini, Yahudi Ethiopia telah berteriak. Persoalannya, apakah mungkin mereka boleh mengubah trend yang mengakar sedemikian kuat di masyarakat Yahudi? Jawabnya; Tidak.

Orang Yahudi mengenalpasti diri sebagai kulit putih, bukan hitam. Jika demikian, mereka mengingkari kitab suci. Ya, dan itu sesuatu yang telah dilakukan beribu-ribu tahun. Dan satu lagi, Zionis-Yahudi kulit putih adalah pemeluk Kabbalah yang berindukkan kitab sihir Talmud, bukan Torah-nya Nabi Musa. Inilah yang menyebabkan Zionis-Yahudi bersikap sedemikian jahat hingga akhir zaman.

*Sumber eramuslim.com

Nak Pasang Iklan ???? Murah-Murah Jeee


Sapa-sapa yang nak pasang iklan dalam blog ni boleh Pm saya 

wassap terus ke nombor ni 0135923051

Kad top-up: Pi Mai Pi Mai Tang Tuu..Rakyat Yang Kena Tipu...


ahmad-shabery_gst_relod_600

Kad isian semula tetap dikenakan GST tetapi bergantung kepada jumlah penggunaan iaitu guna dahulu baru dikenakan GST.

ahmad-shabery_gst_relod_600CYBERJAYA: Kerajaan setuju untuk memperkenalkan konsep baharu untuk kad isian semula prabayar telefon bimbit atau top-up berdasarkan penggunaan atau ‘usage based’.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, menerusi konsep itu, GST tetap dikenakan tetapi bergantung kepada jumlah penggunaan iaitu guna dahulu baru dikenakan GST.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana kiraan akan dibuat kerana kajian masih dijalankan oleh syarikat telekomunikasi (telco).

Bagaimanapun, konsep itu hanya akan dipakai dalam tempoh enam bulan akan datang untuk memberi masa kepada telco membuat persediaan.

Sehingga tempoh itu, kad isian semula kekal menggunakan konsep sekarang iaitu bayar RM10.60 bagi kad berharga RM10.

Ahmad Shabery berkata, cadangan itu dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan telah dipersetujui Kabinet.

“Kerajaan yakin konsep baharu ini lebih wajar kerana GST tidak dikenakan sebelum perkhidmatan digunakan,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Ahli Parlimen Kemaman itu memberi jaminan konsep baharu itu tidak merugikan rakyat dan kerajaan.

Katanya, kerajaan juga menjangkakan kualiti perkhidmatan yang lebih baik daripada telco dan menyarankan syarikat-syarikat telekomunikasi itu menurunkan tarif perkhidmatan

JANGAN POTONG KAKI KU...



Penyakit Kencing Manis/Diabetes adalah penyakit yang
senyap (Silent Disease) di peringkat awal. Ramai di antara
 kita tidak menyedari bahawa diri mereka menghidap
kencing manis sehinggalah wujudnya tanda-tanda
seperti kerap 
membuang air kecil, sering dahagadan lapar, penurunan
 berat badan yang drastik, cepat letih, luka dan lebam yang
sukar sembuh dan sering merasa kebas kaki dan tangan
(sumber). 

Secara ringkasnya, fakta tentang diabetes yang

 perlu anda semua tahu ialah (sumber):

Ada 2 jenis Diabetes yang normal berlaku iaitu Diabetes                       Tahap 1 (berlaku apabila badan tidak lagi menghasilkan                insulin) manakala Diabetes Tahap 2 (berlaku apabila

 fungsi badan yang normal).

Sumber: Simptom Diabbetes
  • Diabetes Gestasi berlaku kepada wanita semasa hamil yang disebabkan jumlah insulin yang dihasilkan tidak mencukupi sepanjang hamil.
Badan memerlukan tenaga yang cukup dan salah satunya ialah glukos (gula). Hormon insulin yang dihasilkan badan (pankreas) adalah berfungsi untuk mengawal gula di dalam darah dan menukarkannya kepada bahan bakar yang digunakan oleh badan sebagai tenaga (Sumber). Apabila jumlah insulin tidak mencukupi, tahap gula di dalam darah seseorang akan menjadi tinggi melebihi tahap normal iaitu 6mmol/ L.

  • mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap diabetes;
  • berlebihan berat badan atau obesiti (BMI > 23.0 kg/m2);
  • menghidap hipertensi;
  • mempunyai tahap kolesterol yang tinggi;
  • gaya hidup yang tidak aktif;
  • mempunyai sejarah diabetes semasa hamil

Cara Kawal Tahap Gula Dalam Darah:

Bagi mengawal tahap gula di dalam darah, anda dinasihatkan untuk:
  1. Menjaga Pemakanan yang Seimbang dan Rendah GI (Indeks Glisemik)
  2. Bersenam sekurang-kurangnya 30minit sehari
  3. Kurangkan pengambilan gula di dalam makanan
  4. Banyakkan meminum air kosong
  5. Makan ubat yang telah ditetapkan oleh Doktor
  6. Mengamalkan makanan tambahan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
    Set Kesihatan SHAKLEE yang boleh membantu pesakit Kencing Manis:

    GLA COMPLEX - menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

    B COMPLEX - menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

    ZINC - membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

    VITA-LEA - Mengandungi imbangan dan mineral yang lengkap

    VITA C 500mg - mengukuhkan kapilari dan salur darah dalam badan kita

    ESP - membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko penghidap diabetes

    ALFAFA - menstabilkan gula dalam darah

    tetapi. jika anda mempunyai budget yang banyak dan malas/tidak suka makan kapsul banyak-banyak. boleh cubaVIVIX sebab sangat baik untuk pesakit kencing manis. 



    KESAN YANG SERING PESAKIT KENCING MANIS ALAMI
Di bawah adalah beberapa contoh (daripada Surat Khabar) untuk tatapan semua.



UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI KAMI..
PM : CALL/SMS/WHATsAPP : 011- 27439618