YANG MASIH PANAS...

Keluhan tentera Amerika berperang ke Syria


"Kami kini sudah lemah dan teramat penat untuk berperang ke Syria"

Demikian keluhan oleh seorang tentera Amerika berpangkat Sarjan Satu, sebagaimana kandungan email yang diterima oleh wartawan Business Insider, Paul Szoldra hari Minggu (1/9/2013).

"Kami ingin berehat, jadi saya lebih memilih untuk menolak pilihan bagi kita untuk berperang di Syria. Kami sudah penat memakai kasut bot, "tambahnya.

Tentera Amerika yang disembunyikan namanya itu juga mengkritik dasar kerajaan Amerika yang berlagak menjadi polis dunia. Apa yang mereka lakukan di Afghanistan dan Iraq tidak mencapai kejayaan yang baik.

"Apakah Amerika harus selalu tampil di depan? pada pandangan saya, tidak perlulah kita jadi polis dunia. Kita masih belum selesai di Afghanistan dan bagaimana mungkin untuk kita sekarang ini memutuskan berperang lagi di tempat lain? "rungut sarjan tersebut.
Sementara itu, seorang bekas Koperal bernama Jack Mandaville, veteran Kor Infantri Marin yang pernah terlibat 3 kali ke medan pertempuran di Iraq juga mengadu hal yang lebih kurang sama. Dia mengkritik sikap para politikus dan kebijakan di pihak kerajaan yang begitu cepat mengisytiharkan perang pada negara lain, tetapi selepas itu mereka lupakan nasib para veteran dan korban perang yang melibatkan ramai tentera Amerika yang terbunuh.

"Kami menyaksikan bagaimana ahli-ahli politik dan negara kami selalu bernafsu untuk segera menghantar kami ke medan perang, tapi setelah itu dengan cepat juga mereka lupakan kami hingga selama hampir satu dekad. Aku benar-benar muak dengan semua dasar luar negera di negara ini ...! "Geramnya.

Benarlah apa yang pernah dikatakan oleh Usama bin Ladin rahimahullah-, "Jika kalian rakyat Amerika tahu bagaimana derita kami umat Islam akibat ketidakadilan yang dilakukan orang-orang Yahudi pada kami, sementara pemerintahan kalian terlibat di dalam perbuatan kezaliman itu, maka kalian akan tahu bahawasanya kita berdua (umat Islam dan rakyat Amerika) adalah sama-sama korban dari dasar-dasar Rumah Putih.

Perogol Pitam Bila Diketahui Mangsa Rogol Ada HIV


Richard Thomas




London: Seorang lelaki yang disabitkan kesalahan merogol dilaporkan pitam selepas diberitahu mangsa serangan seksualnya itu membawa virus maut HIV.

Agensi berita Britain melaporkan Richard Thomas, 27, minggu lalu dihukum penjara lima tahun empat minggu kerana merogol seorang wanita ketika mangsa sedang tidur.


Thomas mengaku bersalah di mahkamah Liverpool pada 20 Julai lalu.


Berdasarkan dokumen mahkamah, Thomas ditangkap dan disoal siasat berhubung kes berkenaan.


Dalam temu bual itu Thomas mendakwa dia mabuk, mengambil kokain dan ekstasi serta gagal mengingat apa yang berlaku.


Bagaimanapun apabila polis memaklumkan mangsa serangan seksual Thomas itu membawa virus HIV, tertuduh pengsan kerana terkejut.

Sumber polis berkata, mereka terpaksa mengejarkan dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Nasib Thomas sama ada dia akan dijangkiti virus penyebab Aids itu hanya akan diketahui hujung minggu ini apabila keputusan ujian darah dikeluarkan pejabat kesihatan.


Saksi berkata, Thomas menceroboh rumah mangsa - yang dikenali tertuduh - pada satu tengah malam dan merogolnya ketika wanita terbabit tidur.

Mangsa yang menetap di Leigh, Manchester, baru saja mengambil pil tidur sejurus sebelum diserang.


Kejadian itu hanya disedari mangsa apabila dia terjaga sejurus kemudian.


Sementara itu, peguam bela Thomas, Virginia Hayton berkata, tertuduh mula menagih dadah sejak berusia sembilan tahun dan menjadi kaki botol pada usia 11 tahun.


Thomas pula mengaku salah dan berkata, mangsa tidak akan menipu apabila menuduhnya melakukan serangan seksual.
“Jika dia saya merogolnya, maka memang saya merogol dia,” katanya.HARIAN METRO

INFO : Ngeri ! Ritual Bergolek Diatas Kayu Berduri Penghapus Dosa



Lelaki ini sedang menjalankan satu amalan ritual yang memerlukan dia menggolekkan badannya di atas kayu berduri yang panjang dan tajam.Ritual ini dikhabarkan untuk menghapuskan dosa , caranya bergolek diatas kayu yang berduri diatas meja sepajang beberapa meter . Ritual ini jarang dilakukan oleh pesalah kerana sungguh berbahaya dan dikhuatiri menjejaskan kesihatan si pesalah itu . Tidak dipastikan dimana negara  yang mengamalkan  ritual yang pastinya sangat  unik dan pelik amalan ini .Jom saksikan beberapa keping gambar yang menyaksikan acara bergolek diatas kayu berduri ini .









p/s HANYA CARA ISLAM YANG SEMPURNA.......

Adakah Wang Zakat Untuk Disimpan?



Photo: Rabu, 04 September, 2013.

Program TV3 Bersamamu merupakan sebuah rancangan realiti televisyen berbentuk amal yang ditayangkan di TV3. 

Pengacaranya akan membawa penonton untuk meninjau keadaan insan-insan istimewa serta mereka-mereka yang kurang berkemampuan dalam meneruskan cabaran hidup. 

Dalam setiap episod, ditayangkan bagaimana kesusahan hidup yang terpaksa ditempuhi insan ini sekeluarga.

Satu sahaja yang saya musykilkan,  bukan kah kita ada Jabatan Zakat yang dikutip setiap tahun?  Puluhan juta telah dikutip setiap tahun... bukan wang ini yang sepatutnya disalurkan kepada Fakir Fakir Miskin yang layak menerimanya. 

Tidak kah Kerajaan BN merasa malu, apabila tersiarnya Program "BERSAMAMU"... bagi membantu rakyat yang susah dan yang memerlukan?  Sepatutnya TV3 berkerjasama dengan Jabatan Zakat untuk membantu mereka2 yang benar2 memerlukan.  Kenapa harus menagih dari Syarikat2 untuk membantu mereka.  Seharusnya wang zakat itu lah yang disalurkan kepada Fakir Fakir miskin ini.

Diharap Jabatan Zakat atas nasihat Tok Tok Mufti Negeri sedar akan perkara begini.... Wallahuallam.
 
Rabu, 04 September, 2013. 
Program TV3 Bersamamu merupakan sebuah rancangan realiti televisyen berbentuk amal yang ditayangkan di TV3. 

Pengacaranya akan membawa penonton untuk meninjau keadaan insan-insan istimewa serta mereka-mereka yang kurang berkemampuan dalam meneruskan cabaran hidup.

Dalam setiap episod, ditayangkan bagaimana kesusahan hidup yang terpaksa ditempuhi insan ini sekeluarga.

Satu sahaja yang saya musykilkan, bukan kah kita ada Jabatan Zakat yang dikutip setiap tahun? Puluhan juta telah dikutip setiap tahun... bukan wang ini yang sepatutnya disalurkan kepada Fakir Fakir Miskin yang layak menerimanya.

Tidak kah Kerajaan BN merasa malu, apabila tersiarnya Program "BERSAMAMU"... bagi membantu rakyat yang susah dan yang memerlukan?   Sepatutnya TV3 berkerjasama dengan Jabatan Zakat untuk membantu mereka2 yang benar2 memerlukan. 
 
Kenapa harus menagih dari Syarikat2 untuk membantu mereka. Seharusnya wang zakat itu lah yang disalurkan kepada Fakir Fakir miskin ini.

Diharap Jabatan Zakat atas nasihat Tok Tok Mufti Negeri sedar akan perkara begini.... Wallahuallam.
 
 

Konspirasi Yahudi disebalik bom atom Hiroshima Dan Nagasaki


Para pemodal Yahudi antarabangsa melihat tanda-tanda akan berakhirnya Perang Dunia II. Negara yang terlibat dengan perang telah lumpuh dan Stalin bertekad untuk membuat serbuan besar-besaran ke Eropah Barat secara sendirian dan akan menyerbu Amerika untuk menghancurkan musuh dan memperluaskan sayap Komunis ke seluruh dunia.

Para tokoh tentera dan awam Amerika dan Eropah menyedari ancaman bahaya ini. Mereka memandang bahawa untuk menghalang jejak langkah Stalin, pertama berperang dengan Jepun perlu ditamatkan. Perkara ini perlu dibincang  secara terbuka dengan Stalin. Akan tetapi, penyelesaian seperti itu dikhuatiri akan merugikan pihak Konspirasi antarabangsa. Akhirnya kekuatan tersembunyi ini mengambil jalan pintas untuk menunjukkan kekuatan Barat yang mengerikan itu kepada Stalin supaya Stalin tidak berani membuat serbuan terhadap Dunia Barat. Pilihan mereka adalah terhadap Jepun untuk dijadikan kambing tebusan atau medan percubaan tanpa mengambil kira akibat dari senjata pemusnah yang baru pertama kali akan digunakan ketika itu iaitu bom atom.

Protes beberapa pegawai tertinggi Amerika tentang penyelesaian masalah dengan cara barbarian seperti itu bagi mencegah malapetaka tidak mendapat perhatian sama sekali. Bernard Baruch dan para pemodal Yahudi antarabangsa telah berjaya menekan Presiden Roosevelt untuk menggunakan bom atom, walaupun jeneral Mac Arthur dan para tokoh nasional lain menentang penggunaan senjata itu. Maka tidak dapat dielakkan lagi senjata jahanam itu dijatuhkan pertama kali di bandar Hiroshima kemudian bom kedua jatuh di bandar Nagasaki. Jepun segera menyerah kepada pihak bersekutu beberapa hari selepas kejatuhan bom atom itu. Selepas itu, propaganda besar-besaran segera dilancar untuk memberikan justifikasi atas peristiwa biadab tersebut.

Kekalahan Jepun sebenarnya sudah dihidu sebelum bom atom itu dijatuhkan. Ini dijelaskan oleh jeneral Mac Arthur sendiri, sebagai panglima tertinggi tentera Amerika Syarikat di Timur.

Hal yang sama juga diucapkan oleh para tertinggi Amerika lain. Sumber perisik yang lain menunjukkan adanya gejala, bahawa Jepun sudah cuba berkali-kali untuk menyerah dan bersedia menemui di meja rundingan damai, tetapi ditolak oleh pihak yang berniat menjatuhkan bom atom tersebut.

Jatuhnya bom atom telah menamatkan Perang Dunia II. Dunia terbelah menjadi dua blok iaitu Stalin dan dunia Barat, sesuai dengan perjanjian Tehran, Malta dan Potsdam. Dalam perjanjian itu, dunia dibahagikan menjadi wilayah pengaruh yang saling berhadapan, seperti yang berlaku akibat dari perjanjian Versailles.

Namun masalahnya bukan hanya berhenti di sini. Di samping itu ada perbincangan rahsia antara para wakil pemodal antarabangsa dan Stalin untuk mendedahkan keadaan pihak masing-masing. Stalin ketika itu sedang melalui masa akhir kekuasaannya. Kekuatan atheisme yang diwakili oleh Komunisme belum tentu akan terus berperanan sebagai alat, setelah Stalin meninggal dunia. Di pihak lain, sendi-sendi yang telah diserap oleh agen-agen kekuatan tersembunyi boleh menjadi jalan mudah untuk menguasai negara itu beserta satelit-satelitnya.

Jika ada bahaya yang mungkin datang dari Stalin sendiri terbatas pada masa usia Stalin yang telah lanjut tersebut. Ia harus dielakkan supaya  Stalin tidak melangkah ke kebinasaannya sendiri, sekaligus membinasakan harapan para pemilik modal antarabangsa dan kehancuran global.

Stalin menganggap Komunis China yang dipimpin oleh Mao Tse Tung sebagai sahabat karibnya yang boleh membantu untuk mewujudkan ketamakan hegemoni antarabangsanya. Apa lagi China mempunyai potensi sangat besar dengan memiliki jumlah penduduk terbesar di dunia. Demikianlah kepentingan kedua belah pihak antara Stalin dan para pemilik modal antarabangsa telah bersekongkol terhadap musuh bersama mereka, iaitu pemerintahan nasional Chiang Kai Sek yang berusaha membina kembali negeri China dan membendung musuh yang datang dari dalam dan luar. Dengan terompet propaganda antarabangsa yang ditiup oleh Konspirasi terhadap pemerintah Chiang Kai Sek, disertai dengan penyusupan kakitangan asing ke dalam rangkaian politik, kerajaan berjaya menyingkirkan tokoh nasional tersebut. 

Presiden Amerika sendiri, Truman telah bersikap membiarkan China jatuh ke tangan Komunis. Pada masa yang sama Stalin memberikan sokongan dan dana besar-besaran untuk kemenangan revolusi Komunis China.

Masalahnya berbeza dari situasi di mana-mana sebelum ini. Kesedaran masyarakat antara bangsa tentang bahaya kekuatan tersembunyi semakin meningkat di pelbagai negera. Para tokoh antarabangsa mula memikirkan dan menyusun barisan untuk membendung tipu daya konspirasi antarabangsa. Dengan demikian, konspirasi antarabangsa akan sukar untuk melakukan langkah provokatif dan agitatif seperti terhadap bangsa yang tidak mampu untuk menghadapinya. 

Maka tertubuhlah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) sebagai institusi antarabangsa untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh dunia secara damai dengan prinsip moral yang boleh diterima. Malangnya, kekuatan tersembunyi juga boleh menyelusup ke dalamnya sebagaimana yang biasa dilakukan di masa-masa itu. Sejak penubuhannya, PBB sangat mengecewakan. Ini boleh dilihat dengan jelas tentang resolusi yang dikeluarkan yang kerap mendapat tentangan dari negara anggotanya sendiri. Jika terdapat resolusi yang telah diputuskan ia tidak dilaksanakan secara adil.

Masyarakat antarabangsa seharusnya menyedari apa yang sedang berlaku di PBB dan perlu berusaha menghentikan kekuatan tersembunyi itu. Kesukarannya ialah PBB bukanlah penyelesaian bagi Konspirasi antarabangsa seperti di Timur Tengah, Timur Jauh, Amerika Latin dan negara-negara blok Barat dan Timur telah menjadi kancah pertikaian serantau, dan dihadapkan kepada berbagai krisis yang tidak dapat diselesaikan. 

Untuk itu, propaganda yang serba menyesatkan diarahkan kepada mereka, agar pola pemikiran mereka diserapkan dengan maklumat yang salah. Dunia kita sekarang ini sedang menyaksikan perkembangan dasar menyeluruh di seluruh dunia yang belum pernah berlaku dalam sejarah umat manusia. Gelombang kezaliman dan atheisme telah meluas sehingga ke negara kecil. Kekuatan Konspirasi terus bermain dalam usahanya mengeksploitasi kemiskinan dan pengalaman bangsa-bangsa kecil itu dan akhirnya akan dikuasai, baik secara langsung atau pun tidak langsung.

Perubahan dasar secara drastik telah berlaku di Rusia sejak kematian Stalin. Negara-negara jiran berusaha keras untuk melepaskan diri daripada cengkaman Komunisme, selepas rahsia politik dan taktik kotor yang dipakai Stalin didedahkan oleh bangsa Rusia sendiri. Di Amerika juga berlaku perkembangan untuk memahami masalah yang dihadapi oleh bangsa sedunia, iaitu mengelakkan perang, memperbaiki keadaan politik Amerika, mencari jalan penyelesaian tentang diskriminasi perkauman dan meningkatkan kewaspadaan umum tentang bahaya Konspirasi antarabangsa. Perkembangan itu masih terus berlanjutan dalam kehidupan bangsa Amerika.

Tidak syak lagi, dunia sedang bertanya-tanpa mengenai peranan Konspirasi dalam perkembangan yang bakal berlaku di masa akan datang. Kita yakin nasib hari esok bukanlah berada di tangan makhluk tertentu, melainkan milik Tuhan sendiri. Kita perlu membandingkan masa lalu dan sekarang dan membuat kesimpulan umum berdasarkan kajian sejarah. Mungkin pada tahun-tahun mendatang akan muncul konspirasi melalui pelbagai peristiwa yang berlaku. Kemungkinan besar pelbagai peristiwa itu boleh mengalihkan orientasi dunia yang kita hadapi sekarang ini dan hakikat sebenar konspirasi tidak lagi merupakan realiti asing bagi setiap orang. 

Ia menunjukkan kekuatan yang mempunyai tujuan menghancurkan sesuatu bangsa baik dari dalam maupun dari luar. Kita harus berusaha menguasai mereka sedikit demi sedikit secara ideologi, sosial dan ekonomi. Pada ketika itu kekuatan konspirasi akan terang-terangan menghentam keyakinan agama samawi, di samping menghancurkan para tokoh agama dan pembela moral yang berdiri tegak menghadang jejak langkah Konspirasi.

Mudah-mudahan sajian buku ini menjadi peringatan tentang bahaya Konspirasi Zionisme antarabangsa yang tanpa henti melakukan persekongkolan terhadap umat manusia disebalik tragedi yang berlaku. Maklumat dan bukti-bukti yang disajikan buku ini telah membuka rahsia tentang propaganda atheisme materialis atau kefahaman yang sama dengan nya, di samping juga membongkar para tokoh dan kakitangan yang terlibat untuk mengeruhkan keadaan dan merosakkan serta memerangi ajaran agama samawi. 

Dunia harus menyedari, bahawa kekuatan tersembunyi sedang bersedia untuk menyalakan api Perang Dunia III. Perang ini seandainya benar-benar berlaku akan menjadi malapetaka yang paling dahsyat bagi sejarah umat manusia dan merupakan pelan akhir tujuan Konspirasi. Maka tidak ada kekuatan lagi yang berani melawannya, kecuali kekuatan yang berlandaskan aqidah yang subur.

Bangsa sedunia wajib menumpukan perhatian kepada bahaya yang sedang mengancam. Kita harus berjaga-jaga setiap gejala yang boleh mengheret dunia menuju kepada Perang Dunia III. Kita perlu mempunyai sikap konsisten untuk menentang siapa saja yang menimbulkan perang dan pergolakan.

Penyebaran propaganda atheisme harus dicegah dan ditentang secara hadapan. Umat ​​manusia harus ingat, bahawa kehancuran dan malapetaka adalah akibat perlanggaran yang boleh menyalakan perang dan pergolakan. Sejarah telah membuktikan bahawa satu-satunya pihak yang bertanggung jawab adalah para broker perang atau dengan kata lain, para tokoh Yahudi antarabangsa.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, dari penulis buku William. G. Carr "Yahudi Mengenggam Dunia"

Menakjubkan ! Guna Air Mani Untuk Tulisan Lutsinar .




London, Air mani @ Sperma ternyata punyai fungsi selain untuk menyuburkan sel -sel telur- telur wanita melalui proses senggama. Sperma pernah digunakan sebagai tulisan lutsinar  yang paling berkesan kerana tidak dikesan oleh wap iodin.

Agen perisikan british atau MI6 menggunakan sperma untuk menulis mesej rahsia semasa Perang Dunia I. Kerana bimbang diketahui musuh, pihak M16 berusaha mencari formula untuk menulis mesej rahsia tanpa dikesan wap iodin yang saat itu merupakan kaedah paling mutakhir dalam mengesan mesej rahsia .

Hal ini terungkap dalam catatan harian seorang wakil ketua perisikan tentera di Perancis , Walter Kirke . Dalam sebuah catatan pada Jun 1915, ia mengungkap adanya permintaan tulisan lutsinar  yang tidak mudah dikesan dari pimpinan tertinggi MI6 kepada saintis di London University.

Seperti dikutip dari Telegraph , permintaan itu akhirnya mendapat tanggapan pada bulan Oktober 1915. Dalam surat tanggapan , para saintis ternyata hanya menyarankan agar mesej rahsia ditulis dengan cairan yang sangat mudah didapatkan yakni sperma atau air mani.

Catatan harian itu juga mengungkap betapa gembiranya pemimpin yang namanya dirahsiakan saat mendapat jawapan tersebut . Selain itu  kerana mudah didapati , hasil ujian menunjukkan sperma tidak dikesan oleh wap iodin.

Helah ini hanya mencari sedikit kekangan , misalnya saat seorang agen perisik dikeluarkan dari tempatnya bertugas kerana menjadi bahan jenaka saat ketahuan menggunakan sperma untuk menulis. Para agen juga harus sentiasa ingat untuk tidak menggunakan sperma basi jika tidak mahu tulisannya mengeluarkan bau tidak enak.

Catatan-catatan tersebut diterbitkan dalam buku MI6 : The History of the Secret Inteligence Service 1909-1949 karya Prof Keith Jeffery . Buku tersebut diterbitkan Selasa 21 September 2010 dan akan dimuat secara bersambung dalam terbitan berbahasa Inggeris, The Times .

Berikut fakta menarik tentang si air mani :

1 . Lelaki sihat menghasilkan 70 juta hingga 150 juta sel sperma dalam sehari.
Dengan kapasiti pengeluaran sedemikian besar, seorang agen rahsia tidak perlu bimbang kehabisan dakwat .

2. Diet seseorang mempengaruhi bau sperma. Jika tidak ingin air mani berbau tidak sedap, agen rahsia harus mengurangkan penggunaan daging merah , susu , bawang serta kopi dan memperbanyak makan buah -buahan.

3. Sel sperma boleh bertahan selama 10 hari untuk mematangkan diri dan mampu bertahan hidup hingga 2 minggu sebelum dikeluarkan melalui ejakulasi .

4. Jumlah sperma dalam cecair ejakulasi hanya 10 peratus , bakinya terdiri dari pelbagai nutrisi seperti vitamin C, kalsium , protein, natrium, zink , asid sitrik dan gula.

5. Berbanding kapasiti pengeluaran dalam sehari, jumlah sel sperma yang dikeluarkan dalam sekali ejakulasi sangat banyak yakni mencapai 3 kali ganda. Oleh kerana itu untuk mendapatkan tulisan yang berkualiti, seorang agen rahsia dianjurkan tidak terlalu sering ejakulasi.

6. Air mani tidak akan pernah habis.
Hal ini sangat wajar, kerana menurut para ahli, lelaki hanya memerlukan waktu 15 minit untuk menambah jumlah air mani setelah ejakulasi.

Suami masak mayat isteri selama 4 hari


LOS ANGELES - Seorang chef  mengaku merebus mayat isterinya secara perlahan-lahan selama empat hari sebelum menyembunyikan tulang wanita itu di kediaman ibunya, tiga tahun lalu.

David Viens memberikan kenyataannya itu semasa dirawat di hospital pada Mac 2011 selepas terjatuh ke dalam curam sejauh 24.4 meter di Rancho Palos Verdes, apabila menyedari namanya disenaraikan sebagai suspek utama kes kehilangan isterinya, Dawn Viens, 39, lewat 2009.

Viens hadir pada perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi Los Angeles, kelmarin, berkerusi roda memberitahu dia telah memasukkan mayat isterinya ke dalam tong yang diisi 55 gelen air mendidih, sebelum menenggelamkan mangsa dengan pemberat dan menyebatikan daging mangsa dengan bahan buangan lain sebelum menghapuskannya.

"Di atas beberapa sebab, secara tiba-tiba saya menjadi ganas," katanya kepada pegawai penyiasat Richard Garcia, sambil mendakwa isterinya pernah melarikan diri ke kawasan pergunungan 16 bulan lalu kerana enggan memasuki pusat pemulihan dadah.

Sumber: Sinar Harian

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate