YANG MASIH PANAS...

TAHLIL DAN WAHHABI


Masa aku dok belajaq kat Pakistan dulu, tak penah aku tengok amalan tahlil di lakukan kat sana . bila ada orang mati ,tuan rumah tak penah panggil kami mai umah dia untuk baca tahlil ka , yasin ka atau mai makan kenduri arwah,paling kurang depa minta kami baca al quran dan sedekah pahala pada si mati , itu ja yang orang buat bila ada orang mati kat Pakistan.kalau pi kedai buku tak penah aku jumpa buku – buku tahlil ni , buku berzanji lagi la takdak.mungkin ulamak kat sana tak tau ada amalan tahlil ni , sebab tahlil ni terkenal di nusantara ja. Tapi aku rasa kalau depa tau tentang amalan tahlil ni pun , depa takkan bantah , sebab bacaan tahlil di ambil dari ayat-ayat alquran dan zikir – zikir ma’surat juga,depa pun baca alquran juga kat orang mati,Cuma cara dan bentuk rupa tu tak sama dengan kita.


Pejam celik , pejam celik kat Pakistan , tahun 2006 aku dah tamat mangaji , apa lagi seronok nak balik ni , namun kesedihan terasa juga . banyak kenangan manis dan pahit selama 9 tahun kat Pakistan ni . yang paling sedih nak tinggalkan guru-guru aku ni,kalau dah balik, belum tentu aku boleh mai pulak nak jumpa depa.tapi macam mana pun aku kena balik juga.lepas aku jumpa guru-guru aku minta maaf dan restu , aku pun baliklah ,tiba-tiba terdetik dalam hati aku ni beberapa soalan,” macam mana aku nak berdepan dengan masyarakat aku kat Malaysia “ dah lama aku merantau,banyak yang aku dah lupa.tapi takpa lah belajaq sikit-sikit.berbalik pada cerita tahlil tadi,pada mulanya aku pun tak berapa setuju dengan tahlil ni ya la nabi tak penah buat , sahabat pun tak penah buat,maksud aku tak penah buat ni , cara dia tu dengan berkumpul beramai-ramai lepas tu ada makan-makan.kalau bacaan dalam amalan tahlil tu tak dak yang bertentangan dengan nas.

Walauapapun aku perlu kaji baik atau tidak amalan ni.aku ambil jalan tengah dulu (larang pun tidak , suruh pun tidak ).setelah aku kaji ,ternyata amalan tahlil ini adalah amalan yang baik dan insyaallah diterima oleh Allah ,kerana ada dalil dan nasnya walaupun tidak secara langsung.setelah beberapa lama aku kat Malaysia , aku dengaq ada puak yang sangat keras menentang amalan tahlil ni,sampai depa kata “berjoget atau menari didalam bar lebih baik dari dok dalam masjid membaca tahlil “ tu dia ! marah betoi depa kat amalan tahlil ni.sebenarnya puak-puak ni mengaku depa ni pejuang sunnah,tapi depa ni makhluk perosak ja. orang panggil Wahhabi kat depa ni.

Kalau Tanya kat depa , “awat hangpa tak suka amalan tahlil ?”
Depa jawab “ nabi tak penah buat “.(ni jawapan terbaik depa)
La….. awat kalau nabi takbuat,kita tak boleh buat ka?
Depa jawab “ ha la , bid’ah semua tu”
Aku rasa Jahil sungguh puak Wahhabi ni,sapa ajaq tak tau.mana ada dalil kata apa yang nabi tak buat pekara tu jadi haram.
Ni aku nak bagitau kat hangpa (Wahhabi),dalam ilmu usul sesuatu larangan jika berbentuk jazam (pasti ) memberi makna haram,kalau bukan berbentuk jazam ,maka maknanya makruh.
Contoh larangan yang membawa makna haram,firman Allah :

ولا تقولوا لما تصف ألسنتكم الكذب هذا حلال و هذا حرام لتفتروا على الله الكذب

Maksudnya : dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu , ini halal dan ini haram , untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah
( an nahl : 116 )

Contoh larangan yang membawa maksud makruh ialah seperti sabda Rasulullah saw :

اذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلى ركعتين

Maksudnya : apabila salah seorang kamu masuk ke masjid , maka janganlah dia duduk melainkan setelah mengerjakan solat dua rakaat
( hadis riwayat bukhori dan muslim )

Ada juga larangan yang berbentuk haram dengan berdasarkan sebutan haram secara langsung,seperti firman Allah :

قل انما حرم ربى الفواحش ما ظهر منها وما بطن

Maksudnya : katakanlah , sesungguhnya tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji , sama ada yang nyata atau yang tersembunyi .
( al-a’raf : 33 )

Nak Tanya kat hangpa ( Wahhabi ) adaka dalam quran dan hadis larangan membaca tahlil ? kalau ada habaq kat aku,so amalan tahlil ni haram pun tak , makruh pun tak.
Depa kata (Wahhabi) :” kalau nabi tak buat , pekara tu jadi bid’ah , setiap bid’ah tu sesat , yang sesat tu dalam neraka”

La……… sapa ajaq hangpa lagutu , aku nak habaq kat hangpa ni,suatu pekara yang mana nabi tak buat , bukan lah dalil pekara tu tak boleh buat atau haram hukumnya.banyak pekara yang harus nabi tak buat bahkan adakalanya nabi tinggalkan pekara sunnat kerana sibuk melaksanakan pekara yang lebih besaq.
Firman Allah dalam alquran :

وما ءاتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوا

Maksudnya : dan apa jua perintah yang di bawa oleh Rasulullah saw kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang di larangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya.
(al-hasyar : 7)

Apa yang aku paham dari ayat di atas , Allah kata: apa yang nabi larang , yang tu hangpa jangan buat.Allah tak kata : apa yang nabi tak buat , hangpa jangan buat.bermakna kat sini bahwa , mengatakan sesuatu perkara yang mana nabi tak buat ialah satu bid’ah yang sesat atau haram hukumnya adalah hujjah yang tak boleh di pakai bagi orang yang cerdik pandai,mungkin di pakai oleh orang yang tak cukup akai.kesimpulannya , jika suatu pekara yang baru timbul dan tidak pernah wujud pada zaman rasulullah saw dan ianya tidak bertentangan dengan syariat islam , maka hukumnya harus dilakukan , jadi amalan tahlil itu hukumnya harus dilakukan,walaupun ianya tidak wujud pada zaman rasulullah saw , tetapi tidak ada satu pun nas dari alquran dan hadis yang melarangnya.

Aku rasa hangpa(Wahhabi) paham kot no? kalau tak paham hangpa pi belajaq lagi.tapi aku rasa hangpa paham,Cuma ketegaq ja , kalau hangpa ketegaq , aku tak boleh kata pa , Cuma aku nak hadiahkan kat hangpa satu syair arab yang berbunyi :

لكل داء دواء يستطب به الا الحماقه أعيت من يداويها

Maksudnya : setiap penyakit ada ubat yang boleh menyembuhkan
Melainkan penyakit degil sungguh sukar untuk di ubatkan

Sebelum aku nak tutup cerita ni,aku nak hidangkan satu hadis yang diriwayatkan oleh Abul-Laits Assamarqandi dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra .berkata : setelah selesai solat subuh Nabi saw bersabda kepada Bilal :

حدثنى بأزكى عمل عملته فى الاسلام فانى سمعت الليلة خشف نعليك فى الجنة ؟ فقال : ما عملت عملا فى الاسلام أزكى عندى من انى أتطهر طهورا فى ساعه ليل و نهار الا صليت لربى أدنى ما قدر لى .

Yang bermaksud : ceritakan padaku amal yang terbaik yang engkau lakukan dalam islam,kerana semalam aku mendengar suara kasutmu di syurga? Jawab Bilal : tidak ada amal yang lebih baik yang dapat saya kerjakan dalam islam selain dari tiap-tiap saya berwuduk siang atau malam melainkan saya gunakannya solat berapa yang ditakdirkan untukku oleh tuhanku.

Jom kita pahamkan hadis ni. Nabi saw Tanya kat Bilal “ hai Bilal apa amalan hang , hebat sangat sampai aku dengaq tapak kasut hang kat syurga “.maknanya kat sini, nabi tak tau dan tak penah ajaq amalan yang diamalkan oleh Bilal ra , kalau nabi tau atau nabi ajaq , buat apa nabi tanya kat Bilal lagi.jadi amalan tadi Bilal yang reka sendiri bukan sebab nabi ajaq kat dia . persolannya adakah diterima amalan Bilal tadi? Mestila diterima , kalau tak , takkanla nabi boleh dengaq tapak kasut dia kat syurga,betoi tak ? oleh kerana amalan Bilal tadi tak bertentangan dengan syariat maka nabi pun terima amalan tu walaupun nabi tak penah ajaq kat Bilal ……… macam tu lah jugak masalah tahlil tadi . SEKIAN
و الله اعلم بالصواب

FIKIR – FIKIRLAH………..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT

Membangun Bersama Islam


"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikut Melalui Email

Translate