YANG MASIH PANAS...

Hukum berselawat diantara solat taraweh

Alhamdulillah , bersyukur kita pada Allah ,kerana masih lagi berpeluang bertemu dengan bulan yang mulia , bulan yang digalakkan kita melakukan ibadah sebanyak yang mungkin,yaitulah bulan ramadhan al Mubarak.pada bulan ini jugalah Allah menganugerah satu amalan yang mana ianya tidak ada pada bulan-bulan yang lain dan tidak dapat dilaksanakan pada bulan yang lain,amalan itu ialah solat taraweh yang dilakukan pada malam bulan ramadhan setelah siangnya kita berpuasa.begitu besar ganjarannya bagi sesiapa melaksanakan amalan ini sepertimana yang telah disebutkan oleh nabi saw didalam hadis :

من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من ذنبه

Yang bermaksud : barangsiapa yang mendirikan solat di bulan ramadhan dengan iman yang teguh ,khusyuk dan sempurna ,maka diampuni dosanya yang telah lampau.

Semoga ramadhan kali adalah ramadhan yang terbaik dalam hidup kita…….

Kali ini aku ingin menyentuh secara ringkas dengan hal yang berkaitan dengan taraweh,bukan masalah zat taraweh yang hendak aku sentuh,bukan bilangan rakaatnya yang hendak aku sentuh,tetapi aku ingin menyentuh masalah membaca selawat diantara dua rakaat solat taraweh.aku tidak mangatakan masalah ini adalah satu isu yang besar atau dalam pepatah orang Pakistan “ bukan masalah khasmir “ yang perlu berhujah dengan panjang lebar,kerana membaca selawat atau tidak membaca ianya tidak mencacatkan solat taraweh itu sendiri,maka adalah tidak patut kita menghukum sesat pada orang yang tidak membaca selawat diantara dua rakaat solat taraweh.namun, apa yang menyedihkan ada golongan yang mendakwa ahli tajdid mengatakan membaca selawat adalah bid’ah diantara dua rakaat taraweh.oleh kerana amalan ini telah sekian lama telah dipraktikkan oleh umat islam dinegara ini,maka aku ingin membicarakan masalah ini adakah amalan ini satu bid’ah atau ibadah?

Perkataan taraweh adalah kata jamak bagi tarwihah yang bermakna duduk untuk berehat,dengan makna ini solat taraweh adalah solat yang dilakukan secara “santai-santai” .apabila selesai dua rakaat atau empat rakaat maka tidak perlu terburu-buru untuk bangun melakukan rakaat seterusnya.persoalannya disini ,apa yang patut kita lakukan pada masa itu?jawapannya ,harus lakukan apa sahaja yang hendak kita lakukan,makan , minum ,tidur dan sebagainya bahkan kalau dilakukan perkara yang haram sekalipun maka solat taraweh tidak cacat sedikitpun.dan nabi saw tidak menunjukkan satu amalan khas yang perlu dilakukan pada masa itu,setahu aku tidak pernah dengar semasa aku belajar dalam kelas dauratul hadis atau mungkin ada tapi aku terlupa,maka apa salahnya kalau kita membaca selawat keatas nabi saw diantara solat taraweh,dan ianya tidak bercanggah dengan mana-mana nas bahkan sangat digalakkan,sepertimana Allah berfirman didalam alquran :

يأيها الذين أمنوا صلو عليه و سلموا تسليما

Yang bermaksud : wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkan salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya .(al-ahzab 56 )

Ayat ini adalah mutlak dan seruan berselawat didalamnya boleh difahami kepada bila-bila waktu,lainlah kalau terdapat larangan berselawat pada waktu-waktiu yang tertentu,namun larangan itu memang tidak ada.dalam sahih muslim terdapat hadis yang meriwayatkan dari Abu Hurairah katanya Nabi saw bersabda :

من صلى علي واحدة صلى الله عليه بها عشرة

Yang bermaksud : barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,maka Allah berselawat keatasnya sepuluh kali .

Hadis ini adalah umum .galakkan berselawat merangkumi semua waktu.begitulah juga banyak hadis lain yang seumpamanya membawa maksud yang umum.

Mengikut kaedah ilmu usul ada menyebut :

أن العام يعمل به فى جميع جزئياته

Yang bermaksud : perkara yang umum diamalkan pada semua juzuk-juzuknya.
Oleh itu berselawat keatas Nabi saw dicelah-celah solat taraweh disyariatkan berdasarkan hadis diatas dan hadis yang seumpamanya.mengatakan amalan itu adalah bid’ah menunjukkan bahawa dia adalah orang yang jahil tentang ilmu usul.

Memang terdapat gesaan melakukan selawat pada waktu-waktu tertentu ,antaranya ialah selepas azan ,ketika berdoa dan sebagainya,namun ini tidaklah bererti membaca selawat pada waktu tersebut dikira sebagai bid’ah.hal ini kerana ,mengikut kaedah ilmu usul :

تخصيص بعض أفراد العام بالذكر لايخصص العام

Maksudnya : penyebutan secara khusus sebahagian juzuk-juzuk pecahan yang berada dibawah perkara yang umum,bukan bererti mengkhususkan yang umum.

Dengan dalil-dalil diatas dapatlah diketahui bahawa berselawat diantara solat taraweh bukanlah satu amalan bid’ah bahkan ianya adalah amalan yang sangat baik.dan janganlah dipertikaikan bahawa dalil tersebut adalah dalil umum.walaupun dalil-dalil tersebut adalah umum,namun tidak wajar ianya ditolak.

berkata AL ALLAMA AL-MUHADDIS MUHAMMAD BIN MAQBUL AL-AHDAL AL-HUSAINI AS-SYAFIE bahawa : jika dalil umum di tolak , maka akan berlakulah banyak ayat-ayat al quran dan al sunnah yang berbentuk umum perlu diketepikan dan salah dibuat hujah dengannya .ini menyebabkan sebahagian besar dalil-dalil syarak runtuh begitu saja,lingkaran hukum-hukum menjadi sempit .secara langsung mengakibatkan syariat ini masih belum memenuhi semua hukum-hukam terhadap perkara baru yang sering berlaku mengikut perkembangan zaman.kemungkinan ini akan menimbulkan tanggapan bahawa syariat masih kurang dan boleh diperkotak-katikkan.hal ini adalah kufur yang terang.
akhir sekali , oleh kerana amalan membaca selawat diantara solat taraweh telah menjadi amalan umat islam zaman berzaman maka amalan ini diaggap baik berdasarkan hadis nabi yang bermaksud : “sesuatu yang dipandang kaum muslimin baik,maka disisi Allah adalah baik,dan sesuatu yang dipandang kaum muslimin buruk maka disisi Allah juga buruk”

sekian………….

Rabu , 15 Ramadhan ,12.55 am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate