YANG MASIH PANAS...

KALAU ANUAR MILIKI RM3 BILION CHE DET TAKKAN DOK DIAM....

Friday, 22 June 2012

RM3 bilion: Jika wujud, Mahathir takkan lepaskan peluang – Anwar

(Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 21 JUN: Mustahil Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal sebagai pendendam, akan melepas peluang mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah jika akaun RM3 bilion benar-benar wujud.

“Ingat Mahathir boleh bagi peluang saya hidup jika akaun itu betul wujud? Sedangkan dulu tak ada kes pun beliau boleh belasah dan penjarakan saya,” kata Ketua Pembangkang itu.

Ketua Umum KEADILAN itu, berkata tindakan pasti diambil Mahathir sejak 12 tahun lalu jika akaun berkenaan, terbukti wujud.
Berucap depan lebih 2,000 rakyat di Setiawangsa, beliau memberi penjelasan betapa siasatan kes itu sudah lama ditutup kerana ternyata tiada bukti.

Katanya, ia disokong akuan sumpah dari bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris yang mengetuai siasatan kes itu.

Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR menjalankan siasatan terperinci hingga ke Singapura dan United Kingdom.

“Tapi sekali lagi, bila terbukti tiada kes terhadap saya, Mahathir mengarahkan Razak jangan beritahu sesiapa.

“Di Parlimen, ada beberapa ahli parlimen BN mengganggu perbahasan dengan menjerit ’3 bilion’ lalu saya duduk dan minta mereka bangun untuk bertanyakan soal itu.

“Tak ada pula yang nak bangun. Kamu guna media seperti TV3 dan Utusan untuk hina saya tapi bila saya cabar berdepan, semua ‘kelu lidah’ tidak berkata,” katanya.
Anwar juga menolak fitnah kononnya Mahathir akan dituduh dengan tuduhan palsu sebagai membalas dendam apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

“Saya tak pernah berniat jahat. Sekalipun untuk heret sesiapa ke penjara jika Pakatan menang pilihan raya. Tak kiralah Mahathir, Najib mahupun Rosmah.

“Saya cuma mahu buktikan kita boleh tadbir negara dengan baik,” katanya yang disambut tepukan gemuruh.

MINAH NI CURI DUIT SYARIKAT GARA-GARA NAK BUAT MAJLIS PERKAHWINAN MEWAH

Fraud: Kirsty Lane stole up to £200,000 from her company to pay for her lavish wedding to Graham Lane, 36, and was today jailed for 20 months



Suspek kena penjara 20 bulan ambil wang syarikat

LONDON: Seorang wanita dipenjara 20 bulan selepas didapati bersalah mencuri £168,000 (RM840,000) daripada majikannya untuk membiayai majlis perkahwinannya secara besar-besaran.

Kirsty Lane memalsukan dokumen untuk menggelapkan wang syarikat tempat kerjanya dan majikannya yang turut menjadi tetamu perkahwinan itu mengesyaki sesuatu tidak kena kerana majlis berkenaan diadakan dalam suasana mewah.


Lane, 29, mengahwini Graham pada Januari tahun lalu di Dewan Besar hotel Mains dekat Blackpool.

Majikannya, Peter Sutton mula mengesyaki sesuatu tidak kena kerana majlis Lane diserikan dengan pertunjukan bunga api, ahli silap mata, penyertaan dua kumpulan pemuzik, pemain saksofon, DJ, membenarkan minuman keras tanpa sekatan, sesi mengecat muka dan pemberian topeng.


Sutton berkata: “Tetamu disambut dengan bunga-bungaan dan suasana mengagumkan. Majlis yang meriah itu tentu memakan belanja besar juga.”


Apabila, Sutton pulang ke pejabat tempat pengantin baru itu bekerja sebagai kerani akaun separuh masa, dia mendapati Lane memalsukan invois.

Lane memasukkan wang syarikat ke dalam akaunnya sendiri dan tidak membayar khidmat firma audio visual di Leyland, Lancashire.

Malah, dia turut membeli beberapa baju pengiring pengantin dan sebuah iPad dihiasi batu permata pada harga £1,500 (RM8,000).


Sutton menyifatkan Lane sebagai hampir menyebabkan syarikat muflis.


“Kami mempunyai 22 tenaga pekerja. Sikap tamak Lane menunjukkan bagaimana kehidupan orang lain boleh musnah.


Tertuduh yang menitiskan air mata sepanjang sesi memberi keterangan semalam, mengaku salah kepada 122 tuduhan menipu syarikat Pure AV.


“Majlis perkahwinannya menjadi sebab kami syaki sesuatu tidak kena. Dia selalu kata berasal daripada keluarga miskin dan tidak lakukan apa-apa untuk menyebabkan kami curiga,” kata Sutton.


Lane kemudian ditahan di rumahnya dan tidak dapat berbulan madu di Mexico seperti dirancang. - Agensi

Dr Asri: Pilihan raya waktu haji satu kesalahan

Ahmad Fadli KC

Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berpendapat mengadakan pilihan raya umum (PRU) sewaktu musim haji adalah satu kesalahan.



NONE"Mengadakan PRU semasa musim haji seakan-akan sengaja solat di tempat orang lalulintas.


"Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.



"Orang yang sengaja memilih tempat lalulintas itu yang berdosa," katanya kepada Malaysiakini.



Menurutnya lagi, perkara itu sebenarnya pernah diulas ramai ulama, termasuk Ibn Hajar dalam bukunya berjudul Fathul Bari yang mengulas hadis-hadis sahih Bukhari.



Asri juga menggesa agar ulama yang mengkaji perkara itu agar "memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas".



Polemik pilihan raya umum sewaktu musim haji mula timbul apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru anggota parti itu yang terlibat langsung menangguhkan ibadah tersebut jika pilihan raya

berlangsung pada tempoh masa sama.



Mufti Perlis sependapat, S'gor sedikit berbeza



Seruan itu dibuatnya kerana PAS memerlukan ahli-ahlinya untuk

menggerakkan jentera kempen sewaktu pilihan raya.



Turut mengulas perkara itu sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang berpendapat pilihan raya pada musim haji tidak wajar kerana ia bakal melemahkan umat Islam.



Menurutnya, langkah itu jika dilaksanakan adalah satu tindakan tidak adil kepada umat Islam dan akan menyebabkan umat Islam lemah dari segi politik.



“Janganlah mewujudkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam dalam soal ibadat mereka kerana kecelaruan dan perangai kurang cerdik orang politik,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.



Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pula mengambil pendirian sedikit berbeza apabila berpendapat haram bagi mereka yang pertama kali berpeluang menunaikan haji menangguhkannya demi mengundi dalam pilihan raya.



"Bagi mereka yang berniat untuk mengerjakan haji dan ini adalah kali pertama, di mana cukup bekalannya sepanjang berada di sana dan cukup bekalan yang ditinggalkan untuk ahli keluarganya di sini dan aman perjalanannya, maka hukumnya wajib.



“Jika dibatalkan niat itu hanya kerana perkara duniawi... sekiranya dia meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji maka matinya dalam keadaan jahiliah," beliau dipetik sebagai berkata.

 
 
P/S : YANG BODOHNYA NAJIB , NAPE NAK BUAT PILIHANRAYA PADA MUSIM HAJI....

PATUTLA PEMIMPIN PR TAK BOLEH MASUK TV....





Kalau nengokkan undian ni, memang sebak le dada pemimpin pemimpin dan chai chai ameno. Tapi diowang masih lagi boleh menarik nafas kelegaan atas alasan voters tu adalah mereka mereka yang membaca akhbar online dan bukan media arus perdana termasuk media siaran.

Cuba bayangkan kalau bebetul pemimpin PR boleh masuk tv dan buat penerangan atas isu isu berbangkit secara berkala ..melopong lah tok siak kampung wa, terpacak lah rambut jkkk, terlompatlah makcik kiah dan mak senah yang tak pernah mendapat khabar selain dari berita tv3suku dan laporan utusex .. maka akhirnya mungkin PR akan kehabisan borang untuk pendaftaran ahli ahli baru.. sape yang susah ? kah kah kah

Kata member wa, tu pon Saifuddin yang memang ada background debat.. kalau yang debat tu Mat Maslan .. perghhhh .. mau dia tengok tv sambil berjogging atas treadmill lelaju sebab keterujaan... kah kah kah kah

Israel Kerah Kereta Kebal ke Sempadan MESIR

 
TEL AVIV (Arrahmah.com) - Pasukan zionis Israel mengerahkan kereta-kereta kebalnya ke arah perbatasan Mesir pada hari Isnin (18/6/2012), setelah sebelumnya membunuh seorang pekerja perbatasan, berdasarkan laporan media Israel.

Laman Israel Ynet mengatakan pergerakan tak biasa untuk mengerahkan kereta-kereta kebal ke perbatasan, melanggar perjanjian keamanan Kamp David antara kedua negara.

Akhbar Israel Haaretz mendakwa kereta-kereta kebal itu kemudian ditarik kembali dari daerah tersebut, militer Israel mengatakan bahawa langkah itu adalah sebagai respon dari serangan baru-baru ini pada Isnin, dan tidak merancang untuk meninggalkan semua kenderaan itu di perbatasan.

Israel dan Mesir sebelumnya telah bersepakat pada beberapa bulan terakhir bahawa Kaherah dapat mengerahkan 20 kereta kebal ke dekat perbatasan untuk menangkis serangan 'badwi', meskipun klausa demiliterisasi perjanjian damai kedua pihak.

Kamp David 1978 memimpin perjanjian damai Mesir 1979 dengan Israel, yang pertama oleh negara Arab.
Israel mendakwa bahwa pada hari Isnin, 'militan' menembak pekerja Israel yang sedang membangun tembok di perbatasan Mesir. Insiden itu terjadi beberapa jam setelah Ikhwanul Muslimin mendakwa menang atas pemilihan presiden Mesir. (siraaj/arrahmah.com)

Misi Kedatangan Nabi Isa di Akhir Zaman

Wednesday, June 20, 2012
Rasulullah SAW menyatakan, sesungguhnya menjelang hari kiamat nanti, Isa akan turun kembali ke bumi. Istilah ini dalam versi Kristian disebut dengan The Second Coming (kedatangan untuk kedua kali).

Kedatangannya untuk mengajak umat manusia agar mengikuti ajaran yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Tak hanya itu, kedatangan Isa juga akan membersihkan aliran-aliran dan akidah yang sesat dan menyesatkan serta menghancurkan tiang-tiang salib.

'' Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan sesungguhnya ia benar-benar akan turun (dari langit). Apabila kamu telah melihatnya, ketahuilah bahawa ia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang, berkulit putih kemerah-merahan. Ia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah, kepalanya seakan-akan menitiskan air walaupun ia tidak basah.'' (HR Abu Dawud).

'' Sekumpulan dari umatku akan tetap berperang dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat sehingga turunlah Isa bin Maryam. Maka, berkatalah pemimpin mereka (Al-Mahdi), 'Kemarilah dan imamilah solat kami.' Ia menjawab, 'Tidak. Sesungguhnya, sebahagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebahagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada umat ini (umat Islam).'' '(HR Muslim dan Ahmad).

Hal pertama yang akan dilakukan Isa setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis-hadis di atas. Isa akan menjadi makmum dalam solat yang dipimpin oleh Imam Mahdi.

Peristiwa kedatangan Isa ini sebelumnya akan didahului oleh keadaan dunia yang dipenuhi dengan kezaliman, kesengsaraan, dan peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia.

Pada saat itu, seorang pemimpin Muslim (Al-Mahdi) akan berhadapan dengan Dajjal yang telah menyebarkan fitnah di kalangan umat Islam. Maka, saat itulah, Isa putra Maryam akan turun ke bumi dan menumpas semua itu dan membunuh Dajjal, membersihkan segala penyimpangan agama, dan menyelamatkan manusia dari fitnah Dajjal. Dajjal ini mengaku bahawa dirinya sebagai Tuhan. Maka, Isa akan bekerja sama dengan Imam Mahdi untuk membanteras semua musuh-musuh Allah.

Selain itu, Isa juga akan menyelamatkan manusia dari fitnah Ya'juj dan Ma'juj. Dalam hadis yang diriwayatkan Thabrani, disebutkan, fitnah dan kejahatan Ya'juj dan Ma'juj ini sangat besar. Tiada seorang manusia pun yang dapat mengatasinya. Jumlah mereka sangat banyak sehingga kaum Muslim terpaksa menyalakan api selama lebih kurang tujuh tahun untuk berlindung dari serangan dan panah-panah Ya'juj dan Ma'juj.

Sebagaimana dikisahkan, Ya'juj dan Ma'juj selama ini terkongkong dalam sebuah tembok yang dibuat oleh Zulkarnain. Mereka akhirnya boleh keluar setelah secara perlahan-lahan melubangi tembok tersebut. Tembok Zulkarnain itu diperbuat dari besi dan tembaga dan terletak di daerah Georgia (Asia Tengah).

Untuk mengatasi masalah ini, kaum Muslim terpaksa berlangsung di bukit Thursina selama beberapa waktu. Hingga akhirnya Isa berdoa kepada Allah agar menghantar bantuan dan doa itu pun dikabulkan. Saat itulah, Ya'juj dan Ma'juj berjaya diatasi (HR Ahmad, Muslim dan Tirmidzi dari An Nawwas bin Sam'an).

Setelah berjaya mengalahkan Ya'juj dan Ma'juj, Isa pun kemudian wafat. Menurut sejumlah riwayat, saat diturunkan hingga wafatnya kelak, itu terjadi selama 40 tahun. Dan, kehadiran Isa ini merupakan salah satu tanda-tanda berlakunya kiamat kubra (besar)

sumber republika.co.id

ALAHAI KESIANNYA TOKWAN NI DI KECEWAKAN AWEKNYA BERUMUR 16....




[HM] REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”

Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.

Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.

“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.






SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate