HALALKAH JUDI JIKA BERLESEN ?

Firman Allah swt :

يايها الذين امنوا إنما الخمر و الميسر و الانصاب و الازلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون .
Maksudnya : Wahai orang – orang yang beriman ! sesungguhnya minuman keras , berjudi , berkorban untuk berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan . maka jauhilah ( perbuatan – perbuatan ) itu agar kamu beruntung .

Baru – baru ini Negara kita telah di gempar kan dengan isu judi bola sepak piala dunia .sebenarnya isu ini bukan lah satu perkara yang baru , bahkan perjudian telah lama berlaku di Negara kita . di dalam berita selalu terdengar , premis – premis judi di serbu oleh pihak berkuasa . langkah pihak berkuasa mengambil tindakan keatas premis – premis judi adalah satu perkara yang patut di sokong , saya amat menyokong tindakan itu dan pada hemat saya semua ummat islam yang sejati juga menyokong tindakan itu . Cuma persoalannya , adakah tindakan yang di ambil keatas premis judi oleh pihak berkuasa itu disebabkan islam melarang segala perjudian atau kerana premis – premis judi itu tidak berdaftar ? .kalau tindakan itu di ambil kerana islam melarangnya maka terbuktilah Negara ini Negara islam dan pemimpinya juga seorang muslim yang sebenar , namun kalau tindakan itu di ambil kerana tidak berlesen maka terbuktilah Negara ini seperti Negara kafir dan pemimpinnya seorang muslim keturunan yang bermazhab kafir . dan akan timbullah istilah perjudian haram

PERJUDIAN HARAM

Istilah perjudian haram tidak pernah wujud dalam islam , kerana jika wujud perjudian haram maka akan wujudlah perjudian halal , sedangkan segala perjudian adalah haram disisi islam.istilah ini telah di wujudkan oleh pak - pak menteri yang hanya memikirkan keuntungan mereka , tanpa melihat larangan Allah dan juga kesan kepada rakyat dan Negara daripada judi.hal ini kerana premis – premis judi yang tiada berlesen tidak akan memberi keuntungan kepada mereka , maka dengan itu mereka mengambil tindakan. Kepada pemilik premis pula di beri amaran agar memiliki lesen . maka tindakan ini bukan lah untuk menghalang perjudian bahkan lebih menggalakkan rakyat Negara ini untuk berjudi.

Baru – baru ini kerajaan telah meluluskan lesen judi bola sepak piala dunia . sedangkan ayat di atas dengan jelas dan terang Allah melarang keras amalan judi . dengan terang – terangan mereka melanggar perintah Allah . dimanakah malunya mereka sebagai seorang islam? , di manakah maruah mereka sebagai pemimpin islam? .
Dimanakah maruah penyokong – penyokong kerajaan yang beragama islam?
Cuba kita fakir sejenak , dan tinggalkan politik seketika , jika kita seorang hamba Allah , dan sebagai seorang muslim adakah patut kira menyokong kerajaan yang melanggar perintah Allah , tuhan yang menjadikan kita , yang memberi rizki kepada kita , tepuk dada tanyalah iman di dada . di manakah mufti – mufti kerajaan ? dimanakah ketua – ketua agama ? mereka melenting kalau berpolitik di dalam masjid , sedangkan tiada dalil yang mengatakan berpolitik di dalam masjid adalah haram . ya mungkin hujjah mereka mengatakan berpolitik didalam masjid boleh memecahkan perpaduan , itu mungkin andaian mereka , sedangkan kesan daripada perjudian itu juga boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian sesama kita . seseorang yang ketagih judi , ia akan melabur wang untuk berjudi . sepatutnya wang itu hendaklah dibelanjakan untuk keluarga dan anak isteri . dan bagi mereka yang tiada wang , mereka akan meminjam dari along , sedangkan menang kalah tidak di ketahui , jika menang tiada keberkatan dalam rizki , dan jika kalah ia dan keluarganya akan berdepan dengan samseng – samseng along , maka dengan sebabnya judi , kes jenayah yang lain akan meningkat .

Firman Allah didalam surah al maidah , ayat 91 yang berbunyi :

DENGAN MENUMAN KERAS DAN JUDI ITU , SYAITAN HANYALAH BERMAKSUD MENIMBULKAN PERMUSUHAN DAN KEBENCIAN DI ANTARA KAMU , DAN MENGHALANG KAMU DARI MENGINGATI ALLAH DAN MELAKSANAKAN SOLAT , MAKA TIDAKKAH
KAMU MAHU BERHANTI ?

Wahai saudaraku seislam marilah kita sama – sama menentang sekeras-kerasnya segala perjudian , setakat mana termampu , semoga Allah melindungi kita dari kemurkaan dan azabnya ……………….

FIKIR – FIKIRKAN LAH……………..

SEKIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan