YANG MASIH PANAS...

Panas!! Saiful Bukhari Kena Kutuk Dengan Azwan Ali Di Twitter

10 Januari, 2012
Addin pada awalnya memang tak mau masukkan posting ni dalam blog Addin memandangkan perkataan yang di gunakan oleh Azawan Ali agak keterlaluan. Namun setelah difikir-fikir, Addin terpaksa erase beberapa perkataan untuk tatapan umum. Di fahamkan ustaz-ustaz pencacai UMNO membantai Azwan Ali ekoran twitter mengutuk Saiful ini. Walaubagaimanapun, ramai yang agak bersetuju dengan kutukan pedas Azwan Ali ini, walaupun ada beberapa perkataan yang digunakan beliau agak sensor.


sumber : addin

Anuar Disahkan Tidak Bersalah,So Apakah Hukum Orang Yang Menuduhnya Sebelum Ini,Sila Baca Entry Di Bawah...

Entry di bawah saya petik dan di tulis oleh Ustaz Ahmad Munawir Salehudin untuk dibaca oleh anda semua . Isu yang paling hangat di perkatakan dalam facebook atau blog serta arus media masa.


Kisah liwat seorang berfrofile tinggi yang sudah tua lagi sakit belakang di fitnah menjubo lelaki kacak lagi muda. isu ini berakhir semalam dengan Mahkamah telah membuat keputusan Si Laki tua itu tidak bersalah.Persoalannya banyak yang kita dengar dan lihat dimana ramai umat manusia telah menghukum Silaki Tua berprofile tinggi ini meliwat hatta ada yang percaya 200% sipelakunya adalah SiLelaki tua ini...disini timbul satu fitnah yang aib terhadap beliau ,


jadi dibawah ada satu soalan yang menarik telah dijawab oleh Ustaz Ahmad Munawir untuk kita kongsi ilmunya untuk kebaikan kita..........






Orang Umno Yang Mengaji


Salam Ustaz di atas ialah nama samaran sahaja...saya ini adalah ahli pengajian yang suka mengaji dan dengar ceramah ustaz.....Saya nak tanya ustaz harap ustaz jawab mengikut ilmu yang benar dan amanahlah dengan jawapan ustaz....


Adakah berdosa kita masih memperkatakan tentang tuduhan yang dilemparkan kepada seseorang..sedangkan dia sudah disahkan tidak bersalah.....adakah kita berdosa sekiranya kita masih bercakap tentang skandalnya....apakah kita dikira termasuk menuduh dan ada orang kata ...kita termasuk dalam orang yang menuduh dan boleh dikenakan sebatan 80 kali....jika yang dituduh tak bersalah ...apa bendanya qazaf ni ustaz saya tak paham.....adakah kita menulis di facebook ttg seseorang yang meliwat dan tiada saksi dan bukti juga dikira qazaf dan boleh disebat 80 kali.....Tolong jawab dengan ikhlas ye ustaz.




Wa'alaikumussalam tuan,


Terima kasih di atas soalan ..baiklah marilah kita teliti penegertian gazaf dan butiran lanjut di bawah ini:




Qazaf


Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.


Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa
saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya
mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.


Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama, kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud parti itu atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.


Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam, kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.


Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:


1. Secara sorih (berterus terang) dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada
orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh secara
sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman hudud boleh
dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.


2. Secara sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan 'awak bukan anak kepada si anu' yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau 'awak anak daripada hasil zina' dan lain-lain tuduhan yang boleh difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.


Hikmah Pengharaman Qazaf


Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri keluarga atau masyarakatnya.. Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.


Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara
sewenang-wenangnya.


Syarat-syarat Qazaf


Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya, orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.


Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:


1. Berakal. Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana
cakapnya tidak boleh dipakai.


2. Baligh, yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan
perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh
dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.


3. Tidak dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang
dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.


4. Tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi
mengikut hukum Islam.


Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:


1. Berakal. Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang
menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf


2. Baligh. Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh
dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta'zir.


3. Islam, mengikut jumhur para ulama.


4. 'Iffah atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan
akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.


5. Orang yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan secara khusus.


Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, menurut ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum arak, rasuah dan sebagainya, maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman hudud, tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budibicara pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.


Mensabitkan Jenayah Qazaf


Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:


1. Iqrar daripada orang yang melakukan qazaf.
2. Dua orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.
3.Sumpah orang yang tertuduh


pihak tertuduh bersumpah atas permintaan orang yang menuduh bahawa tidak me-lakukan zina. Sekiranya ia bersumpah, maka sabitlah kesalahan qadzaf. Tetapi, jika ia tidak mahu bersumpah maka tidak sabit kesalahan Qaza


Pendapat sesetengah ulamak tentang sumpah :
Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.
Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian


Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf


Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?


Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum, iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah (manusia) dan maruah mereka, serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.


Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap
hamba-hamba-Nya.


Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba (manusia), kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia. Apabila maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu. Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat Mazhab
Syafie dan Hambali. Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.
Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah, bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan (berwajib) maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan. Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.


Hak Tuduhan Qazaf


Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan
bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.
Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat, iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.


Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf (Menuduh Zina atau Liwat)
Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil,
menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.


Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh.
Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan
ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.
Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak
yang berkenaan.


Hukuman di dunia


Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.


Firman Allah (al-Nur: 4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik."


Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:


1. Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti
yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang
sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.


2. Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.


Hukuman di Akhirat:


Firman Allah (al-Nur: 23-24) yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (olehAllah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar.


Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan."
Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya. Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.


Oleh itu akhir kata janganlah kita menuduh atau menulis di dalam facebook...sedangkan sudah dibuktikan seseorang itun tidak bersalah kerana ya..memang kita akan termasuk di dalam golongan yang menuduh tanpa bukti dan saksi.....jika masih menuduh dan membuat andaian kerana hukum tidak dikira dengan hanya mengandaikan sahaja. ..maka wajib atas kita dikenakan 80 kali sebatan..dan laknat tuhan..waliyazubillah.

`Mengapa Anuar Enggan Bersumpah?



[SH] PETALING JAYA - “Walaupun di saat akhir ini, saya tidak akan sekali-kali melakukan sumpah laknat untuk membuktikan saya tidak bersalah,” tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus menafikan dakwaan beliau akan mengangkat sumpah laknat, Ahad ini.


Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjelaskan, beliau tetap dengan pendiriannya mendengar nasihat para ulama yang menyarankan agar tidak melakukan sumpah sebagai instrumen politik untuk membersihkan nama sehingga mempersendakan agama.


Tegas Anwar, beliau nekad dengan keputusan tersebut kerana mengambil kira nasihat ulama besar Yusuf al-Qaradawi yang melarangnya dari berbuat demikian kerana isu ini melibatkan sumpah demi politik yang diharamkan dari segi agama Islam.


Pendirian itu menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Anwar akan mengangkat sumpah laknat sebagai jalan terakhir menyelamatkan karier politiknya apabila keputusan kes liwatnya diumumkan Isnin ini.


Tambah Anwar, walaupun beliau sedar tindakannya mengangkat sumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral penyokong dan rakyat, namun beliau tidak akan melakukannya kerana menganggap sumpah tersebut mempermainkan agama.


“Kalau dengan sumpah sahaja boleh membebaskan saya, saya pasti ramai orang yang mencuri, merogol dan membunuh akan mengangkat sumpah menafikan kesalahan mereka, ia adalah salah. Sepatutnya dibawa bicara di mahkamah syariah.


“Jadi adakah saya perlu mengikut nasihat ulama-ulama besar atau mereka yang minum dan memiliki saham dalam syarikat arak? Sudah tentu saya mengikut nasihat ulama yang muktabar, jadi dakwaan yang kata saya akan angkat sumpah sebelum 9 Januari ini adalah tidak benar,” katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian Online.


Beliau berkata, tindakan melakukan sumpah laknat bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari daripada kaedah Islam.


“Beberapa ulama memberi amaran kepada saya, jika sumpah sebab politik saya akan berdosa besar kerana mengelirukan orang Islam dengan perbuatan sumpah.


“Jadi kenapa saya perlu nak ikut benda yang tak betul? Saya tidak akan terbawa-bawa mainan politik atau media sehingga kita hina syariat Islam,” katanya.


Anwar yang juga Ketua Pembangkang menjelaskan, masyarakat perlu mendalami hukum sumpah laknat seperti dalam buku “Qazab” untuk faham dengan lebih jelas kenapa beliau berkeras untuk tidak mengangkat sumpah.


“Seorang guru dari Johor tampil menulis surat meminta maaf kepada saya selepas baca buku Qazab kerana tersedar kesalahannya berucap kepada murid dan ibu bapa kata saya orang yang salah kerana tidak mengangkat sumpah laknat.


"Saya tak mahu sumpah saya itu akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu, jadi saya tetap dengan pendirian ini walaupun apa cara dan keadaan sekalipun,” katanya yang sudah bersedia menerima apa jua keputusan kes liwat kedua melibatkan diri beliau minggu depan.

Ustaz Azhar Idrus Berkhalwat?

Siri fitnah terhadap Ustaz Azhar Idrus... caranya sama.... reka fitnah kemudian minta mangsa fitnah jelaskan.... suruh saman jika tak benar.



Puak - puak ini bila dijelaskan maka direka fitnah baru. Dah banyak kali dan mereka tahu kuasa ditangan UMNO jadi tak perlu takut disaman . Kuasa ditangan mereka....


Jika buat laporan polis pun, polis tak layan kerana polis pun tak berani dengan mereka. Dibawah ini seperti biasa fitnah yang direka Blogger UMNO Taiping Mali (gambar bawah).


(TAIPING MALI ) Soal Azhar menuntut pengajian Islam dimana,biarlah beliau yang menjawabnya cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok,Marang,Terengganu ( di Jambu Bongkok ada satu sahaja masjid) dan apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut?



Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wuduk.Wuduk untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi itu dan kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan?


Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung,kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu?


Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat?


Selepas bersoal jawab dengan penduduk kampong,Azhar mengambil keretanya dan terus ke tepai pantai dan selepas jam 3.00 pagi,wanita muda yang keluar dari tandas tadi berjalan kaki untuk mengambil keretanya yang ditinggalkan di masjid,bila ditanya olah penduduk kampong beliau menjawab,cari kawan.Takkan jam 3.00 pagi cari kawan di tepi pantai?


Ada juga sumber yang memberitahu bahawa hari ini penduduk Jambu Bongkok yang selama ini cukup mengkagumi Azhar Idrus telah menanggalkan gambar-gambar Azhar yang selama ini dikagumi mereka.Mengapa penduduk kampong ini bertindak demikian?

Apa Dah Jadi Dengan Budak-Budak Genius Negara ?

Thursday, January 5, 2012

Permata Yang Hancur Berkecai. . . . .

Kes Terkini : Nur Amalina Che Bakri


- Mendapat keputusan cermelang 17 A SPM 2004
- Sambung belajar di Universiti Edinburghdi United Kingdom, London selepas memperolehi A-Level di Cheltenham Ladies College di UK.
- Di anugerah dengan Anugerah Ma’al Hijrah oleh YDPA Tuanku Rirajuddin.
- Menjalani kehidupan social dengan pakaian tidak senonoh dan seksi.







Kes Ke dua : Arif Alfian Rosli


- Anak bekas pesara tentera.
- Pelajar terbaik Sek Menengah Setapak Jaya.
- Mendapat biasiswa Petronas melanjut pelajaran di Dublin, Ireland.
- Tukar kos dari Enginering ke Medical.
- Menjalani kehidupan sebagai seorang “Gay”. Terkini berkahwin lelaki sama lelaki di satu gereja di Dublin.
- Mungkin telah bertukar agama ke agama Kristian.





Kes Ketiga : Sufiah Yusof
- Genius Mathematik.
- Ambil A level ketika masih muda.
- Terkini menjadi pelacur kelas atas.


Kes Ke empat : Mohd Hadaffi


- Pandai membaca ketika masih kecil
- Petah bercakap sehingga diambil berlakun oleh Dato Jins Shamsudin.
- Pernah menjadi anak angkat Prof. Di Raja Ungku Aziz
- Terkini menjadi “Mat lembut” dan menagih dadah (Majalah Mastika )




Komen Penulis :


Hadis Rasulullah saw:


Dari Ayyub bin Musa Rah dari bapanya dari datoknya r.a , Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda, “ Tidaklah ada suatu pemberian dari seorang bapa untuk anaknya terlebih utama dari mendidik dengan akhlak yang baik/mulia.” ( H/R : Tarmizi )


Dari Abu Saied dan Ibn Abbas r.ahum telah berkata, telah bersabda Rasulullah saw, “Mana-mana ibubapa yang dikurniakan anak maka hendaklah memberi nama anaknya dengan nama yang baik dan mendidik dengan didikkan yang baik. Maka apabila mereka telah dewasa hendaklah kahwinkan mereka. Jika tidak berbuat demikian sedangkan anak-anak terlibat dengan dosa /zina. Maka dosa/zina itu terpikul kepada bapanya (ibubapanya). (H/R : Baihaqi)


Dari kes dan hadis di atas menunjukkan kepada kita bahawa kepandaian sahaja bukan suatu tiket kejayaan jika tidak ada akhlak dan pendidikan kerohanian kepada anak-anak. Sebab itulah di dalam Islam tidak ditekankan kepandaian semata jika tidak diiringi dengan akhlak yang mulia. Islam adalah agama terbaik dan pendidikan kerohanian sebagaimana yang dikehendakki oleh Islam itulah yang terbaik sepanjang zaman sehingga Hari Kiamat.


Firman Allah dan sabdaan Nabi saw tidak pernah tipu dan menipu kita. Malah selama ini kitalah yang menipu diri kita sendiri. Umumnya setiap manusia tidak mahu menjadi jahat. Seorang pencuri pun tidak mahu anaknya menjadi pencuri. Itu naluri semulajadi manusia. Namun realitinya manusia tidak mungkin boleh menjadi baik tanpa saluran keagamaan. Ini adalah kerana kita semua ciptaan tuhan dan semua ciptaannya perlu tunduk dengan kehendak dan peraturan tuhan. Jika tidak, status sebagai “Asyraful Makhluqat” dan “Ahsatu taqwim” tidak layak bagi kita.


Jadi mendidik anak tidaklah semata pandai dan cerdik sahaja. Jika inilah matlamat kita maka lihat mereka-mereka yang terlibat dengan penipuan kelas atasan. Kes-kes rasuah bilion dan jutaan ringgit, konspirasi politik di setiap Negara. Perancangan dan pembunuhan serta ujudnya perang dan pembuhunan beramai-ramai. Ianya bukan dihasilkan oleh mereka yang bodoh. Malah kesemua mereka-mereka adalah terdiri dari gulongan yang cukup cerdik dan pandai di dalam masyarakat dan bangsa mereka. Malah sesetengah mereka bergelar ahli fikir dan cendikiawan. Namun lihatlah apa yang terhasil dari tangan-tangan mereka ini.


Mendidik anak bukanlah hanya pada ketika mereka kecil, malah ianya dikehendaki sehinggalah mereka dewasa dan telah berkahwin. Kisah Ibrahim a.s mengarahkan anaknya Ismail a.s menukarkan alang pintu rumahnya menunjukkan bahawa peranan mendidik tidak terbatas sewaktu kecil sahaja, ianya mencangkupi waktu dewasa. Cuma kaedahnya sahaja yang berbeza.


Lihat pula kepada kisah keluarga Imran di dalam Surah Al-Imran. Bagaimana peranan ibu kepada Mariam a.s (Hannah) mendidik anak perempuannya, miski pun pada ketika itu kematian suami. Lihat pula peranan bapa mendidik anak lelakinya yang terdapat pada Surah Luqman. Bagaimana peranan bapa mendidik anak lelakinya. Semuanya telah ditujukajarkan kepada kita oleh Allah swt.

Khulasahnya jika hanya pandai semata tanpa di isi dengan akhlak yang mulia dan kerohanian maka HAKIKATNYA adalah GAGAL.

Wallaulam.

P/s : Bukan maksud penulis mengaibkan mereka-mereka di atas namun agar kita mengambil sedikit iktibar. Kesilapan mereka adalah juga kegagalan kita. Kita akan dipersoalkan oleh Allah swt atas kegagalan kita. Sama-sama kita doakan agar mereka diberi hidayah oleh Allah swt.

sumber : alalorstari

Mubaligh Hindu Cair Dengan Harun Din

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.
Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato’ Dr. Haron Din.
Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.
Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: “Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran.”
Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?
Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.
Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.
Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.
Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.
Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.
Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.
Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.
Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.
Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.
Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.
Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.
Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi ‘masalahnya’ semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.
Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.
Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?
Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.
Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; ” Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.
“Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?
“Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?”
Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.
Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.
Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.
Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: “Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir.”
Mohammad Fitri Abdullah
“Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam,” jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.
Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.
“Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau,” jelasnya.
Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.
“Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.
“Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu,” tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.
“Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din,” kata Fitri lagi.
Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.
Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. “Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.
“Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.
“Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini,” ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.
Wallahu’alam….

Dipetik Dari: halaqah.net

Macam-Macam :Remaja curi kereta api untuk hadiah Tahun Baru kekasih

04 January 2012



Hasrat ‘hadiah Tahun Baru’ tak kesampaian apabila tertangkap


PATNA: Polis menahan seorang lelaki kerana cuba mencuri sebuah kereta api ekspres gara-gara niatnya untuk memberikannya sebagai ‘hadiah Tahun Baru’ kepada teman wanitanya.


Lelaki terbabit, Ketan Kumar, 25, menaiki Ekspres Amrapali 15708 ke Katihar dari utara India, Amritsar pada malam tahun baru dan mengacu pistol ke kepala pemandu ketika mengarahkannya memberhentikan kereta api berkenaan.


Kejadian berlaku pada pukul 8 malam waktu tempatan. Apabila pemandu, Janardan Paswan enggan mematuhi arahan berkenaan, Kumar menyerangnya dengan memukulnya menggunakan pistol terbabit, kata polis.


Penumpang kereta api yang mendengar bunyi bising bergegas membantu. Mereka bergelut dengan Kumar dan membelasahnya sebelum menyerahkannya kepada anggota polis yang ditugaskan mengawal kereta api.


Polis kemudian mengambil keterangan Kumar dan disumbat dalam penjara selepas itu.


“Shah Jahan membina Taj Mahal sebagai memperingati isterinya, Mumtaz Mahal. Oleh sebab itu, saya mahu mengambil alih enjin kereta api berkenaan dan memberikannya sebagai hadiah kepada teman wanita saya tetapi polis menghalang rancangan saya,” kata pemuda itu kepada pihak berkuasa.


Kumar juga enggan mendedahkan nama teman wanitanya. “Saya tidak akan dedahkan nama teman wanita saya,” katanya selepas digari dan terus membantah tindakan polis menahannya.


Polis turut mendakwa Kumar atas tuduhan bertindak membahayakan nyawa beratus-ratus penumpang kereta api itu. Dia terus ditahan reman sehingga menunggu perbicaraan. – Agensi

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate