YANG MASIH PANAS...

Dakwah Tugas Umat Islam

Posted by MRO at 7:49 AM

Jumaat,19 Rabiulawal 1431H :











Menjalankan kerja-kerja dakwah atau mengajak manusia kepada kepada kalimah Tauhid iaitu beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW , adalah satu tugas berat dan mencabar yang perlu dipikul oleh semua umat Islam. Tugas dakwah mengajak manusia kepada Islam mentauhidkan Allah SWT wajar dimulakan dengan diri sendiri, ahli keluarga, sanak saudara, masyarakat dan seterusnya negara malahan ke seluruh alam kerana Rasulullah SAW membawa Islam sebagai rahmat kepada sekelian alam. Dakwah bukan sahaja kepada mengingatkan umat Islam tetapi mengajak dan menyampaikan kalimah Allah ke atas mereka yang bukan beragama Islam, juga menjadi tanggungjawab umat Islam kerana Nabi sudah wafat dan kerja-kerja Nabi masih dan mesti diteruskan oleh umatnya yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Setiap usaha dakwah mempunyai halangan dan cabaran tersendiri yang merupakan fitrah untuk menguji keimanan umatnya. Ini dibuktikan menerusi sirah Rasulullah SAW yang mendepani cabaran dahsyat ketika itu. Berkat kesabaran dan ketabahan Baginda, Islam bertapak di sanubari jiwa manusia melangkaui satu pertiga dunia. Menyelusuri sirah, merakamkan bahawa Baginda SAW menyampaikan dakwah berseorangan apabila diangkat menjadi Nabi dan kemudian diikuti oleh sahabat-sahabat baginda. Sadina Abu Bakar apabila menerima Islam bertanya kepada Rasulullah SAW apakah tugas beliau, Rasulullah SAW menjawab tugas aku adalah tugas kau iaitu menyampaikan dakwah. Kemudian baginda membina persahabatan yang ampuh dengan sahabat hingga Saidina Ali sanggup menggadai nyawa mengganti tempat tidur Baginda dalam peristiwa hijrah. Saidina Abu Bakar sanggup membelanjakan seluruh hartanya untuk perjuangan menegakkan Islam, sehingga ditanya oleh Baginda SAW, apakah yang ditinggalkan, beliau menjawab Allah dan Rasul-Nya.Saidina Umar ketika mendengar berita kewafatan Baginda SAW tidak dapat menerimanya pada awalnya kerana kasih dan cintakan Baginda.Abd Rahman bin Auf pula mempunyai falsafah tersendiri dalam membela Islam iaitu dengan menumpukan kepada kekuatan ekonomi.

Menerusi Sirah Nabi dan kisah-kisah Sahabat baginda, kunci kejayaan dakwah mereka ialah dipandukan oleh kekuatan akidah (Tauhid ) yang dibentuk oleh Rasulullah SAW, persahabatan yang kukuh, kesetiaan dalam perjuangan, kekuatan ekonomi, kesatuan pemikiran dan tindakan adalah nadi perjuangan menegakkan Islam. Sahabat-sahabat mengorban jiwa raga, harta-benda, dan keluarga dalam menegakkan usaha-usaha dakwah.
Ahli agama dan umat Islam perlulah mengambil pendekatan dakwah hari ini mengikut cara-cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kerana dengan cara Rasulullah SAW barulah ada keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Usaha dakwah tidak akan memberi kesan besar jika bergerak secara individu.Usaha menggerak manusia ke arah kelimah Tauhid adalah tugas besar dan dipandang mulia di sisi Allah SWT. Memetik kata-kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah, “Dakwah kepada kalimah tauhid adalah tugas para Rasul dan pengikutnya.”Beliau juga mengungkapkan, “Sesiapa yang berdakwah dengan pena untuk kebaikan Islam dan umatnya adalah satu cabang dakwah, sesiapa yang menyeru manusia dengan kepetahan lidahnya untuk kebaikan Islam dan umatnya adalah dakwah dan sesiapa yang mengajar dengan ketajaman akal dan ilmunya adalah dakwah.” Setiap usaha dakwah, diberitakan dengan perkhabaran gembira. Islam memberi kegembiraan terhadap gerakan dakwah Islamiah antaranya:

· Dakwah adalah tugas Rasul dan umatnya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktikad dan perbuatan syirik), dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” – (Surah Yusof, ayat 108)

· Bersegera melakukan dakwah akan memperoleh ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Ini ditegaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengEsakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah.” – (Surah Fussilat, ayat 33).Imam Al-Syaukani menyatakan, “Tugas dakwah yang dilakukan, tiada perkara yang lebih baik dilakukan selainnya, tiada jalan yang lebih jelas selain dari jalannya dan tiada ganjaran pahala yang lebih besar selainnya.”

· Ganjaran pahala menanti penggerak dakwah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang menunjuk satu jalan ke arah kebaikan, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang melakukan (kebaikan) itu.” – (Hadis riwayat Muslim). Imam Nawawi menyatakan yang dimaksudkan dengan ‘menunjukkan jalan kebaikan’ ialah melakukannya dengan perkataan, penulisan dan perlakuan. Orang yang menunjuk jalan kepada seseorang mengenai Islam, ia akan diberi ganjaran sama seperti pahala orang menerima seruan Islam itu dan pahala mengamalkannya.Sesiapa yang mengajak seseorang kepada melakukan sembahyang dan puasa, baginya pahala sama seperti orang menerima ajakannya dan melaksanakannya sehingga ke hari kiamat.

· Allah SWT akan membuka jalan keredaan-Nya bagi sesiapa yang menjalankan tugas dakwah dengan penuh keikhlasan dan mengharap keredaan-Nya. Allah SWT menjanjikan balasan syurga sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Balasan mereka di sisi Allah ialah Syurga ‘Adn (tempat tinggal yang kekal), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya, Allah reda akan mereka, dan mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.” (Surah al-Bayyinah, ayat 8)

· Nabi SAW memberi jaminan kepada sesiapa yang berada di landasan dakwah dengan penuh keimanan dan kesabaran mendepani cabaran dan halangan. Antara jaminan itu ialah neraca timbangan amal kebaikannya akan digandakan di akhirat. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang menunjukkan jalan kepada seseorang untuk mendapat hidayah Allah (Islam) adalah baginya pahala seperti mana orang yang menerima (Islam) itu dan mengamalkannya dan tidak akan dikurangi walau sedikit pun dari neraca timbangannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

· Usaha dakwah adalah salah satu sebab kejayaannya di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad, ayat 7)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate