Jin ialah sejenis makluk yang juga
diciptakan oleh tuhan selain dari manusia. Jin juga mampu menukar rupa
bentuk mereka kepada bentuk-bentuk lain dan menjadikan mereka
terbahagikan kepada ketegori hantu yang berlainan jenis dan nama.
Dikalangan masyarakat melayu juga mempunyai nama dan jenis-jenis hantu
yang tersendiri. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :
1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak - wanita berpakaian serba putih membalas dendam.
Puntianak
atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat
Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika
mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia
merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.
2. Langsuir - perempuan
Langsuir
adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan
masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan
menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.
Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.
Langsuir
dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda
lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat
yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan
merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah
mereka.
3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel
Toyol
merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan
mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut
mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk
halus ini dikenali sebagai saka.
4. Pelesit - boleh dipelihara
Pelesit
merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan
jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi
tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali
sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari
tangan tuannya.
Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai
sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala
berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini
kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah
mangsa apabila mangsa leka.
5. Hantu air - dalam air
Hantu
air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar
mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini
dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung
dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.
Dipercayai
bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang,
dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.
Air
laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi
menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu
upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun.
Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.
6. Hantu raya - boleh dipelihara
Hantu
Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan
perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau
syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja
dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini
dikenali sebagai saka.
Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok kelapa yg kena panah petir
Hantu
Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan
apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh
tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma
sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan
menjelma sebagai tuannya.
Hantu Raya yang dipelihara itu akan
perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang
disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam
panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan
baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang
tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak
diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa.
Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia
akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya
apabila diberi makan.
7. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.Hantu
bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong
merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang
dibungkus dengan kain kafan.
Hantu bungkus sering dikatakan mengusik
orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti
hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta,
bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
8. Polong -Hantu
Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang
dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan
memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari
jari tuannya.
Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan
dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut
panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan
dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu
akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong
perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah
itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan,
polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja
suruhan tuannya.
Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan
hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong
biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar
melalui mulut.
9. Bota - makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah.Hantu
yang terkenal sehingga namanya digunakan sebagai nama sebua kampung.
Mengikut kepercayaan penduduk tempatan Bota, nama kawasan ini diambil
bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis
gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di
dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada
ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak
memakai seluar.
Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan
jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini,
badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di
kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah
padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di
dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging
manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya
kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.
Gergasi
Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk
didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk
tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan.
Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja
terutama di kawasan Sungai Perak.
10. Bajang - makhluk anehBajang
merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan
jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh.
Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Bajang
merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati
semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma
sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan
mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada
mangsanya.
Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan
di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai
penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya
dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.
Bajang
yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya
tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu
akan menyerang tuannya.
Bajang boleh dihindari dengan
menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi
biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari
kampung tersebut.
Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya
tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa.
Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia
akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya
apabila diberi makan.
11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.
Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.
Mereka
dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial
manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang
Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari
perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan
manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah
masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.
Orang
bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui
berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang
bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam perut wanita
dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.
Semenjak
orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka
biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka
berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa
bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali
seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia
tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih
lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang
mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka
yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian.
Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap
orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah
berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika
iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan
masa.
Orang Bunian Sungai Tekali
Pada Julai 1998, satu
tapak perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah
Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu
ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.
Segelintir
penduduk kampung percaya dan melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam
anak sungai di tapak itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan
pada hari pertama perkhemahan. Pada malam 'Night Walk' yang
dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah 'hilang'
dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. Kejadian ini dikaitkan
dengan orang bunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan
tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.
12. Hantu Jepun
Hantu
Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian
seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di
mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa
Jepun menawan Malaysia.
Tempat yang selalu selalu disebut-sebut
sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama,
pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang
Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.
Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.
Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.
Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).
13. Hantu bukit
Hantu
bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan bukit.
Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.
14. Hantu kubur
Hantu
kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan
perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli
kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli
berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh
puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka
dipisahkan oleh selat Melaka.
14.Hantu kubur
sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.
Cara mengambilnya ialah:tanah atau pacang kayu org mati kena bunuh/berdarah
15. Pari-pari
Pari-pari
merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan.
Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh
dikatakan menyerupai orang bunian. Pari-pari dikatakan tidak dipelihara
oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.
16. Hantu punjut
Hantu
bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong
merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang
dibungkus dengan kain kafan.
Hantu bungkus sering dikatakan
mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat
seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas
kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan
mereka.
17. Jerangkung
Jerangkung
merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan
menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut
dikenali sebagai saka.
18. Hantu laut
Hantu
air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar
mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini
dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung
dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.
Dipercayai
bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang,
dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.
Air
laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi
menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu
upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun.
Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.
19. Hantu galah
Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.
Ia
dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi
sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh
di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.
Mereka
yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok.
Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak
pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau
ketika melalui celah kangkangnya.
Manusia yang bersahabat
dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar
untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.
20. Jin Tanah
Jin
Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan
perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau
syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).
Jin
Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka
yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin
Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan di adakan. Biasanya
makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur,
ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah
akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.
21. Hantu Keramat
Hantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.
22. Hantu Kum-Kum
Asal
hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan
ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia
tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita
menyatakan sebulan.
Semenjak hari itu semua orang memuji-muji
kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat
wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk,
dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya
hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX
perawan.
Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu
rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan
jibab.
.
24. Orang minyak
Orang
minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan
menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.
Salah
satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut,
menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa
40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan
dipangkah pada mukanya selepas dinodai.
Kisah orang minyak ini
amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958.
Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan
oleh P. Ramlee.
25. Puaka
Hantu
Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan sering
berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.
27. Pocong
Hantu
bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong
merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang
dibungkus dengan kain kafan.
Hantu bungkus sering dikatakan
mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat
seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas
kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan
mereka.
28. Hantu bidai
Hantu
Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada
sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari
golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai
merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu
menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.
29. Hantu kopek
Hantu
Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia.
Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka
menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah
semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek
(buah dada) mereka.
31. Harimau jadian
Harimau
jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang
membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki.
Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara
bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi
memudaratkan musuh.
Harimau jadian biasanya perlu dibuang
sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu
akan sukar meninggal dunia.
32. Jembalang tanah
Jembalang
tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat
dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin
atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.
33. Hantu tengelong
Hantu
Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah
merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam
bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu
menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang
dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut
mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang
terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan
setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum
bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya
tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan
bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
Penangalan
dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka
menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah
darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa
dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri.
Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana
bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
PEDOMAN:
ingatlah bahawa semua hantu hanyalah jin yang diciptakan oleh Allah
(SWT) seperti juga manusia. Maka janganlah anda melakukan sesuatu yang
khurafat dan syirik termasuk tunduk kepada mereka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan