YANG MASIH PANAS...

Cubaan Syiah menjatuhkan Kerajaan Islam Turki gagal



Baru-baru ini umat Islam digemparkan dengan protes dan rusuhan bermula pada 27 Mei 2013 di Istanbul, Turki. Kelompak Sekular dan Syiah tidak berpuas hati dengan undang-undang baru Turki yang mengharamkan penjualan arak pada jam 10 malam sehingga jam 6 pagi serta tidak dibenar menjualnya di kawasan yang berdekatan dengan Masjid dan Sekolah kecuali di sekitar kawasan perlancongan.

Sebenarnya bukan itu sahaja, kelompok Syiah juga tidak berpuas hati dengan cadangan Kerajaan Turki untuk mencipta sebuah lagi jambatan baru di Turki yang dinamakan Yavuz Sultan Selim Köprüsü. Kelompok Syiah dari kalangan Alawi tidak berpuas hati dengan nama jambatan tersebut kerana kebencian dan dendam kesumat mereka terhadap Sultan Selim yang terkenal dengan sikap antinya terhadap Syiah.

Sultan Selim bertindak menghalang habis-habisan pengaruh Syiah daripada terus tersebar di empayar Turki khususnya yang datang daripada Kerajaan Syiah Safawiyah ketika itu. Kelompok Syiah di Turki begitu marah dan memprotes sikap Kerajaan Turki yang kononnya bagi mereka cuba mencetuskan kemarahan mereka.

Kita wajib juga perlu ketahui bahawa KETUA PEMBANGKANG TURKI iaitu Kemal Kılıçdaroğlu merupakan seorang SYIAH ALAWIYAH dan beliau begitu berbangga dengan pengakuan beliau di sebuah akhbar tempatan Turki pada Julai 2011.

"Saya seorang Alawiyah (Syiah) dan semenjak bila ianya menjadi suatu jenayah untuk menjadi seorang Alawi di negara (Turki) ini?" - katanya. Ternyata pengakuan ini mengejutkan banyak pihak di Turki kerana sebelum ini beliau hanya berselindung di sebalik nama sekular, walhal dalam diam beliau membawa agenda jahat Syiah!

Umat Islam kini telah mengenali siapakah Syiah dan apakah agenda mereka terhadap dunia Islam. Apa yang berlaku di Syria cukup membuktikan bahawa betapa bahayanya kelompok Syiah Alawiyah ini yang sememangnya sangat membenci umat Islam.

Alhamdulillah umat Islam di Turki telah mengajar kelompok Syiah ini dengan mengadakan sebuah perhimpunan besar-besaran pada 15 Jun bagi menyokong Kerajaan Turki yang dinamakan sebagai ‘Perhimpunan menghormati Negara’ ianya dianjurkan di beberapa buah Negeri di Turki seperti Ankara, İstanbul dan Sincan. Perhimpunan ini mendapat sambutan yang sangat mengejutkan apabila jutaan rakyat menghadirinya bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Kerajaan Islam Turki.

# Minta tolong sebarkan maklumat ini kerana umat Islam perlu tahu apa yang berlaku di Turki ketika ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate