Banjir paling buruk di Australia


BRISBANE - Hujan lebat menyebabkan banjir menenggelamkan rumah dan kedai di beberapa bandar di kawasan timur laut Australia,semalam.

Hujan monsun yang lebat di kawasan pantai di timur Cairns menyebabkan amaran banjir dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi di Queensland.

Pihak pentadbiran tempatan telah menyediakan pusat perlindungan banjir sementara pasukan Perkhidmatan Kecemasan Negeri bersiap sedia untuk mengharungi banjir bagi melaksanakan operasi menyelamat.

Banjir minggu ini telah membunuh seorang wanita berusia 42 tahun yang maut selepas keretanya dihanyutkan air banjir di Kuranda, utara Cairns.

Banjir disebabkan silikon Yasi merupakan yang terburuk di Australia, menyebabkan 35,000 buah rumah musnah serta membunuh 35 orang penduduk di Brisbane yang merupakan bandar ketiga terbesar di negara tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan