Iran tutup masjid Ahli Sunnah dan tangkap Imam Sunni
Pihak berkuasa Iran (Syiah Imam 12) telah menyerbu tempat ibadah kaum Muslim Sunni di Tehran pada hari Ahad lalu (6/2), di mana mereka telah menutup rumah penganut Sunni yang dijadikan tempat ibadat tersebut dan menangkap Imam musalla, Syaikh Ubaidullah Musa Zadih.
Kaum Sunni di Iran tidak pernah dibenarkan untuk membina sebuah masjid di Tehran, mereka telah berusaha untuk mendapatkan kebenaran untuk membina sebuah masjid di ibukota Iran, tetapi usaha mereka selalu sia-sia dan gagal, sehingga kaum Sunni di Iran menawarkan solat lima waktu termasuk solat Jumaat dengan menggunakan beberapa rumah, tapi malangnya, pihak berkuasa Iran pada pagi Ahad lepas telah menyerbu sebuah rumah di mana jamaah kaum Sunni sedang solat, selepas serbuan itu mereka menahan imam yang merupakan pemimpin agama kaum Sunni di wilayah itu.
Pihak berkuasa Syiah juga mengancam warga Sunni di dua rumah lain untuk ditangkap dan menyekat tempat ibadah mereka, jika mereka tidak berhenti melaksanakan solat di tempat itu, walaupun kaum Sunni dan pentadbiran dari komuniti Sunni Iran berkumpul di tempat-tempat tertentu hanya untuk solat lima waktu dan solat Jumaat , kerana itu merupakan hak dasar setiap individu yang harus diberikan kepada setiap orang; malah jamaah kaum Sunni Iran tidak pernah mengambil bahagian dalam aksi menentang kerajaan.
Patut dicatat bahwa kaum Sunni di Tehran tidak memiliki masjid sendiri, walaupun mereka adalah sebahagian besar daripada penduduk ibukota, dan telah dikenal luas bahawa "Teheran" adalah satu-satunya ibu negara di dunia di mana masjid untuk kaum Sunni tidak ada.
Tidak dapat dibayangkan bahawa suatu rejim yang membawa tajuk "Republik Islam" dan tuntutan untuk "persatuan" di antara mazhab Islam tiba-tiba melarang dan menghentikan para pengikut mazhab Islam terbesar di dunia dari melakukan solat berjemaah di ibukota Teheran.
* Perlu diingat, Iran adalah berasal daripada sebuah negara Sunni pada zaman kerajaan Khilafah Uthmaniyyah sehinggalah diperintah oleh kerajaan Safawiyyah iaitu kerajaan Syiah Imam 12 pertama. Sehingga kini penduduk Sunni meliputi hampir 1 pertiga daripada penduduk Iran (20 peratus lebih). Oleh itu, pengikut Syiah jadian di Malaysia tidak perlu nak kiaskan diri mereka dengan Sunni di Iran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan