YANG MASIH PANAS...

Ustazah ‘Gersang’ Kantoi Terlanjur Dengan Duda Ketika Suami Di Mekah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXdnyU7W9ONpdeB7VTo3fDFeMqCJT2rXAwwRxQKumUDJQs19TZCkjy4AMborTyw6uzQO9TKbjHBSm87y_AkJVbrXaNvOJaBJLvcN-ko0RKVC_edVk1MYWo3viyEK8BYY6k0sdeUyCWBC8/s1600/Ustazah+Khalwat.jpgDia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.
Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.
Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.
Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.
Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.
Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai.
Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.
“Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.
“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.
“Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.
Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat.
Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.

Nazri samakan Chin Peng dengan Osama Laden

Mempertahankan langkah kerajaan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang, menteri kebudayaan dan pelancongan hari ini mengaitkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu dengan Osama bin Laden.
NONEDatuk Seri Nazri Aziz (kiri) berkata, selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menembak mati pemimpin jaringan al-Qaeda itu, mayatnya kemudian dikebumikan di laut.

Sehubungan itu, katanya, langkah kerajaan Malaysia itu bukan sesuatu yang luar biasa.

"Saya tidak fikir kita patut minta maaf kepada sesiapa kerana kamu tahu, Osama juga dianggap pengganas, apa yang Presiden (Barack) Obama lakukan?

"Mayatnya hilang dan tidak dibawa balik ke Arab Saudi, AS atau ke mana-mana, ia dihumban ke laut.

"Apa yang kita lakukan bukan sesuatu yang luar biasa, ada alasan di sebaliknya. Dan rakyat Amerika serta orang yang menderita (akibat serangan 911) tidak membantah.

" Osama bin Laden... kamu beritahu saya, di mana mayatnya sekarang?" kata Nazri kepada pemberita ketika merasmikan sebuah pesta seni di Kuala Lumpur hari ini.

Bumi Malaysia tak terima jasad Chin Peng

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata golongan veteran polis dan tentera masih berasa benci pada bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng yang meninggal dunia dalam buangan di Thailand hari ini.
NONEKatanya, golongan tersebut pastinya tidak akan dapat menerima sekiranya terdapat sebarang usaha untuk membawa pulang mayat atau abu mayat Chin Peng ke negara ini.

"Kematian Chin tidak dapat memadamkan rasa kebencian kepada mendiang terutama di kalangan  balu-balu polis dan tentera kepada ketua pengganas komunis yang telah mengorbankan ramai pejuang-pejuang negara yang terdiri dari polis dan tentera semasa darurat.  

"Tidak mungkin veteran polis dan tentera menerima mayat atau abunya sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.
zainuddin maidin at fiesta merbok 240206 arrogantMengulas lanjut, Zahid yang juga naib presiden Umno berkata Chin Peng bukan perjuang kemerdekaan seperti yang didakwa sesetengah pemimpin politik dan NGO.

MP Bagan Datoh itu menegaskan bahawa Chin Peng adalah ketua pengganas "yang tidak boleh diterima di bumi ini".

Turut menentang usaha tersebut ialah bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin (kanan)yang bimbang sekiranya terdapat pihak yang akan membina tugu bagi memperingati Chin Peng apabila mayat atau abu mayat tersebut dibawa pulang.

Katanya, jenazah tersebut tidak perlu dibawa pulang seperti yang berlaku kepada seorang rakan Chin Peng, Rashid Maidin, yang turut dikebumikan di Thailand.

"Jika nak bawa abunya balik maka kenalah juga gali kubur Rashid Maidin untuk bawa balik jenazahnya.

“Tetapi tidak ada saudara maranya atau orang Melayu yang suarakan demikian kerana mereka hargai sensitiviti rakyat yang setia dan korban perajurit kita," katanya dalam kiriman SMS kepadaMalaysiakini.
NONEMengulas isu sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata beliau percaya Chin Peng tidak pernah menjadi warganegara Malaysia.

Katanya, beliau pasti bahawa Chin Peng akan berasa gembira sekiranya dikebumikan di negara yang paling lama dihuni anggota gerila itu.
 
“Dia tidak pernah mendapatkan kerakyatan (Malaysia) ketika dia menyertai PKM... Saya tidak pasti sama ada beliau mendapat kewarganegaraan dari Thailand tetapi dia bukan seorang warga Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas kenyataan seorang bekas anggota PKM bahawa berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman di Sitiawan, Perak.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Fang Shan berkata perkara itu dinyatakan kepadanya sewaktu pertemuannya dengan Chin Peng tahun lalu di Bangkok.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90 meninggal dunia di hospital di ibu negara Thailand itu pagi ini


Abdul Rahim Sabri

'Rasuah dalam pertahanan, M'sia sangat berisiko tinggi'

Malaysia mengalami kemerosotan dan dianggap mempunyai risiko tinggi berlakunya amalan rasuah dalam perbelanjaan pertahanan dan pengoperasiannya, menurut kajian antirasuah badan pemerhati antarabangsa.
NONEMenurut Transparency International - Malaysia (TI-M), Malaysia jatuh daripada kedudukan D (tinggi) kepada E (sangat tinggi) risiko dalam kajian yang dijalankan cabang NGO itu di UK.

Ia sekali gus meletakkan negara ini sekumpulan dengan China, Afghanistan, Rwanda, bahkan Singapura.

Justeru, dalam kenyataannya, TI-M mencadangkan kerajaan meningkatkan ketelusan dalam perolehan barangan keselamatan, melibatkan peranan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

"TI-M mendesak anggota Parlimen daripada kedua-dua parti pemerintahan dan pembangkang menolak agenda ketelusan lebih jauh ke depan dan mengetepikan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat," katanya.

Indian Holy Man Sarankan Pengikutnya Hidup Miskin Tapi Dia Pakai Berdozen Emas !



Lelaki 'suci' dari India ini memberitahu pengikut-pengikutnya untuk hidup dalam kemiskinan dan dalam jangkamasa yang sama dia meliputi dirinya dengan pakaian dan aksesori emas bernilai ratusan ribu ringgit yang didermakan pengikutnya..LoL..


Dikenali sebagai "Golden Man" kerana memakai perhiasan emas yang bernilai tinggi, lelaki ini mempunyai pengikut yang ramai..Dia turut mempunyai ramai pengikut muda di eropah..

Nama sebenar lelaki ini adalah Bittu Bhagat..Dia menarik perhatian media apabila membuat penampilan di Kumbh Mela dengan kedua belah tangannya di atas bahu dua orang gadis eropah yang agak cantik disamping memakai puluhan aksesori emas di leher dan juga tangannya..

Laporan media menyatakan dia kelihatan lebih seperti seorang playboy yang sudah berusia..Dia didakwa merupakan seorang 'pendakwah' yang berdakwah kepada pengikutnya untuk menjauhi kehidupan yang dipenuhi dengan harta kekayaan duniawi..

Pengikut-pengikutnya disaran untuk menjauhkan diri dari kekayaan material jika mereka mahu menjadi pengikutnya..Bittu Bhagat hanya menerima emas-emas tulen yang didermakan kepadanya..
Video Golden Holy Man Bittu Bhagat

"Inilah cara saya menyampaikan khutbah..Orang datang untuk melihat emas saya," kata Bhagat semasa ucapan di Mela Kumbh, di Allahabad..

Dia juga turut dilaporkan enggan membayar sesen pun cukai emas yang dimilikinya itu lapor media..

"Ini adalah emas tuhan, bukan saya..Saya tahu apa yang pegawai-pegawai cukai cuba lakukan, tetapi saya berharap bahawa dengan menjadi rapat dengan saya mereka akhirnya akan dibawa ke jalan tuhan dan tidak lagi berasa tamak..Ya, mereka yang tamak'..katanya..

Dahulunya dia merupakan seorang tukang jahit, kini Golden Man ini didakwa mempunyai beberapa juta dolar dan bergerak dengan kereta mewah berjenama Mercedes, BMW dan juga Bentleys..!

Misteri Kapal Terbang Hilang Selama 35 Tahun Selamat Mendarat DiBrazil



Kejadian misteri yang berlaku pada tarikh 4 September 1945 silam, ada sebuah pesawat yang menghilang di atas langit Atlantik yang membuat gempar di seluruh dunia. Anehnya, setelah 35 tahun kemudian, tepatnya pada 12 Oktober 1980, pesawat ini mendarat di Porto Alegre, Brazil tanpa pemberitahuan terhadap menara kawalan Lapangan Terbang.

Apabila membuka pintu pesawat, sejumlah orang tercengang melihat para penumpang pesawat tersebut yang berjumlah 92 orang itu nampak kurus kering.

Menurut penyelidikan, pesawat ini merupakan pesawat Sandiego yang hilang dan telah kembali lagi. Menurut dugaan, pesawat ini telah Berputar-putar melewati ruang 4 dimensi dan tersesat di black hole selama 35 tahun, sebelum akhirnya kembali mendarat. Tapi, sekurang-kurangnya itu dugaan yang boleh di berikan.


Tapi, walau kejadian ini sudah lama, tapi tetap saja menjadi misteri hingga saat ini. Wow, tidak boleh di bayangkan menghilang selama 35 Tahun Di Udara seperti apa rasanya.


                                            jom saksikan video menarik ini: 

 p/s: ermm.. terpulang kepada korang nak percaya artikel ini ..Agak-agak nyerlah   berapa gelen lah minyak kapal terbang ni gunakan yer....35 tahun tu .....????

Kerana Takut SMS Dibaca Kekasih , Wanita Ini Sanggup Telan Handphone


Perbuatan bodoh seorang gadis berasal  dari Brazil berusia 19 tahun, Adriana Andrade, pastinya membuat banyak orang bimbang dan menggelengkan kepala. Bayangkan saja, ia menelan handphone miliknya sendiri .

Mengapa Adriana melakukan perbuatan bodoh tersebut? Ternyata Adriana berbuat demikian untuk mengelak kekasihnya membaca SMS yang terdapat di telefon bimbit tersebut.

Adriana (kiri) menjalani rawatan selepas menelan telefonnya (lihat foto dibawah)

 

Kejadiannya bermula saat kekasihnya memaksa dirinya untuk memperlihatkan mesej SMS, kerana panik Adriana langsung melarikan. Setelah ia merasa jaraknya dengan kekasihnya sudah cukup jauh, ia tanpa berfikir panjang terus menelan telefon miliknya secara bulat-bulat. 

 Tidak disebutkan pula, telefon apa yang ditelan Adriana. Untuk mengeluarkan telefon tersebut, pihak hospital melakukan prosedur pembedahan untuk mengeluarkannya
.

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate