YANG MASIH PANAS...

Tradisi Pelik Berjoget Bersama Mayat di Madakaskar (video)






 
Madagaascar adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi, di luar pantai tenggara Afrika. Negara ini terdiri daripada pulau Madagascar (pulau keempat terbesar di dunia), serta beberapa pulau-pulau kecil periferal. Berikutan perpecahan prasejarah daripada Gondwana supercontinent, Madagascar berpecah dari India sekitar 88 juta tahun yang lalu.

Menari bersama mayat  merupakan adat yang memang cukup menghibur bagi beberapa puak di dunia . Di beberapa tempat menari menjadi tradisi. Tetapi  berbeza yang  boleh anda dapati di Madagaascar. Famadihana adalah ritual unik yang boleh anda saksikan di Hauts Plateaux, Madagascar.


 Ritual ini rutin dilakukan 7 tahun sekali orang-orang Suku Malagasi yang tinggal di sana. Namun perbezaan ritual ini dengan yang lain adalah, kita akan menari bersama mayat. Pertama sekali mereka akan menggali, membungkus tulang dengan kain dan tikar, kemudian diikat dengan tali.

 

 Saat itu ahli keluarga akan berteriak gembira menyambut bungkusan tulang yang hampir reput yang di mamah bermacam mahluk di dalam tanah. Menurut kepercayaan suku Malagasi, Famadihana adalah hari perwujudan rasa cinta terhadap keluarga yang telah meninggal. Saat itu, seluruh ahli keluarga akan datang, tak peduli dimana sekarang mereka tinggal.

 Bukan hanya itu, ritual ini dianggap sangat penting sehingga bagi keluarga yang tinggal jauh akan pulang untuk meraikan. Menurut mereka roh orang meninggal masih boleh berkomunikasi, sehingga dengan menari bersama mayatnya mereka percaya jika orang yang meninggal juga ikut bergembira.

 

 Upacara Famadihana bermula dengan menyanyikan lagu kebangsaan. Ketua keluarga dan pegawai bandar @ dato bandar yang diundang mulai untuk upacara jamuan dan pidato dan menyanyi lagu kebangsaan . Seringkali sebuah band turut terlibat dalam acara ini. Beberapa alat muzik juga ada seperti harmonika, biola, gitar, dan terompet. Keramaian perayaan ini mirip seperti kenduri .

 Orang-orang sibuk berjalan dan berdiri untuk merasai makanan dan minuman. Tapi, khusus untuk sanak saudara, mereka akan mendekati bungkusan tulang, kemudian bernyanyi, tertawa dan perlahan membuka bungkusan.

 Dengan tenang mereka menyiram  air anggur ke atas tumpukan tulang dan menutupnya kembali. Setelah bungkusan tertutup, tulang tersebut kembali dikuburkan ke dalam tanah, dan dibawa dengan diiringi tarian. 








                jom saksikan video Tradisi Pelik Menari Bersama Mayat di Madakaskar

Pelik ! Sami di Jepun Bertapa Sampai Mati Ingin Jadi Dewa...


Mumia sinonim dengan Mesir, tetapi ternyata anda juga boleh melihatnya di Jepun. Kalau biasanya mumia dipelihara dengan diawetkan, tidak dengan yang ada di sana. Melihat dan mendengar ceritanya dijamin membuat anda meremang bulu roma.Mumia milik Negeri Matahari Terbit ini biasa disebut dengan nama Sokushinbutsu. Jika diertikan, Sokushinbutsu bererti 'living Buddha'.

 
Yang menarik, mumia ini tidak dipelihara dengan pengawet. Mereka punya cara sendiri yang berbeza dan boleh membuat meremang bulu roma.Sebelum menjadi mumia, orang-orang ini adalah seorang sami. Sepanjang hidupnya, mereka selalu melakukan pertapaan. Para sami ini dilatih hanya bergantung pada air, kekacang dan meditasi sepanjang hari. Automatik, gaya hidup seperti ini membuat dirinya kehilangan berat badan.


 


Setelah dirasa telah siap untuk bertapa menuju Sokushinbutsu, mereka dikebumikan di dalam kotak kayu untuk meditasi. Pertapaan ini pun berakhir pada kematian.



 
Dikutip dari laman web rasmi pelancongan Jepun, setelah 1,000 hari sejak dikubur, keranda para sami ini akan digali oleh muridnya. Jika penampilan mereka tetap sama dan tidak ada perubahan, maka sami ini akan diberi status Sokushinbutsu.


 
Kedengaran amat mengerikan. Tapi ada alasan lain mengapa para sami ini rela berbuat demikian.Salah satunya adalah untuk mengatasi kebuluran.Saat itu di Jepun sedang terkena wabak kebuluran. Untuk membantu orang dari kemiskinan dan kelaparan, mereka pun berkorban dengan melakukan hal demikian.


 
Amalan Sokushinbutsu yang telah ada sejak abad 11 hingga 19 ini telah dilarang oleh undang-undang.Alasannya kerana kegiatan ini sama saja dengan amalan bunuh diri.Sampai saat ini, mumia tersebut masih dianggap oleh beberapa penduduk tempatan sebagai dewaatau tuhan.

 

Jika  ingin melihatnya, pelancong boleh datang ke Wilayah Yamagata di utara Jepun. Ada kira-kira 6 mumia yang tersimpan di kuil tersebut.


 
 
Salah satu yang paling terkenal adalah Ryusui-ji di Kuil Dainichibou di Bandar Tsuruoka. Ini adalah mumia sami Daijuku Bosatsu Shinnyokai-Shonin (1687-1783). Selepas 70 tahun hidup sebagai pertapa, ia menjadi Sokushinbutsu pada usia 96.


 
Mumia lain juga boleh dilihat di Kuil Nangaku-ji juga di Tsuruoka. Yang ketiga di Kuil Zoukou-in di Bandar Shirataka, dan yang keempat di Kuil Kaikou-ji di Bandar Sakata.

Gempar, Lagi Kes Bunuh Diri Di Bulan Ramadhan


DIRISi mati telah gantung diri dengan menggunakan tali ampaian dimana tali tersebut di ikat pada besi tingkap nako  dan terus ke kipas siling di ruang tamu rumah. Si mati menggunakan kerusi kayu utk memanjat dan mengantungkn diri. Terdapat air kencing si mati di lantai dan lidah si mati sedikit terjelir keluar. Semasa kejadian si mati tidak berbaju dan hanya berkain pelekat hijau.
Hasil temubual bersama isteri si mati Nama Nik Hasnah bt Mohamed semasa kejadian dia bersama dgn anak perempuannya berusia 4 tahun berada di dlm bilik tidur dan semasa itu ada terdengar bunyi kerusi jatuh namun tidak diendahkan..pada jam lebih kurag 2230 semasa keluar dari bilik telah ternampak suaminya iaitu si mati telah mengantungkan diri di ruang tamu rumah dan tidak bernyawa. Sebelum kejadian isteri si mati ada memaklumkan yang telah berlaku pertengkaran kecil diantara mereka berdua dan semasa itu juga si mati ada mengugut si isteri yg dia hendak mengantungkan diri. Semasa kejadian juga grill pintu hadapan telah dikunci dari luar oleh si mati dan kunci rumah tersebut disimpan oleh simati di celah lipatan kain pelekat yg di pakai.
Hasil siasatan dapati tiada unsur- unsur jenayah yg berlaku dan ini adalah berpunca dari permasalah keluarga.
Kes telah dimaklumkan kepada Tuan KBSJD Jeli dimana beliau mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.
Kes disiasat sebagai SDR dan Io kes SM 84667 Hasnulhai B. Hassan ( OCS Ayer Lanas).
Mayat telah dihantar ke Hospital Jeli untuk tindakan. -TT

‘Jangan Beritahu Suami Saya’ Rayu Wanita Dicekup Khalwat


cekup-GEORGETOWN : “Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.
Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin.
Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin.
Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.
Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.
Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh.
Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan.
“Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah tumpangan,” katanya.
Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun yang kini sedang hamil lapan bulan.
Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27 hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah suaminya juga bukan seorang yang panas baran.
“Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap,” katanya sambil mengesat air mata.
Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam.
Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja.
“Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan lain. Bagaimana rasanya.
“Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar,” kata Khairul Azman menasihati wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp.
Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan.
Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa. -W

(GAMBAR) Keindahan Bumi Palestin Yang Jarang Dapat Dilihat

Jika disebut tentang Palestin, pasti ramai di antara kita yang akan terbayang imej-imej peperangan, penindasan, penderitaan, runtuhan bangunan, pembunuhan dan sebagainya lagi yang menggambarkan sisi buruk dan kucar-kacir bumi anbiya’ ini. Sekarang, sila buang jauh-jauh gambaran tak elok tersebut…apakata kita hayati gambar-gambar bumi Palestin ini dari sisi lain (keindahannya) yang mungkin anda tak pernah lihat sebelum ini.

Lelaki Ini Kerja Kutip Mayat Sebagai Mata Pencarian

Percaya atau tidak mencari mayat telah menjadi rutin harian seorang lelaki bernama Wei Xinpeng. Dia telah bertahun-tahun melakukan pekerjaan tersebut dengan tekun meskipun kedengaran sangat aneh.
Wei Xinpeng, lelaki separuh umur yang biasa memburu mayat di Sungai Kuning. Wei, seperti diungkapkan oleh portal berita BBC, kerap memulakan aktivitinya dengan melepak sambil merokok di tepi sungai kuning. Matanya tetap tajam mengamati aliran Sungai Kuning yang keruh. Dia yakin, sungai itu pasti selalu menyimpan mayat manusia, entah korban kecelakaan, dibunuh, atau pun bunuh diri.
Lelaki berusia 55 tahun itu seperti telah hafal betul aliran sungai Kuning, dan dia faham dengan melihat ke mana arus membawa mayat-mayat yang tenggelam di sungai itu. Biasanya, Wei mendayung perahunya ke satu jambatan kecil di hilir. Di sana, biasanya mayat tersangkut di celah besi jambatan. Dalam tujuh tahun terakhir, mencari mayat kini adalah kegiatan rutin Wei. Dia menjual penemuannya (mayat) itu ke ahli keluarga mangsa. “Saya memberi penghargaan kepada si mayat,” ujarnya seperti dilansir BBC.
Wei mengaku telah mengumpulkan lebih 500 mayat dari dasar sungai. “Orang-orang ini mati dengan cara menyedihkan,” ujar Wei. Dia mengumpulkan mayat penemuannya itu di satu teluk kecil yang tidak dibawa arus. Mayat-mayat beragam bentuk itu dikumpulkan di sana. BBC melaporkan, di teluk kecil itu ada empat mayat yang tubuhnya telah kaku, dengan kepala tertelungkup ke bawah. Setiap kali berhasil menangguk mayat, Dia menyebut ciri fisikal mayat itu, sehingga ahli keluarga yang bersangkutan dapat segera mengenalinya. Biasanya, ahli keluarga si mayat akan menelefon Wei, dan meminta dihantarkan ke tempat dia menyimpannya.
Wei membawa ahli keluarga si mayat ke teluk kecil itu. Dia membalikkan tubuh si mayat agar wajahnya dapat terlihat. Jika ahli keluarga si mati ingin membawanya pulang, maka mereka harus membayar wang (sebangai penat lelahnya) lebih dari US$500, Wei mengatakan, selama ini dia telah menjual sekitar 40 mayat. Tapi kadang2, keluarga si mayat enggan membayar, dan pulang tanpa membawa jenazah yang ditemui Wei. “setelah Mereka melihat sebentar, lalu pergi tanpa berkata apa-apa. Mereka tak membawanya pulang,” ujar Wei.
Jika sudah begini, Wei terpaksa harus menguburkan mayatnya secara pantas. Soalnya, pemerintah akan membiarkan mayat yang ditemuai membusuk tanpa melakukan apapun. Wei mengatakan apa yang dia lakukan bukan semata-mata kerana wang, tapi kerana alasan lebih pribadi. Dia pun berkisah. Pekerjaan ini, kata Wei, bermula dari usahanya untuk mencari anaknya sendiri, yang tenggelam di Sungai Kuning. “Anak saya tenggelam di sungai ini dan saya tidak dapat menemui mayatnya. Sangat menyakitkan. Itu sebabnya saya melakukan pekerjaan ini,” ujar Wei. Putra Wei sampai sekarang belum ditemui.

Rompakan Yang Paling Mengelirukan Polis

Seorang perompak bank kulit putih dikatakan telah menipu polis AS dengan memakai topeng kesan khas seperti dalam lakonan filem Hollywood dan sarung tangan, beliau menyamar sebagai seorang lalaki kulit hitam.
Menurut laporan polis, Conrad Zdzierak, 30, dikatakan telah menggunakan topeng silikon yang dibeli dengan harga £450 dalam rentetan enam rompakan berani bank di Ohio.
Lima daripada rompakan berlaku pada hari yang sama, 9 April 2010.
Polis di Springdale, Ohio mengeluarkan rakaman CCTV dari bank-bank, merayu bantuan orang ramai untuk mencari apa yang mereka percaya adalah seorang lelaki Afrika-Amerika.
Tetapi selepas tertangkapnya perompak tersebut, pegawai polis mendapati Zdzierak yang tinggal di sebuah hotel berdekatan.
Leftenan Michael Mathis daripada Jabatan Polis Springdale mengakui polis telah terpedaya dengan penyamarannya dan berkata beliau tidak pernah melihat kejadian seperti itu.


SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate