YANG MASIH PANAS...
Adakah khuruj 3 hari , 40 hari dan 4 bulan itu bid`ah?
Mengapa Khuruj 3 hr, 40 hr,4 bln
ParaSahabat Keluar ke Jalan Allah:
Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut.
Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut.
Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang,
500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada
yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah
lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan
sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya. Sekiranya kita
menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh
setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6
hingga 7 bulan.
(Petikan Bayan Maulana Yusuf: USAHA RASULULLAH SAW DAN SAHABAT RA DALAM
KEHIDUPAN MADINAH)
Sahabat r.hum keluar 5 tahun:
Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh
Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5
tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah)
(dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara',
oleh Haji Abdul Halim Bashah, terbitan Al Kafilah Enterprise, Kelantan, 1996,
m/s 79, bab 9, ISBN 983-99852-8-0)
Sahabat r.hum keluar 6 bulan:
Bara r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengutus Khalid
ibne-Walid r.a kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara
berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sanaselama 6
bulan. Khalid r.a kerap mengajak mereka untuk
masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya.
Kemudian Rasulullah s.a.w mengutus 'Ali ibne-Abi Talib r.a ke sanadan
memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan
seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani
Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang
menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk
Yaman, maka
mereka keluar dan dan datang kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur saf mereka
untuk mengerjakan solah dan Ali yang menjadi imam dalam solah kami. Selesai
solah, Ali r.a membacakan isi suratRasulullah s.a.w kepada mereka. Setelah
mendengar isi suratRasulullah s.a.w itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam.
Kemudian Ali r.a. menulis suratkepada Rasulullah s.a.w yang kandungannya
memberitahukan
tentang keislaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan
kepada Rasulullah s.a.w, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah s.w.t.
Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan.
Keselamatan bagi Bani Hamadan.
(Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah)
(Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh, hadith 108)
Keluar 4 bulan:
Ibn Juraij berkata: “Adaseseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada
suatu
malam ketika Umar r.a sedang berkeliling (ghast/jaulah) di sekitar
lorong-lorong kotaMadinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang
mengungkapkan sya’ir:
Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya. Daku tidak boleh
tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu. Andai bukan
kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya,
sudah pasti ranjang ini goyang oleh yang lainnya.
Ketika Umar r.a mendengar syairnya itu, maka dia bertanya kepada wanita
tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat
merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar
r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu
menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu!
Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suamimu.”
Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan
bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan
kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu
menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu,
Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “
Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah
menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.”
Kemudian Umar r.a. menulis suratkepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera
Islam supaya
tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.”
(Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).
Ibnu 'Umar r.a mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk
melihat ehwal orang ramai), tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang
bersya’ir:
Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya. Aku tidak boleh
tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu. Kemudian Umar
r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, “Berapa lama wanita dapat bertahan tidak
bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka
Umar r.a. berkata,
“Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.”
(Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29)
[seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]
Keluar 40 hari:
"Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka
Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya
berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada
di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.:
Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?
(Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah -
Apa itu Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand,
terbitan Perniagaan Darul Khair, 1988)
Keluar 3 Hari:
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi s.a.w telah memanggil Abdul Rahman bin
Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan
menghantar engkau bersama satu jama'ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya:
Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka
berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul
Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung
itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat
Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani
dan ia ketua di kampung itu.
(Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah - Apa itu
Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan
Perniagaan Darul Khair, 1988)
Fatwa Ulama:
Oleh Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South
Africa.
Istilah, 'Tashkil' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud
menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke
Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh
dalam
jangka masa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7
bulan, 1 tahun dan sebagainya.
Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti
mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya,
dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak
bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa
yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke
Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dan sebagainya, bukan
bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Syariah, tapi
sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Syariah.
Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia
akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa
keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Syariah.. Dan Allah
Maha Mengetahui.
(Mufti Ebrahim Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611)
Mereka berkata: Orang-orang Tabligh membuat bida’ah berupa keluar di jalan
Allah secara berjemaah dan membatasi masa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.
Kami katakan:
Sesungguhnya keluar untuk memperbaiki diri adalah seperti keluar untuk menuntut
ilmu dan hidayah. Juga seperti keluar untuk mendakwah manusia kepada Allah dan
mengajar mereka hal-hal yang bermenafaat di dunia dan akhirat. Semuanya itu
adalah keluar di Jalan Allah, apabila di landasi niat yang benar dan untuk
mengapai redha Allah s.w.t, bukan untuk memperolehi harta dan penghormatan atau
untuk hiburan, permainan dan kebatilan.
Adalah termasuk kelakuan bodoh atau pura-pura bodoh apabila ada orang yang
mengingkari keluarnya Jemaah Tabligh untuk kepentingan hidayah bagi manusia,
mengajar mereka, memperbaiki diri mereka dan mendidik rohani mereka.
Padahal Rasulullah s.a.w bersabda, “Sepetang atau sepagi keluar di jalan Allah,
lebih baik daripada mendapatkan dunia dan segala isinya.
Juga sabda Rasulullah s.a.w, “Barangsaiapa mendatangi masjid ini, semata-mata
untuk kebaikan yang ia ajarkan atau ia pelajari, laksana mujahid fi
sabilillah.”
Dan banyak lagi hadith sahih dan hassan yang mengajarkan dan memberi semangat
untuk keluar di Jalan Allah. Alangkah ajaibnya perkataan mereka bahawa
keluarnya Jemaah Tabligh adalah bida’ah! Dan lebih ajaib lagi mereka berhujah
terhadap “keluar fi sabilillah secara berjemaah adalah bida’ah” dengan jangkaan
mereka bahawa Rasulullah s.a.w mengirimkan Mu'az r.a ke Yaman bersendirian saja
dan tidak berjemaah.
Mereka lupa atau tidak tahu bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengirimkan Mu'az r.a
sendirian tetapi mengirimkan Abu Musa Al Asy’ary r.a bersamanya. Baginda s.a.w
bersabda kepada keduanya, “Gembirakanlah mereka dan jangan kalian buat mereka
lari. Mudahkan mereka dan jangan kalian menyusahkan. Bertolong-tolonglah kalian
dan jangan berselisih.”
Juga beliau mengirimkan Ali bin Abi Talib dan Khalid bin Sa’id bin al Ash
r.huma. Bersama mereka baginda s.a.w mengirimkan rombongan besar untuk dakwah,
ta'lim dan memutuskan perkara diantara manusia.
Tentang pembatasan masa keluar yang mereka katakan sebagai Bidaah, adalah
peraturan dakwah sebagaimana peraturan sekolah dan universiti yang mengenal
batasan masa belajar dan kerehatan, untuk menyiapkan bekal dan perbelanjaan
selama masa keluar. Apakah dengan demikian, orang-orang Tabligh dianggap
membuat bida’ah kerena mereka mengatur hari-hari untuk kepentingan dan khuruj
fi sabilillah (keluar di jalan Allah)?
Alhamdulillah.
Ditulis oleh Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy,
Mudir di Masjid Nabawi dan Universiti Madinah Al-Munawarrah
Dipetik dari buku “Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh
Abu Abil Hasan (bekas pelajar Darul Uloom Faisalabad Pakistan) menulis:
Dakwah dan Tabligh ialah kerja para Anbiya. Dan inilah juga usaha yang telah
dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seluruh umat Islam. Maksud kepada usaha
ini ialah supaya seluruh manusia dapat mengamalkan keseluruhan agama. Usaha
untuk menghidupkan agama ini tidak memadai dengan hanya memberi masa 3 hari 40
hari
dan 4 bulan. Bahkan harus berjuang dan berjihad seumur hidup kita.
Ini telah dijelaskan oleh Allah SWT didalam al-Qur’an:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri mereka dan
harta mereka dengan (balasan) syurga untuk mereka (disebabkan) mereka berperang
dijalan Allah: maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan
Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah
didalam Taurat Injil dan Al-Qur’an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan
janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualbelinya itu dan
(ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah ayat 111).
Dalam ayat yang tersebut diatas Allah telah membeli dan meminta keseluruhan
hidup orang-orang mukmin dan harta mereka untuk berjuang menegakkan agama
Allah. Bukan setakat 4 bulan 40 hari sahaja. Tetapi malangnya pada hari ini
umat Islam untuk melaksanakan satu perintah Allah yang paling besar iaitu
sembahyang yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja pun sudah tidak ada
masa kerana sibuk dengan fikir dan kerja-kerja dunia. Apa lagi untuk keluar
seumur hidup.
Umat hari ini telah jauh daripada agama. Kemampuan yang ada pada mereka juga
berbeza-beza. Melalui panduan Al-Qur’an dan Hadith, para Ulama’ dan masyaikh di
dalam jemaah ini telah menetapkan nisab yang mampu diikuti oleh setiap umat
Islam. Memanglah tidak ada ayat Al-Qur’an yang memerintahkan untuk keluar
bertabligh selama 4 bulan dan 40 hari tetapi bilangan dan angka ini banyak
terkandung didalam Al-Qur’an dan hadith.
Kenapakah angka-angka ini tercatit didalam Al-Qur’an dan Hadith? Sudah pasti
ada hikmahnya di sebalik angka itu. Disini saya nukilkan beberapa riwayat dan
pandangan Ulama’ betapa hikmahnya bilangan hari-hari tersebut.
1. Hikmah keluar tiga hari
i. Suasana amat mempengaruhi seseorang itu. Seorang yang duduk di dalam suasana
Iman dan akhlak yang baik dan dipenuhi dengan ibadat dalam masa tiga hari sudah
pasti akan membenihkan satu suasana dan kejernihan hati didalam sanubari
seseorang itu. Di zaman Nabi s.a.w orang-orang kafir yang ditawan akan dikurung
didalam masjid. Tujuannya ialah supaya mereka dapat melihat amalan-amalan orang
Islam didalam masjid.
Didalam Sahih Bukhari jilid kedua bab Maghazi dinukilkan bahawa seorang lelaki
bernama Sumamah bin Ausal dari banu Hanafiah telah ditawan dan diikat didalam
masjid Nabawi. Selama 3 hari beliau telah melihat amalan orang Islam yang sibuk
dengan amalan dakwah. belajar dan mengajar. beribadat dan berkhidmat diantara
satu sama lain.
Hari yang pertama beliau ingkar untuk menerima Islam. Begitu juga pada hari
yang kedua. Pada hari yang ketiga baginda Rasulullah s.a.w telah
membebaskannya. Setelah dibebaskan dari tawanan beliau merasai sesuatu didalam
hatinya lantas beliau mandi dan datang semula ke masjid Nabawi dan bertemu
dengan baginda Rasulullah s.a.w dan terus memeluk agama Islam. Betapa besarnya
perubahan pada diri Sumamah yang amat berkesan dengan amalan masjid pada ketika
itu. Dalam masa tiga hari menjadi sumber hidayat kepadanya.
ii. Jemaah-jemaah yang dihantar oleh baginda Rasulullah s.a.w atas maksud
dakwah atau berjihad akan diberi penerangan tertib dan usul bagaimana untuk
berdakwah dan berperang. Diantaranya ialah:
• Jangan memerangi mereka sebelum diberi dakwah selama 3 hari.
• Jangan membunuh kanak-kanak. wanita dan orang-orang tua yang lemah dikalangan
mereka.
• Jangan membuat kerosakan pada harta benda. tanam-tanaman dan membunuh
binatang ternakan.
Kenapa baginda memberi tempoh selama 3 hari dengan memberikan dakwah terlebih
dahulu sebelum memulakan peperangan?
Ini ialah pengajaran daripada baginda Rasulullah s.a.w bahawa didalam Islam
tidak ada peperangan tanpa memberi dakwah terlebih dahulu. Melalui amalan
dakwah selama 3 hari ini orang-orang kafir akan melihat muamalah dan akhlak
orang-orang Islam terhadap orang kafir sendiri. Ini sudah pasti akan
mempengaruhi jiwa mereka dan memeluk agama Islam.
Kisah ini terkandung didalam Hayatus Sahabah dimana baginda Rasulullah s.a.w
telah menghantar Abdul Rahman bin Auf r.a. ke satu tempat bernama Daumatul
Jandal sebagaimana berikut:
Sehingga beliau sampai ke Daumatul Jandal lantas beliau mendakwahkan kepada
mereka (penduduk Daumatul jandal) selama tiga hari supaya memeluk agama islam.
Maka pada hari yang ketiga Asbagh bin Amar Al Kalbi telah memeluk agama Islam.
Beliau ialah seorang nasrani dan ketua di kalangan mereka.
iii. Hadzrat Zakaria a.s seorang Nabi yang telah tua. Apabila Allah s.w.t mahu
mengurniakan anak kepadanya beliau bertanya “Wahai Allah apakah tandanya yang
engkau akan mengurniakan anak kepadaku sedangkan aku telah tua? Allah s.w.t
menjawab sebagaimana didalam Al-Qur’an:
Tandanya bagimu kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga
hari kecuali dengan isyarat. Berzikirlah kepada Tuhanmu sebanyak-banyaknya dan
bertasbihlah diwaktu pagi dan petang (Ali Imran ayat 41)
Paramufassirin berkata tanda diterimanya doa Hadzrat Zakaria
a.s ialah dia tidak boleh bercakap selama tiga hari kecuali dengan isyarat.
Pada masa itu Allah s.w.t telah memerintahkan Hadzrat Zakaria a.s supaya
berzikir sebanyak-banyaknya dan meninggalkan perkataan-perkataan dunia untuk
menambah penghampirannya kepada Allah.
Daripada ayat ini para ulama’ berpendapat bahawa sekiranya manusia dapat
mengasingkan diri keluar dijalan Allah selama tiga hari dengan membersihkan
diri dari fakir dunia. meninggalkan percakapan dunia dan menyibukkan diri
dengan amalan dakwah. beribadah. belajar dan mengajar dan duduk dalam suasana
agama sudah pasti akan memberi kesan didalam hati sanubari seseorang itu. Cinta
pada agama akan datang. manusia akan membersihkan diri daripada dosa. bertaubat
dan lebih hampir kepada Allah s.w.t.
Demikianlah hikmah yang terdapat didalam masa tiga hari. Isyarat dari Al-Qur’an
dan athar As-Sahabah inilah yang menjadi saranan oleh ahli jemaah Tabligh
supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama tiga hari. Disamping itu ia
juga akan menimbulkan keghairahan untuk belajar agama dan mengislahkan diri
sendiri.
(Abu Abil Hasan Abn Musa – Soal Jawab Agama: Membahaskan Masalah Terkini Dalam
Fekah: Bahagian Pertama – Klang Book Centre - Cetakan Pertama 2004 – m/s 260 –
266)
Dalil dan hikmahnya keluar 40 hari
Ramai orang mempersoalkan masalah ini. Dari manakah orang-orang tabligh ini
mengambil dalil supaya keluar 40 hari. Sebenarnya bilangan 40 hari ini telah
banyak disebut didalam al-Qur’an dan Hadith. Keberkatan yang ada padanya telah
jelas apabila Allah s.w.t sendiri telah memerintahkan Musa a.s supaya menambah
bilangan hari untuk bermunajat kepada Allah sebagaimana didalam al-Qur’an.
Dan Kami telah menjanjikan kepada Musa (memberi Taurat) sesudah berlaku 30
malam dan Kami telah sempurnakan waktu yang telah ditetapkan oleh Tuhannya
dengan sepuluh malam. Maka genaplah dari Tuhannya selama empat puluh malam (Al
A’raf 142)
Begitulah juga didalam Surah al Baqarah ayat 51. Allah s.w.t menyebut dengan
janji-Nya kepada Nabi Musa a.s untuk mengurniakan Taurat setelah bermunajat
selama empat puluh malam.
Didalam hadith baginda s.a.w banyak sekali menyebut tentang bilangan 40 ini.
Diantaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud r.a beliau berkata
daku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya salah seorang daripada kamu dicipta didalam perut ibu selama
40 hari sebagai nutfah kemudian 40 hari menjadi seketul darah kemudian menjadi
segumpal daging kemudian dihantar kepadanya seorang malaikat untuk meniupkan
roh dan menulis kepadanya empat kalimat… (HR Muslim)
Dalam hadith yang lain ada dinukilkan bahawa barangsiapa bersembahyang selama
40 hari berjemaah tanpa ketinggalan takbiratul u-la akan mendapat dua jaminan.
Satu keselamatan daripada neraka dan kedua bebas dari nifaq.
Hazdrat Abdullah bin Abbas r.a berkata dihari kematian anak lelakinya,
"lihatlah berapa ramai orang yang berada diluar". Hambanya berkata
orang ramai telah berkumpul. “Adakah telah cukup empat puluh orang?” Mereka
menjawab “Ya, telah cukup”. Abdullah bin Abbas r.a berkata “hadirilah
sembahyang jenazah kamu aku mendengar baginda s.a.w bersabda mana-mana orang
Islam yang meninggal dunia dan disembahyangi oleh 40 orang yang tidak melakukan
syirik melainkan telah menjadi hak kepada si mayat bahawa jaminannya pasti
diterima”.
Dalam hadith yang lain baginda s.a.w bersabda:
“Barangsiapa mengikhlaskan dirinya kepada Allah selama 40 hari akan zahir
sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya”.
Banyak lagi hadith yang seumpama dengan ini yang menunjukkan keberkatan dan
keutamaan pada tempoh atau bilangan 40 hari ini. Kita dapat melihat seorang
yang keluar dijalan Allah melatihkan dirinya dalam menjalani ketaatan selama 40
hari sudah pasti amalan ini akan terus dilakukan ketika berada di rumah atau
dikampungnya.
Daripada hadith-hadith dan pandangan nuraniah inilah maka masyaikh dan ulama’
di dalam usaha ini menyarankan supaya setiap orang dapat melapangkan masa
selama 40 hari mempelajari usaha dakwah dan mengislahkan diri masing-masing.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT
Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN
PERHATIAN !!!!!!
Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........
MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?
Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]
Sabda Rasulullah S.A.W:
Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Al - Hadis
DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
WAKTU SOLAT
Membangun Bersama Islam
Blog Archive
-
▼
2011
(647)
-
▼
Februari
(36)
- Perawi Hadis Syiah : Bagaimanakah Sikap Sebenar Ul...
- Kenapa Ulama' Benua Kecil India Tidak Menyetujui U...
- Fatwa Ulama’ Di Benua Kecil India Tentang Kekufura...
- Biography of Shaykh al-Hadith, Muhammad Zakariyya ...
- Kezaliman Gaddafi Membakar Tenteranya Yang Berpali...
- Sultan Muhammad Al-Fatih
- Salahuddin Al-Ayubi
- Tariq Bin Ziad
- Perempuan Dalam Puisi
- Terimalah Taubatku
- Persandingan Luar Biasa
- Pejuang Islam Omar Mokhtar
- Bob Lokman Tarik Diri Raja Lawak 5
- WANITA MUALLAF TERPAKSA SOLAT SOROK-SOROK
- SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
- Kenapa Aku Pilih PAS
- FATWA WAJIB BUNUH GADDAFI
- Wanita Dalam Neraka
- Bayang-bayang Nabi
- Adakah khuruj 3 hari , 40 hari dan 4 bulan itu bid...
- Kenapa Bob Lokman sertai PAS
- Adab-adab Menziarah Kubur
- Kisah Tentang Wanita-Wanita Yang Soleh
- 10 CIRI WANITA PILIHAN
- Bolehkah Wanita Berdakwah Dengan Nasyid
- Mengapa orang Islam perlu berpolitik?
- Bekalan Didalam Perjalanan Dakwah..
- Kementerian Pakistan Sebut Taliban Adalah Pengikut...
- Wahabi Mengatakan Maulid Nabi Bid'ah Sesat benarkah ?
- PENGORBANAN SEORANG IBU
- KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
- Pakaian Muslimah Menurut Al-Quran & As-Sunnah
- Dakwah Tugas Umat Islam
- Mengingati Kematian
- 15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
- WANITA
-
▼
Februari
(36)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan