MAS nafi laporan isu data enjin MH370


  • Koh Jun Lin | 6:35PM Mac 13 2014
  • Ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya menafikan menafikan laporan media asing yang menyebut bahawa pesawat MH370 mungkin telah terbang selama beberapa jam selepas ia hilang dari skrin radar.

    Katanya, rekod MAS menunjukkan bahawa data terakhir dari sistem pemantauan Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Acars) dipancarkan pada 1.07 pagi waktu tempatan.

    “Ia adalam pemancara (data enjin) terakhir yang kita terima dari pesawat itu. Ia tidak melewati tempoh itu,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

    The Wall Street Journal melaporkan penyiasat penerbangan AS dan pejabat keselamatan negara itu percaya pesawat itu terbang selama lima jam, berdasarkan data yang dimuat-turun dan dihantar secara automatik dari enjin Boeing 777 sebagai sebahagian daripada program pemantauan standard.

    Dalam sidang media hari ini, menteri pemangku pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu juga berkata pengeluaran imejan satelit oleh pihak China mengenai kemungkinan ia bangkai pesawat berkenaan, telah tersalah dikeluarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan