MH370: AKHIRNYA 'RAJA BOMOH' MENGAKU KALAH!!!

“Saya sendiri tidak tahu di mana pesawat itu berada,” kata Ibrahim dalam nada bingung.



Ingat bila dah guna gelaran 'raja bomoh', maka power sangat .. alahai mengaku kalah juga akhirnya. Tak payah lah nak kata kita ikhtiar ke apa ke. Kan JAKIM dah kata;

Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat.

Malang la bagi manusia yang percaya pada bomoh terpesong ni. Bagi yang terlepas aksi nujum boleh tengok video aksi pertama kat
sini 

Manakala kat bawah ni aksi kedua raja bomoh yang menggunakan tikar terbang hehehe


PUTRAJAYA: Raja bomoh Ibrahim Mat Zin yang popular selepas mendakwa pernah ‘menampar’ mati seekor buaya hari ini meluahkan rasa bingung keatas kehilangan pesawat MH370 Sabtu lepas.

Ditemui di KLIA tengahari ini, Ibrahim bersama sama beberapa pengikut lain dilihat sibuk menjalankan upacara memanggil semula pesawat tersebut serta menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan jampi serapah.

“Saya sendiri tidak tahu di mana pesawat itu berada,” kata Ibrahim dalam nada bingung.

“Tetapi saya sedang cuba sedaya upaya untuk membantu dalam misi pencarian ini. Saya tidak menggunakan jampi,”

bomoh kelapa1“Saya ikhlas dalam hal ini,” tambah beliau.

Semasa upacara tersebut Ibrahim dilihat membawa dua biji buah kelapa. Ketika ditanya, beliau menjawab bahawa kelapa tersebut bertujuan untuk melepaskan tahanan didalam kapal terbang.

“Simboliknya, dua biji kelapa ini akan dilagakan kerana dapat melepaskan kubu tahanan ghaib,”

“Andainya di udara ataupun di laut dapat ditimbulkan kerana kelapa tidak tenggelam,” ujar beliau.

Pesawat MH370 hilang dari radar Sabtu lepas sewaktu terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Seramai 239 penumpang termasuk anak kapal berada didalam pesawat tersebut sebelum dilaporkan hilang setelah tidak tiba dilapangan terbang di Beijing.

Spekulasi dari pelbagai pihak telah muncul ekoran misteri kehilangan pesawat tersebut. Ramai yang mendakwa pesawat boeing itu terhempas dan ada juga yang meramal bahawa pesawat itu telah dirampas penjenayah.

Sementara itu, pihak berkuasa masih lagi tidak dapat memberi jawapan tepat berkenaan status pesawat tersebut. Kenyataan pihak berkuasa didapati bercanggah antara satu sama lain.

p/s: kita nak Tanya juga dengan pengikutnya. pengikut silat A dan silat B. NGO yang rapat dengan dia. apa dah jadi dengan akidah hangpa?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan