YANG MASIH PANAS...

Pejabat 1MDB diserbu polis pagi ini

1mdbKUALA LUMPUR, Rabu – Sekumpulan anggota polis menyerbu Pejabat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur, pagi ini.
Laporan The Star Online menyebut, sepasukan anggota polis dengan beberapa buah kenderaan tiba di pejabat tersebut sejak jam 11.30 pagi.
Serbuan itu dipercayai ada kaitan dengan penyaluran dana kepada enam akaun yang dibekukan selepas pendedahan oleh akhbar antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ).
Dalam laporannya, WSJ mendakwa sejumlah RM2.6 bilion (AS$700 juta) dana 1MDB telah disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Serin Najib Razak.
Najib bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan memberi tempoh 14 hari kepada WSJ mengesahkan laporan itu sebelum tindakan lanjut diambil.
Ekoran pendedahan WSJ itu juga, pasukan penyiasat khas terdiri daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, mengeluarkan perintah membekukan enam akaun yang terlibat dalam kes itu
IKLAN SHAKLEE

ketahui 1001 khasiat VIVIX dalam menyembuhkan pelbagai penyakit serius!

ASSALAMUALAIKUM..alhamdulillah, bersiaran lg di blog..kali ni utk war2kan promo bulan julai 2015..ape dia..jeng jeng..alhamdulillah, mcm nak melompat bila tau promo bulan ni ialah VIVIX! sebab ape nak melompat? sbb vivix antara supplement wajib yg saya bg pd mak ayah dan mertua saya..syukur..dengan join shaklee, bukan aje dpt bantu ape yg bole dlm bentuk rm, juga bg mereka lebih sihat dgn supply supplement kat mereka..tak terbanding dengan ape yg dah mereka bg pd saya sepenjang hidup..so, mane2 yg masih tak tau ape yg best sgt vivix ni sampaikan, kalau time promo ni, regular customer mmg grab 2-3 botol sorang..jom saya cite sket khasiat vivix ni ya..




Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



Tersenarai di atas adalah kebaikan, khasiat dan manfaat Vivix. Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 
Penjelasannya; 
   

Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

10 KEBAIKAN VIVIX!
1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan



Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh


Di Shaklee, satu produk yang berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu anti penuaan selular VIVIX adalah jawapan untuk masalah-masalah di atas.

Di kala usia meningkat ini, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar.TETAPI, anda hanya perlukan 1 SUDU TEH VIVIX sahaja sehari. Mudah sahaja kan.


Kandungan VIVIX adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE.

 testimoni?? (klik gambar utk lebih jelas)









MENJAWAB TOHMAHAN "AHLI HADIS" TERHADAP KITAB SYAIKHUL HADIS


Berikut merupakan kesimpulan daripada “Kajian 40 Hadith di dalam Kitab Fadāil al-Solah” oleh al-Allāmah al-Muhaddith al-Syeikh Muhammad Zakariyā al-Kandahlawī yang dihasilkan oleh para pelajar Ilmu Hadis di bawah bimbingan Dr. Asmadi Sakat (UKM):
Berdasarkan kepada latar belakang pengarang, beliau merupakan seorang ulama yang terkenal di dalam bidang hadis sehingga beliau digelar sebagai Ra’is al-Syeikh al-Allamah al-Muhaddith.
Maulana Muhammad Zakariya memiliki 2 manhaj dan metode penulisan iaitu manhaj penulisan untuk orang awam dan manhaj penulisan untuk alim ulama yang mana setiap daripada kedua-duanya memiliki kaedah dan caranya yang tersendiri dalam menyampaikan penulisan.
Dalam permasalahan hadith dhaif, beliau berpegang dengan pendapat jumhur muhaddith bahawa harus menyebut hadith dhaif tanpa menyebut keterangan sebab kelemahannya dengan syarat hadith tersebut tidak bersangkut atau ada kaitan dengan permasalahan aqidah, halal dan haram, hukum-hukum syariah. Juga untuk pengajaran, taghrib dan tarhib, kelebihan-kelebihan amal dan yang seumpama dengannya. Boleh beramal dengan hadith dhaif hanya dalam urusan fadāil (kelebihan-kelebihan amal), al-manāqib, al-targhib wa al-tarhīb (galakan kepada amalan dan ancaman meninggalkan amalan) sahaja dan tidak boleh beramal dengannya dalam urusan halal dan haram terutamanya urusan aqidah.
Para ulama hadith telah sebulat suara bahawa terdapat hadith yang boleh dinaik taraf martabat atau statusnya ke satu taraf yang lebih tinggi dari martabatnya yang asal dengan syarat kelemahan hadith tersebut hendaklah lemah yang sederhana.
Jenis-jenis hadith yang boleh dinaik taraf martabatnya kepada darjat yang lebih tinggi daripada darjatnya yang asal ialah al-hadith al-hasan lizatih, al-hasan li ghairih, al-mu’allaq, al-mursal, al-mu’dal, al-munqati’, almudallas, al-mursal al-khafie, hadith majhul al-hal, hadith majhul al-‘ain, hadith al-mubham hadith al-mukhtalit, hadith al-mutalaqqin.
Hadith daripada perawi yang berdusta, dituduh sebagai pendusta, fasiq, hadith al-syaz dan hadith al-ma’lul merupakan klasifikasi-klasifikasi hadith yang tidak dapat dinaik taraf kedudukannya kepada hasan li ghairih disebabkan terlalu lemah dan riwayat-riwayat yang lain tidak dapat mengangkatnya kepada kedudukan yang lebih tinggai dari kedudukannya yang asal.
Jenis-jenis hadith yang tidak boleh dinaik taraf ialah hadith mawdu’ , hadith al-matruk, hadith al-munkar, hadith al-syaz dengan jenis-jenis iaitu almudraj, al-mudtarib, al-musahhaf, al-muharraf dan al-ma’lul.
Dapatan daripada penelitian penulis, daripada 40 hadith yang terdapat di dalam Fadāil al-Solah hadith yang berstatus sahih ialah hadith 1, 3, 11, 12, 14, 18, 19, 20, 24, 25, 27 dan 32. Hadith yang berstatus hasan ialah hadith 2, 4, 6, 7, 21, 22, 23, 28 dan 31. Hadith yang berstatus hasan selepas dikuatkan dengan riwayat sokongan ialah hadith 5, 8, 9 dan 10. Hadith yang berstatus dhaif tetapi boleh digunakan dalam konteks al-tarhīb ialah hadith 13, 16, 17, 26 dan 29. Kata-kata ulama yang terdapat di dalam kitab ini yang mana sesuai bagi tujuan al-tarhīb ialah hadith 15. Hadith yang ke 30 penulis tawaqufkan penilaian terhadapnya kerana tidak menemui kitab asal bagi hadith tersebut.
Saranan Dan Cadangan
Semua pihak termasuk para ulama dan ahli agama seharusnya memberi perhatian dan mengambil berat mengenai metode hadith mutāba’at dan syawāhid sebagai riwayat sokongan yang menjadi salah satu faktor pemangkin kenaikan taraf hadith yang berstatus dhaif kepada hasan li ghairih.
Daripada penganalisaan yang telah dibuat, penulis mendapati jumhur ulama di dalam beramal dengan hadis dhaif mengenakan beberapa syarat tertentu. Lantaran itu, janganlah terlalu cepat menolak sesuatu hadis disebabkan kelemahannya kerana kadangkala apa yang dikatakan sebagai kelemahan itu hanyalah pada sanadnya sahaja sedangkan matannya sahih dan selari dengan nas al-Quran atau dibantu oleh hadis sahih yang lain atau terdapat hadis lain daripada jalan riwayat yang lain yang boleh meningkatkan kedudukan hadis tersebut.
Berdasarkan kajian penulis terhadap buku karangan Mawlana Zakariya penulis mendapati terdapat beberapa buah hadith dhaif yang terkandung di dalam buku tersebut. Namun begitu hadith dhaif yang dikemukakan oleh beliau tidak terlalu dhaif dan tidak bercanggah dengan dalil-dalil syariat. Di samping itu beliau juga telah mengemukakan dalil-dalil samada dari al-Quran atau alsunnah yang lain untuk menyokong dan mengukuhkan hadith yang utama.
Penulis juga mendapati bahawa pengarang telah mengikuti metodologi para ulama hadis yang terdahulu dalam mengukuhkan hadith. Pengunaan hadith dhaif oleh beliau dalam kitabnya tidak bercanggah dengan syarat para ulama hadith yang terdahulu. Oleh itu, dakwaan yang mengatakan bahawa kitab-kitab karangan beliau tidak boleh dipakai adalah tidak benar dan tidak berasas.
Umat Islam seharusnya mengelakkan serta menjauhkan diri daripada mengeluarkan sesuatu kenyataan yang mengelirukan sekiranya perkara tersebut berada di luar kepakaran dan pengetahuan mereka.
Cadangan penulis kepada sesiapa yang ingin membuat kajian mengenai tajuk ini hendaklah memahami manhaj dan metode yang digunapakai oleh al-Kandahlawī serta menguasai kitab-kitab sumber asli bagi menjadikan kajian tersebut lebih berkualiti dan bermutu tinggi.
Kesimpulan
Pengaplikasian metode hadith mutāba’at dan syawahid sebagai riwayat sokongan yang menjadi salah satu faktor pemangkin kenaikan taraf hadith yang berstatus dhaif kepada hasan li ghairih merupakan manhaj yang digunapakai oleh al-Kandahlawī dan ulama sebelumnya dalam bidang penulisan hadith. Cara ini dilakukan menunjukkan kealiman dan kepakaran beliau di dalam bidang hadith. Sehubungan dengan itu manhaj ini boleh digunapakai sekiranya seseorang itu benar-benar mahir dalam bidang takhrij hadith.
(Sumber: Daripada Kajian yang dijalankan oleh pelajar ilmu hadis Jabatan al-Quran dan as-Sunnah di bawah seliaan Dr. Asmadi Sakat)
*Kalau dah faham, harap dapat sebarkan supaya orang awam tak terkeliru dengan tohmahan liar orang yang membenci hadis Nabi

IKLAN SHAKLEE


SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate