Siapakah dia Maulana Zubairul Hassan yang saya maksudkan?



Beliau merupakan anak kepada Maulana Inam Ul Hasan Kandhalawi
 rahmatullah alaih dan juga cucu kepada Maulana Muhammad Zakariyya
 Kandhalawi rah.Beliau di lahirkan pada tarikh 30 Mac 1950 M di Markaz
 Dakwah Tabligh Nizamuddin.Berjaya menghafal Al-Quran di tangan
 Maulana Abdul Qadir Raipuri rahmatullah alaih.
Khirij dari Mazahirul Uloom Saharanpur di bawah tunjuk ajar 
Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rahmatullah alaih
 pada tahun 1971.Beliau berkahwin dengan anak Maulana Hakim Ilyas rahmatullah alaih
 pada tarikh 15 Januari 1969 yang di nikahkan oleh Maulana Zakariyya sendiri
 dan kemudiannya di kurniakan 6 orang anak,3 lelaki dan 3 wanita.
Beliau mengikuti nisab keluar setahun untuk golongan ulamak
 pada 9 Ogos 1974.Kemudian berbiat dalam jalan kerohanian 
dengan Maulana Zakariyya rahmatullah alaih pada 10 Februari 1978.
Di lantik menjadi Syeikhul Hadith di Madrasah Kashiful Uloom
,Nizamuddin pada 1996 selepas kematian bapa saudaranya iaitu
 Maulana Muhammad Izhar Ul Hasan Kandhalawi rahmatullah alaih.
Kemudian di lantik sebagai barisan Syura Jemaah Dakwah/Tabligh
 selepas kematian bapanya pada tahun 1996.Berganding bersama dengan 
Maulana Muhammad Saad Kandhalawi hafidzahullah sebagai 
Syura Jemaah Dakwah/Tabligh sehingga maut datang menjemputmu pada hari ini.
Beristirehatlah wahai Syeikh,sesungguhnya semasa hayatmu 
telah engkau korbankan segala-galanya untuk agama.Sekarang
 nikmatilah kerehatan sehingga ke hari kiamat.
~Sumber biografi : Anak Pendang Sekeluarga.
*Sheikh Nuruddin biasa menceritakan tentang kehebatan
 kerohanian ayah beliau, Maulana Inamul Hassan rahmatullah alaih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan