YANG MASIH PANAS...

[GEMPAR] Benarkah ini posting penumpang MH370 minta tolong dari DIEGO GARCIA..!!??





Misteri Pesan Philip Wood Penumpang MH370 Posting Minta Tolong Dari Diego Garcia



Spoiler for postingan philip wood



Philip Wood Salah Salah Satu Penumpang MH370 Posting Minta Tolong di forum 4plebs.org

I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly.

Link forum:http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944

Profil Philip Wood:http://www.nydailynews.com/news/worl...icle-1.1723968

Di forum tersebut Philip sempat mengupload gambar hitam sebagai Picture Profilenya :http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg

Spoiler for data profile picture:



Dan dengan menggunakan software online Jeffrey's Exif Viewer untuk menganalisa data exif dari gambar hitam tersebut, maka data lengkap akan terlihat :
http://regex.info/exif.cgi?dummy=on&...5192158752.jpg

Camera: Apple iPhone 5
Date: March 18, 2014 8:49:41PM
Location: Latitude/longitude: 7° 18' 58.3" South, 72° 25' 35.6" East
( -7.316197, 72.426544 )

Spoiler for Hangar Diego Garcia:





Sesuai dengan rentetan saksi mata yang melihat MH270
Spoiler for saksi mata:



Di akhir postingan forum tersebut ada hal menarik :
"OP photo is interesting because it's not actually just a pure black picture, you can see noise if you zoom in. He is in a dark room. "
Saya jadi iseng2 kutak katik "gambar hitam" tersebut dengan photoshop memang benar ada samar-samar bayangan, tapi belum jelas benar, sedang saya analisa lebih lanjut.


Sampai saat ini saya tetap optimis penumpangnya selamat semua & dilepaskan oleh para pembajak 


Quote:Original Posted By kimbo555 
terjemahan postingan philip wood :


postingan :http://archive.4plebs.org/pol/thread...4494/#27834944
(tanggal : Wed Mar 19 2014 08:22:38)

photo profile (avatar) :http://img.4plebs.org/boards/pol/ima...5192158752.jpg



(tanggal dibuatnya photo profile : 18 Maret 2014)

V

kamera yg digunakan :



GPS :













DAFTAR MANIFEST MH-370 :

http://www.malaysiaairlines.com/cont...20Manifest.pdf



NOTE : PHOTO PROFILE MASIH ORIGINAL KELIATANNYA


low batt mungkin gan, batrenya gak ngangkat kalo buat flash..

GPS di hp udah kebaca tuh..

yg jd pertanyaan tinggal kenapa gak sms, padahal utk internetan bisa.

ya kalo gak ada sinyal selular disana, ngapain mesti bikin pangkalan udara disana ??? 

ente tau, christmast island, kepulauan fiji ???
di google maps hampir gak keliatan.
tp fasilitas disana kalo ama kampung lu sih kayanya jauh banget..


Penganalisis penerbangan kata Perdana Menteri Malaysia tidak boleh dipercayai


‎SEMALAM Kedutaan Malaysia di Beijing diserang oleh demonstrasi yang dianjur oleh ahli keluarga penumpang pesawat #MH370 yang kelmarin diistiharkan Najib sebagai terhempas di Lautan Hindi.

‎Mereka difahamkan tidak dapat menerima pengumuman Najib mengatakan pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi tanpa bukti fizikal melainkan sumber analisis data daripada Satelit Inmarsat semata-mata.

Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 itu turut menggelar Malaysia sebagai pembunuh.

‎Kali ini, Najib Razak diserang pula oleh penganalisis penerbangan yang ditemubual oleh sumber berita berpengaruh FoxNews. 

Penganalisis tersebut menyifatkan Najib sebagai tidak boleh dipercayai berhubung kenyataan beliau tentang MH370.

‎Sila rujuk link ini untuk mendengar sendiri ulasan penganalisis tersebut ~ Fox News

Malang bagi sumber berita antarabangsa apabila menjadikan isu Najib bohong, Najib tipu, Najib tak boleh dipercayai sebagai bahan berita.

Jika di Malaysia, isu Najib bohong, Najib tipu itu sudah tidak ada nilai berita. 

"Harap masyarakat antarabangsa bersabar, kami di Malaysia hari-hari kena tipu dengan Najib"

Kisah Benar Seorang Ustaz Dan Pramugari Seksi Dalam Pesawat MAS


| Seperti biasa saya dapat jemputan untuk menyampaikan ceramah di Singapura pada pertengahan tahun 2010. Alhamdulillah, penganjur berbesar hati belikan saya tiketbussiness class dari syarikat Mas Airlines.

Ketika ingin pulang ke Kuala Lumpur di Changi Airport, Singapura, bila tiba masa untuk boarding saya menuju ke arah aircraft, dimuka pintu aircrft ketua pramugari menyambut ketibaan penumpang, biasanya Pramugari atau Pramugara akan ucap kepada penumpang ” Welcome a board sir, have a pleasant trip” atau apa-apa ucapan selamat datang yang sewaktu dengannya, tapi berlainan dengan Pramugari yang sambut saya pada ketika itu, “Assalamu alaikum Ustaz”, saya jawab “Wa alaikum salam”.
Agak terkejut, berkata dalam hati “mak ai akak tu kenal aku la…” Sebabnya begini, prasangka yang ada dalam hati bila melihat orang yang tidak bertudung ialah, jauh dari agama, sesat, tak sempurna iman… dan macam-macam lagi.
Sebetulnya masa mula-mula mata pandang kearah Kakak Pramugari tu, dalam hati berkata “Ya Allah berilah hidayah kepada mereka ni”… Setelah masuk dalam dan dah dapat tempat duduk saya diberi minuman ringan… pastinya “Guava Juice ” pilihan ku dulu kini dan selamanya. Bila dah take of, ” Teh Tarik”… kena pulak duduk di window seat… sambil menghirup teh tarik sambil melihat keluar tingkap, sambil mengagumi kebesar Allah swt. Sedang kapal dah terbang dalam 20 minit, Ketua Pramugari yg mula-mula sambut saya, menghampiri tempat duduk saya, sambil senyum…saya pun balas senyum, dialognya begini;
Pramugari: Assalamu alaikum Ustaz.
Saya: Waalaikumsalam.
Pramugari: Saya dan seisi famili suka dengan rancangan mengaji al-quran ustaz…
Saya: Tilawah Interaktif ka?

Pramugari: Yea Ustaz.
Saya: alhamdulillah puan saya sehat, ujarku.
Pramugari: Ustaz, saya nak mintak tolong sikit, kami ada sekolah tahfiz anak-anak pelarian Rohingya, jadinya saya nak mintak tolong Ustaz tolong carikan guru-guru tahfiz, kalau ada anak-anak murid ustaz di tempat ustaz mengajar pun boleh.
Saya: (Diam seketika, tersentap, kelu dan kaku sebentar) In Shaa Allah, saya akan bantu carikan guru2 tahfiz untuk sekolah puan.
Pramugari: Ini no saya ustaz… tolong yea Ustaz. (jelas penuh harapan)
Selepas Pramugari itu beredar, saya mengucap panjang, ya Allah, mulianya insan ini, padaMu jua aku berharap, ya Allah ku mohon agar Kau berilah petunjuk Mu kpd mereka ini.
Mulai hari itu presepsi saya terhadap cabin crew telah berubah, bukan sekadar itu, kadang-kadang dlm perjalanan yg agak jauh seperti dari KL-KK, atau KL-Sibu/Kuching, cabin crew akan bertanyakan soalan-soalan agama kepada saya untuk kepastian dan penjelasan

682 lagi berdepan hukuman keras di Mesir


  •  Mac 26 2014
  • Pemimpin Ikhwanul Muslimin yang diharamkan serta 682 lagi  dibicarakan pada Selasa atas pelbagai tuduhan, termasuk membunuh.

    Ia berlangsung sehari selepas lebih 500 lagi penyokong bekas presiden Mohamed Mursi dihukum mati, laporReuters.

    Perbicaraan dan hukuman mati beramai-ramai itu – terbesar dalam sejarah moden Mesir – menandakan tindakan keras terhadap Ikhwan menjelang pilihan raya presiden yang dijangkakan dimenangi pemimpin tentera Abdel Fattah al-Sisi.

    Pemimpin kanan Ikhwan, Mohamed Badie, 70, dibicarakan di mahkamah yang sama tempat 529 individu dijatuhkan hukuman mati, keputusan yang dikritik kerajaan asing dan kumpulan hak asasi.

    Peguam pembelaan memulaukan sesi Selasa di mahkamah selepas mempertikaikan keadilan hakim dan larangan membuat liputan terhadap wartawan.

    Protes meletus selepas perbicaraan itu bermula. Polis menembak gas pemedih mata ke arah beratus-ratus penunjuk perasaan.

    Gerakan Islam menggesa rakyat Mesir mengadakan protes di seluruh negara pada hari ini.

    Tindakan mahkamah Mesir itu turut dikritik Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

    Turut bernada sama Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat

Doa buat 'Mesir 529' juga


  • Dr Mujahid Yusof Rawa | 10:53AM Mac 26 2014
  • Arab Spring sudah sampai kepada satu tahap lain dalam kita melihat perubahan landskap politik di negara-negara Arab.

    Sebagaimana yang kita sedia maklum, Mesir adalah antara destinasi awal Arab Spring setelah Tunisia memulakan momentumnya.

    Halangan tembok ketakutan yang selama ini menjadi senjata rejim kuku besi sudah diruntuhkan maka rejim zalim kini bertembung wajah ke wajah dengan suara rakyat yang mahukan ‘mainan’ kuasa kuku besi diakhiri segera.

    Terkini mahkamah telah mengenakan hukuman mati kepada 529 orang kena tuduh (OKT) atas dakwaan membunuh dan mengkhianati negara.

    Kesemua mereka adalah anggota Ikhwan Muslimin termasuklah ketua tertingginya iaitu Sheikh Dr Mohammed Badie’.

    Dunia berkabung bukan sahaja kepada tragedi MH370 tetapi kes 529 yang dikenakan hukuman bunuh oleh rejim tentera Mesir juga menyebabkan dunia berkabung kerana matinya demokrasi.

    Imbauan Dataran Tahrir Dataran Tahrir terpahat sebagai saksi kebangkitan rakyat menurunkan rejim Mubarak pada tahun 2009.

    Namun pada tahun 2013 tempat yang sama telah menyaksikan satu lagi kebangkitan menjatuhkan Presiden Morsi yang dilantik secara demokratik oleh rakyat negeri itu buat pertama kalinya dalam sejarah politiknya.

    Proses antara 2009-2013 juga menyaksikan proses transisi kuasa dan proses pembentukan asas-asas demokrasi.

    Dan dalam proses itu kita dapat melihat bagaimana kesan kediktatoran telah meninggalkan bekas yang buruk kepada budaya politik rakyat Mesir sehingga sukar untuk melakukan perubahan yang tulen.

    Dalam artikel saya sebelum ini, saya tidak menolak teori dasar Amerika di Timur Tengah yang keutamaannya ialah memastikan kewujudan Israel di celah negara-negara Arab.

    Demokrasi yang mengisi ruang kebangkitan rakyat menjadi ‘duri dalam daging’ kepada kuasa besar kerana seruan yang didengungkan  Amerika membuka ruang kepada kebangkitan Ikhwan sebagai sebuah entiti parti politik yang mendapat sokongan rakyat untuk memimpin Mesir.

    Dari sini, Arab Spring telah melalui fasa baru seolah-olah berlaku pusingan u kepada kehendak rakyat yang telah memilih  Presiden mereka dengan cara yang sah.

    Pendakian Ikhwan

    Nama Ikhwan sememangnya nama yang gah dan senarainya kekal sebagai sebuah gerakan Islam yang paling ramai pengikut dan paling tersusun struktur dan aktivitinya.

    Dahulunya Ikhwan dianggap gerakan dakwah yang disegani.

    Tetapi apabila Arab Spring, berlaku kecurigaan kepada Ikhwan sebagai kelompok terkuat berpotensi menguasai suara rakyat mula menjadi kebimbangan.

    Dan kebimbangan itu kepada pihak tertentu menjadi kenyataan apabila melalui FJP terbukti Ikhwan menguasai kerusi di Parlimen dan menang sebagai presiden.

    Bagi sesetengah pihak dalam lingkungan Ikhwan sendiri mereka berpendapat pendakian Ikhwan seharusnya lebih berhati-hati kerana respon negatif akan memungkinkan pihak tentera kembali berkuasa, sekali gus membawa Mesir ke zaman gelapnya kembali.

    Walaupun isu tersebut menjadi perbualan hangat dalam lingkungan Ikhwan dan sememangnya pada peringkat awal Ikhwan tidak berminat untuk meletakkan calonnya sebagai presiden, entah bagaimana pada saat yang lewat Ikhwan melalui FJP mengisytiharkan Morsi.

    Kemenangan satu bala?

    Kemenangan Ikhwan bukan sahaja disambut dengan optimis seluruh pendokong demokrasi tetapi juga pesimis terhadap komitmennya kepada lunas demokrasi pemerintahan.

    Kuasa besar lebih berminat untuk melihat sejauh mana kepentingan dasar rantaunya dapat dipelihara.

    Dalam suasana pesimistik ini pihak tentera mengambil kesempatan mensabotaj suara rakyat.

    Dan setiap langkah diambil menjatuhkan Morsi dirancang bagi mencapai maksud kegagalan Ikhwan dan pengkhianatan Ikhwan bagi mewajarkan hukuman bunuh dan menindas Ikhwan dengan restu Arab Saudi dan negara Teluk yang lain kecuali Qatar dan Bahrain.

    Mubarak mungkin tidak ada kuasa lagi tetapi sejak awal lagi kejatuhan Mubarak sebahagiannya memang dirancang oleh tentera untuk menghidupkan generasi baru kuasa tentera.

    Termasuklah Jeneral Al Sisi, mereka hanya memerlukan alasan untuk bertindak pada masa dan waktunya yang sesuai sahaja.

    Jikalau pihak sekular yang menguasai kerajaan mungkin tentera akan lakukan rundingan secara halus untuk mereka terus menguasai keadaan.

    Namun pendakian Ikhwan ke persada kuasa akan memberi ‘peluang’ bagi tentera untuk memenuhi kehendak teori kuasa besar dan kepentingan dirinya.

    Kita jangan terkejut selepas ini Mubarak akan dibebaskan atas alasan jasa yang telah dibuat ataupun dibuang negara ke sebuah tempat yang selesa.

    Kemarahan cetuskan huru hara

    Perampasan kuasa tentera di Mesir adalah sesuatu yang tidak dapat diterima kerana ia adalah rompakan ke atas hak rakyat dan pencerobohan kepada lunas demokrasi.

    Malangnya negara kuasa besar tidak berapa minat untuk membawa isu Mesir ke persada masyarakat antarabangsa mungkin kerana mangsanya ialah Ikhwan yang Amerika menyenaraikan Ikhwan sebagai gerakan teroris.

    ‘Double standard’ kuasa besar ke atas Mesir mesti juga dikutuk kerana ia tidak menghormati hak rakyat Mesir yang telah memilih sebuah kerajaan yang sah.

    Hukuman bunuh ke atas 529 anggota Ikhwan termasuk pemimpin tertingginya Dr Badie’ adalah satu pencabulan hak asasi manusia kerana mereka dikenakan hukuman atas motif politik dan sebagai pakej kepada rampasan kuasa tentera.

    Kemarahan rakyat telah menjadikan negara Mesir dalam keadaan huru-hara.

    Kemarahan itu bukan sebab Ikhwan tetapi kerana rakyat menuntut hak mereka yang dirampas.

    Apakah dunia boleh biarkan Mesir huru-hara jika benar masyarakat dunia merangkul demokrasi sebagai asas kerukunan sesebuah negara?

    M'sia harus kutuk

    Malaysia sepatutnya mengutuk hukuman bunuh yang dikenakan rejim tentera ke atas 529 anggota Ikhwan kerana sebagai sebuah negara demokrasi adalah menjadi hak Malaysia untuk memastikan setiap negara tidak merampas hak rakyatnya untuk membuat keputusan.

    Sekurang-kurangnya rampasan kuasa tentera mesti dikutuk kerana ia boleh dianggap sebagai senjata politik barbarik pada masa dunia menuju kepada membina struktur kuasa atas prinsip demokrasi dan suara rakyat.

    Sebagai masyarakat dunia yang cintakan demokrasi, tindakan rejim tentera merampas kuasa dan hukuman bunuh ke atas anggota Ikhwan mesti diberi tekanan.

    Ia antaranya dengan menarik balik ribuan pelajar Malaysia di Mesir dan memutuskan segala kepentingan perniagaan dengan Mesir dan mengetatkan visa untuk warga Mesir ke sini.

    Saya yakin rakyat Malaysia akan menyokong tindakan kerajaan untuk menyatakan solidariti sebahagian besar rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi dan menyatakan sikap antirampasan tentera kita.

    Doakan untuk 'Mesir 529'

Petunjuk baru: Lebih 100 objek dicerap


  •  Mac 26 2014
  • Pasukan penyiasat Malaysia mengumumkan imej satelit baru menunjukkan sebanyak 122 objek di dikesan di permukaan selatan Lautan Hindi dalam kawasan operasi pencarian.

    Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, objek berkenaan – ada diantaranya sebesar 23 meter panjang berwarna cerah – kini sedang diteliti.

    Bagaimanapun, buat masa ini belum dapat dipastikan sama ada ia benar-benar berpunca daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu, katanya.

    “Namun, kita berharap petunjuk baru ini akan membantu operasi pencarian,” katanya dalam sidang media dipancarkan secara langsung di TV hari ini.

    Katanya, imej yang dirakam pada 23 Mac itu diterima oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dari Airbus Defence dan Space semalam.

Masa solat jenazah ghaib ditentukan petang ini


  • Ahmad Fadli KC | 12:20PM Mac 25 2014
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata usaha pencarian perlu diteruskan sehingga berhasil menemui bangkai pesawat MH370 sebelum melakukan upacara perkabungan rasmi.

    "Walaupun ada cadangan sedemikian, kerajaan berpendapat bahawa kita perlu menemui objek dan serpihan kapal terbang itu sebelum kita melakukan perkara tersebut," katanya.

    Katanya, antara upacara perkabungan rasmi itu termasuk mengibarkan bendera separuh tiang bagi memperingati penumpang dan anak kapal.

    Tambahnya lagi, Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang petang ini untuk menentukan masa yang sesuai bagi melakukan solat jenazah ghaib.

    "Jawatankuasa fatwa akan bersidang pada jam 6 petang ini untuk menentukan solat jenazah ghaib bilakah patut dilakukan," katanya.

    Beliau berucap ketika membentangkan usul khas di Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3) hari ini bagi merakam ucapan takziah dan doa atas kehilangan pesawat itu.

    Katanya, beliau bertindak dengan bertanggungjawab semasa mengumumkan pada malam tadi bahawa penerbangan pesawat berkenaan dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

    Katanya, pengumuman itu agar kerajaan tidak dilihat menyembunyikan maklumat daripada ahli keluarga penumpang dan kru pesawat tersebut.

    "Kerajaan sejak tragedi ini berlaku mengambil langkah-langkah selaras dengan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha menyelamat.

    "Di samping itu kita berpegang kepada prinsip bahawa apa-apa kenyataan yang kita buat perlu disahkan terlebih dahulu.

    "Kita tiada niat menutup maklumat daripada keluarga mangsa atau pengetahuan umum.

    "Oleh itu saya ingin tegaskan bahawa langkah-langkah kita amat sesuai dan tepat," kata Najib

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate