Hudud : 8 Beza Karpal Singh , Dr M dan Najib ( Wajib Baca Bagi UMNO)
1. Karpal adalah non Muslim , Dr M dan Najib pula adalah Muslim .
2. Tiada dalam kitab yang menjadi pegangan Karpal yang mewajibkan hudud , tetapi dalam kitab yang wajib menjadi pegangan Muslim termasuk Dr M dan Najib menetapkan kewajiban hudud.
3. Karpal tidak berpeluang melihat keadilan hudud, Tun Dr M dan Najib pula adalah orang yang berkemampuan untuk memperlihatkan keadilan hudud.
4. Karpal adalah non Muslim dan hanya bercakap atas dasar perlembagaan saat menolak hudud . Manakala Tun Dr M dan Najib pula adalah Muslim yang bertanggungjawab membiarkan perlembagaan 'menindas' agama rasmi persekutuan Malaysia iaitu ISLAM .
5. Karpal tidak pernah mengugut untuk menyusahkan hudud secara jelas sebagaimana kenyataan Dr M dan Najib yang siap dengan pakej menghina hudud.
6. Kenyataan Karpal "langkah mayat" jika PAS mahu tegakkan Negara Islam (yang di dalamnya ada hudud) adalah tindak balas yang normal dari non Muslim yang telah dimomokkan dengan pelbagai keburukan negara Islam . Tetapi Dr M dan Najib pula adalah mereka yang bertanggungjawab memomokkan negara Islam dan hudud sehingga keadilannya gagal difahami dengan baik .
7. Karpal tidak pernah menghantar surat rasmi 'ugut' Kelantan jika laksana hudud . Tetapi Dr M pula adalah sebaliknya , bahkan Najib pula pernah mengatakan Malaysia tidak akan melaksanakan hudud.
8. Karpal adalah antara pemimpin DAP dan tidak semua pemimpin DAP menolak hudud , makanya suara Karpal adalah bukan suara rasmi DAP apalagi beliau bukan sebagai pemimpin yang tertinggi dalam DAP . Tetapi Dr M dan Najib adalah sebaliknya ...
Dah jelas bukan, siapakah yang bermasalah sebenarnya dalam hudud sebenarnya selama ini ?
Sekian , terima kasih . Wallaahu a'lam
Al Faqiir ilaa afwi Rabbih - Admin 'TM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan