YANG MASIH PANAS...

Sejarah dan perkembangan gerakan kristianisasi di Sarawak

Gerakan kristianisasi di Sarawak telah bermula sejak tahun 1848 bahkan lebih awal, dengan kedatangan Francis Thomas Mcdougall di atas jemputan James Brooke. Francis Mcdougall merupakan seorang doktor perubatan yang bermazhab Anglican dan merupakan pengasas bagi Mazhab Anglican di Sarawak. Beliau memulakan aktivitimissionaries pertamanya di Sarawak dengan menubuhkan Borneo Church Mission.
Sasaran awal bagi gerakan ini adalah orang-orang Melayu di Sarawak. Francis Mcdougall merupakan orang pertama yang membuka sekolah formal bagi anak-anak Melayu sebagai cara untuk memudahkan dakyah Kristianisasi terhadap anak-anak Melayu. Beliau telah membina sekolah-sekolah, gereja-gereja dan dispensari bagi menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat Sarawak.
Bagi tujuan untuk menggencarkan lagi penyebaran agama Kristian dalam kalangan masyarakat Melayu di Sarawak, Francis Mcdougall telah menjemput Melayu Kristian dari Singapura untuk berdakyah kepada orang Melayu. Namun begitu, usahanya gagal apabila pemimpin Melayu dan masyarakat Melayu menentang tindakan tersebut. Setelah gagal dengan usaha tersebut, Francis Mcdougall meneruskan usaha dakyahnya dengan membuka sekolah untuk anak-anak Melayu serta menyebarkan buku panduan agama Kristian dalam bahasa Melayu kepada masyarakat.
Setelah usaha kristianisasi terhadap orang Melayu menemui kegagalan, Francis Mcdougall seterusnya mengalih sasaran kepada masyarakat pribumi dan Cina di Sarawak. Usaha penyebaran agama Kristian oleh beliau dalam kalangan masyarakat tersebut membuahkan hasil. Beliau menggunakan sebaik-baiknya kelebihan beliau sebagai doktor perubatan bagi menarik minat masyarakat tempatan untuk menerima Kristian dengan menubuhkan klinik perubatan selain mengambil anak angkat serta mendamaikan pergaduhan yang berlaku dalam masyarakat di Sarawak.
Pada tahun 1881, Charles Brooke telah menjemput tokoh kristianisasi yang daripada mazhab Katolik ke Sarawak setelah kegagalan Missionaries Anglican menyebarkan dakyah ke bahagian lain di Sarawak. Father Edward Dunn, menjadi antara nama besar yang berjaya menyebarkan agama Kristian di Sarawak. Beliau merupakan salah seorang tokoh missionaries yang bermazhab Katolik. Beliau sangat berkemahiran dalam bidang pertanian dan kelebihan ini dimanfaatkan oleh beliau semaksima mungkin untuk menarik minat masyarakat Iban di pedalaman terhadap agama Kristian. Aktiviti kristianisasi seterusnya tertumpu di bahagian kedua sarawak iaitu di Sarikei dan juga Saribas.
Keluarga Brooke sangat menyokong dan memberi dorongan terhadap penyebaran agama Kristian di setiap bahagian di Sarawak tanpa mengira denominasi mazhab, walaupun keluarga mereka sendiri merupakan Kristian yang bermazhab Anglican. Keluarga Brooke pada ketika itu memberi jaminan terhadap keselamatan missionaries Kristian serta meyakinkan para missionariesbahawa tidak akan ada tentangan daripada pemimpin Islam terhadap usaha kristianisasi yang mereka lakukan. Di samping menyebarkan agama Kristian dalam masyarakat, Father Edward Dunn juga telah berjaya menubuhkan beberapa buah sekolah missionaries di Sarawak. Antaranya, Sacred Heart di Sibu, St Teresa dan St Joseph di Kuching.
Antara mazhab Kristian utama lain yang terdapat di Sarawak, antaranya adalah Gereja Methodist SarawakSevent-Day Adventist dan juga SIB (Sidang Injil Borneo).
Borneo Evangelical Mission (BEM) ataupun Sidang Injil Borneo (SIB) telah diasaskan di Melbourne pada tahun 1928. Sasaran awal gerakan ini adalah masyarakat Murut (Lun Bawang) dan Kelabit. SIB antara mazhab Kristian yang terbesar di Malaysia dengan anggaran keahlian seramai 500 000 orang di seluruh Malaysia. Pertubuhan ini memberi latihan kepada masyarakat tempatan untuk menjadi missionaries serta ‘Clergymen’  gereja. Di Lawas, telah ditubuhkan sebuah sekolah pengajaran Bible dan ia berfungsi sebagai pusat latihan para paderi serta terjemahan Bible ke dalam bahasa Borneo.
Ecumenism ataupun penyatuan gereja-gereja sangat popular di Sarawak. Penyatuan ini telah dilakukan pada tahun 1991. Antara mazhab yang menyertai Ecumenism adalah Anglican, Roman Katolik, Methodist, SDA, SIB dan The Salvation Army. Penyatuan gereja-gereja ini telah membentuk Sarawak Ecumenical Centre yang menjadi suatu badan yang mengatur serta menyelaraskan aktiviti missionaries di Sarawak.
Pertubuhan-pertubuhan Kristian semakin berkembang di Sarawak selepas merdeka. Kira-kira 50 pertubuhan ataupun mazhab Kristian telah ditubuhkan di Sarawak selepas merdeka. Hasil perkembangan dan usaha gigih mereka telah berjaya merubah demografi Sarawak menjadi satu-satunya negeri yang majoriti beragama Kristian.
Selain itu juga, pelbagai purtubuhan missionaries antarabangsa menjalankan aktiviti kristianisasi secara pesat di bumi Sarawak antaranya Church of Latter-Day Saint (mormon), World Church Mission (WCM), Mill Hills Society,dan banyak lagi.
Usaha mereka yang terancang ini perlu menjadi perhatian masyarakat Islam di Sarawak agar kita semua sedar akan ancaman ini kepada masyarakat Islam di Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate