Benarkah Osama Bin Laden Terkorban ?
Wajah Osama bin Laden yang terbunuh berlumuran darah tersiar luas di internet dan diterbitkan oleh Agence France-Presse. Televisyen Pakistan menyebutkan, foto tersebut belum disahkan secara rasmi kebenarannya.
Agence France-Presse (AFP) menyebutkan, kombinasi gambar jelas menunjukkan bahawa janggut dan bahagian bawah gambar paling mungkin merupakan pengklonan dan ditampalkan pada gambar tubuh yang bukan milik Bin Laden. Kesimpulan sementara, kemungkinan besar foto Bin Laden yang terkorban (kiri) adalah palsu.
Bandingkan dengan foto Bin Laden (bawah) semasa hidup yang bahagian janggut dan bibirnya sangat sama.
Bin Laden terkorban dalam operasi perisikan di pinggiran bandar Abbottabad, 50 km (30 batu) di barat laut ibu kota Pakistan, Islamabad, Isnin (2/5/2011). Kematian Bin Laden rasmi diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam sebuah pidato yang dilukiskan dramatik.
Berkaitan operasi ketenteraan yang menewaskan Bin Laden itu, sumber tentera AS mendedahkan, Bin Laden terkejut oleh serangan pasukan kecil Navy SEAL yang mendarat di halaman kompleks tempat ia bersembunyi. Dikatakan, Bin Laden sempat ditawarkan untuk menyerah, tetapi ia menolak dan kemudian terjadi serangan tembak. Tiga penyokong Bin Laden, termasuk anak lelakinya sendiri, ikut terkorban bersama seorang wanita yang cuba bertindak sebagai perisai manusia dalam serangan tembak tersebut.
Rakyat AS bersukacita
Rakyat AS melimpah ruah ke jalan dan bersukacita atas kematian Bin Laden. Beribu-ribu orang berkumpul di depan Rumah Putih di Washington DC dan di Times Square. Bendera AS berkibar di tengah jeritan kemenangan dan lagu kebangsaan.
Rakyat AS juga berkerumun dan bersorak-sorai di Ground Zero, lokasi menara kembar World Trade Center pernah berdiri. Seorang bekas pegawai pemadam kebakaran New York, yang terpaksa bersara kerana menderita penyakit paru-paru akibat pendedahan debu di Ground Zero ketika serangan yang meruntuhkan menara kembar itu berlaku, berkata, dia hadir di Ground Zero to 343 petugas pemadam kebakaran yang meninggal dalam serangan itu tahu bahawa "mereka tidak mati sia-sia".
"Ini sebuah perang dan saya merasa kami menang," katanya. "Saya ke sini untuk memberi tahu mereka bahawa keadilan telah ditegakkan."
Namun, kematian Bin Laden akan menempatkan Timur Tengah dalam siap sedia tinggi atas kemungkinan serangan balasan. AS pun telah mengeluarkan amaran perjalanan global bagi warganya untuk berhati-hati dan waspada. -kompas
Gambar mayat Osama didakwa palsu
WAJAH mayat Osama bin Laden yang tersiar di Internet dan digunakan oleh beberapa akhbar dan stesen televisyen dikhuatiri palsu.
JAKARTA – Wajah mayat ketua kumpulan Al-Qaeda yang berlumuran darah yang tersebar meluas di Internet dan dan disiarkan oleh agensi berita Associated French Press (AFP), lapor akhbar Kompas semalam.
Stesen televisyen Pakistan menyatakan, kesahihan foto berkenaan masih belum dapat disahkan secara rasmi.
AFP memberitahu, kombinasi gambar jelas menunjukkan bahawa janggut dan bahagian bawah gambar berkemungkinan besar tidak asli dan dibuat dengan menggunakan teknik pertindihan gambar.
Menurut AFP, terdapat kemungkinan foto mayat Osama (kanan) itu adalah palsu.
Tambah agensi berita berkenaan, kesahihan gambar mayat Osama dipertikaikan kerana raut muka dan janggut pada mayat Osama amat mirip semasa dia masih hidup.
AFP tidak menyatakan sumber gambar mayat itu diambil. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan