Satu ketika dahulu di zaman keemasan islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad saw,islam menjadi kebanggaan ummat. Pengaruh islam dengan cepat menyebar hampir keseluruhan dunia,padahal jumlah ummat islam sedikit daripada yang lain dan berlalu dalam masa yang sangat singkat. Ini semua tiada lain kerana berkat kekuatan akidah islamiah yang tertanam di dalam jiwa dan ketaatan mejalankan agama sesuai dengan tuntutan Allah dan rasulnya. Berdasarkan satu hukum yang bersumber dari alquran.
Pada waktu itu Nabi Muhammad saw memberi peringatan kepada sahabatnya,bahawa kelak di akhir zaman,islam hanya tinggal namanya dan alquran hanya tinggal tulisannya.sebagaimana di sabdakan oleh beliau dalam hadis riwayat imam baihaqi bersumber dari Ali ra yang bermaksud : AKAN DATANG PADA MANUSIA SATU ZAMAN,DI MASA ITU ISLAM TIDAK TINGGAL MELAINKAN NAMANYA DAN ALQURAN TIDAK TINGGAL MELAINKAN TULISANNNYA,MASJID – MASJIDNYA PENUH NAMUN SUNYI DARI PETUNJUK,ULAMAK – ULAMAKNYA TERMASUK MANUSIA PALING BURUK YANG BERADA DI BAWAH LANGIT,KERANA DARI MEREKA TIMBUL BEBERAPA FITNAH DAN AKAN KEMBALI KEPADANYA. ( HR . BAIHAQI )
Dalam hadis itu menjelaskan bahawa kelak akan datang suatu masa , dimana islam hanya tinggal namanya , alquran hanya tinggal tulisannya,masjidnya ramai tapi kosong dari petunjuk , ulamaknya manusia paling buruk.
Mengapa boleh terjadi islam hanya tinggal namanya ? ia kerana kelak akan banyak orang yang mengaku beragama islam namu berbuatan sehariannya tidak mencerminkan seorang islam,hanya namanya sahaja islam. Islam diperalatkan untuk kepetingan tertentu. Oleh kerana itu kita dapat lihat ramai orang islam melanggar syariat.sembahyang mengikut mood,ada seminggu sekali ,ada sebulan sekali , setahun sekali dan ada yang tidak pernah solat sama sekali. Yang kaya pula enggan membayar zakat,yang pergi haji mahu digelar “ pak haji “ namun masih lagi melepak di kedai judi .
Ramai yang membicarakan tentang islam padahal mereka tidak mengamalkannya. Pandai berpidato agar orang percaya ia seorang islam yang baik dan memperjuangkan islam , sehingga ada yang merubah halal menjadi haram dan haram menjadi halal . bahkan hukum nas kalau boleh di sesuaikan dengan zaman , bukan keadaan zaman di sesuaikan dengan ketentuan nas . sebenarnya orang yang sebegini tergolong dari orang munafik . sebagaimana sahabat nabi yang bernama Abu khudaifah ditanya apa itu nifaq ? Abu khudaifah menjawab : KAMU BERBICARA TENTANG ISLAM TAPI KAMU TIDAK MENGAMALKAN AJARANNYA . ( MASNAD AR RABI` )
Didalam satu hadis lagi bermaksud :
NABI BERSABDA : SESUNGGUHNYA YANG AMAT AKU TAKUTI PADA UMMATKU IALAH SETIAP ORANG MUNAFIQ YANG PANDAI BERBICARA .
Nabi Muhammad saw pernah bersabda : “ ISLAM AKAN HANCUR SEBAGAIMANA HANCURNYA KAIN YANG TELAH USANG , SEHINGGA ORANG TIDAK MENGATAHUI APA ITU PUASA , APA ITU SOLAT , APA ITU HAJI DAN APA ITU SADAQAH . MAKA KITABNYA ALLAH DITERBANGKAN DIMALAM HARI, SEHINGGA DI BUMI TIDAK LAGI TERTINGGAL SATU AYAT PUN.DAN TINGGALLAH SEGOLONGAN MANUSIA YANG SANGAT TUA USIANYA , MEREKA BERKATA : KAMI DAPATI BAPAK – BAPAK KAMI DAHULU MENGUCAPKAN KALIMAH LAA ILAAHA ILLALLAH . DAN ORANG – ORANG TUA ITUPUN TIDAK MENGATAHUI APA ITU SOLAT , APA ITU PUASA , APA ITU HAJI DAN APA ITU SADAQAH ( HR IBNU MAJAH )
Dalam sabda Nabi Muhammad saw yang lain diterangkan bahawa kelak alquran akan kembali ketempat asal turunnya , dengan suara yang mengaum laksana mengaumnya lebah terbang , maka allah bartanya : “ ada apa engkau “ ? dia menjawab : “ ya tuhan darimu kami turun dan kepadamu kami kembali , kami dibaca tapi kami tidak diamalkan “ .
Dari sabda Nabi Muhammad saw di atas agaknya sekarang sudah mulai terasa dalam kalangan ummat islam . alquran boleh saja hilang dari permukaan bumi ini , hanya yang tinggal Cuma tulisannya . bacaannya diperindah untuk mengikuti musabaqah agar mendapat habuan atau kemahsyuran namun isi kandungannya tidak diamalkan dalam kehidupan seharian .
Termasuk isi hadis diatas dikatakan bahawa masjidnya ramai namun kosong dari petunjuk .apa yang kita lihat pada hari ini , terutamanya di Bandar – Bandar bilangan orang yang datang ke masjid semakin banyak.lebih – lebih lagi pada bulan Ramadan , sehingga tidak muat masjid.lalu dijemput penceramah – penceramah yang kurang tahu dalam soal agama namun pandai menyampaikan secara ilmiah , walaupun isinya secara halus memperdayakan keaslian hukum islam . ulamak – ulamak yang muktabar lagi ikhlas yang menyampaikan ilmu agama agar ummat islam benar – benar memahami soal agama , di buang sedikit demi sedikit , maka masjid – masjid di kuasai oleh ulamak – ulamak yang mempunyai kepentingan diri .
Apa kesannya? Masjid tidak lagi menjadi tempat menyampaikan sumber hukum yang asli , jemaah tidak lagi mendapatkan ilmu pengatahuan agama untuk di amalkan seharian , yang ada hanya semangat islamnya sedangkan dalamnya kosong dari pengatahuan islam yang sebenar . maka apabila pulangnya ummat islam dari masjid perilakunya tidak menunjukkan imej islam , hatinya tidak mendapat hidayah dari masjid , tinggallah masjid hanya sebagai masjid tapi sayang hidayahnya tidak menyinari para jemaahnya.
Dalam hadis tersebut Nabi bersabda , di akhir zaman akan datang ulamak yang di golongkan sebagai manusia paling buruk yang hidup di muka bumi ini . dari ulamak itulah timbulnya fitnah – fitnah di kalangan masyarakat khususnya dikalangan umat islam . mereka kononnya memperjuangkan pembaharuan sehingga mengutuk dan menghina ulamak – ulamak yang muktabar , sedangkan mereka memegang panji – panji syaitan . yang haram di fatwakan halal , yang halal difatwakan haram .urusan agama dianggap urusan dunia dan urusan dunia di anggap urusan agama yang wajib di taati. Fatwa mereka dipengaruhi urusan keduniaan , mereka terpesona dengan kedudukan dan jawatan yang di pegang . fatwa mereka tidak lagi mencerminkan hukum islam yang murni, tapi berusaha disesuaikan dengan zaman . inilah yang dinamakan ulamak yang sesat dan menyesatkan.
Sepatutnya ulamak itu pewaris para Nabi , sebagaimana sabda Nabi kita : ULAMAK ITU PEWARIS NABI ( HR TIRMIZI )
Yang dimaksudkan pewaris nabi itu ialah pewaris syariat yang dibawa oleh para Nabi .dengan demikian para ulamak itu bertanggungjawab untuk mengembangkan syariat islam yang sebenar .
Sebenarnya ulamak itu bagaikan bintang yang dibuat sebagai petunjuk bagi orang – orang yang berada didalam kegelapan malam di darat ataupan di lautan . sepertimana sabda Nabi saw yang bermaksud : SESUNGGUHNYA PERUMPAMAAN ULAMAK DI BUMI ITU BAGAIKAN BINTANG DI LANGIT YANG DI AMBIL PETUNJUK OLEH MANUSIA DI GELAPAN DARAT DAN LAUT . APABILA BINTANG ITU TERBENAM MAKA MEREKA AKAN TERSESAT JALAN . ( HR AHMAD )
Sekian……………..
YANG MASIH PANAS...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT
Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN
PERHATIAN !!!!!!
Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........
MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?
Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]
Sabda Rasulullah S.A.W:
Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Al - Hadis
DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan