بسم الله الرحمن الرحيم
Firman Allah :
ولا تقتلوا اولادكم خشية املاق نحن نرزقهم و اياكم , ان قتلهم كان خطئا كبيرا.
Yang bermaksud : DAN JANGANLAH KAMU MEMBUNUH ANAK – ANAK MU KERANA TAKUT KEMISKINAN. KAMILAH YANG MEMBERI REZKI KEPADA MEREKA DAN KEPADAMU . MEMBUNUH MEREKA ITU SUNGGUH SUATU DOSA YANG BESAR . ( SURAH ISRA’ AYAT 31 )
Akhir – akhir ini isu pembuangan bayi hampir – hampir memenuhi ruang media . sehingga isu ini menjadi suatu perkara yang biasa . bayi yang tiada berdosa dibuang oleh darah dagingnya sendiri , hampir semuanya ditemui mati . apa yang menyedihkan ialah para pelakunya adalah dari kalangan melayu islam. Mereka bukan hanya merobek maruah bangsa bahkan mereka mencalarkan imej islam yang menyuruh ummatnya sentiasa melakukan kebaikkan . bagaimana kita hendak berdepan dengan orang bukan islam ? bagaimana kita hendak mengajak mereka untuk memeluki islam ? apakah alas an yang terbaik untuk di jawab jika orang bukan islam mempertikaikan sikap dan perangai buruk sesetengah ummat islam ? sikap mereka ini lah yang di gambarkan didalam alquran .
Firman Allah yang bermaksud : DAN SUNGGUH, AKAN KAMI ISI NERAKA JAHANAM BANYAK DARI KALANGAN JIN DAN MANUSIA.MEREKA MEMILIKI HATI , TETAPI TIDAK DIPERGUNAKANNYA UNTUK MEMAHAMI ( AYAT-AYAT ALLAH ) , MEREKA MEMILIKI MATA TETAPI TIDAK DIPERGUNAKAN UNTUK MELIHAT ( TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH ) DAN MERKA MEMPUNYAI TELINGA TETAPI TIDAK DIPERGUNAKANNYA UNTUK MENDENGARKAN ( AYAT-AYAT ALLAH ).MEREKA SEPERTI HAIWAN TERNAK , BAHKAN LEBIH SESAT LAGI . MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG LEMAH .
Amalan membuang anak atau membunuh anak telah berlaku sebelum kedatangan islam lagi.orang – orang arab jahiliah membunuh anak mereka dengan menanam hidup-hidup . namun setelah datangnya islam , amalan ini telah ditinggalkan .mereka telah dibimbing oleh rahmatulalamin sehingga menjadi manusia yang terbaik dan dijadikan contoh untuk ummat selepas mereka . namun pada hari ini amalan membuang atau membunuh anak telah muncul kembali , cumanya ada sedikit perbezaan . pertama , dahulu dilakukan oleh orang – orang jahil dan kafir , sekarang dilakukan oleh orang islam .kedua dahulu dilakukan kerana takutkan kemiskinan , sekarang dilakukan kerana malu dengan perbuatan terkutuk sendiri . ketiga , dahulu dilakukan keatas anak perempuan sahaja , sekarang dilakukan keatas kedua-duanya , lelaki dan perempuan . keempat , dahulu ditanam didalam tanah , sekarang dibuang dimerata tempat sehingga menjadi habuan binatang – binatang yang melata . terserah kepada pembaca untuk menilai siapakah yang paling zalim.
Apakah puncanya ?
Antara faktor perkara ini berlaku ialah kurangnya pendidikan agama . kerana agama sentiasa mendorong penganutnya melakukan perkara – perkara yang baik dan melarang penganutnya melakukan perkara yang tidak baik . orang zaman sekarang memandang remeh tentang agama , seolah – olah agama tidak ada apa bagi mereka . mereka hanya mengejar kemewahan semata – mata . siang malam mengejar dunia sehingga lupa terhadap tanggungjawab agama .anak-anak mereka juga tidak diberi pendedahan agama , mereka diberi kebebasan untuk melakukan apa sahaja . mereka bangun pagi awal bukan kerana hendak solat subuh , tapi kerana hendak bersiap untuk pergi kerja . mereka bangunkan anak-anak bukan untuk solat , tapi untuk pergi kesekolah . apabila solat ditinggalkan maka banyaklah kemungkaran akan berlaku , kerana solat dapat mencegah maksiat dan kemungkaran . seperti firman Allah didalam alquran :
ان الصلاة تنهى عن الفحشاء و المنكر .
Yang bermaksud : SESUNGGUHNYA SOLAT MENCEGAH DARI ( PERBUATAN ) KEJI DAN MUNGKAR . ( AL ANKABUT , AYAT 45 )
Ada orang mengatakan bahawa kes buang anak juga berlaku di institusi agama , yang dilakukan oleh pelajar agama . ya memang benar perkara ini berlaku , namun maksud penulis , pendidikan agama di sini ialah lebih cenderung kearah kesucian ruhani , bukan sekadar belajar agama atau selok belok agama ,kerana banyak orang – orang bukan islam yang lebih tahu tentang agama islam dari orang islam sendiri , tetapi mereka tetap tidak beriman.maka tidak hairanlah kalau ada orang yang belajar agama tetapi masih lagi melakukan perkara yang tidak baik.
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan juga menyumbang kepada perkara ini berlaku . hiburan yang keterlaluan , diadakan konsert di sana sini , bercampur lelaki perempuan , maka penzinaan akan berlaku . janganlah beri alas an tiada apa yang akan berlaku , syaitan sentiasa berusaha untuk mengoda manusia , apabila lelaki bergaul bebas dengan perempuan , maka inilah peluang terbaik bagi syaitan untuk menggoda.dengan keadaan wanita sekarang tidak mahu menutup aurat , maka ia mendorong kaum lelaki melakukan perkara yang tidak baik terhadap mereka . tidak hairanlah kalau kes rogol meningkat , tetapi nak salahkan siapa ? lelaki ?ya memang sah lelaki yang salah, tapi kenapa kaum wanita mempamirkan body mereka ,kenapa pakai pakaian ketat ? , sengaja pamirkan saiz payu dara. Kenapa pakai seluar ketat ? sengaja nak tunjuk saiz buntut sehingga mengoda lelaki yang jahat.apabila di rogol , menangis , meraung dan kata lelaki jahat , zalim dan sebagainya , tapi pada asalnya mereka yang mengoda , inilah manusia yang paling bodoh di atas muka bumi ini.sedangkan Allah menyuruh menutup aurat kerana hendak melindungi mereka dari perkara yang tidak baik yang bakal berlaku keatas mereka.tapi mereka kata islam mengongkong mereka maka terimalah padahnya.
Arus teknologi moden juga menjadi punca perkara ini berlaku . filem – filem dan gambar – gambar lucah hanya di hujung jari , tiada sekatan dan tiada penapisan.remaja – remaja khususnya , apabila terdedah dengan perkara sebegini , nafsu mereka meronta – ronta sehingga mendesak mereka melakukan secara praktikal.maka tidak hairanlah kalau remaja belasan tahun dan masih bersekolah sudah menjadi ibu muda. Bukan maksud disini teknologi tidak ada faedah dan memberi kesan negative , ia akan memberi kesan negatif apabila disalah gunakan , maka ibu bapa wajib mengawasi anak-anak mereka , agar tidak terjebak dalam perkara-perkara negatif .
Penyelesaiannya ?
Firman Allah didalam alquran :
فان تنازعتم في شىء فردوه الي الله والرسول ان كنتم تؤمنون بالله واليوم الاخر ذالك خير واحسن تأويلا .
Yang bermaksud : JIKA KAMU BERBEDA PENDAPAT TENTANG SESUATU, MAKA KEMBALILAH KEPADA ALLAH ( ALQURAN ) DAN RASUL ( SUNNAHNYA ) , JIKA KAMU BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, YANG DEMIKIAN ITU LEBIH UTAMA ( BAGIMU ) DAN LEBIH BAIK AKIBATNYA.
Inilah jalan penyelesaiannya , kembali kepada kitabullah , alquran adalah petunjuk bagi manusia , yang akan menyelamatkan manusia daripada kesesatan , menghindari manusia dari kemaksiatan dan kemungkaran.jika setiap manusia membawa alquran dalam kehidupannya , maka sudah pasti dunia ini akan aman dan tidak akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Lihatlah bagaimana alquran menyelesaikan masaalah pembuangan bayi.
1 . Firman Allah yang bermaksud : WAHAI ORANG – ORANG YANG BERIMAN BERTAKWALAH KEPADA ALLAH SEBENAR – BENAR TAKWA KEPADANYA DAN JANGAHLAH KAMU MATI KECUALI DALAM KEADAAN MUSLIM . ( ALI IMRAN , AYAT 102 )
2 . Firman Allah yang bermaksud : KATAKANLAH PADA LAKI – LAKI YANG BERIMAN , AGAR MEREKA MENJAGA PANDANGANNYA DAN MEMELIHARA KEMALUANNYA , YANG DEMIKIAN ITU LEBIH SUCI BAGI MEREKA , SESUNGGUHNYA ALLAH MENGATAHUI APA YANG MEREKA LAKUKAN .( ANNUR , AYAT 30 )
3 . Firman Allah yang bermaksud : DAN KATAKAN PADA PEREMPUAN YANG BERIMAN , AGAR MEREKA MENJAGA PANDANGANNYA DAN MEMILIHARA KEMALUANNYA DAN JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASANNYA ( AURATNYA ) KECUALI YANG ( BIASA ) TERLIHAT. DAN HENDAKLAH MEREKA MENUTUP KAIN TUDUNG KE DADANYA .( ANNUR , AYAT 31)
4 . Firman Allah yang bermaksud : DAN JANGANLAH KAMU MENDEKATI ZINA , ( ZINA ) ITU SESUNGGUHNYA SUATU PERBUATAN KEJI DAN SUATU JALAN YANG BURUK . ( AL ISRA’ , AYAT 32 )
Empat ayat diatas sudah cukup untuk menyelesaikan masalah pembuangan bayi jika setiap ummat islam mengamalkannya , namun benarlah kata nabi, akan datang satu zaman yang mana alquran hanya tinggal tulisannya .
Pihak kerajaan telah menubuhkan “ baby hacth “ untuk memelihara bayi-bayi yang tidak diingini , mungkin dengan ini pembuangan bayi boleh dibendung , namun ia seolah-olah seperti memberi pertolonngan kepada pasangan yang ingin melakukan zina , mereka akan melakukan sex dengan tenang tanpa rasa takut , kerana jika mengandung sekalipun maka ada pihak yang akan bertanggungjawab untuk menjaga bayi tersebut . kalau penzinaan berlaku berterusan , sampai bila kerajaan akan menjaga anak-anak luar nikah ? apa yang perlu ialah kerajaan hendaklah menghentikan penzinaan , apabila penzinaan telah dibendung maka tiada lagi pembuangan bayi . dan tidaklah lagi kerajaan terpaksa menanggung kos untuk membiayai anak-anak luar nikah . ya , mungkin kerajaan berusaha untuk menghentikan penzinaan , namun masih ramai lagi orang yang berzina , mengapa ? ia kerana hukuman yang di beri tidak menakutkan , tidak mengikut hukuman yang ditetapkan oleh Allah.kerajaan lebih suka hukuman yang di cipta oleh barat . kerajaan tidak menyekat perkara – perkara yang menyumbang kepada penzinaan , kelab malam yang bergaul bebas lelaki dan perempuan tidak dihapuskan , kalau di hapuskan sekalipun mungkin kelab malam yang tiada lesen dan tidak berdaftar.kalau tak dapat hapuskan secara drastik , buatlah cara berperingkat – peringkat, tetapi pusat – pusat hiburan tak pernah kurang bahkan bagaikan cendawan selepas hujan.kerajaan hendaklah sentiasa menganjurkan program – program keruhaniaan, bagi memantapkan lagi keimanan dan ketakwaan , jangan terlalu ghairah kepada pembangunan dan ekonomi , apalah gunanya dengan pembangunan yang pesat tetapi rakyatnya semakin sesat dan akhlak semakin runtuh . budaya mendedahkan aurat hendaklah dihapuskan , kalau di Acheh budaya membuka aurat dapat diatasi , mengapa Negara kita tidak boleh , sedangkan slogan “ Malaysia boleh “ selalu dilaungkan . tetapi nak buat macam mana isteri – isteri pemimpin pun masih lagi tak tutup kepala . sepatutnya pemimpin perlu menunjukkan amalan yang baik pada rakyatnya sebagai intiha , selagimana alquran dan sunnah tidak dijadikan panduan maka kemaksiatan dan kemungkaran akan berlaku dengan berleluasa………………
Fakir – fakirlah……………
Sekian……….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan