
Ramai ahli PAS meluahkan rasa kekecewaan mereka terhadap keputusan lagenda rock tanahair, Amy Search (foto) yang menerima tawaran untuk menjadi Pengetua Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9). Kata mereka, rancangan realiti itu jelas sekali bertentangan dengan budaya Melayu dan melanggarkan prinsip Islam. Sejak sekian lama rancangan tersebut ditentang kerana ia jelas sekali menyuburkan maksiat (hiburan) dan menggalakkan pergaulan bebas sesama pelajar terbabit. Mereka bukan sahaja ditempatkan dalam satu bumbung, malah mereka bebas bertepuk tampar, bergurau sedang, berpegangan tangan antara satu sama lain. Malah, ada yang sanggup memeluk rakan-rakan yang lain biar pun berbeza jantina apabila terdapat diantara mereka yang terkeluar. Malah, konsert rancangan tersebut juga benar-benar melanggar hukum agama dan ternyata ia menggalakkan generasi muda untuk menceburi bidang hiburan dengan memasukkan unsur-unsur maksiat dan budaya barat didalamnya. Justeru itu, apakah wajar Amy Search yang dilihat semakin mendekati Islam menjerumuskan dirinya sebagai Pengetua AF9?.

Terkini, Amy Search diapit pelajar AF9 selepas diumum sebagai Pengetua

Amy Search tidak sepatutnya menerima jawatan sebagai Pengetua AF9 itu
Setahun yang lalu juga ada terdengar sesas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga MB Kelantan pada majlis Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan.

[Melihat kepada imejnya selepas itu, memang ramai yang menjangkakan Amy Search sudah pasti akan kembali bersama perjuangan Islam. Tambahan pula ramai sahabat artis telah pun berbuat demikian termasuk penulis lirik lagu "Isabella" yang dinyanyikan oleh kumpulan popular itu sendiri iaitu Bob Lokman (foto). Jika Bob Lokman yang pernah menjadi Juri rancangan realiti Raja Lawak Astro itu boleh bersama PAS, maka mengapa tidak Amy Search. Inilah yang menjadi persoalan sekarang. Dikalangan para artis kembali kepada fikrah sebenar kehidupan yang hakiki tiba-tiba Amy kembali berundur ke belakang. Tindakan menjadi Pengetua AF9 bermakna dia menjerumuskan dirinya ke lembah kehinaan. Maka itu, semoga Amy Search dapat memikirkan apakah yang dilakukan itu diredhai Allah atau sebaliknya. Kembalilah kepada Islam bukan terus bergelumang dengan maksiat yang sudah bertahun-tahun dilaluinya itu].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan