YANG MASIH PANAS...

BEZA DI ANTARA DUA PEMIMPIN

Untuk Tatapan 21 Tahun Ke Atas] Gambar Kontroversi Hari Ini... Apa Sebenarnya Yang Terjadi dengan Pemimpin Kita??? Jom Terjah!!!



Antara dua pimimpin ini yang manakah pilihan kita. Kedua-dua mereka beragama Islam.Cuma yang berbeza adalah amalan mereka. Seorang berdoa ke hadrat Allah memohon keredaan Allah manakala seorang lagi bersuka ria di atas pentas hiburan yang bertentangan dengan Islam.

Apa pun kita mesti gunakan akal dan fikiran yang diberikan Allah untuk memilih pemimpin yang kita suka.


Penjaring gol terbanyak Liga Sepanyol 2006-2007 menyelamatkan masjid di Sevilla

 
Kehangatan bola sepak Eropah tidak membuat Frederic Oumar Kanoute lupa daratan. Hasil pendapatn dari sukan termegah di dunia itu digunakan penyerang kelahiran Perancis itu untuk kemaslahatan umat.

Kanoute yang kini bermain untuk kelab Sepanyol, Sevilla, tidak pernah segan menampakkan ketaatannya sebagai seorang Muslim di mana pun beliau berada. Penjaring gol terbanyak Liga Sepanyol 2006-2007 itu bahkan rela menyisihkan sebahagian hartanya untuk memelihara syiar Islam.
Pada tahun 2007, komuniti muslim Sevilla terancam tidak boleh menggelar solat Jumaat berjamaah ketika masjid di bandar itu nyaris ditutup. Izin penggunaan masjid di wilayah Ponce De Leon itu habis dan terpaksa dijual kepada awam. Kanoute tampil sebagai penyelamat dengan membeli masjid itu dengan harga 700 ribu dolar AS.

Untuk menyelamatkan masjid itu, Kanoute harus rela menyisihkan sekitar satu tahun gajinya di Sevilla. Meski demikian, Kanoute tetap tawadhu dan enggan mengulas atas amal mulianya itu.
"Jika Kanoute tidak membelinya, mungkin kami tidak akan lagi boleh beribada solat Jumaat," kata seorang jurucakap Islamic Community of Spain kepada media tempatan Diario de Sevilla.

Kanoute menjadi mualaf pada tahun 1997. Ia memutuskan untuk pindah kewarganegaraan dan membela pasukan kebangsaan Mali pada tahun 2004. Ia kemudian dinobatkan menjadi pemain terbaik Afrika 2007

sumber republika.co.id

BEZANYA ISTERI PRESIDEN MESIR DENGAN ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA

 
 
 
ISTERI MURSI ULANGI TOLAK GELARAN 'WANITA PERTAMA' TETAPI 'KHADAM PERTAMA'

Isteri Presiden Mesir, Puan Najla' Mahmud mengulangi pendirian beliau sebelum ini menolak gelaran 'Wanita Pertama' untuk dirinya. Beliau turut mengulangi ucapan suaminya semalam bahawa Presiden tidak memiliki apa-apa hak melainkan kewajipan yang mesti ditunaikan yang berbeza dengan rakyat yang mempunyai hak sambil mengge...larkan dirinya sebagai 'Khadam Pertama' bagi menggantikan gelaran 'Wanita Pertama'.

Kata Najla' lagi, sesiapa boleh memanggilnya dengan "Ummu Ahmad" atau "Saudari Najla" atau juga "Hajah Najla" sambil mengingatkan bahawa Islam tidak pernah membezakan antara satu sama lain.

Selepas suaminya diumumkan sebagai Presiden, aktiviti pertama beliau ialah menziarahi ibu As-Syahid Mahmud Sulaiman, seorang pemuda yang terkorban dalam revolusi yang berasal dari wilayahnya, Syarqiyah.......
 
yang ni aku malu nak bagitau sapa dia,buat malu melayu je......hangpa kenai dia dah....cukup kenai....

MAI LAYAN NI AKU COPY JE TAU , JANGAN SAMAN AKU PULAK...



Perbezaan diantara Sultan Kelantan dengan Cicak mengkarung





Hi Mail si cicak mengkarung,

Tahniah sebab berpakaian macam usetat. Boleh tak aku beri tip sikit kat ko. Kalau orang tanya apa hukumnya menjilat @#$%* isteri. Ko jawablah macamni...



"Boleh tu boleh aar tapi @#$%^&* sikit.."



Muahaa...




Underwear ada pakai ke? Tak kan berdiri jer. Luar dah elok tu bro Mail dalam camner?



Mail, lu bajet hot lah konon. Podah macam kimek



Mail, lu dah macam AYAH PIN...!



Antara permata dan kaca...




Mail, pesal muka lu ketat memanjang? Mental aper?




Mail, serius wa cakap lu, muka lu ni kan macam mengundang pelempang orang.



Lu pikirlah sendiri
 
SUMBER : uncleseekers.blogspot.com

SULTAN.......OH SULTAN..........APE DAH JADI MENARIK AKU COPY JE TAU...

Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 48)




Khas buat TMJ..

Salam ku tik ( tengku ismail ) maaf la malas nak hormat lebih lebih. saya panggil sama macam saya panggil ketika menjadi pengasuh dan penjaga ku tik dahulu k. untuk pengetahuan ku bangsa lain sebenarnya dah lama menyampah dgn sultan dan raja raja cuma mereka tak berani tunjuk itu sahaja.mereka sedap siapa mereka. ku tik jgn lah samakan dgn cina yg dok hantar durian berbakul bakul ke istana buah buahan. DLL. mereka buat kerana nak hidup. termasuk suruh lompat atas boat ketika bot nak bergerah. kemudian dia jatuh ketawa besar semua.

Ku tik cuba tunjukan kepada saya satu cukup kebaikan kepada bangsa melayu ada sultan dan raja just one enought , sebelum ni saya malas nak taip panjang panjang sebab banyak sangat melayu bodoh yg mengaku anak johor dok back up istana sedangkan mereka ni tak ubah seperti langau atau tungkit. hentam ornag kromo , ugut nak hantar JMF nak sernag ronag lain macam negara ini mak bapak orang johor punya , RUJUK Facebook KESULTANAN JOHOR , SUARA RAKYAT JOHOR. adakah kerabat kerabat di raja melayan pekerja yg juga rakyat sebagai manusia. atau hanya sebagai kuli batak. cukupkah berkerja sebagai pengasuh atau penjaga dgn gaji rm 200/ nak makan apa ku. tapi tak pe lah itu dulu saya boleh di katakan bodoh bodoh lagi.ye la baru keluar dari kampong kan.



Ku tik bila cakap pasal sultan secara automatik di panggil ketua agama negeri betul tak. soalan saya jawab secara jujur. sultan mana yg betul betul layak di gelar ketua agama islam. sebab bila di gelar ketua agama islam orang itu mesti ikut adat islam. tak perlu saya sebut nama tapi saya nak tanya. kaki judi ketua agama islam kah , ornag yg basuh muka dengan brandy setiap pagi ketua agama islam kah , orang yg simpan majalah lucah bertimbun dalam bilik air ketua agama islam kah , orang yg minum arah ketua agama islam kah ,

Sewaktu anwar ibrahim di inaya rakyat ada pergi kepada raja but what sultan dan raja buat.dengan rakyat tak takut tapi dengan mahathir mamak kutty takut. keluar cerita kononya takut di buang dalam kawah? ooo jadi kerana takut mati dalam kawan keadilan di ketepikan. sultan atau raja tak sanggup mati demi rakyat waaemah rakyat dalam kesusahan. rakyat di biarkan mati kerana sultan dari dahulu. contoh SI BODOH BAHALOL BONGOH HANG TUAH . maaf la ku tik sekarang ni zaman milinium ku. pernah kah kerabat menghormati rakyat biasa.



Tengku Ismail

Saya tidak lupa apabila saya di marah oleh salah seorang kerabat johor hanya kerana saya tidak memanggil kudanya tengku . KUDA DI SURUH PANGGIL TENGKU gila babi ke apa.i won forget that ku tik. saya tak marah baginda sebab buang saya walaupun kesalahan saya secara tidak disengajakan.tapi layanlah rakyat waaemah pekerja istana macam manusia. bukan main campak sahaja mereka di mana mana apabila tidak mahu.bukan di pukul dan di belasah setengah mati sehingga muka lebam macam babi hutan.



Tengku Idris

Saya tahu kalau check rekord polis memang tak ada.sebab polis bersekongkol sama betul tak/ macam kes seorang rakyat singapura berbangsa cina di belasah dgn kayu polo sekitar tahun 1990 ingat tak. ku tik berlari tengok sehingga saya terpaksa mendukung ku tik baik ke atas istana atas arahan ayahanda ku tik. kelakuan sebeginikah teladan untuk rakyat membenteng istana.dgn kelakuan kelakuan kerabat kerabat dna sultan waaemah raja . cuba jawab ku sennag kah rakyat untuk jumpa sultan dan raja.senangkah. sekarang ini zaman cyber. selalulah masuk you tube. tengok cara dan protokol Queen Elizibate atau kerabat di raja england. berbeza dgn kerabat di raja malaysia. malu ku tik malu.



Saya sendiri CONTOHNYA cukuplah .beberapa tahun jaga ku tik. basuh berak ku tik. suap makan. pakaikan baju. ikut ke sekolah. teman ku tidur. dodoi ku ketika bangun tidur, teman ku berenang. selepas hampir 10 tahun meninggalkan istana. tengku iman dna tengku idris berhubung dgn saya dalam facebook sebelum mereka tahu saya ornag anwar. lepas tu terus remove saya . tengku idris beri no telefon ku tik,. saya hantar sms bertanyakan khabar beberapa kali. ada ku tik ingat nak jawab, langsung tak ada. ku terlampau sombong. malah ada sekali sahaja tunjuk dekat saya dalam masa 30 minit pusing hampir 5 kali di kawasan bukit bintang depan tempat saya bertapak. bukan satu kereta atau satu group. tapi 3 kereta. dengan lain lain escort. semua plate TMJ. kalau tak menunjuk apa tujuan tu ?



Tengku Iman

JADI SOALAN SAYA KALAU BEGINILAH KELAKUANNYA PERLUKAN RAKYAT MEMPERTAHANKAN ISTANA.

Maafkan saya jika ada terkasar bahasa. apa yg saya luahkan ini adalah tulus dari hati saya. dan pengalaman saya.



Jamil Kucing - Menjadi pembantu/Pengawal peribadi Tengku Mahkota Johor ketika masih kecil selama 5 Tahun (klik)

UMNO BERJAYA MENCIPTA JAMBATAN PALING CANGGIH DIDUNIA.......


Bayangkan seramai 500 penduduk Kampung Mambang Berulang dan Sungai Dingin, berhadapan risiko kemalangan berikutan menggunakan jambatan gantung yang terlalu uzur.

Jambatan gantung 'maut' ini yang digunakan bagi menghubungkan kampung berkenaan dengan bandar Mentakab dikatakan kerap mengalami kerosakan.

Setelah negara kita telah merdeka 54 tahun masih ada lagi jambatan seperti ini. Apa pemimpin Umno buat selama ini? Adakah hanya bila hampir pilihanraya, wakil rakyat datang menabur janji yang tidak pernah ditepati.
Selepas menang pilihanraya wakil rakyat hilang entah ke mana, dan senario ini akan berlaku lagi bila pilihanraya tiba. Akhirnya masalah rakyat tidak selesai.. rakyat terus di tipu oleh Umno.

Gambar menjelaskan segalanya. Layannnn!

























layan bro! Sambil tu fikir-fikirkan.


adios

BIAR LA ABBY OII DEPA JELES SEBENAQNYQ...

Bila PAS rai, macam-macam timbul – Abby Abadi
Harakahdaily,  

KUALA LUMPUR: Pelakon yang popular dengan siri drama kepolisan Gerak Khas Abby Abadi melahirkan rasa kecewa beliau terhadap pihak tertentu yang menghina penghijrahan beliau.

Abby melahirkan kekecewaan itu melalui twitter beliau hari ini terhadap pihak yang 'mengata' dirinya yang kini kerap tampil di pentas ceramah PAS.

"Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul.

"Sampai kata saya dapat 'hidayah sesat'? Apa tu?," katanya.

Sejak berhijrah dan tampil dengan imej bertudung, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan sering diundang pelbagai pihak termasuk parti politik khususnya PAS untuk tampil di pentas mereka.

Kehadiran beliau dalam program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau baru-baru ini turut menarik perhatian banyak apabila dengan nada berseloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.

Bagaimanapun, penghijrahannya dan sikapnya yang sering memenuhi undangan di majlis PAS tidak disenangi sesetengah pihak.

GAMBAR : Kesedihan di Tel Aviv (Israel) sebab kemenangan Dr. Mursi


 

FAKTA SAINTIS BARAT DI SANGGAH FAKTA AL QURAN

Antara fakta saintis barat dan fakta Al-Quran
 
Fakta Saintis Barat

1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.
2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).
3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.
4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zamanà ais/batu

Fakta Al-Quran-1

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar”. Malaikat itu menjawab: “Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

(Al-Baqarah- Ayat 30-34)

BERDASAR AYAT DIATAS BODOHKAH MANUSIA PERTAMA YG BERNAMA ADAM ITU. KEPANDAIAN BELIAU TENTANG BUMI MELEBIHI MALAIKAT DIATAS KUNIAAN ILMU ALLAH.

Fakta Al-Quran-Kisah Habil dan Qabil.

Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama “Iqlima”, kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama “Lubuda”. Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhak menentukan pilihan jodohnya.

Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.

BERDASAR KISAH DIATAS MASIH BODOHKAH MANUSIA GENERASI KEDUA SEHINGGA MEREKA MAMPU MENTERNAK HAIWAN DAN TERLIBAT DIDALAM BIDANG PERTANIAN GANDUM? BUKANKAH ITU HASIL DIDIKKAN ILMU DARI MANUSIA PERTAMA YAKNI NABI ADAM A.S YG JUGA MENDAPAT ILMU DARI ALLAH S.W.T JUGA.

Fakta Hadith Hadis al-Bukhari yang berbunyi : Abu Dzar telah meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab: “Masjid al-Haram”, saya bertanya lagi: “kemudiannya…?”, balas Rasulullah SAW: “Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya lagi: “Berapakah jarak di antara keduanya (tempoh dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: “empat puluh tahun, di mana sahaja
kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)”.Nabi Adam a.s adalah manusia pertama membina Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa didalam selang waktu 40tahun.

MASIH BODOHKAH MANUSIA PERTAMA ITU WALAUPUN DIDALAM ILMU PEMBINAAN.

Fakta Sejarah Islam Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk mencipta alat-alat yang dapat mempermudahkan pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematik, ilmu astronomi.

SEDARKAH PEN, TULISAN, HURUF, ANGKA, DAN ILMU CAKRAWALA ITU ADALAH HASIL TAMADDUN MANUSIA DAHULU LAGI YG KAMU KATAKAN BERCAWAT ITU. MASIH BODOHKAH MANUSIA TERDAHULU ITU?

Sekarang terserah kepada anda sendiri. Fakta mana mahu dijadikan pegangan aqidah/iman. Jika kamu jadikan Saintis Barat kiblat kamu kerana kemampuan mereka menonjolkan teknologi untuk meyakinkan kamu terserahlah. Tapi bagiku, mukjizat AlQuran itu lebih hebat drpd segalanya. Hati hati dengan program National Geography yang terkadang menyesatkan.

ohislam/tranungkite

KERAJAAN MALAYSIA BELUM LAGI MENGIKTIRAF PRESIDEN BARU MESIR

Harakahdaily, 25 Jun 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak agar Kerajaan Malaysia segera mengiktiraf keputusan rakyat Mesir dan Dr Mohamed Morsi sebagai presiden baru negara itu.

“Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Negara Mesir setelah dapat melalui satu proses sistem pilihanraya bagi menentukan pemerintah terbaru Mesir kini,” ujar Pengerusi Lajnah Antarabangsa merangkap Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar.

Katanya, sudah tentu Pilihan Raya Umum (PRU) Mesir mencerminkan keyakinan rakyat untuk menentukan pemerintah bagi meneruskan pentadbiran Mesir yang telah bergolak satu ketika dahulu.

Beliau juga panjangkan ucapan tahniah kepada calon Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamed Morsi yang telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden Negara Mesir semalam.

“Bagi kami juga, kemenangan tersebut sebagai satu titik permulaan baru bagi melalui kenangan pahit yang telah berlaku di Negara Mesir,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, dan adalah menjadi harapan DPPM ingin melihat Mesir kembali bagi mengukuhkan sistem demokrasi sedia ada.

Beliau berkata, dunia sewajarnya mengiktiraf dan menyokong keputusan pilihanaraya ini yang mengangkat Dr Morsi sebagai Presiden Mesir kini setelah melalui proses sistem demokrasi di sana.

Menurutnya, bibit-bibit campur tangan asing kini kedengaran terhadap keputusan rakyat ini dan sewajarnya perlulah dihentikan dengan segera.

“Kemenangan calon dari Ikhwanul Muslimin ini juga membuktikan rakyat Mesir sudah bosan dengan ketidakadilan dan kezaliman pemerintahan sebelum ini,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan, Islam yang menjadi asas perjuangan Ikwanul Muslimin terbukti berjaya diterima oleh semua lapisan rakyat Mesir tanpa mengira agama dan warna kulit dan perlu dicontohi oleh semua negara termasuk Malaysia sendiri.

PDDM juga, katanya yakin rakyat Negara Mesir akan mendokong keputusan tersebut dan merealisasikan pemerintahan yang terbaik kelak.

“Kami juga mengharapkan Dr Morsi dapat menzahirkan kemenangan yang telah diperolehi untuk mengembalikan keamanan dan kesejahteraan rakyat di sana kelak.

“Kami juga yakin rakyat Malaysia amat bangga dengan rakyat Mesir kerana mampu keluar daripada kemelut yang lalu,” katanya.

AKHIRNYA ULAMAK MUDA UMNO AKUI PERJUANGAN PAS.TAPI PROF MUALLAF TU BEREMOSI PULAK...



KOTA BHARU: Ulama Muda Umno, Fathul Bari memberitahu PAS sangat konsisten di mana politik tidak boleh dipisah dengan agama.

“Saya setuju di mana PAS sangat kosisten dalam isu tersebut. Saya pertegaskan ketaatan di atas perkara yang makruf.

“Apabila timbul segala masalah hendaklah kita rujuk kepada al Quran dan Hadis,” katanya pada Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Balai Islam malam tadi.


Emosi

Wacana siri ke-11 mencatat sejarah apabila seorang lagi ahli panel, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah tidak dapat mengawal emosinya apabila hujahnya mendapat respon negatif penonton.

Ada ketikanya selepas diberi peluang moderator, Amin Idris, pengacara TV9 Dr Ridhuan tidak mahu menjawab soalan mungkin terkilan dengan gelagat penonton.

Malah beliau dua kali bangun berdiri ketika menjawab soalan moderator dan penonton. Amalan itu tidak pernah berlaku sejak siri wacana diadakan tiga tahun lalu.

Penalis lain bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan.


Penuh sesak

Wacana itu juga mencatat sejarah apabila kehadiran luar biasa sehingga ramai terpaksa mengikuti dengan menonton melalui skrin besar di luar dewan.

Fathul juga berkata, sejak lebih setahun menyertai Umno beliau telah memberi nasihat kepada pemimpin Umno secara tertutup dan bukan terbuka.

Selain itu beliau menganjurkan program usrah di Masjid PWTC dan merangka modul usrah.

Beliau yang agak petah membaca ayat-ayat al Quran dan Hadis serta membawa sirah-sirah pada awalnya menerima terjahan penonton apabila berkata, kalau hendak bercakap politik hendaklah keluar daripada kepompong agama.

“Antara PAS dan Umno sebenarnya bukan berpecah sebaliknya hanya berselisih pandangan. Maka saya datang ke sini malam ini untuk mencari kaedah membincangkan Islam dan bukan untuk berpecah,” ujarnya.

Orang Islam terancam

Dr Ridhuan Tee pula meluahkan rasa bimbang kerana baginya kekuatan orang Islam dan bukan Islam sekarang 50-50.

Menurutnya, orang bukan Islam tidak boleh hendak harapkan untuk selamatkan Islam.

“Saya juga tidak nampak agenda Islam lebih baik dengan apa yang dilakukan kerajaan sekarang atau kerajaan akan datang.

“Saya takut kita hanya menang sorak kalau tidak mahu berubah,” katanya, yang disifatkan penonton hujahnya mewakili kelompok Umno.

Beliau dilihat ramai cuba mengheretkan idea supaya PAS dan Umno bersatu bagi memperkuatkan orang Melayu dan Islam.

Umno khianati orang Melayu

Bagaimanapun hujah itu ditolak Dr Fadzli dengan menceritakan sejarah Umno merosakkan orang Melayu ketika pakatan dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuh pada 17 Oktober 1945.

Parti tersebut merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

“Semua pemimpin Melayu bernaung di bawah PKMM, namun pemimpin Umno secara senyap-senyap berunding dengan penjajah sehingga ditinggalkan PKMM selepas diberi habuan oleh Inggeris.

“Umno sekali lagi mengkhianati PAS apabila parti itu mulai mendapat sokongan selepas mendapat mandat besar pada pilihan raya 1974.

“Sedangkan semasa menghadapi peristiwa 13 Mei 1969 Umno mengharapkan kerjasama PAS bagi memperkuatkan orang Melayu, namun selepas menang selepas PAS ditendang keluar,” ujarnya.

Dr Asri pula meluahkan rasa hairan apa ancaman sebenarnya yang akan dihadapi orang Islam sekiranya ada perubahan pentadbiran negara selepas PRU-13 nanti.

“Adakah masjid akan diruntuhkan, orang Islam tidak boleh solat lagi, jadi kita hendak tahu apa yang terancamnya apabila orang Melayu membuat perubahan politik baru,” katanya.

Subhanallah! Sepotong Kaki Dalam Otak Bayi

 

Pada tahun 2009 lalu dunia perubatan dikejutkan dengan peristiwa aneh. Doktor di Colorado, Amerika Syarikat, baru mengeluarkan kaki kecil dari otak bayi berusia tiga hari. Ahli bedah otak pediatrik Dr Paul Grabb sangat terkejut.
Ketika membedah kepala dan otak Sam Esquibel, dia mencari sepotong kaki yang hampir terbentuk dengan sempurna, lengkap dengan lima jari dan kaki yang lain yang hampir berbentuk.
Tidak hanya itu, dia juga mendapati beberapa bahagian tubuh lain, seperti sepotong tangan dan paha. “Seperti melahirkan bayi tapi dari otak,” kata Grabb seperti dilaporkan Daily Mail.

TOK GURU OH TOK GURU......

Tok Guru Sudah Terlebih Famous 

Tidak dapat dinafikan lambakan gambar atau foto Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam pelbagai fesyen dan suasana menyerlahkan realiti kehidupan diri dan keluarganya banyak tersebar dalam internet baik di Fb, twitter, ruang blog dan sebagainya. Gambar itu memberi gambaran akan keistimewaan dan keunikan beliau sebagai Menteri Besar dari rahim ulamak di mana perkara ini jarang berlaku di Malaysia. Ertinya boleh dibilang dengan jari ulamak yang menjadi ketua umarak, MB atau menteri.


Gambar yang disebar itu dalam berbagai viarasi, baik semasa beliau di pentas politik, di podium kuliah di kerusi rasminya, atau pun di masjid dan surau. Gambar-gambar aktiviti ibadat dan perjuangan beliau sungguh mengugah perasaan. Gambar beliau sedang makan, mendirikan solat atau pun melakukan tahalul - cukur rambut atau upacara membelah mulut bayi memberi impak dan sentuhan jiwa yang tinggi untuk mengasihinya.

Tidak cukup itu gambar beliau bermesra dengan anak isteri dan keluarga dan juga gambar beliau sedang dipicit atau diurut belakang dan kaki oleh anak-anak murid dan orang yang menyayanginya memberi dan menerbit perasaan tersendiri pada perenungnya. Benarlah kata orang gambar memberi seribu makna.


Penyebaran gambar itu menyebabkan orang ramai mengenali hati budi dan sejauh dalamnya 'kausar' beliau, dapat menilai tahap kerendahan dan kezuhudan dirinya. Mengenai dirinya menjadi buah mulut, di mana-mana saja orang bercakap mengenai diri dan juga stail kepimpinannya. Kerana itu semua beliau menjadi ikon dan dijadikan maskot politik negara ini.

Tidak terlampau kalau saya sebutkan keterkenalan Tok Guru Nik Aziz sebagai seorang Menteri Besar dan ulamak sudah melangkau ke seluruh benua. Mana-mana negara yang boleh akses internet pasti akan menemui gambar beliau dan mengetahui syaksiahnya. Inilah hebat dan berkesannya internet dalam mempropangdakan sesuatu.

Penyebaran foto beliau itu sesuatu yang baik dan bagus serta satu strategi ampuh bagi politik Pas. Ia menjadi satu medium atau saluran dakwah bagi Pas. Di samping ia boleh mengenalkan beliau kepada dunia tetapi ia juga dapat mengenalkan beliau sebagai seorang pemimpin bertaraf ulamak yang berilmu dan mempunyai pendekatan yang tersendiri dan khusyusi. Ini semua menguntungkan Pas dan sekaligus Islam yang dijadikan ideologi oleh Pas.

Pas sesungguhnya berbangga memiliki sosok seperti itu. Kerana itulah kehebatan, sebutan mengenai Nik Aziz bukan saja bergema di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang malahan kehebatan dan keistimewaannya mengimbau ke seluruh negara. Bukan saja anak-anak Tadika dan Pasti tetapi juga pentadbir, politician bukan saja dari Pas bahkan dari Umno juga. Hakikat inilah menyebabkan Umno khasnya mencari seibu jalan dan menggunakan seribu senjata (termasuk fitnah) untuk membunuh keperibadian agama dan politik Nik Aziz.

Mengenai anugerah ini saya tampak Pas menggunakan secukupnya modal dan aset yang ada satu ini. Bahkan bagi Pas Kelantan seolah parti itu tidak ada modal lain lagi selain Nik Aziz. Nik Aziz dan Nik Aziz. Tidak salah kalau Pas meletakkan Nik Aziz sebagai ikon dan maskot politiknya kerana ia wajar di atas kehebatan dan keilmuan Nik Aziz dalam agama dan politik. Kandati beliau sudah tidak ada lagi di dunia ini pun kehebatan dan keistimewaan serta keunikan beliau itu akan disebut-sebut dan diingati serta dijadikan pendorong meneruskan perjuangan. Beliau akan disebut seperti para salahfusoleh yang berjasa kepada Allah seumpama Fadzil Noor yang kehebatan dan kebijaksanaan politiknya terus disebut.

Bagaimana pun dalam hal ini Pas semasa sudah terlebih dalam menggunakan Nik Aziz untuk perjuangannya. Cara Pas mengidola dan mengkultuskan Nik Aziz sudah sampai keperingkat yang perlu membuat ralat. Maksudnya di sini bukan kehebatan dan keilmuannya, tetapi cara Pas menjadikan Tok Guru sebagai aset dan modal politiknya tanpa memperhitungkan keadaan sekelilingnya. Kerana mereka meletakkan Tok Guru terlalu besar menyebabkan pemandangan sesetengah ahli dan penyokong Pas sehinggakan mereka tidak nampak benda lain lagi dan merasakan Tok Guru akan ada selama-lamanya. Sikap dan persepsi ini sesuatu negatif.

Apabila menyedari akan keterlaluan ini menyebabkan timbul dalam minda saya, apakah hanya Tok Guru yang berhak mendapat pujian dan sanjungan begitu? Maksudnya kenapa Pas dalam masa sama tidak meletakkan pemimpin pengiring kepada beliau? Walaupun Nik Aziz sendiri tidak menyebut secara pasti siapa selepas beliau tetapi Pas perlu memberi isyarat dan kenyitan mata akan pemimpin yang akan mengambil alih tempatnya. Sepatutnya ahli dan penyokong Pas dapat membaca sir dan maknawi yang terpendalam di dalam kalbun Nik Aziz.

Dalam soal ini saya ingin mempersoalkan tentang sikap taksub atau pun sanjungan berlebihan kepada Nik Aziz yang pada saya tidak seimbang. Bahkan ada kalanya sampai ke peringkat elemen khurafat. Maksudnya kenapa hanya Tok Guru sahaja ditonjolkan sebagai pemimpin zuhud, tawaduk, bersifat qana'ah dan mudah basa. Apakah tidak ada lain-lain pemimpin dalam Pas yang mewarisi sifat-sifat itu? Apakah Pas terlupa? Sikap terlupa seperti ini menyebabkan Pas akan berhadapan dengan kekosongan selepas ini apabila Tok Guru tiba-tiba sudah tiada lagi.

Kekosongan inilah yang perlu difikir oleh Pas khasnya oleh rakyat yang kini terlebih ghairah mendaulatkan Nik Aziz sebagai ikon dan idola mereka? Sudah sampai masanya para pengidola dan penyanjung ini urut sama menjaja nama-nama lain yang bakal menerajui Pas di masa depan. Apa yag hendak ditegaskan ialah para pendokong perlu mempamikir dan menjualkan akan kehebatan pemimpin lain, baik dari segi karektor, sifat, perwatakan, kebolehan dan sebagainya dan bukan saja Nik Aziz.

Perkara ini penting didedahkan misalnya mengenai latar belakang, fikrah perjuangan, wawasan dan juga kebolehan mereka dalam mentadbir dan mengolahkan politik secara kreatif. Sesiapa yang memiliki sifat-sifat ini perlulah didedahkan seluas-luasnya kepada rakyat agar mudah rakyat membuat penilaian dan pemilihan. Harus difahami seorang yang bakal menjadi pemimpin bukan saja setakat mampu menjadi syeikh di majlis tahalil atau pun menjadi iman solat hajat dan bermunajat.

Saya sangat berharap selepas ini akan ada foto-foto mereka yang disenaraikan akan menjadi pemimpin masa depan akan ada foto-foto mereka yang beraksi atau bersahaja seperti foto-foto Tok Guru itu dipamirkan dalam dada Fb atau twitter. Hendaknya para penyokong masing atau orang perseorang dapat mengudp-datekan foto-foto ini untuk renung bersama.

Apakah apabila tiada gambar-gambar ini - tokoh selain Nik Aziz, disebabkan tiada tokoh yang seiras Nik Aziz? Mungkin? Sebab gambar-gambar bersahaja begini yang nilainya tinggi tidak boleh dibuat-buat atau pun dilakonkan. Ia hendaklah bersahaja. Manakala gambar yang bersahaja pula akan muncul dari tindakan yang bersahaja dan tidak dibuat-buat.

Alangkan ruginya bagi Pas atau mana-mana juga jemaah kalau hanya mengagung atau memberi air time yang berlebihan kepada seseorang saja apa lagi yang sudah terlebih famous? Sekiranya memang tidak ada tokoh yang bersikap dan bersifat seperti Nik Aziz untuk diambil gambar ini bermakna bahawa selepas Nik Aziz ini Pas menghadapi masalah. Nik Aziz sendiri mungkin boleh disifatkan gagal kerana selama 22 tahun menjadi MB tidak berjaya melahirkan seorang murid yang hampir menyamai murbbinya, atau pun muridnya gagal menghayati ajaran gurunya.

Sekali lagi diharapkan selepas ini hendaknya akan ada gambar pemimpin Pas baik wakil rakyat atau sesiapa yang diposting dalam Fb dan blog menunjukkan keserdahnaan hidup mereka. Tetapi dalam pada itu jangan pula mengada-ngada masukkan gambar lakonan seperti wakil rakyat sedang memotong rumput di kawasan rumah sendiri, menarik lembu, menziarahi orang sakit dan sebagainya. Walaupun foto sebegitu ia satu promosi yang baik tetapi gambar seperti itu menyebabkan orang akan kata kita masuk bakul angkat sendiri. -MSO

GAMBAR : APABILA SINGA ALLAH TERBIT DI KACA TV

BUAT PERTAMA KALINYA ORANG UMNO AKAN DEMAM BILA TENGOK TV (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/532865_477331235618654_2024727955_n.jpg
SEMOGA USTAZ AZHAR IDRUS DAPAT MENGEMBANGKAN LAGI USAHA DAKWAH NYA DENGAN LEBIH LUAS DAN TIDAK BERUBAH PENDIRIANNYA WALAUPUN DAH MASUK TV 

Mengenali Dr. Muhammad Mursi Presiden Mesir Kini | Sejarah Ringkas Revolusi Mesir


Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah, kemenangan Dr. Muhammad Mursi calon Parti Keadilan dan Kebebasan kelolaan Ikhwaanul Muslimin sebagai Presiden Republik Arab Mesir (tidak rasmi sehingga tarikh ini-21 Jun 2012) telah diketahui pada pagi Isnin, 18 Jun 2012. Dr.Muhammad Mursi memperoleh 13,237,000 undi atau nisbah 52% berbanding lawannya, Ahmed Syafiq, sekutu kuat Husni Mubarak memperolehi 12,338,973 dengan nisbah 48% daripada jumlah undi keseluruhan 25,575,973.

Kemenangan ini disambut dengan rasa syukur oleh seleuruh rakyat Mesir terutama rakyat yang sudah lama mengimpikan pemerintahan baharu, ingin keluar daripada jajahan kuku besi Husni Mubarak...malah turut mengimpikan Islam kembali didaulatkan di bumi Mesir. Walau bagaimanapun, kemenangan ini masih menjadi tanda tanya apabila pihak tentera masih samar2 membuat keputusan untuk memberikan kuasa penuh kepada Presiden baru. Difahamkan sekarang juga jutaan rakyat Mesir berhimpun/berkampung di Dataran Tahrir mendesak pihak tentera mengembalikan kuasa pemerintahan penuh kepada pilihan rakyat.
Kisah Pilihan Raya Mesir

Pelajaran dakwah dri Pilihanraya Presiden Mesir...Ada dua calon iaitu Mohammed Mursi dan Ahmed Syaffiq. Mursi merupakan calon presiden dari Ikhwan. Sedangkan Syaffiq merupakan perwakilan dari regim lama, Hosni Mubarak. Ada kisah menarik yang terjadi di salah satu daerah di Mesir.

Seorang gadis naik teksi. Setelah duduk dalam teksi, si pemandu bertanya, "Siapa yg anda akan pilih?” Si gadis menjawab, “Mohammed Mursi.” Si pemandu hairan dan btanya “Kenapa? Dia kan Ikhwan…” Si pemandu semangat mengkritik Morsi, “Saya ini seorang muslim dan nama saya juga Mohammed.” Si gadis lantas menjawab: “Saya Kristian dan nama saya Maria.” Si pemandu teksi hairan dan semakin bingung dan berkata: “Bukankah Shafqiq akan membenarkan Injil dalam buku pelajaran dan menghapus ayat-ayat Al-Quran?”

Si gadis menjawab: “Bagaimana mungkin saya akan memberikan suara saya kepada orang yang tidak menghormati agamanya?” Si gadis berkata lagi.. “Ketika gereja saya diledakkan, Shaffiq ada bersama Mubarak, sementara Ikhwan ketika itu di penjara…."Ketika syuhada’ berguguran, Shaffiq menjawat sebagai Perdana Menteri, sementara Ikhwan ada bersama para demonstrasi."
Kelu pemandu teksi dengan huraian si gadis Kristian...lalu bersetuju turut sama menyokong Mursi!


Revolusi 2011 yang telah mengorbankan 1,000 nyawa itu tidak sewajarnya berakhir dengan sebegitu rupa. Pengorbanan mereka yang tak ternilai harganya itu tidak sewajarnya dibayar dengan memilih untuk kembali kepada pemerintahan silam. Sesungguhnya cabaran besar sedang menanti Presiden dan kerajaan yang baru untuk menyatukan kesemua rakyat samada Muslim, Kristian, liberalis dan golongan kiri di bawah satu lembayung pemerintahan baru Mesir.

Kini, amanah besar sedang digalas oleh setiap rakyat Mesir untuk melakar masa depan mereka sendiri. Janganlah pula tersilap langkah kerana buruk padah pasti menanti bak kata pepatah “terlepas mulut harimau, masuk mulut buaya”. Sungguhpun golongan liberalis berpendapat pusingan run-off ini adalah the 'worst-case' scenario yang membuatkan mereka terpaksa memilih antara dua persimpangan namun bagi kita semua yakinlah bahawa hanyalah Islam ad-Din yang akan menjadi penyelamat bukan sahaja di dunia mahupun akhirat sepertimana firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mencari agama(ad-Din) selain daripada Islam maka ianya tidak sesekali akan diterima dan di akhirat kelak tergolong dalam golongan yang rugi.”



BIODATA PROF. DR. MUHAMMAD MURSI

Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah.
Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran.

Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.

Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.

Dakwah dan Politik

Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan turut terjun ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman.
Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak, namun keluar keputusan yang tidak berpihak, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.


Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.


Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.



Penjara dan Penangkapan

Dr. Mursi antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan hadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang.


Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada tarikh 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan menghuni jeriji besi
selama 7 bulan.

Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi, yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab), 28 Januari 2011 supaya tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.

Setelah prestasinya dalam politik selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian dilayan dengan keji oleh pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.

olahan semula sumber: http://www.islamicgeo.com

Tujuh Hikmah Diharamkannya Zina

 
Assalamualaikum wr wb
Saya sedih dengan merebaknya kes hamil di luar nikah di masyarakat saya tinggal saat ini. Sepertinya doktrin bahawa zina itu adalah perbuatan keji dan dosa besar tidak membuat para pelaku takut berzina. Mungkin dengan menjelaskan hik mah di sebalik pengharaman zina masyarakat akan semakin sedar dan bersama-sama menekan budaya perzinaan ini. Apa sajakah hikmah di sebalik pengharaman zina?

Hamba Allah

Waalaikumussalam wr wb

Betapa besarnya bahaya dan kerosakan yang ditimbulkan perbuatan zina itu, bagi individu, keluarga, dan masyarakat Islam sehingga Allah SWT meletakkannya selepas pembunuhan dan mempersekutukan Allah (syirik). "Dan, orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina. "(Surah al-Furqan [25]: 68-69)

Imam al-Syathibi dalam kitabnya al-Muwafaqatmenegaskan, sesungguhnya syariat itu adalah demi kemaslahatan manusia, di mana semua taklif (perintah dan larangan) adalah untuk mengelakkan mafsadah (kerosakan), untuk mendapatkan maslahat (kemaslahatan), atau untuk mendapatkan kedua-duanya. Imam Ibnu Qayyim juga menjelaskan dalam kitabnya I'lam al-Mu waqqi'inbahwa sesungguhnya syariat Islam itu dasar dan asasnya adalah di atas hikmah dan untuk kebaikan umat manusia, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Syariat itu seluruhnya adalah keadilan, rahmat, kebaikan, dan hikmah.

Di antara hikmah pengharaman zina adalah, pertama, menjaga kehormatan perempuan agar tidak dijadikan barang yang diperjualbelikan kerana Islam datang untuk memuliakan manusia, baik laki-laki dan perempuan. Kedua, mencegah percampuran nasab kerana dengan dibolehkan zina bererti memasukkan anak yang bukan dari benihnya ke dalam keluarga yang nantinya akan mewarisi. Bukan anaknya dan memperlakukannya sebagai mahram padahal bukan mahramnya.

Ketiga, mencegah banyaknya anak yang diabaikan orang tua akibat malu anaknya lahir dari hasil perzinaan. Dan, melindungi bayi-bayi yang dibunuh ibunya sendiri ketika masih dalam kandungan (aborsi). Keempat, menjaga keutuhan dan ketenteraman dalam rumah tangga.

Kelima, pengharaman zina sesuai dengan fitrah manusia yang mempunyai rasa ghirah / cemburu terhadap kehormatannya, di mana tidak mungkin seseorang boleh menerima dan rela melihat isteri, anak, ibu, dan saudari nya menjadi barang yang diperjualbelikan dan dijadikan pemuas nafsu orang lain. Sebagai mana nasihat Nabi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Baihaqi, dan Thabrani, kepada pemuda yang meminta izin kepada Beliau untuk dibiarkan melakukan zina, dengan menanya kan kepada dia apakah rela orang lain berzina dengan ibu, anak, sau dari dan ahli keluarganya yang lain .

Keenam, mencegah tersebarnya kejahatan, khususnya pembunuhan, disebabkan rasa cemburu, di mana seorang suami boleh membunuh isterinya dan lelaki yang berzina dengannya kerana rasa marah, cemburu ketika melihat isterinya berzina dengan lelaki lain, atau lelaki boleh membunuh suami wanita yang dizinahinya.

Ketujuh, mencegah penyebaran penyakit berjangkit yang merupakan hukuman dari Allah atas tersebarnya perbuatan keji tersebut, seperti HIV / AIDS. Rasulullah bersabda, "Tidaklah tampak zina di dalam suatu kaum, kemudian dilakukan secara terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka taun (wabak) dan penyakit-penyakit yang tidak pernah menjangkiti generasi sebelumnya." (HR. Ibnu Majah, al -Hakim dan Abu Nu'aim). Wallahu a'lam bish shawab.

Ustaz Bachtiar Nasir

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate