Baca Yasin malam Jumaat bida'ah?

Ketika berbual sambil minum teh di kedai mamak seorang rakan mengutarakan masalah amalan kebiasaan orang Melayu kita yang membaca Yasin beramai-ramai atau seorang diri di setiap malam jumaat. Dia mengatakan itu adalah bidaah dan perlu ditinggalkan sebab bukan daripada amalan Sunnah.

Lalu terjadi perbualan berikut:

Aku: Boleh tak aku baca Yasin lepas asar hari rabu?

Kawan: Boleh!

Aku: Boleh tak aku baca pada malam rabu?

Kawan: Boleh!

Aku: Macam mana pulak kalau aku baca malam Khamis?

Kawan: Boleh!

Aku: Sekarang aku nak baca malam Jumaat, boleh tak?

Kawan: eeeerrrrr....booooleh!

Aku: ok ! tutup cerita bidaah tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan