YANG MASIH PANAS...

Imam Muda digantung kerana membenarkan Tuan Guru Nik Abd Aziz sembahyang jumaat


imam muda, majid, muadzam shah, jamek, kena gantung, buang, pecat, pasir gudang johor, ustaz, tok guru, nik aziz nik mat, gambar

Imam Muda Masjid Jamek Pasir Gudang telah digantung kerana membenarkan Tuan Guru Nik Abd Aziz sembahyang jumaat dan menjadi imam di Masjid Jamek Pasir Gudang Johor. Masjid di Muadzam Shah ini tidak pernah berlaku sebarang perkara seperti ini sampai dibuang atau digantung kerja sebelum ini. Malah walau siapapun dia imam tidak kiralah dia itu Dato', Raja, Orang Kaya sekalipun rakyat biasa kalau dia mampu dan tahu bab agama rasanya dia sesuai.

Pernah beberapa kali seorang Dato' (yang juga merupakan Johan Musabaqah Peringkat Kebangsaan) diminta untuk menjadi imam Masjid di Muadzam Shah. Begitu juga dengan beberapa orang guru, ustaz dan sebagainya walhal mereka tidak dilantik (tidak mempunyai surat lantikan) sekalipun.

Skandal Kesultanan Johor Tersebar

PENULIS blog uncleseekers.blogspot.com mendakwa taktiknya untuk menyebarkan skandal yang melibatkan kesultanan Johor berjaya rentetan laporan Polis yang dibuat ke atasnya.

Nampaknya kali ini kesemua senarai 60 lebih pendedahan yang dibuat oleh beliau di blognya berkenaan skandal kesultanan Johor bakal menjadi buah mulut seluruh rakyat Johor dan seluruh Malaysia.



Inilah namanya taktik untuk meraih perhatian. Sekali meletup satu Malaysia akan datang ke blog uncleseeker untuk melihat dan menyaksikan sendiri segala pendedahan yang dibuat oleh beliau.

Uncleseeker turut mencabar pihak berkuasa menyiasat segala dakwaan beliau.

Kalau dua tiga tweet Nizar boleh siasat dan bagi liputan pagi petang siang malam, takkan pendedahan 60 lebih episod skandal Kesultanan Johor yang didedahkan oleh Uncle Seekers ni Polis buat bodoh? kah kah kah...

KEZALIMAN REJIM BASYAR ASSAD....

Kolonel Dr Abdul Hamid Umar Zakaria
 
 
Kolonel Dr Abdul Hamid Umar Zakaria, seorang bekas tentera rejim Basyar (pernah berkhidmat di hospital tentera di bandar Halab dan kini telah berpaling tadah demi membantu perjuangan rakyat)

Di dalam suatu temubual bersama Saluran Al-Jazeera, beliau telah membongkar rahsia bahawa : Rejim Basyar telah melakukan suatu jenayah perang terbesar abad ini ke atas rakyat Syria (termasuk anggota tentera ...yang berkhidmat untuk rejim).

Menurut beliau, di hospital kerajaan, Basyar telah dilantik satu jawatankuasa khas bagi menangani kes-kes kecemasan yang berlaku terhadap tentera dan rakyat yang cedera dengan cara yang kejam. Beliau menyatakan, sekiranya ada dikalangan orang awam (rakyat) yang cedera ringan dan di hantar ke hospital, maka jawatankuasa ini akan bertindak mencuri anggota badan mangsa sebelum membunuhnya dengan kejam.

Sekiranya kecederaan yang dialami adalah kecederaan yang parah, maka mangsa akan dibunuh terus tanpa belas kasihan. Adapun anggota tentera kerajaan yang cedera, sekiranya kecederaan yang menimpa adalah ringan, mereka akan dirawat selama sehari atau dua hari dan dihantar kembali bertugas bagi pihak rejim sebelum mereka benar-benar sembuh.

Sekiranya kecederaan yang dialami oleh tentera kerajaan agak parah, mereka akan dibunuh dengan cara menyuntik ke dalam badan mereka cecair kalsium yang membunuh, atau dengan menyuntik cecair yang mengurangkan kadar gula yang akhirnya membawa kepada kematian.

Ini dilakukan bagi mengurangkan kos perubatan yang akan ditanggung oleh kerajaan (rejim Basyar). Mayat tentera kemudiannya akan dibungkus dengan bendera Syria dan dihantar kepada keluarganya untuk diuruskan.

Kemunculan Dajjal

 
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan
sumber darulnuman.com

Tiga hikmah berwudhu


Penetapan syariat adalah hak mutlak bagi Allah swt semata-mata. Seorang Muslim tidak patut mempersoalkan, mengapa harus berwudhu dahulu sebelum solat? Mengapa gerakan solat ada ruku dan sujudnya segala? Hal itu mutlak kuasa Allah SWT Sang Pembuat Hukum bagi para makhluknya.

Kita hanya boleh memetik ibrah dan hikmah dari apa yang telah ditetapkan Allah SWT melalui syariat-syariatnya. Hikmah tersebut bukanlah tujuan dari pelaksanaan sebuah syariat. Ia hanya menjadi buah-buahan dan hadiah dari Allah swt sebagai ketaatan hamba kepada syariat yang telah dibuat-Nya.

Sebagaimana hikmah yang terkandung dari wudhu diantaranya menjadikan kita sihat dan segar. Seorang hamba tidak berwudhu dengan bertujuan agar tubuhnya sihat dan segar. Ia berwudhu haruslah semata-mata kerana tunduk menjalankan perintah Rabb-nya. Adapun manfaat dari wudhu iaitu sihat dan segar adalah hadiah Allah kepadanya yang telah menunaikan perintah Allah.

Demikian juga beberapa hikmah di antara manfaat disyariatkannya wuduk. Bukan sebagai tujuan kita untuk berwuduk kerana sejatinya wuduk hanya semata-mata untuk menunaikan perintah Allah. Namun hal tersebut sebatas memotivasi dan mendorong kita untuk sentiasa menjaga wuduk.

Pertama, memelihara kesihatan jasmani agar sentiasa segar dan sihat. Langkah-langkah yang harus ditempuh untuk diantaranya dengan menjaga kebersihan jasmani. Kebersihan jasmani erat kaitannya dengan solat dan wuduk.

Kebersihan menjadi pangkal pokok kesihatan. Di sinilah terletak salah satu rahsia atau hikmahnya berwudlu. Maka Islam mewajibkan setiap orang yang hendak solat membersihkan tubuh terlebih dahulu, iaitu mencuci muka, membasuh tangan, sebahagian kepala, dan seterusnya. Hal itu harus dilakukan secara tertib dan berterusan.

Prof Dr Jamieson, seorang pakar kesihatan dari Jerman mengatakan bahawa mencuci badan dan mandi sangat menguntungkan bukan sahaja untuk membersihkan tetapi juga menguatkan kulit dan menyegarkan badan serta merangsang alat-alat pencernaan dalam pertukaran-pertukaran zat.

Menguatkan kulit sangatlah penting, kerana dapat menghindarkan sejumlah penyakit seperti selsema atau selsema, radang kerongkong, batuk, radang paru-paru, radang selaput paru-paru, TBC dan lain-lain.

Satu-satunya cara untuk menguatkan kulit adalah setiap hari adalah membasahi atau membasuh kulit badan dengan air sejuk.

Jelas kiranya betapa pentingnya pemeliharaan badan. Dengan melakukan wuduk dan mandi, kesihatan badan kita akan tetap terpelihara.

***

Kedua, Memelihara Fikiran dan Akal. Akal adalah salah satu unsur yang amat penting dalam diri manusia. Tak ubah seperti barometer yang boleh mengukur naik-turunnya suhu. Akal jugalah yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, antara yang membangun dan yang menghancurkan.

Dalam hal ini, Nabi Muhammad Saw memberikan pandangan, "Akal adalah cahaya dalam hati yang membezakan antara yang hak dan yang batil". Selanjutnya Rasulullah saw memberikan ulasan, "Tiap-tiap sesuatu mempunyai alat dan alat orang yang beriman ialah akal. Tiap-tiap kaum mempunyai pengasuh (penggembala), dan pengasuh orang-orang yang beriman ialah akal. Tiap kaum mempunyai penggerak kehidupan, dan penggerak kehidupan seorang hamba ialah akal ".

Oleh kerana itu satu-satunya jalan untuk menumbuhkan, mengembangkan dan memelihara akal ialah mengisinya dengan iman. Semakin tinggi ilmu seseorang, maka semakin bijak pula akalnya, dan setiap kecerdasan pada umumnya medatangkan kebaikan, kemajuan, kejayaan dan lain-lain.

Orang-orang yang berilmu itu mempunyai kedudukan yang tinggi sebagaimana Allah swt berfirman "Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan". (QS. Al-Mujadalah: 11)


***

Ketiga, memelihara akhlak atau moral. Akhlak atau budi pekerti itu adalah soal yang penting menurut pandangan agama Islam. Termasuk di antara tiga kerangka pokok dasar ajaran Islam (aqidah, syari'ah, dan akhlak).

Dalam Al-Quran banyak ditemui ayat-ayat yang berkenaan dengan soal moral itu, sifat-sifat yang terpuji yang harus dipupuk dan dikembangkan. Peribadi Rasulullah saw dilukiskan oleh Allah SWT sebagai teladan. Sebagaimana firman Allah "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai budi pekerti yang agung." (QS. Al-Qolam: 4)

Dalam kehidupan manusia, moral atau akhlak dapat diibaratkan laksana bunga dalam satu taman. Bagaimanapun luas dan indahnya taman, tapi kalau tak dihiasi dengan kembang, maka taman itu tidak jauh berbeza seperti kuburan.

Untuk itulah setiap muslim yang beriman, tidak boleh mensia-siakan hidup ini dengan tidak beribadah. Badan yang sihat dan jiwa yang "sihat" akan menyokong kehidupan di dunia untuk memperoleh keselamatan di hari nanti.

Apabila selesai berwuduk disunnatkan untuk membaca syahadat sebagaimana dijelaskan dalam hadis berikut ini. Dari Umar RA Rasulullah SAW bersabda, "Apabila ada di antara kamu berwuduk, lantas ia menyempurnakan wudhunya, kemudian ia berkata," Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasul-Nya, maka dibukakan baginya beberapa pintu syurga yang lapan yang dimasukkan dari mana saja dikehendakinya. "(HR Muslim)

Oleh Tirmidzi selain syahadat, ditambah pula doa, "Ya Allah, jadikanlah aku ini dari orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku ini orang-orang yang suci."

Itulah kesempurnaan wudhu yang dapat mencerminkan sikap hidup manusla muslim. Wuduk adalah salah satu unsur pokok yang harus dipelihara oleh seorang muslim. Allah swt memerintahkan kepada orang-orang yang beriman supaya memelihara kesihatan dan moral (akhlak) dari bencana.

Ada tiga unsur pokok yang harus dipelihara untuk membina peribadi, di antaranya memelihara kesihatan jasmani, memelihara fikiran (akal), dan memelihara moral (akhlak).

sumber republika.co.id

DI SANGKA CUCU RUPA-RUPANYA NENEK YANG DI CABUL...MACAM-MACAM LA...








KULIM - Hendak melepas nafsu kepada cucu tetapi yang jadi mangsa, nenek.

Itulah yang berlaku dalam kejadian cubaan cabul di daerah ini kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Dalam laporannya kepada polis, mangsa yang berusia hampir 70 tahun memberitahu, dia sedang berwuduk dalam bilik air di luar rumahnya ketika dipeluk dari arah belakang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki.

Menurutnya, lelaki itu menciumnya bertubi-tubi sebelum cuba menanggalkan kain basahan mangsa. Suspek kemudian mengarahkannya supaya diam.

Namun mungkin setelah mendapati ada kelainan pada fizikal nenek itu yang berbeza daripada sangkaannya, suspek berbisik dan bertanya mangsa: "Tak kerja ka?"

Mangsa yang ketakutan menjawab pertanyaan itu dengan berterus-terang bahawa dia sudah lama tidak bekerja kerana usianya pun sudah melebihi 60 tahun.

Suspek yang baru tersedar dia tersilap sasaran, segera melepaskan mangsa dari pelukannya Dia mengarahkan mangsa mandi sebelum segera berlalu meninggalkan tempat itu.

Nenek malang itu kemudian dibawa anggota keluarganya ke balai polis untuk membuat laporan. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh yang mengesahkan kejadian itu berkata, golongan wanita seharusnya lebih berhati-hati ketika berada di dalam bilik air terutama bagi mereka yang menggunakan bilik air di luar rumah.

"Keadaan bilik air yang tidak sempurna terutama di kampung-kampung boleh mengundang pelbagai perlakuan jenayah, terutama kes cabul dan rogol," katanya.

Menurutnya, bilik air mesti dipasang lampu termasuk di luar bangunan rumah.

"Jangan bergelap. Ada orang sengaja mandi dalam gelap untuk mengelak diintai tetapi dalam keadaan gelap, ia sebenarnya mendorong jenayah lebih serius. Perkara paling utama pastikan keadaan dinding dan persekitaran selamat. Pintu mesti ditutup dan dikunci dengan sempurna," katanya.
P/s: "Tak kerja ka?"...amboi suspek cabul ini seolah-olah mesra dengan cucu mangsa cabul. Selidiklah hubungan si cucu dengan lelaki tersebut. Rasanya....

GAMBAR DIANTARA 3 PEMIMPIN ISLAM



https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/529381_319474668147312_235482566_n.jpg


SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate