YANG MASIH PANAS...

MAJLIS BERBOGEL PUN BERMULA

Kalau taksub sangat pun atau nak melahirkan kesetiaan pada parti jangan la bertaruh dengan perkara2 yang boleh menjatuhkan maruah...

tak tau la apa nak jadi dengan sesetengah bangsa melayu ni..ingatkan dunia lagi maju manusia lagi cerdik....

Luahan hati Dari Seorang Isteri Yang Tidak Mampu Memberi Zuriat...


Apa yang aku tulis ini bukan untuk menyalahkan sesiapa, Cuma berharap ada yang lebih memahami situasi kami ini…Cuma luahan hatiku pada insan-insan di luar sana agar lebih memahami apa yg aku dan teman-teman senasib rasa dan apa yang aku alami… Untuk menulis ini sahaja membuatkan aku berfikir berhari-hari..perlu atau tidak? Terus terang, aku perlukan kekuatan untuk menulis kali ini..

Tak terlintas di hati ini untuk cemburu atau iri dengan anugerah orang lain kerana bagi ku setiap rezeki itu adalah anugerah Allah…bila2 Dia boleh bagi dan bila@ juga Dia boleh tarik balik…So, tak payahlah nak bongkak atau sombong dgn anugerah yang diterima..Setiap org ada masalah masing2 tapi perlu ke dicanang kepada semua? Aku percaya tiada satu pasangan pun di dunia ini yang tidak mahukan zuriat sendiri dalam rumah tangga. Tidak aku mempersoalkan rezeki yang satu ini kerana aku amat bersyukur kerana sentiasa dilimpahi rezekiNya dalam bentuk yang lain..Semua orang tak sama, ada yang rezekinya cepat dan ada yang lambat. Some can conceived easily but some are struggling to conceived...10-15% of couples will fall into the second group..

“ Bila nak ada anak sendiri ni?”, “Sampai bila nak berdua je?”.. Ya Allah, sesungguhnya soalan pertama seperti itu amat sukar untuk dihadapi. Bila? Bila ye? Kalau lah jawapannya semudah esok, lusa, bulan depan, tahun depan, bagusnya jika boleh menetapkan sendiri semudah itu…yang pasti jawapan bukan di tangan kami, kalau anda masih percaya pada qada dan qadar Tuhan..seperti mana ajal, maut, jodoh, rezeki yang satu ini adalah rahsia mutlak Yang Maha Esa..

“Zuriat tu pengikat kasih sayang” ~ kenapa? Apakah tanpa zuriat, kami tak boleh memupuk kasih sayang, jika begitu, kenapa ramai pasangan yang sudah mempunyai zuriat tapi masih bercerai-berai?

“Nanti kalau tak ada anak, suami kahwin lain”~ sama juga seperti di atas, apa penentunya jika ada anak suami tak kahwin lain? Kenapa ramai je suami yang dah ada anak cari bini muda? Dan kenapa diletakkan salah itu pada sang isteri, bagaimana kalau suami yang ada masalah~ boleh ke isteri tadi tu kahwin lain juga?

“Apabila hamil, saya rasa hidup telah lengkap sebagai wanita” or "bila mengandung baru lah lengkap diri seorang perempuan tu"…oh ye..ayat ini pun ada dalam cerita Ombak Rindu..Sentap dowh…tahu tak kata-kata ini ibarat pedang yang menghiris hati ini…cepat-cepat lari masuk toilet, kunci diri..nangis puas-puas…aduh, hina sangatkah kekurangan ku yang satu ini? Rasa kecil sangat dengan kekurangan diri..

"Kalah dah ko dgn si anu tu"...oh, ini ayat biasa bila orang yng kahwin kemudian dari kita tapi mengandung dahulu...adakah mempunyai anak dan beranak-pinak itu satu pertandingan? Yang dah ada satu perlu cepat-cepat tambah dua. yang dua kena dapat tiga hanya semata-mata supaya tidak kalah dengan kawan-kawan sekeliling...dan adakah dengan tidak mempunyai zuriat lagi, maka kami dilabel sebagai sebagai golongan yang kalah?

"Korang ni tak berusaha nak ada anak"...Usaha macam mana lagi makcik. Rasanya orang-orang TTC ni paling banyak kumpul petua nak dapat anak. Dari yang tradisional, moden, rawatan Islam semuanya kalau boleh dan berkemampuan, mesti kami cuba usahakan. Tapi takkan la kami nak cerita semua tu kat makcik kan...tak kan la setiap kali nak kena update status kat makcik...tu kan rahsia rumah tangga kami...x perlu la saya jelaskan lagi pada makcik yang lebih arif tentang ilmu agama kan....Yang pasti kami tahu rezeki itu perlukan usaha untuk mendapatkannya..takkan datang bergolek depan mata...tak kira lah rezeki apa pun... Penantian itu sudah cukup menyeksakan tapi kami pasrah yang rezeki kami belum tiba lagi...terus berusaha sambil mencari punca yang tidak pasti..

Tu belum lagi termasuk makcik2 yang suka sangat suruh2 pegang baby /anak orang dgn kata2 supaya berjangkit…aduh! Singkat betul fikiranmu makcik…Adakah anak itu sejenis virus yang boleh berjangkit2? Adakah dengan memegang atau mendukung baby tersebut boleh menyebabkan kami pregnant sekelip mata..bukankah ianya memerlukan hubungan antara suami dan isteri?

Firstly, I have no problems with what I am going through now…belajar menerima dan redha dengan apa yang dialami bukan mudah , tapi yang menjadikannya semakin sukar adalah sikap segelintir insan-insan di sekeliling yang seolah-olah menganggap apa yang kami alami adalah satu masalah besar dalam hidup mereka…menjadikan masalah kami adalah masalah mereka sehingga sanggup “memberi nasihat” tanpa mengira sama ada ianya menyinggung perasaan kami atau tidak...

Dan tak perlulah nak banding-bandingkan setiap orang itu. Ada yang rezekinya cepat dan ada rezekinya lambat dan mungkin ada yang tidak dikurniakan zuriat tapi rezekinya melimpah-ruah dalam aspek yang lain pula.

And please lah, Just because we all ni belum ada anak lagi, you all simply can say yang kitaorg ni byk duit sebab tak perlu nak spend untuk anak.  Mana u all tau kitaorg ni banyak duit ke tak? Something like,” U xpe la, xde anak lagi, bole blanja shopping suka hati, boleh spend holiday senang2”..I understand the highly cost of rising a child. But do you guys know that the cost of treatment and supplement what we are going through to have ONE BABY is a lot a lot higher than a cost of rising your CHILDREN..As much as you guys are willing to spend every single cents on your baby, we are willing to spend every single penny to get the baby...and we will continue spending every single penny when we have one...and juz imagine after spending let say RM10K for an IVF treatment, the result is negative…that is what some of us are facing. so, please don’t compare our expenses with yours coz actually it is nothing..

Ini hanya sebahagian saja contoh-contoh yang pernah dialami.banyak lagi kalau nak dikumpulkan kisah kawan-kawan yang sedang TTC ni. So, lepas ini tolonglah lebih memahami dan jangan lagi diajukan soalan2 yang sensitive  macam tu…faham, mungkin ada yang tak sengaja, takde niat pun nak menyinggung hati dan tak tau pun kata-kata macam tu boleh menyinggung perasaan orang lain...this is juzt my simple thought to share...

Ok saya nak share tentang set kesuburan shaklee....sapa2 yang belum menimang cahayamata saya cadangkan agar mengunakan set kesuburan shaklee in sha Allah ia akan berhasil....

Wassap kami: 01127439618

atau


Orang Yang Disukai Oleh Dajjal

Diriwayatkan oleh An - Nawwas ibn Sam'an : " Dia , yang hidup dan melihatnya ( Dajjal ) harus membacakan di depannya ayat-ayat pembukaan Surat Al Kahfi , " ( HR Muslim ).

Diriwayatkan oleh Abu Umamah al - Bahili : " Barangsiapa memasuki nerakanya ( Dajjal ), mintalah pertolongan Allah dan bacakan ayat pembukaan Surat Al Kahfi, dan hal ini akan menyejukkan dan mendamaikannya, seperti api menjadi sejuk terhadap Ibrahim , " ( HR Ibnu Katsir ).
illuminati jayz3 Orang Yang Disukai Oleh Dajjal

Tanda-tanda dan rahsia Hari Akhir Zaman

Satu sebab mengapa Rasulullah SAW menganjurkan orang-orang beriman membaca Surat Al Kahfi ketika Dajjal cuba memujuk rayu adalah kerana surah ini mengandungi isyarat penting mengenai Hari Akhir seperti pelbagai hal yang diperlukan untuk bertahan dan memerangi Dajjal dan gerakan-gerakan anti-agama yang menimbulkan berbagai kejahatan keatas kemanusiaan yang ingin disebarkan oleh Dajjal ke seluruh dunia.

Surah Al Kahfi ini juga mengandungi pelbagai pelajaran bagi kaum Muslimin. Anjuran Rasulullah SAW supaya menghafal dan membaca surah ini dengan penuh perhatian adalah suatu isyarat kuat tentang hal ini. Seperti kita akan lihat di seluruh bab ini, pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal di sebuah masyarakat yang kafir. Pelajaran bahawa Musa AS belajar dari Khidr dan pemerintahan di atas dunia yang didirikan oleh Dzulkarnain AS agar dapat menyebarkan nilai-nilai Islam adalah perkara-perkara yang perlu direnungkan oleh orang-orang beriman.

Lalu orang seperti apa yang sangat disukai oleh Dajjal? Tanpa disedari ia sudah ditandai oleh Dajjal di hatinya ?

1. Orang yang apabila kumandang azan terdengar , dia mengendahkannya.

2. Orang yang apabila dinasihati atau dimaklumkan mengenai perancangan Dajjal di dunia sebelum dia datang, dia tidak ambil peduli.

Dajjal tidak datang secara tiba-tiba, Atas Izin Allah SWT dia mempersiapkan semuanya dengan bantuan para pengikutnya ( Freemasonry dan illuminati ) agar semakin ramai manusia yang akan menjadi pengikutnya. Jika seseorang sudah tahu mengenai rancangan Dajjal ini, Dajjal sudah melihat nya dan menandakan hatinya .

Ini sesuai dengan doa Dajjal kepada allah swt yang kelak akan di kabulkan :
 
" Ya rabb berikanlah aku kemampuan untuk menurunkan hujan, menghidupkan orang yang sudah mati, menyembuhkan penyakit yang ada di dunia, menyuburkan tanaman dan memperlihatkan syurga dan neraka kepada manusia kelak yang sesungguhnya syurga ku adalah neraka - mu dan nerakaku adalah syurga - mu ya Rabb agar aku bisa menguji keimanan manusia kelak .... " [ oleh : Izzudin Azhar / sudah tahukah anda ]

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Set Bersalin Shaklee


Set Bersalin Shaklee boleh diambil hari 

pertama ibu-ibu bersalin. Ianya selamat diambil walaupun 

bayi mengalami jaundice atau G6PD berbanding Jamu biasa.


Saya percaya ibu-ibu yang sedang hamil pasti sibuk 
mencari 
set bersalin yang sesuai dan terbaik, terutama yang 
memilih untuk menyusukan bayi.

Soalan yang bermain di fikiran anda semestinya…
set bersalin mana 
yang terbaik? set berpantang mana yang sesuai? 
Set mana yang sesuai jika baby jaundis?

Seharusnya, anda perlu mencari set yang mudah 
diamal, harga mampu
 milik dan selamat untuk bayi menyusu. Set bersalin 
yang selamat untuk menyusukan bayi adalah yang 
berasaskan ramuan tradisional dan semulajadi 
seperti herba, jamu dan set bersalin yang terdiri daripada
 pil-pil.

Secara ringkasnya, fungsi set berpantang adalah untuk:
  1. Memulihkan organ peranakan supaya kembali subur 
  2. dan memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.   
  3. Memulihkan luka luaran dan dalaman selepas bersalin.
  4. Mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin 
  5. Supaya dapat mengelakkan stres dan meroyan 

Akan tetapi, tidak semua yang serasi dengan set 
bersalin tradisional
 (jamu).
Mungkin ada juga di antara anda yang tidak sempat 
untuk 
menghabiskan set pantang tradisional sejak melahirkan 
anak pertama disebabkan cara pengambilannya yang 
remeh ataupun produk yang
 diambil dirasakan tidak bersesuaian.


Lebih-lebih lagi untuk ibu yang bayinya mengalami
 jaundis tidak boleh mengambil jamu kerana dikhuatiri 
isi kandungan tertentu yang akan melambatkan lagi 
hilangnya jaundis pada bayi tersebut.
  
Mujur sekarang sudah ada produk yang mudah dan 
berkesan iaitu set bersalin dan  berpantang moden
 Shaklee. Ianya paling sesuai untuk 
ibu-ibu yang mementingkan kesihatan dalaman, 
berpantang sendiri 
serta menyusukan anak.  

Set berpantang Shaklee terdiri daripada 4 jenis produk 
vitamin dan
 mineral:

Membekalkan 23 jenis vitamin 
Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan 
dari jangkitan
Menolong memulihkan fungsi penghadaman dan
 selera makan
Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan

B COMPLEX
Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan

VITA C
Menolong mengurangkan simptom alahan
Anti Oksidan semulajadi
Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur
 darah
Mengurangkan keguguran rambut
Meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan 
dan masalah jeragat
Menyembuh daya seksual dan pertumbuhan organ


OSTEMATRIX Menggantikan Segala PainKiller


Wajibkan ada Sebotol OSTEMATRIX dalam rumah !!
KENAPA ??
kerana ia mmg terBUKTI TERBAIK mnyeLesaikan maSalah sakit2 Badan anda IN SHA ALLAH
Mampu menggantikan segala painKiller yg teramat merbahaya..!!


chet det kata ada yang mengarahkan pembunuhan Altantuya....so siapakah pengarahnya?


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kenyataan Sirul Azhar Umar bahawa dia hanya menjalankan arahan ketika membunuh Altantuya Shaaariibuu harus disiasat.

Mahathir berkata, perkara itu melibatkan nyawa manusia dan “amatlah zalim” jika Sirul dibiar menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.

“Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Datuk Sri Najib (Razak), dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.

“Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul 'merepek', tidak ada siasatan yang dibuat,” katanya.

Walaupun Mahathir dilihat semakin lantang terhadap pentadbiran Najib, terutamanya dalam isu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB), beliau tidak pernah secara terbuka membangkitkan kes Altantuya.

Langkah itu memperlihatkan bahawa Mahathir bersedia pergi lebih jauh dengan mempergiatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Najib yang sedia terhimpit dengan pelbagai isu.

Ini termasuklah isu kekayaan keluarganya, perbelanjaan kerajaan serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Esok genap enam tahun Najib bertugas sebagai perdana menteri.

Dr. Mahathir silap.. sebenarnya masih ada satu kaum yang percaya Najib bulat-bulat..



Malaysiakini hari ini melaporkan yang Tun Dr. Mahathir mengatakan sudah tidak ada lagi kaum yang percaya kepada Presiden UMNO sedia ada yang juga Perdana Menteri, Najib..

Laporannya... BN akan kalah sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus memimpin parti itu sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamed.

“Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Datuk Seri Najib.

“Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar bahawa Umno dan dengan itu BN akan kalah jika Datuk Seri Najib memimpin Umno hingga PRU 14,” tulis Mahathir (kiri) di blognya hari ini.

Katanya lagi apabila Umno kalah, kepimpinan parti itu akan dikutuk dan ditolak oleh bangsa Melayu dan ia tidak akan dapat dipulihkan semula.

Ini bukan kali pertama Mahathir memberi amaran keras itu.

Pada 13 Mac lalu, perdana menteri 22 tahun itu meramalkan kontroversi sekitar isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan menjadi punca kekalahan BN dalam pilihan raya depan.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata pemberian wang percuma menimbul kemarahan orang Melayu dengan “mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina”.

Dalam masa sama, katanya, orang Cina juga menolak pemerintahan Najib seperti tergambar dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

'Jet Datuk Seri, Datin Seri'

Walaupun dalam blognya sebelum ini Mahathir telah melontarkan kritikan keras tentang isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), beliau terus berbuat demikian dalam tulisannya hari ini.

“Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Datuk Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka,” katanya.

Malah, katanya, laporan akhbar antarabangsa berhubung perkara itu “amat memalukan negara”.

Sementara itu, Mahathir juga mengkritik pembelian sebuah lagi jet rasmi perdana menteri ACJ319, yang didakwa pembangkang bernilai RM465 juta, untuk kegunaan “Datuk Seri dan Datin Seri”.

“Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta ringgit, kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik kerajaan,” katanya.

Terus mengasak Najib, Mahathir hari ini turut membangkitkan berhubung persoalan siapa yang mengarahkan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Langkah itu memperlihatkan bahawa Mahathir bersedia pergi lebih jauh dengan mempergiatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Najib yang sedia terhimpit dengan pelbagai isu.

Ini termasuklah isu kekayaan keluarganya, perbelanjaan kerajaan serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Lebih malang, serangan itu dilontarkan menjelang ulang tahun enam pentadbiran Najib sebagai perdana menteri esok.


... Sebenarnya Tun dah silap jika beliau mengatakan sudah tidak ada lagi bangsa di negara kita yang mempercayai Presiden UMNO yang namanya Najib itu..

Hakikatnya masih ada satu lagi kaum yang mempercayai apa saja Najib ucapkan, nak dikatakan mereka tidak punya otak untuk berfikir.. mereka ada otak..

Nak dikatakan mereka tak tahu membaca, mereka pergi ke Sekolah malah boleh menulis di Facebook dan juga Blog..

Tapi apa saja yang Najib kata mereka setuju begitu saja tanpa berfikir seolah-olah mereka tidak punya otak untuk berfikir..

Mereka adalah kaum MACAI...

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate