YANG MASIH PANAS...

Kini Ada Antivirus Komputer Berlandaskan Syariah

antivirus-berlandaskan-syariah
SIAPA sangka, selain daripada perbankan Islam dan hab makanan halal, Malaysia juga ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan perisian keselamatan internet atau bahasa mudahnya, antivirus yang berlandaskan sistem digital syariah sepenuhnya.
Lebih membanggakan, produk unik ini dihasilkan sebuah perusahaan kecil dan sederhana (PKS), 1Machine Sdn Bhd (1Machine) yang merupakan antara syarikat di bawah bimbingan Technology Park Malaysia (TPM).Dikenali sebagai Perisai, perisian yang digunakan untuk keselamatan internet ini adalah buah fikiran tiga usahawan muda Melayu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif 1Machine, Abbyamir Sapie; Ketua Pegawai Operasi 1Machine, Shaifulizan Othman dan Pengarah Perniagaan Antarabangsa 1Machine, Mohd Juani Affendi Ibraham.
Idea menghasilkan produk teknologi itu datang selepas mereka menyedari masih tiada syarikat tempatan yang menawarkan produk perisian keselamatan internet kepada pengguna, jadi 1Machine diasaskan pada 2010 bagi merealisasikan impian itu.
Pada 2011, 1Machine mula mengkomersialkan Perisai kepada umum dengan mengutamakan konsep perniagaan kepada perniagaan (B2B) melalui pengedar.
Kini, syarikat itu menawarkan perkhidmatan seperti Perisai Antivirus, Perisai Anti Spyware, Perisai Anti Spam, Perisai Parental Control, Perisai Firewall dan Perisai Mobile Security.
Tembusi pasaran Timur Tengah
Abbyamir berkata, selepas empat bulan pelancaran Perisai, pada 2012, 1Machine berjaya mendapatkan beberapa pengedar di peringkat global di mana kebanyakannya adalah dari negara Islam Timur Tengah serta Utara Afrika seperti Arab Saudi dan Mesir.
“Peluang ini kami dapat daripada penglibatan dalam beberapa program seperti pameran dan juga program di bawah TPM termasuk tunjuk ajar mengenai kemasukan pasaran, nasihat perniagaan, pembangunan serta rancangan perniagaan.
“Tahun lalu, kami banyak habiskan masa mencari pendedahan kepada pasaran. Pada Februari tahun ini, kami telah menubuhkan syarikat pertama 1Machine di luar Malaysia dikenali sebagai 1Machine Technology Pte Ltd di Juba, Sudan Selatan bagi menjaga operasi dan pemasaran jualan kami di Afrika,” katanya.
Abbyamir menambah, 1Machine pada bulan lalu juga telah membuka syarikat 1Machine Technology Pte Ltd yang berpangkalan di Yorkshire, United Kingdom sebagai pusat operasi dan hab pemasaran Perisai di Eropah.
“Kami buka syarikat itu dengan kerjasama rakan kongsi di sana yang sudah beri pendapat dan kemukakan rancangan mereka bagaimana untuk membantu Perisai menembusi pasaran di Eropah,” katanya.
Kerajaan turut bantu sektor teknologi
Bagi Abbyamir, inisiatif daripada kerajaan memang banyak disediakan bagi membantu usahawan sektor teknologi.
“Kami juga penerima bantuan daripada Yayasan Usahawan Baru Malaysia (Mynef) yang membuat rancangan baik untuk mempromosikan Perisai dalam kalangan pengguna terutamanya syarikat PKS.
“Melalui geran ini kami menyediakan Perisai kepada syarikat PKS secara percuma dan ia dibiaya oleh Mynef sendiri,” katanya.
Berdasarkan sokongan itu, 1Machine menyasarkan anggaran penggunanya akan mencecah 200,000 pada hujung tahun ini.
Namun beliau juga berharap akan ada bantuan dari segi penjenamaan produk unik itu supaya lebih dikenali pengguna.
“Sebagai produk baru kami perlukan bimbingan dari segi penjenamaan, komersial dan pengiklanan bagi memberitahu umum mengenai produk tempatan dan saya harap kerjaan akan beri lebih perhatian untuk bantu usahawan teknologi dalam perkara ini,” katanya.
Tak banyak produk negara Islam
Ditanya mengenai perancangan akan datang, Abbyamir berkata, 1Machine akan mengutamakan sasaran bagi penembusan pasaran Perisai di peringkat global kerana tidak banyak produk yang datang dari dunia Islam seperti negara-negara dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
“Boleh dikatakan 98 peratus (produk teknologi) adalah dari Eropah dan Amerika Syarikat.
Di sini kita boleh lihat peluang sangat cerah bagi produk dari Malaysia dan negara Islam untuk tembusi pasaran Timur Tengah dan negara yang mempunyai peratusan penduduk Islam tinggi.
“Rakan kongsi kami di Eropah juga turut memberi cadangan untuk menembusi pasaran negara di Eropah yang mempunyai peratusan penduduk Islam tinggi seperti Perancis, United Kingdom dan beberapa negara lain lagi,” katanya.
Bagaimanapun, beliau tetap mahu mengukuhkan kedudukan di pasaran negara sendiri sebelum menarik perhatian pengguna luar kerana syarikat itu yakin, produk dari dunia Islam boleh diterima dengan baik di negara Islam seluruh dunia.
sumber: sinarharian

Waktu Doa Paling Mustajab

Riwayat:  Muslim
Hadith:
Dari Ibnu Abbas RA katanya:� Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:� Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud.
Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.�
Huraian Hadith:
Kedudukan sujud ialah dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam AS bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan.
Sujud hanyalah untuk Allah S.W.T. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah “Sujudlah pada Ku.” Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah.

Ibubapa DiChina Sanggup Jual Anak Perempuan Untuk Beli iPhone


Gambar Hiasan

SHANGHAI - Satu pasangan muda di China berdepan hukuman jenayah kerana menjual seorang bayi perempuan mereka dan menggunakan wang tersebut untuk membeli sebuah telefon pintar iPhone, lapor media tempatan semalam.

Akhbar Liberation Daily melaporkan, pendakwa raya di sini mengemukakan dakwaan ke atas pasangan tersebut kerana melakukan pemerdagangan manusia.

Pasangan itu menjual anak ketiga mereka menerusi internet untuk dijadikan anak angkat.

Pihak berkuasa mendapati, ibu bayi berkenaan yang tidak didedahkan namanya menggunakan wang tersebut untuk membeli sebuah iPhone, sepasang kasut sukan berjenama mahal dan beberapa barangan lain.

Pasangan muda itu memberitahu polis bahawa mereka berbuat demikian kerana mahu bayi tersebut membesar dalam persekitaran yang lebih baik.

Mereka tidak mampu untuk memelihara zuriat tersebut kerana sudah mempunyai dua orang lagi anak.

"Kami memberikan anak kami bukan kerana untuk mendapatkan keuntungan tetapi untuk memastikan dia mendapat jaminan hidup yang lebih baik," kata seorang daripada pasangan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, kes tersebut menjadi topik perbualan hangat di internet dengan ramai yang mengecam pasangan tersebut.

"Sungguh tidak berperikemanusiaan! Orang seperti ini tidak berhak menjadi ibu-bapa," kata seorang pengguna di sebuah laman blog mikro.

"Ia merupakan satu perniagaan yang bagus, tidak perlukan modal, untungnya besar dan tidak perlu menjual ginjal," kata seorang lagi pengguna internet.

Media tempatan tidak mendedahkan bayaran yang diterima oleh pasangan berkenaan tetapi mereka meminta wang sebanyak 50,000 yuan (RM25,818) dalam iklan yang disiarkan di internet.

Produk Apple amat popular di China.

Pada tahun lalu seorang remaja menjual satu ginjalnya dan menggunakan wang berkenaan untuk membeli sebuah iPhone dan iPad. -KOSMO

Info ! Proses Pereputan Mayat Setelah Manusia Meninggal Dunia Dari 0 minit Hingga 1 tahun.






0 Minit
Kematian secara perubatan terjadi ketika otak kehabisan supply oksigen.

1 Minit
Darah berubah warna dan otot kehilangan kontraksi, air kencing keluar tanpa izin .

3 Minit
Sel -sel otak tewas secaraperlahan-lahan. Saat ini otak benar -benar berhenti berfikir.

4 - 5 Minit
Anak mata membesar dan berselaput . Bola mata mengkerut kerana kehilangan tekanan darah.

7 - 9 Minit
Penghubung ke otak mulai mati.

1 - 4 Jam
Rigor Mortis (Fasa Dimana keseluruhan otot di tubuh menjadi kaku ) membuat otot kaku dan rambut berdiri, kesannya rambut tetap tumbuh setelah mati.

4 - 6 Jam
Rigor Mortis Terus beraksi. Darah yang berkumpul lalu mati dan warna kulit menghitam .

6 Jam
Otot masih mengecut. Proses penghancuran , seperti kesan alkohol masih berjalan.

8 Jam
Suhu badan langsung menurun secara drastik .

24 - 72 Jam
Isi perut membusuk oleh mikrob dan pankreas mula mencerna dirinya sendiri.

36 - 48 Jam
Rigor Mortis Henti , Tubuh anda selentur penari balet .

3 - 5 hari
penguraian mengakibatkan luka skala besar , darah menitis keluar dari mulut dan hidung.

8 - 10 Hari
Warna tubuh berubah dari hijau ke merah selaras dengan membusuknya darah.

beberapa Minggu
Rambut , Kuku , Dan Gigi dengan mudahnya tercabut.

satu Bulan
Kulit anda mula cair.

satu Tahun
Selain tulang tidak ada lagi yang tersisa dari tubuh anda. Sekarang anda adalah saingan Twiggy dan Calista Flockhart . Anda yang sewaktu hidupnya cantik , gagah , gemuk , kaya dan berkuasa, sekarang hanyalah longgongkan tulang yang menyedihkan.



Proses penguraian Tubuh Manusia


 

Bakteria bekerja secara berstruktur dalam proses degradasi organisma atau proses pereputan mayat. Pereputan bermula dengan pemutusan ikatan protein - protein besar pada jaringan tubuh oleh bakteria fermentasi menggunakan enzim protease .

Kumpulan hasil pemutusan ikatan protein yang disebut asam amino ini dicerna pelbagai jenis bakteria , misalnya bakteria acetogen .

Bakteria ini mereaksikan asid amino dengan oksigen dalam tubuhnya untuk menghasilkan asid asetik , hidrogen , nitrogen , serta gas karbon dioksida. Produk asid asetik ini menimbulkan bau. Bau busuk dari tubuh mayat tidak hanya mengganggu , namun juga membahayakan .

Lalu, bagaimana proses pembusukan tubuh dilakukan dari tubuh elok  hingga tinggal tengkorak ?

Proses pereputan berawal dari mikroorganisme, misalnya bakteria yang hidup di dalam usus besar manusia. Bakteria tersebut mulai merendahkan protein yang terdapat dalam badan. Jika seluruh jenis ikatan protein sudah terputus , beberapa rangkaian tubuh menjadi tidak berfungsi .

Proses ini disempurnakan bakteria yang datang dari luar tubuh mayat , boleh berasal dari udara , tanah, ataupun air. Seluruh jenis bakteria ini menyerang hampir seluruh sel di tubuh dengan cara menyerang sistem pertahanan tubuh yang tidak lagi aktif , menghancurkan rangkaian otot, atau menghasilkan enzim pemusnah sel yang disebut protease .

Kemudian dengan pelbagai jenis metabolisme , mikroorganisme mulai memakan rangkaian mati dan mencernanya . Tak jarang kerja proses ini dibantu reaksi kimia alami yang berlaku dalam organisma mati. Semakin lama , otot -otot semakin habis dimakan bakteria

Remaja Zaman Sekarang :Pelajar Dicekup Lakukan Seks Dalam Tandas Sekolah

Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.
Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.
“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.
“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.
“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.
Harian Metro difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.

‘Diterajang’ Talak Tiga Selepas Tiga Jam Bergelar Isteri

Seorang wanita tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminya melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar, Balik Pulau Ahad lalu.
Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau.
“Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu.
“Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga,” ujarnya menahan sebak.

Penumpang Bas Bermandi Najis!

Foto penumpang bas berlumuran tahi kini menjadi ‘viral’ apabila tersebar secara meluas di internet setelah sebuah bas awam terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori najis di China baru-baru ini.
Kemalangan tersebut berlaku pada 2 Januari lalu dan ia sempat dirakamkan jurugambar amatur yang kebetulan lalu di tempat kejadian.
Difahamkan, bas tersebut merempuh belakang lori tersebut hingga menyebabkan tangkinya pecah
Malang sekali kumbahan tersebut melimpah masuk ke dalam bas hingga menyebabkan sekurang-kurangnya lapan penumpang terpaksa ‘bermandi’ najis!
Mereka kemudiannya dihantar ke hotel berhampiran dan diberikan sepasang pakaian baru serta wang pampasan sebanyak RM488 seorang.
Namun antara komen yang paling banyak diterima oleh kesemua mangsa bukanlah simpati, tetapi ‘galakan’ agar mereka membeli loteri!
Kononnya kejadian itu bakal membawa ‘tuah’ kepada mangsa disebabkan ia jarang-jarang sekali berlaku.
Sementara itu agensi berita Xinhua melaporkan, pihak mereka mendapat pengesahan yang ‘najis’ itu adalah sisa makanan yang telah diproses untuk dijadikan makanan babi.

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate