YANG MASIH PANAS...

Bom Masjid: Siapa yang Kafir?


Seorang pengebom berani mati bersolat pada saf ketiga di dalam sebuah masjid di Cirebon, Jawa barat. Dia kemudian meletupkan dirinya dan mati di tempat kejadian. Dilaporkan seramai 25 orang meninggal dunia akibat letupan tersebut. Kejadian berlaku pada waktu umat Islam bersolat jumaat di masjid tersebut. masjid itu terletak di dalam kawasan balai polis di Cirebon, jawa Barat.


Mengulas kejadian tersebut Abu Bakar al-Bashir yang dituduh bersubahat dengan pengganas dalam siri pengeboman di Indonesia yang masih lagi dalam pembicaraan berpendapat bahawa pelaku bom bunuh diri di Masjid At Taqwa, Mapolresta Cirebon, Jumat lalu adalah orang kafir dan mengebom umat muslim yang menjalankan sembahyang Jumat sebagai tindakan haram.

Selaku pimpinan Jamaah Anshorud Tauhid (JAT) Abu Bakar Ba’asyir menyuarakan pendapat beliau dari pusat tahanan Mabes Polri, Jakarta.

“Ustad mengecam itu, intinya dia bilang kalau itu haram itu, itu kafir dan itu bukan mujahid, mujahid kok ngebom orang muslim yang sedang sholat,” Ba'asyir juga mengatakan, biasanya pengeboman yang dilakukan pada ketika sembahyang itu dilakukan di Negara Iran dan dilakukan oleh orang Syiah. Ba'asyir menilai tragedi bom bunuh diri di masjid komplek Mapolresta Cirebon itu hanya untuk memecah belah umat Islam dan untuk mengadu domba sahaja.

Bashir, walaupun dituduh sebagai pengganas tetapi masih lagi waras dengan menghukumkan haram si pelaku meletupkan bom di dalam masjid. Bahkan hanya musuh-musuh Islam sahaja yang melakukan agenda gerak-kerja seperti meroboh, membakar ataupun bertujuan mengebom masjid sebagai pusat ibadah umat Islam.

Apabila krisis di Libya dan apabila Ghadafi mengebom masjid, media meletakkan dimuka hadapan. Betapa ganasnya pemerintahan Ghadafi. Betapa zalimnya pemerintahan beliau. Betapa beliau wajib ditumbangkan kerana melakukan perbuatan haram dan terkutuk dari segi agama... bukan hanya memerangi dan membunuh rakyatnya sendiri bahkan sanggup meruntuhkan masjid sebagai rumah Allah dan tempat ibadah umat Islam.

Itu kuman seberang laut. Bagaimana gajah didepan mata? Bagaimana perobohan surau ar-Rahmah Berembang. Bagaimana perobohan masjid bujal? Siapa yang buat kerja haram ini? Tidakkah ianya dilakukan oleh pemerintahan UMNO-BN? Adakah kita sudah lupa? atau memang melayu mudah lupa!

Jangan sesekali lupa tentang perobohan Masjid Bujal di Kijal, Kemaman. Datuk Ahmad Said yang ketika itu selaku exco dan dibawah pemerintahan Idris Jusoh telah menjadikan masjid sebagai mangsa jentolak. Kalaulah dalam Islam sendiri haram meruntuhkan tempat ibadah orang bukan Islam, apatah lagi tempat ibadah umat Islam sendiri bahkan dikategorikan sebagai amalan dan tindakan paling zalim dalam Islam.

Tapi malangnya umat melayu ini mudah pelupa… mereka dok cari cina mana nak bakar masjid. Mereka dok intai DAP kot yang nak peruntuh masjid. Tapi mereka dok sokong melayu UMNO yang meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, Terengganu? Kalau anda mengundi dan menyokong mereka… adakah anda mendapat pahala?

Ingat! Anda turut sama memikul dosa yang akan dipersoalkan dihari akhirat kelak. Ingat anda bersekongkol dengan pemerintah yang zalim yang kelak dibimbangi akan disambar dengan api neraka.

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

Dan jangan kamu cenderung kepada orang yang zalim nescaya kamu akan dibakar dengan api neraka dan tiadalah buat kamu selain daripada Allah itu pemimpin dan kemudiannya kamu tidak akan diberi pertolongan . Surah Hud:113

dipetik dari : ustsaifulbahri.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate