YANG MASIH PANAS...

Karomah Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi raht


Surat ini dari Syeikhul hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah kepada Syeikhul Hadith Maulana Yunus Jaunpuri.Surat ini diberikan oleh Syeikhul Hadith Maulana Yusuf Motala kepada muridnya (beliau telah mohon pada saya untuk rahsiakan namanya) kemudian beliau amanah kepada saya untuk terjemahkannya.Lalu saya telah meminta Maulana Zaharuddin Nawi untuk menterjemahkannya kerana tulisan Maulana yang sangat ringkas (tulisan tangan) memerlukan seseorang yang berkemahiran yang tinggi untuk menterjemahkannya.

Terjemahan surat itu seperti berikut :

Dari Syeikhul hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah kepada Syeikhul Hadith Maulana Yunos Jounpuri hafidzahullah.

Umurkan masih baru-baru apa yang dia tahu tentang ishq.Tentang hati yang tidak tenang tu anggap sahaja satu shikwa (aduan) atau shokwa (kekuatan).Kamu itukan baru tahun pertama mengajar daurah. Aku yang banyak dosa inikan sudah mengajar Daurah Hadith tahun yg ke-41.Manakala mengajar hadith itu sendiri sudah tahun yang ke-47.

Semoga Allah memberkati umur kamu dan memberkati kerja kamu sehingga tempoh yang panjang.Nanti bila dah sampai umur 47 tahun,Inshallah kamu akan menjadi lebih alim daripada aku.

Sekian

Zakariyya
27 rejab 1387h/1967.

Simpan kertas ini baik-baik dalam mana-mana buku
Selepas 40 tahun baca semula.

p/s :

Hal ini menunjukan salah satu daripada bentuk karomah Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah bahawa doa guru beliau telah di makbulkan oleh Allah swt.Maka setelah itu, Syeikhul Hadith Maulana Yunos Jounpuri hafidzahullah hidup lebih daripada 40 tahun selepas surat itu diberikan.
Syeikhul Hadith Maulana Yunos Jaunpuri hafidzahullah sedang mengerjakan solat di dalam perpustakaan miliknya.Gambar ini insan sahabat saya yang menziarahi beliau di Madrasah Mazahirul Ulom,Shaharanpur, pertengahan tahun ini.Ya Allah,lanjutkan usia ulama dan auliyyamu ini supaya umat dapat ambil istifadah sepenuhnya daripada beliau.Menurut sahabat saya lagi,dalam perpustakaan peribadi beliau,terdapat kitab-kitab hasil takrir dari guru beliau yang belum di cetak,masih bertulisan tangan lagi.
Guru saya pernah mengatakan kepada saya bahawa Hadrat Ji,Maulana Inamul Hasan Kandhalawi rah pernah mengatakan bahawa jika umat Islam hendak lihat auliyya Allah pada zaman ini,maka lihatlah Syeikhul Hadith Maulana Yunos Jounpuri hafidzahullah.

As-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya Rah Dan Sumbangannya Menurut As-Syeikh Maulana Salman An-Nadwi


Syeikhul Hadith adalah satu gelaran kehormatan ilmiah di pusat-pusat Pengajian Tinggi Islam di Benua Kecil India.Ia di gunakan untuk seseoang syeikh yang mengetuai bahagian pengajian hadith di sesebuah pusat pengajian.Namun gelaran itu tidak sama dengan gelaran ‘Dekan Fakulti Hadith’ di university-universiti di Negara –negara Arab.Bahkan ia membawa maknayang jauh berbeza.Pada gelaran Syeikhul Hadith terkandaung makna yang terdapat pada Muhadithin zaman lampau daripada sifat-sifat mulia dan keistimewaan-keistimewaan dari segi ilmu,kelebihan,kesolehan dan taqwa.Gelaran Syeikhul Hadith juga menganduningi makna yang terdapat pada Muhadith zaman moden dari segi ilmu pengajian perbandingan dan uslub ilmiah moden yang khusus.Selain itu,sebagai tambahan,gelaran Syeikhul Hadith jga mengandungi makna Syeikh serta murabbi kerohanian.

Pintu masuk rumah As-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya 

Gelaran ini telah digunakan untuk ramai muhadith yang telah mencapai tahap keilmuan yang tinggi tersebut.Namun sesungguhnya saya tidak mengetahui seorang pun dalam sejarah India yang telah di gelar dengan gelaran tersebut dan gelaran tersebut telah menjadi nama khas dan nama peribadi sehingga as-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya rah (1315-1402 H) lebih masyhur dan lebih di kenali dengan Syeikhul hadith daripada nama beliau sendiri.

Terdapat banyak contoh dalam sejarah yang menunjukkan gelaran,kuniyah dan nama nisbah mengatasi nama khas dan nama peribadi.Maka kita dapati nama-nama al-Ghazali rah,Ibnu Tamiyyah rah dan Ibnu Hajar rah serta Hujjat ul-Islam,Syeikhul Islam dan al-Hafiz dari segi sifat-sifat dan gelaran-gelaran.Namun saya tidak tahu seseorang pun pada zaman dahulu dan sekaranng yang di gelar ‘Syeikhul Hadith’ dengan makna yang saya telah terangkan di atas dan makna-makna yang banyak tersirat pada peribadi seorang ‘Syeikhul Hadith’ selain daripada as-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya rah.Beliau adalah antara peribadi-peribadi unggul dalam kalangan ulamak muhadithin,ahli zuhud yang banyak beribadat dan masyaikh murabbi sehingga di kenali  ramai dalam kalangan ulamak dan para muhadith.

Sesungguhnya sifat-sifat mulia yang ada pada beliau yang menyebabkan beliau teristimewa daripada para ulama besar,para pemikir Islam dan para masyaikh lain sezaman dengan beliau ialah dari beberapa sudut.Sudut yang paling ketara dan jelas ialah keseimbangan yang menakjudkan dan kemampuan beliau yang menghairankan dalam mengumpulkan antara tenggelam dalam ilmu,membuat tahqiq,kajian,komenta,syarah dan menyusun kitab-kitab dan dapat juga beliau sibuk sepenuhnya dengan ibadat-ibadat yang meletihkan seperti solah-solah sunat,puasa-puasa sunat,berzikir,tilawah al-quran,wirid-wirid dan amala-amalan lain.

Perpustakaan peribadi As-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya yang turut menyimpan koleksi karya-karya beliau

Bersama semua amalan itu,masih juga beliau dapat memberikan tumpuan kepada mentarbiah para salikin,memberi tunjuk ajar kepada para pelajar dan penyucian jiwa anak-anak murid yang bilangan mereka mencecah ribuan orang.Sedangkan murid-murid itu terdiri daripada kumpulan manusia yang berbeza-beza kebolehan dan kemampuan datang dari tempat dan negeri yang jauh serta mempunyai kedudukan dan tahap yang berbagai-bagai.Beliau juga masih sempat membalas dan menjawab berpuluh-puluh surat yang sampai setiap hari dengan jawaban yang detil lagi terperinci yang memberi jalan-jalan penyelesaian yang berguna kepada orang-orang yang bertanya dan meninta fatwa.

Di samping kesibukan itu semua,beliau masih juga dapat menyambut dan melayan dengan sambutan yang hangat dan layanan yang mesra yang tiada tandingan akan setiap tetamu yang datang berkunjung atau singgah di tempat beliau,serta  kemesraan beliau dengan kata-kata yang lemah lembut dan akhlak yang mulia berserta dengan hamparan saprah yang penuh dengan makanan-makanan pelbagai warna.Hal itu semua beliau lakukan dengan penuh kesedaran,kebijaksanaan yang tiada tandingan,kepintaran yang tajam yang jelas tergambar daripada kedua-dua mata beliau yang tajam berkilauan serta jelas terbayang di dahi beliau sedikit pun hubungan hatinya dengan Allah Swt.kamu dapat menyedari keadaan itu ketika kamu duduk bersamanya seolah-olah kamu duduk di hadapan seorang lelaki yang hatinya terhubung dengan Rab-Nya serta syurga dan nereka terbentang di hadapan matanya.

Beliau itulah alim rabbani yang memiliki beberapa keistimewaan dan kelebihan.Dengan keistimewaan dan kelebihan itu beliau mengatasi ramai alim ulamak yang besar-besar sezaman dengan beliau bahkan saya bersaksi dengan nama Allah Swt bahawa sesungguhnya mata belum pernah melihat orang yang setanding dengan beliau sedangkan kedua-kedua mata saya ini telah menyaksikan ramai ulamak Islam yang besar-besar di seluruh dunia.Keistimewaan beliau itu dari segi hubungan dengan Allah Swt,pengetahuan yang luas,ilmu yang mendalam,kepandaian,kebijaksaan,kesedaran,kejernihan hati,banyaknya kitab-kitab yang dikarang,di datangi oleh orang ramai seumpama lampu di hurung kelkatu,sifat pemurahnya yang tiada tandingan,ratusan orang berkumpul di saprahnya pada setiap bulan Ramadhan,memanng belum pernah kedua-kedua mata melihat mana-mana orang yang terhimpun keistimewaan-keistimewaan ini bersama keseimbangan yang indah dan akhlak kenabian yang mulia selain daripada beliau.

P/S : Bersambung ke artikel akan datang

Di petik daripada Muqadimah Kitab Fadhilat A'mal versi 2013 dan sedikit suntingan daripada saya.Artikel ini adalah sanjungan As-Syeikh Maulana Salman An Nadwi Hafidzahullah kepada As-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya rah.

Koleksi-Koleksi Kenyataan Bangang Ahli Politik Sepanjang Tahun 2013



Susunan 1,2 3 dan blablabla itu bukan bermaksud 1 paling bangang dan nombor terakhir ialah kenyataan yang 
paling tak berapa bangang. Semua kenyataan2 itu bangang2 belaka. Susunan itu sekadar memudahkan pembacaan. 
Tak lebih dan tak kurang. Yang pasti kenyataan bangang tetap la bangang. Itu saja.



KAH KAH KAH


Kita mula kan sekarang.




1. Kalau harga ayam mahal jangan makan ayam. Makan ikan dan daging pula. - Hasan Malek



** Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan harga ayam.



2. Pendatang asing di Sabah tidak gugat keselamatan negara - Nazri Aziz


** Mengulas pertanyaan rakyat yang bertanya mengenai kebanjiran warga asing. 


3. Penceroboh di Lahad Datu bukan pengganas - Hishamuddin Hussien


** Mengulas persoalan rakyat yang bertanya mengenai kejadian di Lahad Datu sebelum situasi bertukar
 tragedi ketika itu. 


4. Pengguna boleh guna laluan tidak bertol kalau tidak mahu bayar tol - Wahid Omar


** Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan kadar tol. 


5. Kita ada sistem pengurusan banjir terbaik di dunia - Shahidan Kassim.


** Mengulas rungutan mangsa banjir kenapa bantuan lambat tiba.


6. Sistem pendidikan kita terbaik berbanding UK dan USA. - Muhyiddin Yasin.


** Mengulas laporan mengenai perbandingan prestasi pendidikan antara negara.


7. Pistol yang hilang mungkin terjatuh dalam laut. - Ketua Polis Negara


** Mengulas laporan audit mengenai kehilangan pistol oleh anggota polis.


8. Harga barang naik ialah ketentuan Allah SWT - Ustaz Fathul Bari


** Mengulas sikap rakyat yang menyalahkan penyokong2 BN yang undi BN sekaligus menyebabkan harga barang naik..


9. Kita perlu hormat penunggang2 motorsikal VVIP yang mengiringi VVIP di atas jalanraya. Perlu beri laluan kepada
 mereka. Ini budaya kita. Mungkin kita perlu wujudkan undang2 tertentu.. - Hasan Malek.


** Mengulas sikap rakyat yang taknak bagi laluan pada VVIP atas jalanraya.


10. Rosmah pun ada jasa pada negara. Rosmah juga selesaikan masalah rakyat. - Najib Razak


** Mengulas pengkritik2 Rosmah Mansur yang asyik membangkitkan kesalahan Rosmah Mansur.


11. Dedahkan pembekal dakwat kekal akan membuatkan rakyat berlumba2 beli dakwat kekal - Shahidan Kassim.



** Mengulas desakan rakyat agar pembekal dakwat kekal yang tak kekal didedahkan.



12. Memang pembohongan. Memang bangsat betul kenyataan itu.. - Shahrizat Jalil.



** Mengulas mengenai pendedahan Fuziah Salleh yang bantuan lambat tiba ke lokasi mangsa banjir.





13. Bekal khemah kepada mangsa banjir tidak pratikal kerana paling lama orang boleh duduk dalam khemah
 sejam saja sebab panas. Iklim kita berbeza dengan iklim negara matahari terbit (Jepun) - Shabery Cheek.


** Mengulas cadangan rakyat agar bantuan banjir lebih tersusun dengan penyediaan khemah bagi ibu2 dan 
wanita2 yang tidak selesa tidur dan duduk secara terbuka bercampur lelaki perempuan.


14. Israel ciplak slogan dari Malaysia - Shahidan Kassim.



** Mengulas isu slogan Endless Possibilities.



15. Harga petrol tak naik tetapi hanya subsidi aje dikurangkan - Najib Razak.


** Mengulas tindakan pembangkang yang mempersoalkan isu kenaikan harga petrol dan diesel.


16. Keluar negara jika tak gembira dengan sistem politik di negara neh - Zahid Hamidi


** Mengulas sikap pembangkang yang menganjurkan pelbagai siri demo selepas gagal menawan Putrajaya.



17. Jangan makan gula, hidup lebih lama - Dr. Subramaniam.


** Mengulas pendirian kerajaan yang ber-ura2 memansuhkan subsidi gula ketika itu.



18.  Kurangkan gula, lebih baik untuk kehidupan seks anda - Najib



** Mengulas mengenai alasan pemahsuhan penuh subsidi gula serta merta.





19.  Rakyat sokong kenaikan harga barang kerana pihak kami tidak menerima laporan - Hasan Malek.



** Memberikan ulasan kepada wartawan yang menemurah dia dalam satu program bantuan back to school.



BTW, aku rasa inila statement menteri paling bangang untuk tahun 2013. Dia berjaya pintas kedudukan Shahidan Kasim
 yang sepatutnya no 1 dalam senarai menteri bangang, tahniah. Last2 minit buat kenyataan yang bersesuai untuk 
meletakkan dia di kedudukan no 1. Artikel itu akan keluar soon. 




20. Saya tak lah bodoh sangat - Ahmad Maslan



** Mengulas kritikan di laman sosial yang beranggapan Ahmad Maslan bodoh kerana keluarkan kenyataan 
penggunaan minyak ikut tangga gaji.




21. Gaji RM3,000 ke bawah guna petrol RM132 sebulan, gaji RM5000 ke atas beli petrol RM375 sebulan.
 - Ahmad Maslan.



** Mengulas tindakan rakyat yang bising mengenai kenaikan petrol membebankan pengguna jalanraya.



22. BN kerajaan terbaik di dunia - Ahmad Maslan



** Mengulas pemberian subsidi oleh kerajaan kepada rakyat di negara neh.



23. Jangan beli rumah kalau harga rumah mahal - Ku Nan



** Mengulas rungutan rakyat mengenai harga rumah yang semakin mahal.



24. Naikkan kadar parking kepada RM40 sejam untuk elak kesesakan lalu lintas. - Cadangan oleh
 Khairiah Mohd Talha.



** Memberikan alternatif untuk mengurangkan kesesakan di jalan bandar2 utama sekitar KL.




25. Rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Rosmah Mansur - Shahidan Kassim



** Respon selepas rakyat membidas isu penggunaan pesawat kerajaan oleh Rosmah Mansur.





26. Keputusan jemput artis K-Pop beri pulangan RM140 juta pada Hari Belia 2012 - Shabery Cheek.



** Menjawab isu pembaziran kerajaan membiayai persembahan 3 artis kpop sebanyak RM1.6juta




27. Jangan beri BRIM kepada penyokong pembangkang - Perwakilan UMNO.




** Berucap atas pentas UMNO dalam sesi perbahasan.




28. Yang tak suka kerajaan BN keluar Malaysia - Wanita UMNO Kuantan.




** Mengulas mengenai perhimpunan rakyat 31 Dec protes kenaikan harga barang.





29. Kenaikan petrol tak memudaratkan rakyat Kerana yang ada kereta orang2 besar dan berkemampuan.
 Orang kampung ada yang tiada kereta- Bung Moktar Radin.



** Mengulas mengenai langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol.




30. Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin, susah - Haji Sairin Karno



** Mengulas langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak.



31. Kerajaan akan kaji cadangan pelupusan kenderaan berusia 12 tahun ke atas. (JPJ) Kerajaan akan mahsuhkan 
cadangan untuk melupuskan kenderaan berusia 12 tahun ke atas. Yeay. - Hishammuddin Hussein


** Mengulas kritikan rakyat mengenai usul yang dicadangkan kerajaan dan dimahsuhkan oleh kerajaan juga... errr?


32. BN berhak naikkan harga barang kerana menang pilihanraya - PERKASA.


** Mengulas sikap rakyat yang mengkritik tindakan BN menaikkan harga beberapa barang dalam negara selepas
 PRU tamat..


33. Kenaikan harga barang tiada kaitan dengan UMNO - Isa Samad


** Mengulas kritikan rakyat yang menyalahkan UMNO dalam kenaikan kos sara hidup. 

Errr pemimpin negara bukan dari parti UMNO ke? Hehe.. 

Sebenarnya. Ada banyak lagi statement2 yang tak dapat dimasukkan dalam list neh. Ini berlaku kerana terlalu
 banyaknya kenyataan2 bodoh yang dikeluarkan oleh mereka semata2 tak mampu menjawab persoalan2 rakyat.
 Masih ingat kenyataan bertukar la kepada kereta yang lebih kecil? UMNO pilihan Allah? Dan banyak lagi. Itu 
sepanjang tahun 2013 aje. Tak masuk tahun 2012, 2011 atau tahun2 sebelumnya. Takpela. Cukupla setakat neh
 yang aku rajin nak tulis. Selebihnya pandai2 la lue tambah sendiri.


KAH KAH KAH



Apa pun kenyaan epik sepanjang zaman ialah tiap2 tahun kerajaan kita memang ada pelbagai jenis formula untuk
 selesaikan masalah rakyat namun masalah2 rakyat tetap tak dapat diselesaikan walaupun formula demi formula 
diperkatakan oleh pemimpin2 negara kita. Apa kes?


Kepada bloggers BN boleh la korang tulis pula kenyataan2 bangang pemimpin politik PR. Lepas tue paste sini aku
 nak baca. Kot2 ada la. Kalau takde takpe la. Tapi kalau aku yang tulis confirm ada. Cuma aku malas nak campur aduk
 kat thread neh aje.

KAH KAH KAH 

Dan kenyataan paling bijak untuk tahun ini pula ialah kenyataan Mahathir seperti di bawah ini. Ia bijak sepanjang
 zaman. Kekal relevant selagi UMNO wujud.


KAH KAH KAH





Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com

Kisah Sebenar Pembelian Kereta Mercedes-Benz S300L Dengan Harga RM 298,263.75 Berbanding Dengan Harga Asal RM 657,218 Untuk YAB Ketua Menteri.




Kenyataan Akhbar Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Dato Mokhtar Mohd Jait Di Pulau Pinang Pada 31.12.2013.

Pembelian Kereta Mercedes-Benz S300L Dengan Harga RM 298,263.75 Berbanding Dengan Harga Asal RM 657,218 Untuk YAB Ketua Menteri.

Saya telah diarahkan untuk mengumumkan butiran lanjut berkaitan dengan pembelian kereta Mercedes-Benz S300L dengan harga RM 298,263.75 berbanding dengan harga asal RM 657,218.(sila lihat lampiran) oleh kerajaan negeri untuk YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng.

Di bawah kelayakan Ketua Menteri Pulau Pinang memang berhak menggunakan 2 buah kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes Benz S300. YAB Ketua Menteri Pulau Pinang kini menggunakan sebuah kereta sahaja.

Sebelum ini, Ketua Menteri dan ahli-ahli EXCO enggan membeli 15 buah kereta Mercedes kerana pembayaran cukai yang melebihi kos kereta, adalah terlalu tinggi. Pembekal kereta Mercedes Benz juga tidak berani mengeluarkan surat jaminan untuk mengambil balik semua kereta sekiranya pengecualian cukai tidak diperolehi.
Maka Ketua Menteri dan ahli EXCO telahpun memilih untuk membeli 15 buah kereta Toyota Camry 2.5 yang tidak dikenakan cukai. 15 buah kereta Toyota Camry 2.5 telahpun diserahkan kepada kerajaan negeri pada 31 Oktober 2013.
Selepas pembelian kereta Toyota Camry, pihak pembekal kereta Mercedes telahpun memberikan pengesahan pada 20 November 2013 untuk  menawarkan sebuah kereta S300L dengan harga RM298,263.75. Harga ini adalah dipotong cukai dan juga diberikan diskaun khas RM100,000/-.
Lagipun pembekal kereta Mercedes memberikan jaminan bahawa kerajaan negeri tidak perlu membeli kereta tersebut dan boleh dikembalikan kepada pembekal sekiranya pengecualian cukai tidak diperolehi. Mesyuarat EXCO telah memutuskan secara sebulat suara untuk membeli kereta Mercedes S300L pada   20  November 2013.
Ini adalah berdasarkan perbezaan besar di antara harga asal RM 657,218 dengan harga diskaun RM 298,263.75. Ia dianggap berbaloi kerana kereta Mercedes memang bertahan lama sama seperti kereta Mercedes Benz S320L yang dipakai zaman bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang digunakan sejak dibeli pada 4 September 1995.

Lagipun harga pembelian kereta lama Mercedes Benz S320L itu adalah sebanyak RM 271,331.22 pada tahun 1995, iaitu harga 18 tahun dahulu, yang tidak banyak beza dengan harga baru sekarang. Kereta Toyota Camry 2.5 yang digunakan oleh YAB Ketua Menteri akan diberikan kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang YB Ustaz Maktar Shapee.
MOKHTAR MOHD JAIT


Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com

Najib, Rosmah, BN tidak kenal bahasa baik, hanya kenal bahasa demonstrasi – Rafizi


najib letak jawatan

Turunkan Najib kalau tak turun harga barang – Rafizi
KUALA LUMPUR 1 JAN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memberi amaran supaya Perdana Menteri kerajaan minoriti, Datuk Seri Najib Tun menurunkan harga barangan segera.
Menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun paling teruk dalam sejarah Malaysia, Rafizi menyeru anak muda bersedia untuk terus melawan kezaliman pemerintahan Barisan Nasional.
“Najib potong RM1,600 dari gajinya. Tapi ambil berpuluh juta dari wang kita dan kuncu-kuncunya membazirkan wang rakyat.
Najib, Rosmah dan Barisan Nasional tidak kenal bahasa baik. Mereka hanya kenal bahasa demonstrasi seperti hari ini,” kata Rafizi ketika ditemui di himpunan Turun di Dataran Merdeka, malam tadi.
Beberapa hari lalu, Rafizi dalam satu kenyataan medianya berkata, Jabatan Perdana Menteri (JPM) masih mempunyai sejumlah RM6.8 bilion simpanan dana misteri meskipun Perdana Menteri mengumumkan pemotongan 10 peratus elaun bulanan.
Tindakan tersebut menurutnya hanya satu reaksi kerajaan bagi meredakan kemarahan rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan baru-baru ini.

SUBHANAALLAH! - KEAJAIBAN AL-QURAN INI TIDAK HANCUR DIGILIS BULLDOZER ISRAEL (2 GAMBAR)

Israel jahanam datang lagi apabila menghancurkan Masjid seawal pagi sewaktu penduduk tempat tersebut hendak solat subuh. Satu keajaiban berlaku di dalam penghancuran Masjid Al-Mafqara oleh tentera Israel di Hebron Selasa, 4 Desember 2012.

Penduduk menunjukkan Al-Quran yang masih lagi berada di dalam keadaan yang baik

Saksi mengatakan pasukan Israel beserta buldoser dan alat berat menyerang desa tersebut seawktu subuh dan secara paksa mengusir semua orang yang berada di dalam masjid tersebut sewaktu bersiap untuk melakukan solat subuh.

Sebelum ini juga terdapat kisah keajaiban sewaktu perperangan gaza yang di ceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari lepas [LINK]
Halnya, dalam penghancuran Masjid itu, terdapat sebuah Kitab Suci Al-Quran yang ditemukan dalam keadaan baik bahkan langsung tidak rosak dan tidak hancur.

Padahal, semua benda lain telah pun menjadi lumat, inilah bukti kekuasaan Allah S.W.T

Ketika terjadinya penghancuran Masjid, para penduduk palestin di wilayah itu cuba mempertahankannya. Teriakan takbir bergema dimana-mana dari segi anak-anak, orang muda, mahupun orang tua.

Seorang lelaki Palestin memegang Al-Qur'an yang terselamat sewaktu ia berjalan melihat kehancuran sebuah masjid yang dihancurkan oleh pasukan Israel di desa al-Mufaqara pada 04 Desember 2012. (Photo: PressTV)

Masjid ini sebelumnya pertama kali dihancurkan pada tahun 2011. Israel sendiri sudah mengeluarkan perintah pembongkaran pada tahun 2003.

Radio Israel mengatakan masjid itu dibangun tanpa izin. Namun, warga al-Mafqara mengatakan penghancuran tersebut merupakan sebahagian dari rencana Israel yang lebih besar untuk memperluas permukiman Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki.

Pada bulan Jun tahun ini, penduduk desa dan aktiviti internasional mencuba untuk membina semula masjid ini, tetapi dihalang oleh pasukan tentera Israel.

Pemerintah Israel akan membuat zon latihan tentera di wilayah ini bersama dengan tujuh wilayah lainnya.

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate