Saya sedia lakukan ujian poligraf’
SHAH ALAM - “Saya tidak gentar jalani ujian poligraf atau sebarang teknologi yang ada bagi membuktikan saya tidak berbohong,” kata ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, kelmarin.
Beliau kagum cadangan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa yang mahu beliau menjalani ujian berkenaan dan menyifatkan ia sebagai idea bernas membuktikan beliau tidak berbohong.
Namun, ia akan dilakukan dengan syarat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut sama melakukan ujian poligraf itu (untuk membuktikan Anwar bukan lelaki dalam video seks ditayangkan kepada wakil media).
“Alhamdulillah, saya senang hati dengan cabaran itu dan saya bersedia bila-bila masa melakukan ujian terbabit, tetapi saya mahu Anwar melakukan perkara sama.
“Saya mahu ujian itu dijalankan secara terbuka, kalau boleh secara langsung di stesen televisyen. Kita tengok siapa bercakap benar atau sebalik,” katanya.
Beliau berkata, langkah itu lebih selamat kerana tidak mahu ada pihak yang tidak pertikaikan tindakannya untuk memberitahu masyarakat perkara yang sebenar.
Semalam, Husam mencabar trio Datuk T menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak di dalam isu mengaitkan Anwar.
Eskay berkata, tidak ada sebab beliau perlu takut untuk melakukan ujian poligraf itu, sedangkan beliau telah bersumpah kepada Allah.sinarharian
p/s puak UMNO ni dari dulu tolak hukum Allah dan ikut sekular , kalau takat sumpah laknat dan ujian poligraf biasa , tambah - tambah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan