Luahan hati Dari Seorang Isteri Yang Tidak Mampu Memberi Zuriat...


Apa yang aku tulis ini bukan untuk menyalahkan sesiapa, Cuma berharap ada yang lebih memahami situasi kami ini…Cuma luahan hatiku pada insan-insan di luar sana agar lebih memahami apa yg aku dan teman-teman senasib rasa dan apa yang aku alami… Untuk menulis ini sahaja membuatkan aku berfikir berhari-hari..perlu atau tidak? Terus terang, aku perlukan kekuatan untuk menulis kali ini..

Tak terlintas di hati ini untuk cemburu atau iri dengan anugerah orang lain kerana bagi ku setiap rezeki itu adalah anugerah Allah…bila2 Dia boleh bagi dan bila@ juga Dia boleh tarik balik…So, tak payahlah nak bongkak atau sombong dgn anugerah yang diterima..Setiap org ada masalah masing2 tapi perlu ke dicanang kepada semua? Aku percaya tiada satu pasangan pun di dunia ini yang tidak mahukan zuriat sendiri dalam rumah tangga. Tidak aku mempersoalkan rezeki yang satu ini kerana aku amat bersyukur kerana sentiasa dilimpahi rezekiNya dalam bentuk yang lain..Semua orang tak sama, ada yang rezekinya cepat dan ada yang lambat. Some can conceived easily but some are struggling to conceived...10-15% of couples will fall into the second group..

“ Bila nak ada anak sendiri ni?”, “Sampai bila nak berdua je?”.. Ya Allah, sesungguhnya soalan pertama seperti itu amat sukar untuk dihadapi. Bila? Bila ye? Kalau lah jawapannya semudah esok, lusa, bulan depan, tahun depan, bagusnya jika boleh menetapkan sendiri semudah itu…yang pasti jawapan bukan di tangan kami, kalau anda masih percaya pada qada dan qadar Tuhan..seperti mana ajal, maut, jodoh, rezeki yang satu ini adalah rahsia mutlak Yang Maha Esa..

“Zuriat tu pengikat kasih sayang” ~ kenapa? Apakah tanpa zuriat, kami tak boleh memupuk kasih sayang, jika begitu, kenapa ramai pasangan yang sudah mempunyai zuriat tapi masih bercerai-berai?

“Nanti kalau tak ada anak, suami kahwin lain”~ sama juga seperti di atas, apa penentunya jika ada anak suami tak kahwin lain? Kenapa ramai je suami yang dah ada anak cari bini muda? Dan kenapa diletakkan salah itu pada sang isteri, bagaimana kalau suami yang ada masalah~ boleh ke isteri tadi tu kahwin lain juga?

“Apabila hamil, saya rasa hidup telah lengkap sebagai wanita” or "bila mengandung baru lah lengkap diri seorang perempuan tu"…oh ye..ayat ini pun ada dalam cerita Ombak Rindu..Sentap dowh…tahu tak kata-kata ini ibarat pedang yang menghiris hati ini…cepat-cepat lari masuk toilet, kunci diri..nangis puas-puas…aduh, hina sangatkah kekurangan ku yang satu ini? Rasa kecil sangat dengan kekurangan diri..

"Kalah dah ko dgn si anu tu"...oh, ini ayat biasa bila orang yng kahwin kemudian dari kita tapi mengandung dahulu...adakah mempunyai anak dan beranak-pinak itu satu pertandingan? Yang dah ada satu perlu cepat-cepat tambah dua. yang dua kena dapat tiga hanya semata-mata supaya tidak kalah dengan kawan-kawan sekeliling...dan adakah dengan tidak mempunyai zuriat lagi, maka kami dilabel sebagai sebagai golongan yang kalah?

"Korang ni tak berusaha nak ada anak"...Usaha macam mana lagi makcik. Rasanya orang-orang TTC ni paling banyak kumpul petua nak dapat anak. Dari yang tradisional, moden, rawatan Islam semuanya kalau boleh dan berkemampuan, mesti kami cuba usahakan. Tapi takkan la kami nak cerita semua tu kat makcik kan...tak kan la setiap kali nak kena update status kat makcik...tu kan rahsia rumah tangga kami...x perlu la saya jelaskan lagi pada makcik yang lebih arif tentang ilmu agama kan....Yang pasti kami tahu rezeki itu perlukan usaha untuk mendapatkannya..takkan datang bergolek depan mata...tak kira lah rezeki apa pun... Penantian itu sudah cukup menyeksakan tapi kami pasrah yang rezeki kami belum tiba lagi...terus berusaha sambil mencari punca yang tidak pasti..

Tu belum lagi termasuk makcik2 yang suka sangat suruh2 pegang baby /anak orang dgn kata2 supaya berjangkit…aduh! Singkat betul fikiranmu makcik…Adakah anak itu sejenis virus yang boleh berjangkit2? Adakah dengan memegang atau mendukung baby tersebut boleh menyebabkan kami pregnant sekelip mata..bukankah ianya memerlukan hubungan antara suami dan isteri?

Firstly, I have no problems with what I am going through now…belajar menerima dan redha dengan apa yang dialami bukan mudah , tapi yang menjadikannya semakin sukar adalah sikap segelintir insan-insan di sekeliling yang seolah-olah menganggap apa yang kami alami adalah satu masalah besar dalam hidup mereka…menjadikan masalah kami adalah masalah mereka sehingga sanggup “memberi nasihat” tanpa mengira sama ada ianya menyinggung perasaan kami atau tidak...

Dan tak perlulah nak banding-bandingkan setiap orang itu. Ada yang rezekinya cepat dan ada rezekinya lambat dan mungkin ada yang tidak dikurniakan zuriat tapi rezekinya melimpah-ruah dalam aspek yang lain pula.

And please lah, Just because we all ni belum ada anak lagi, you all simply can say yang kitaorg ni byk duit sebab tak perlu nak spend untuk anak.  Mana u all tau kitaorg ni banyak duit ke tak? Something like,” U xpe la, xde anak lagi, bole blanja shopping suka hati, boleh spend holiday senang2”..I understand the highly cost of rising a child. But do you guys know that the cost of treatment and supplement what we are going through to have ONE BABY is a lot a lot higher than a cost of rising your CHILDREN..As much as you guys are willing to spend every single cents on your baby, we are willing to spend every single penny to get the baby...and we will continue spending every single penny when we have one...and juz imagine after spending let say RM10K for an IVF treatment, the result is negative…that is what some of us are facing. so, please don’t compare our expenses with yours coz actually it is nothing..

Ini hanya sebahagian saja contoh-contoh yang pernah dialami.banyak lagi kalau nak dikumpulkan kisah kawan-kawan yang sedang TTC ni. So, lepas ini tolonglah lebih memahami dan jangan lagi diajukan soalan2 yang sensitive  macam tu…faham, mungkin ada yang tak sengaja, takde niat pun nak menyinggung hati dan tak tau pun kata-kata macam tu boleh menyinggung perasaan orang lain...this is juzt my simple thought to share...

Ok saya nak share tentang set kesuburan shaklee....sapa2 yang belum menimang cahayamata saya cadangkan agar mengunakan set kesuburan shaklee in sha Allah ia akan berhasil....

Wassap kami: 01127439618

atau


Tiada ulasan:

Catat Ulasan