YANG MASIH PANAS...

INILAH PUNCA KENAPA BRUNEI TAK NAK JOIN MALAYSIA..!!!




Mungkin anda semua sudah tahu mengapa Brunei tidak mahu bersatu bersama Malaysia seperti mana yang anda pelajari sejarah ketika tingkatan tiga dulu.. Namun, apakah anda sudah lupa akan faktor-faktor yang mendorong Brunei daripada tidak bernaung dibawah satu bumbung bersama Malaysia? 

Mari kita imbau kembali sejarah penolakan Brunei ini..

Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun, Sultan masih tetap dengan pendiriannya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu. Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.

Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagainya.

Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaganya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.

IKLAN SHAKLEE



Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.

Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu"

Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat diubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?

Andaian

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dengan gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.


HARI INI, lihatlah pembangunan dan kemajuan negara Brunei sehingga baru-baru ini diletakkan dalam ranking KE-4 terkaya dunia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Pertumbuhan ekonomi sekitar tahun 1990-an hingga 2000, membawa perubahan kepada Brunei sehingga menjadi sebuah negara perindustrian. 

Purata peningkatannya adalah 56 peratus bagi tahun 1999 hingga 2008 sahaja. Sektor petroleum dan gas asli menjana kekayaan negara yang mencapai kemerdekaan dari United Kingdom pada 1 Januari 1984 ini. IMF turut menyatakan bahawa hutang Brunei berada di kadar kosong peratus daripada KDNK negaranya.

Mat Maslan Buat Lawak Lagi..


DULU MAMAT NI CAKAP GST ITU BAIK UNTUK RAKYAT
TAPI PASAI PA DIA BUAT NASI GORENG TANPA GST?
KAH! KAH! KAH!

PM: Dr M ulang 'khabar angin jahat' pada Rosmah

 





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mengulangi “khabar angin berniat jahat” terhadap keluarga dan isterinya Rosmah Mansor.

Sebagai contoh, kata Najib, dalam ucapan di Ipoh, Mahathir memetik kenyataan palsu yang dijaja pembangkang melalui artikel ubah suai daripada Utusan Malaysia.

“Beliau juga bangkitkan kembali fakta palsu dan memburuk-burukkan oleh pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang bahawa isteri saya miliki cincin RM24 juta.

“Ini semua bohong, syarikat yang memiliki cincin itu perjelas secara terperinci bahawa cincin itu tidak pernah dibeli oleh Rosmah,” katanya dalam siri baru jawapan kepada soalan lazim (FAQ) di blognya hari ini.

Najib meluahkan rasa kesal kerana orang seperti Mahathir turut menabur fitnah kepada orang ramai.

Sebelum ini, beredar gambar muka depan satira Utusan kononnya Rosmah mampu membeli cincin mewah itu kerana telah menabung daripada kecil.

Najib mula memuat naik FAQ menjawab isu panas dalam negara selepas Mahathir hilang kepercayaan pada pentadbirannya dan menuntut beliau berundur.

Beliau juga hari ini mengambil peluang menjawab serangan Mahathir dengan berkata banyak perkara dilontarkan tidak adil dan mengelirukan

Sejarah dan perkembangan gerakan kristianisasi di Sarawak

Gerakan kristianisasi di Sarawak telah bermula sejak tahun 1848 bahkan lebih awal, dengan kedatangan Francis Thomas Mcdougall di atas jemputan James Brooke. Francis Mcdougall merupakan seorang doktor perubatan yang bermazhab Anglican dan merupakan pengasas bagi Mazhab Anglican di Sarawak. Beliau memulakan aktivitimissionaries pertamanya di Sarawak dengan menubuhkan Borneo Church Mission.
Sasaran awal bagi gerakan ini adalah orang-orang Melayu di Sarawak. Francis Mcdougall merupakan orang pertama yang membuka sekolah formal bagi anak-anak Melayu sebagai cara untuk memudahkan dakyah Kristianisasi terhadap anak-anak Melayu. Beliau telah membina sekolah-sekolah, gereja-gereja dan dispensari bagi menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat Sarawak.
Bagi tujuan untuk menggencarkan lagi penyebaran agama Kristian dalam kalangan masyarakat Melayu di Sarawak, Francis Mcdougall telah menjemput Melayu Kristian dari Singapura untuk berdakyah kepada orang Melayu. Namun begitu, usahanya gagal apabila pemimpin Melayu dan masyarakat Melayu menentang tindakan tersebut. Setelah gagal dengan usaha tersebut, Francis Mcdougall meneruskan usaha dakyahnya dengan membuka sekolah untuk anak-anak Melayu serta menyebarkan buku panduan agama Kristian dalam bahasa Melayu kepada masyarakat.
Setelah usaha kristianisasi terhadap orang Melayu menemui kegagalan, Francis Mcdougall seterusnya mengalih sasaran kepada masyarakat pribumi dan Cina di Sarawak. Usaha penyebaran agama Kristian oleh beliau dalam kalangan masyarakat tersebut membuahkan hasil. Beliau menggunakan sebaik-baiknya kelebihan beliau sebagai doktor perubatan bagi menarik minat masyarakat tempatan untuk menerima Kristian dengan menubuhkan klinik perubatan selain mengambil anak angkat serta mendamaikan pergaduhan yang berlaku dalam masyarakat di Sarawak.
Pada tahun 1881, Charles Brooke telah menjemput tokoh kristianisasi yang daripada mazhab Katolik ke Sarawak setelah kegagalan Missionaries Anglican menyebarkan dakyah ke bahagian lain di Sarawak. Father Edward Dunn, menjadi antara nama besar yang berjaya menyebarkan agama Kristian di Sarawak. Beliau merupakan salah seorang tokoh missionaries yang bermazhab Katolik. Beliau sangat berkemahiran dalam bidang pertanian dan kelebihan ini dimanfaatkan oleh beliau semaksima mungkin untuk menarik minat masyarakat Iban di pedalaman terhadap agama Kristian. Aktiviti kristianisasi seterusnya tertumpu di bahagian kedua sarawak iaitu di Sarikei dan juga Saribas.
Keluarga Brooke sangat menyokong dan memberi dorongan terhadap penyebaran agama Kristian di setiap bahagian di Sarawak tanpa mengira denominasi mazhab, walaupun keluarga mereka sendiri merupakan Kristian yang bermazhab Anglican. Keluarga Brooke pada ketika itu memberi jaminan terhadap keselamatan missionaries Kristian serta meyakinkan para missionariesbahawa tidak akan ada tentangan daripada pemimpin Islam terhadap usaha kristianisasi yang mereka lakukan. Di samping menyebarkan agama Kristian dalam masyarakat, Father Edward Dunn juga telah berjaya menubuhkan beberapa buah sekolah missionaries di Sarawak. Antaranya, Sacred Heart di Sibu, St Teresa dan St Joseph di Kuching.
Antara mazhab Kristian utama lain yang terdapat di Sarawak, antaranya adalah Gereja Methodist Sarawak, Sevent-Day Adventist dan juga SIB (Sidang Injil Borneo).
Borneo Evangelical Mission (BEM) ataupun Sidang Injil Borneo (SIB) telah diasaskan di Melbourne pada tahun 1928. Sasaran awal gerakan ini adalah masyarakat Murut (Lun Bawang) dan Kelabit. SIB antara mazhab Kristian yang terbesar di Malaysia dengan anggaran keahlian seramai 500 000 orang di seluruh Malaysia. Pertubuhan ini memberi latihan kepada masyarakat tempatan untuk menjadi missionaries serta ‘Clergymen’  gereja. Di Lawas, telah ditubuhkan sebuah sekolah pengajaran Bible dan ia berfungsi sebagai pusat latihan para paderi serta terjemahan Bible ke dalam bahasa Borneo.
Ecumenism ataupun penyatuan gereja-gereja sangat popular di Sarawak. Penyatuan ini telah dilakukan pada tahun 1991. Antara mazhab yang menyertai Ecumenism adalah Anglican, Roman Katolik, Methodist, SDA, SIB dan The Salvation Army. Penyatuan gereja-gereja ini telah membentuk Sarawak Ecumenical Centre yang menjadi suatu badan yang mengatur serta menyelaraskan aktiviti missionaries di Sarawak.
Pertubuhan-pertubuhan Kristian semakin berkembang di Sarawak selepas merdeka. Kira-kira 50 pertubuhan ataupun mazhab Kristian telah ditubuhkan di Sarawak selepas merdeka. Hasil perkembangan dan usaha gigih mereka telah berjaya merubah demografi Sarawak menjadi satu-satunya negeri yang majoriti beragama Kristian.
Selain itu juga, pelbagai purtubuhan missionaries antarabangsa menjalankan aktiviti kristianisasi secara pesat di bumi Sarawak antaranya Church of Latter-Day Saint (mormon), World Church Mission (WCM), Mill Hills Society,dan banyak lagi.
Usaha mereka yang terancang ini perlu menjadi perhatian masyarakat Islam di Sarawak agar kita semua sedar akan ancaman ini kepada masyarakat Islam di Sarawak.

Ekstremis Buddha Dalang Pencetus Kebencian Terhadap Agama Islam di Burma

2013-06-22-ashinwirathuhtz1
Nama beliau Wirathu, beliau menggelarkan dirinya “Burmese Bin Laden” dan merupakan seorang sami Buddha yang menyebar mesej kebencian di seluruh Burma.
Menjadi perkara biasa sami berumur 45 tahun ini menyebarkan mesej-mesej kebencian ke atas agama Islam melalui DVD dan media sosial, dan memberi amaran kepada golongan Muslim dengan “mensasarkan perempuan-perempuan Burma dan akan memperkosa mereka” dan “kenikmatan dalam mengamalkan kronisme”.
Mendengar bicaranya dalam bahasa Burma, ucapannya kelihatan tenang, hampir-hampir sahaja dilihat seperti berkhayal, dengan menggoyangkan tubuhnya ke depan dan belakang, mata me-layu. Menterjemah dari kata-katanya yang kedengaran lembut, namun penuh dengan ketakutan dan paranoia, sarat dengan sentimen perkauman dan khabar-khabar tidak berasas, telah mendorong hasutan ke arah keganasan dan tersebarnya maklumat-maklumat tidak tepat di negara itu yang menghalang dari terlaksananya demokrasi.
“Kami telah diperkosa dan diganggu secara seksual di setiap bandar, dibuli dan ditindas…” Wirathu bercerita kepada Guardian, di sebuah pusat ibadat (biara) Masoeyein, Mandalay.
“Di setiap bandar, ada kelompok Muslim yang ganas dan kasar.”
Hakikatnya, mudah untuk mengabaikan terus Wirathu dan mengatakan bahawa beliau adalah seorang sami yang menyeleweng dan dipengaruhi dengan pandangan-pandangan agresif dan ganas. Namun beliau mengetuai lebih 2,500 sami di pusat ibadat itu, Wirathu juga memiliki ribuan followers di Facebook dan video-video Youtube beliau yang telah ditonton lebih puluhan ribu.
Seiring dengan keterbukaan Burma, yang turut dikawal ketat di bawah pemantauan junta tentera, telah menampakkan gelombang sentimen anti Muslim tersebar ke lebih 60 juta pengikut kuat Buddha dan Wirathu ialah dalang utama di sebalik tersebarnya sentimen jahat ini.
Latar belakang Wirathu
Wirathu mula dikenali sekitar tahun 2001, apabila beliau telah melancarkan kempen kebangsaan memboikot orang-orang Islam, Wirathu dipenjarakan selama 25 tahun pada 2003 atas sebab menghasut sentimen benci kepada orang-orang Islam, kemudian dibebaskan pada 2010 sebab pengampunan.
Sejak dibebaskan,Wirathu kembali menyebar mesej jahat dan kebencian. Ramai mempercayai kata-katanya telah mencetuskan permusuhan antara penganut Buddha dan etnik Muslim Rohingya di Rakhine, yang telah menyebabkan 200 orang terbunuh dan lebih 100,000 lagi menjadi pelarian.
Dalang di sebalik semua ini ialah Wirathu, yang juga telah mengetuai perhimpunan sami-sami di Mandalay pada bulan September mempertahankan Presiden Thein Sein kerana sebuah perancangan kontroversi untuk mengalihkan Rohingya ke negara dunia ketiga. Sebulan kemudian, lagi keganasan telah berlaku di Rakhine.
Keganasan yang berlaku di Rakhine telah mencetuskan pergaduhan lain di Meiktila, di mana pergaduhan berlaku di sebuah kedai emas yang akhirnya menyebabkan kecurian dan kebakaran kedai. Lebih 40 orang terbunuh dan 13,000 yang lain dipaksa melarikan diri, kebanyakan dari mereka adalah Muslim, kemudian masjid, deretan kedai dan rumah dibakar.
Wirathu berkata lagi berkenaan Islam, bahawa perempuan Buddha dipaksa masuk Islam dan akan dibunuh kerana gagal mematuhi hukum agama. Beliau juga percaya bahawa cara halal dalam Islam membunuh lembu “akan membolehkan berlakunya persamaan darah dan boleh meningkat ke suatu tahap yang mengancam keamanan dunia”. (suatu kefahaman dalam Buddha)
Kemudian, beliau kembali menerajui kempen kebangsaan “969” yang mendorong penganut Buddha untuk menyokong perniagaan orang-orang Buddha (buy Buddhist and shop Buddhist) dan meletakkan tanda di rumah-rumah dan perniagaan masing-masing menggunakan nombor yang berkaitan dengan agama Buddha (6 elemen ajaran beliau/Buddha), dengan niat untuk mewujudkan diskriminasi agama ke atas agama Islam.
Wirathu dengan terbuka menyalahkan golongan Muslim yang menjadi punca keganasan berlaku. Dengan kadar 5 peratus dari populasi keseluruhan Burma, Wirathu mengatakan bahawa golongan Muslim di Burma telah didanai oleh kuasa Timur Tengah : “Golongan Muslim tempatan ganas dan kasar kerana golongan ekstrimis telah mendokong mereka, memberikan mereka dana, membekalkan senjata dan tenaga teknikal, kata dalang kebencian itu.
Ketidaksetujuan Penganut Buddha Lain
Bukan semua bersetuju dengan ajaran Wirathu, termasuk dari kalangan orang Buddha sendiri. “Dia menyeru ke arah kebencian dan hasutan,” kata Abbot Arriya Wuttha Bewuntha, seorang sami di pusat ibadat Myawaddy Sayadaw, Mandalay. “Ini bukanlah ajaran Buddha. Apa yang diajar dalam Buddha berkenaan kebencian adalah salah, kerana Buddha melihat semua orang adalah sama. Agama Buddha tidak menilai manusia melalui agamanya.”
Poin kritikan ke atas  kurangnya didikan agama ke atas Wirathu menjelaskan tindakan ekstrimis beliau, yang rata-ratanya diabaikan pun, namun pandangan beliau cukup berpengaruh khususnya dalam sebuah negara yang kebanyakannya perniagaan dijalankan oleh golongan Muslim dengan jayanya.
Anak kedua dari lapan adik beradik, Wirathu dilahirkan pada tahun 1968 dalam sebuah bandar berdekatan Mandalay dan hanya mendapat pendidikan sekolah sehingga umur 14 tahun, dan kemudian menjadi sami. Keazaman yang tinggi untuk meninggalkan “kehidupan yang penuh dengan ketamakan dan penindasan”, beliau juga tiada keinginan untuk berkahwin dan hidup bersama  wanita dalam hidupnya.
Wirathu mendakwa dirinya membaca Al-Quran da memiliki beberapa rakan Muslim, “Kami tidak begitu rapat kerana rakan Muslim saya tidak tahu bagaimana ingin berbicara dengan sami Buddha… Saya boleh terima untuk dijadikan sebagai seorang rakan jika mereka mengakui bahawa saya seorang tokoh agama yang disegani dan dihormati.”
Ironi dan Bahaya Si Sami Ganas
Walaupun meringkuk dalam penjara selama 7 tahun disebabkan menghasut kebencian agama, Wirathu telah memperoleh anugerah “Freedom of Religion”  pada bulan Februari daripada sebuah pusat ibBuddha Burma UK, Sasana Ramsi. Dalam minggu yang sama, beliau menyebarkan khabar angin bahawa sekolah Rangoon akan dibangunkan menjadi sebuah masjid.
Para penganalisis memberi amaran bahawa sekiranya ucapan-ucapan Wirathu terus diberi kebebasan sebagaimana yang beliau kehendaki – ditambah dengan pengaruhnya yang kuat ke atas sami yang lain, juga turut menghasut sentimen agama dan kebencian kepada agama Islam – sepatutnya diambil sebagai ‘wake-up call’ kepada seluruh dunia. “Sekiranya gerakan yang sama (seperti kempen ‘969’yang dipenuhi dengan ucapan-ucapan jahat dan kebencian), khususnya kepada orang-orang Yahudi di Eropah, takkan ada mana-mana kerajaan Eropah akan bertolak ansur dengannya.”
Thein Sein dan ketua pembangkang, Aung San Suu Kyi telah dikritik kerana tidak menyatakan pendirian yang teguh ke atas keganasan yang berlaku di Burma sejak beberapa bulan lalu. Sebahagian mengatakan bahawa seolah-olah keganasan yang berlaku adalah keganasan yang terancang ; jurucakap khas PBB Vijay Nambiar berkata bahawa keganasan yang berlaku mengandungi “brutal efficiency” dan hasutan yang “menyemarakkan lagi api permusuhan”.
Baru-baru ini, aktivis berlatarbelakangkan banyak kepercayaan agama di Burma telah turun ke jalan-jalan untuk menyatakan bantahan mereka ke atas keganasan yang berlaku dengan mengedar T-shirt dan pelekat stiker dengan mesej : “There shall be no racial or religious conflicts because of me.” (Tiada konflik bangsa atau agama disebabkan saya) Namun ketegangan yang berlaku antara penganut agama Buddha dan Islam telah tersebar jauh dan meluas.
Di Rangoon, sebuah masjid dibakar yang membunuh 13 kanak-kanak yang dipercayai telah dibakar hidup-hidup. Dan di Indonesia, 8 orang penganut Buddha dipukul sehingga mati oleh sekumpulan Muslim Rohingya di sebuah pusat tahanan, sebagai tindak balas hukum pada insiden gangguan seksual yang dilakukan oleh penganut Buddha ke atas wanita Islam Rohingya.
Banyak sumber mengatakan bahawa golongan yang mencetuskan permusuhan, seperti Wirathu, telah dijadikan boneka oleh tentera untuk menimbulkan huru-hara dari terlaksananya demokrasi. Namun Wirahthu menafikan hal itu, dan mengatakan bahawa beliau itu tindakan beliau sendiri, “Ini adalah kepercayaan saya, saya mahu dunia tahu mengenainya.”
Wirathu juga menegaskan bahawa “perkembangan populasi” penganut Islam di Burma bermaksud “mereka akan menawan negara kita pada akhirnya.” Sambungnya lagi, “Apabila kita menang di medan pertempuran ini, kita akan bergerak ke sasaran Muslim yang lain.”

“Preacher of hate”

1968 Wirathu dilahirkan di Kyaukse, berdekatan Mandalay.
1984 Menyertai Sami
2001 Mula melancarkan kempen kebangsaan “969”, termasuk memboikot perniagaan orang-orang Islam.
2003 Dipenjarakan selama 25 tahun kerana menghasut dan menyebar kebencian agama, menyebabkan 10 Muslim terbunuh di Kyaukse.
2010 Dibebaskan sebab pengampunan.
Jun 2012 Pergaduhan tercetus antara etnik Muslim Rohingya dan penganut Buddha di Rakhine.
September 2012 Wirathu mengetuai perhimpunan yang menyatakan sokongan kepada Presiden Thein Sein yang mencadangkan untuk menjadikan Rohingya ke sebuah negara dunia ketiga.
Oktober 2012 Angka keganasan meningkat di Rakhine.
Mac 2013 Pertempuran antara agama di Meiktila mengakibatkan 40 terbunuh dan 13,000 lagi menjadi pelarian ; pelekat stiker dan plak “969” disebar ke seluruh Burma.
Sumber : theguardian.co

Kapal Tentera Laut Turki Dihantar Bantu Pelarian Muslim Rohingya

n_82639_1
Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu mengumumkan bahawa kerajaannya akan menghantar kapal tentera laut Turki ke perairan Thailand dan Malaysia dalam usaha menyampaikan bantuan kemanusian kepada para pelarian Muslim Rohingya.
Beliau berucap di Istana Çankaya, bertarikh 19 Mei, kerajaan Turki akan cuba sehabis baik untuk membantu para pelarian Muslim Rohingya yang terkandas di perairan rantau Asia Tenggara, bersama-sama International Organization for Migration (IOM), dengan bantuan kapal angkatan tentera laut Turki yang sudah pun bertolak ke perairan tersebut.
Dianggarkan 7 ke 8 ribu pelarian Rohingya dan Bangladesh dipercayai terkandas di sekitar Selat Melaka, dan tidak dibenarkan berlabuh di mana-mana kawasan berdekatan disebabkan ketegasan pihak berkuasa Thailand dan Malaysia.
Bot penumpang yang membawa 500 rakyat Myanmar yang teraniaya di tanah air mereka, yang majoritinya adalah Muslim, dibawa arus merentas laut sebelah barat Indonesia sejak 10 Mei lalu, dengan keadaan sebahagian dari mereka memerlukan rawatan perubatan.
Warga lelaki, perempuan dan kanak-kanak tiba dalam 2 bot yang berasingan, satu bot memuatkan 430 penumpang, manakala 70 penumpang satu lagi, kata Steve Hamilton, Timbalan Ketua Misi IOM di Jakarta.
Penduduk Muslim Rohingya telah menderita sejak beberapa dekad yang lalu disebabkan diskriminasi kerakyatan dan persempadanan yang berlaku di Myanmar.
Tindakan keganasan yang dilakukan oleh puak ekstremis minoriti Buddha dalam tempoh 3 tahun yang lalu, telah mengakibatkan berlakunya pelarian bot terbesar sejak Perang Vietnam, yang mencapai 100,000 pelarian (menurut Pengarah Projek Arakan, Chris Lewa). Projek tersebut telah memantau perkembangan Rohingya lebih sedekad lalu.
Dalam keadaan kekurangan makanan dan air bersih, Lewa menyatakan kebimbangan beliau dengan kesihatan para pelarian yang kian merosot. Dilaporkan banyak kematian disebabkan punca itu sejak beberapa bulan lalu.

Kapten Hanafiah Aceh :. “Kami meminta nelayan di Aceh untuk menyelamatkan mereka demi kemanusiaan. Kehidupan ini terus berputar, tidak ada yang tahu kapan kita akan kembali membutuhkan bantuan dari orang lain seperti kejadian tsunami Aceh dulu

rohingya 1
“SAYA bertanya kepada mereka apakah mereka ingin kembali ke negara asal mereka, dan mereka semua menolak,” tutur Hilmi Bakar, seorang Aceh. Seorang relawan Palang Merah Indonesia pun memiliki pengalaman senada. Kepadanya, para pengungsi Rohingya menyatakan bahwa mereka lebih suka mati di Indonesia ketimbang kembali ke tempat di mana mereka selalu didiskriminasi dan disiksa. “Beberapa dari mereka menangis dan meminta untuk tinggal di Indonesia. Kembali ke negara mereka sendiri membuat mereka merasa sangat tidak aman,” katanya. #saverohingya
rohingya 2
Tin Soe, editor Kaladan Press Network sebuah kelompok berita Rohingya yang berbasis di Bangladesh, mengatakan bahwa para pengungsi ini sudah dicabut hak dasar hidupnya oleh pemerintah Myanmar. “Mereka telah kehilangan hak, mereka tidak bisa mendapatkan pekerjaan di pemerintahan, mereka tidak bisa mendapatkan pendidikan, mereka tidak bisa bergerak, mereka tidak bisa melakukan apa-apa,” katanya. “Jadi mereka pergi ke Bangladesh atau Malaysia untuk bertahan hidup.” #saverohingya
rohingya 3
Menurut Amy Smith dari Right Fortify terdamparnya kapal para pengungsi ini menunjukan kurangnya respon dan kemauan politik untuk melindungi pengungsi Rohingya dan korban trafficking. “Pemerintah daerah setempat harus segera bertindak sebab musim angin muson semakin dekat dan perjalanan laut akan sangat berbahaya,” demikian Smith. #saverohingya
rohingya 4
Sesepuh nelayan Serambi Mekkah, Kapten Yahya Hanafiah, telah meminta armadanya untuk membawa para migran Bangladesh dan Rohingya. “Kami meminta nelayan di Aceh untuk menyelamatkan mereka demi kemanusiaan. Kehidupan ini terus berputar, tidak ada yang tahu kapan kita akan kembali membutuhkan bantuan dari orang lain seperti kejadian tsunami Aceh dulu,” kata Hanafiah. Tabik kapten! #saverohingya [irah/islampos]

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate