YANG MASIH PANAS...

Dakwat Kekal Tak Kekal Di Jari Telunjuk Kiri Orang BN,Jom Tengok


 

Ini dakwatnya...
Orang kuat SPR kata "Dakwat Kekal"
5 April jari di calit dakwat kekal

PEKAN, 5 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan jari beliau yang telah dicalit dakwat kekal ketika mengundi di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.

PEKAN, 5 Mei -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ceria ketika menunjukkan jari beliau yang telah dicalit dengan dakwat kekal ketika mengundi di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah dekat sini, hari ini.

PULAU PANGKOR, 5 Mei -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama isteri Datin Seri Saripah Zulkifli ceria menunjukkan kesan dakwat kekal selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 di Pulau Pangkor di sini hari ini.
Jeng...jeng...jeng....
Lihat jari  telunjuk tangan kiri Rosmah,Najib dan Muhyiddin...
ada lagikah dakwat kekal..??
KUALA LUMPUR, 6 Mei 2013 -- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan semasa hadir bagi meraikan kemenangan BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini, malam ini. 

IPOH, 6 Mei -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melambai ke arah jurufoto ketika keluar dari istana selepas mengadap pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah di sini, hari ini. Lihat tangan kiri yang dilambai Zambry,ada kesan dakwat kekal dijarinya...!!

Bersaranya Tok Guru Nik Aziz menyentap hati manusia



Dr Amirul Amin,07 Mei 2013
Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang ilmu dan ketamadunan Islam.

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elaun gaji untuk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti ‘Timbang Kilo’.

5. Dialah ulama, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima sama ada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara (tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunya pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan ulama ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang-Nya. Dialah Tok Guru kami.

Bukan Tsunami Cina tapi gelombang kedua Tsunami 2008



Harakahdaily,07 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang mengaitkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan perkauman kononnya sebagi 'Tsunam Cina' disanggah banyak pihak.


Penganalisis politik, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata beliau berbeza dengan pandangan tersebut.


Katanya, apa yang berlaku pada PRU13 menunjukkan bukan sahaja kebangkitan masyarakat Cina, tetapi kebangkitan seluruh rakyat Malaysia.


"Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat, dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dan lain-lain, yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat.


"Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.


"Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita," kata pensyarah kanan Sain Politik UKM itu dalam entri di Facebook.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media dan juga kenyataan Najib yang mendakwa kemerosotan pencapaian BN pada PRU13 ini akibat Tsunami orang Cina yang menolak BN.


Pada PRU13 yang diumum kelmarin, dari keseluruhan 222 kerusi parlimen BN menang 133 iaitu kurang tujuh kerusi berbanding 2008.


Pakatan Rakyat pula menang 89 kerusi iaitu meningkat tujuh kerusi dari PRU 2008.



Generasi Y, orang Islam


Sementara itu, pakar motivasi terkenal Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad turut memberi pandangan serupa berhubung isu ini.


Katanya, dakwaan bahawa 'Tsunami pengundi Cina' semata-mata bukan sahaja tidak tepat malah dilihat cuba menjuzukkan keputusan ke arah perkauman.


"Tetapi apa yang lebih tepat ialah Tsunami sebahagian besar pengundi tidak kira Cina, Melayu, India dan lain-lain.


"Ini dapat dilihat daripada keputusan pilihanraya itu sendiri dan ini adalah satu ‘wake up call’ kepada BN," katanya juga dalam Facebook.


Menurut beliau, PRU13 ini bukan sahaja golongan Cina yang bangkit, malah sebenarnya menyaksikan kebangkitan beberapa golongan lain termasuk golongan pengundi muda, Gen-Y.


Golongan ini kata Asmadi banyak terdedah kepada media sosial untuk mendapat maklumat dan mereka tidak takut untuk membuat sebarang perubahan.


"Minda mereka tidak terpengaruh dengan isu-isu perkauman dan mereka ini lahir dalam zaman lepas merdeka," katanya.


Perubahan juga katanya berlaku di kalangan orang Islam yang menuntut kepimpinan yang amanah, telus, adil, berintegriti dan kredibel serta usaha-usaha yang lebih merakyat.


"Kita tidak boleh melihat semuanya sebagai perkauman (racist). Ramai juga penyokong Cina yang beralih arah itu kerana sudah letih dan sebagai tanda protes terhadap apa yang berlaku.


"Malah mereka mengangkat pula bendera PAS tanpa segan silu. Bermakna ada sesuatu yang ada dalam fikiran mereka ini melangkaui aspek perkauman," katanya.

keputusan PRU13 di Terengganu sedang diprotes

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada keluarkan kenyataan tadi bahawa keputusan PRU13 di Terengganu sedang diprotes kerana wujud kecurigaan setelah PR mendahului kemenangan dan tewas setelah kiraan semula. Khabarnya, Sultan Mizan sendiri tidak mengiktiraf kemenangan BN di sana.

Terengganu dan Perak antara yang akan diprotes. Tunggu dalam masa 2,3 hari lagi. TG Ayah Cik arahkan ahli dan penyokong buat solat hajat dan banyakkan doa. Mudah-mudahan Terengganu dan Perak milik PR. InsyaAllah

Perdana Menteri JEPUN Umum Pendidikan Percuma Kepada Semua Pelajar Malaysia!!



Perdana menteri MALAYSIA dan Barisan Kabinetnya mengatakan bahawa jika pendidikan percuma di berikan pada rakyat malaysia, negara akan bangkrup.

Perdana menteri jepun Sinzo Abe hari ini telah mengetuai kabinet jepun bagi meluluskan biasiswa percuma kepada setiap pelajar dari malaysia untuk
belajar di jepun.

bercakap kepada agensi berita fakap EP di tokyo hari ini, sinzo abe
berkata,pendidikan atau biasiswa percuma ini di berikan kepada rakyat
malaysia kerana negara jepun adalah negara yang berkebajikan.

Jepun kelihatan sangat mengasihani rakyat malaysia yang tertindas dan yang kena
tindas. Tinjauan Dr @tiewnama di tokyo hari ini mendapati pelajar pelajar
malaysia yang belajar di sana kelihatan sangat gembira, dan mereka juga telah
berikrar untuk berbakti kepada kerajaan jepun atas inisiatif membalas
jasa jasa baik kerajaan jepun,

ketika di tanya kepada salah seorang pelajar malaysia yang belajar di jepun
mengenai biasiswa percuma dari kerajaan jepun ini, mereka berkata,''sedangkan kerajaan jepun pun sanggup memberikan pendidikan percuma kepada kami, tetapi kerajaan malaysia mengatakan negara akan bangkrup dan rakyat akan malas jika semuanya di berikan percuma

PENGUNDI HANTU TIBA DI KLIA


Keadaan di KLIA mengikut seorang saksi - rakyat Burma dan Bangla dilihat beratur memasuki negara mengikut laporan FB ini. Mereka memakai topi BN dan juga dilindungi polis?

Saat ini datang melancong ke negara? 

Semua rakyat kena balik mengundi untuk gagalkan sebarang penipuan.

# ini kalilah

















Keadaan di KLIA mengikut seorang saksi - rakyat Burma dan Bangla dilihat beratur memasuki negara mengikut laporan FB ini. Mereka memakai topi BN dan juga dilindungi polis?

Saat ini datang melancong ke negara?

Semua rakyat kena balik mengundi untuk gagalkan sebarang penipuan.

Fitnah TG Nik Aziz: Ibrahim Ali diberi tempoh 24 jam.


Fitnah TG Nik Aziz: Ibrahim Ali diberi tempoh 24 jam.

KOTA BHARU: Pengerusi Lajnah Guaman dan Hak Asasi PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap calon Bebas di parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali (gambar) kerana mengeluar dakwaan fitnah terhadap Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
Beliau berkata, tempoh 24 jam yang diberi semalam bagi membolehkan Presiden Perkasa itu memohon maaf dan menarik balik fitnah sudah berakhir.
 
“Tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya sebagai pemegang amanah sahaja kepada tanah yang dimilik agensi berkenaan,” katanya.
 
Sebelum ini Ibrahim mendakwa Tuan Guru Nik Aziz dan isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak memiliki 27 lot tanah di sekitar Kota Baru yang bernilai lebih RM10 juta.










KOTA BHARU: Pengerusi Lajnah Guaman dan Hak Asasi PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap calon Bebas di parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali (gambar) kerana mengeluar dakwaan fitnah terhadap Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, tempoh 24 jam yang diberi semalam bagi membolehkan Presiden Perkasa itu memohon maaf dan menarik balik fitnah sudah berakhir.

“Tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya sebagai pemegang amanah sahaja kepada tanah yang dimilik agensi berkenaan,” katanya.

Sebelum ini Ibrahim mendakwa Tuan Guru Nik Aziz dan isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak memiliki 27 lot tanah di sekitar Kota Baru yang bernilai lebih RM10 juta.

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate