
nabi SAW melarang wanita membotakkan kepalanya
Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya yang bermaksud :
“Rasulullah saw berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah” (Riwayat Imam Al-Bukhari)
Jelas hadis di atas ini, bahawa Nabi tidak menyukai dan berlepas tangan bagi wanita yang meraung-raung dan mencukurkan kepalanya ketika ditimpa musibah. Hal ini juga sama dengan wanita yang mencukur kepalanya dengan sengaja, ingin menjadi lelaki (tomboy), bernazar dan sebagainya. Menurut pendapat saya wanita yang cukur kepala atau menyerupai lelaki (tomboy) sama ada membotakkan kepala, berpakaian adalah sangat buruk dan hilang keindahan serinya yang asli, jika dilihat sekali seperti lelaki bila direnung rupanya wanita. Islam menegah muslimahnya menyerupai lelaki dan hukumnya adalah haram.
Namun itulah yang menjadi pilihan artis-artis wanita malaysia. mereka menjadikan artis barat sebagai idola dalam kehidupan mereka dan memandang sebelah mata pada larangan nabi Muhammad.

oleh itu mereka ini sememangnya tidak layak menjadi idola remaja-remaja kita....
aku tidak menyokong artis-artis anda bagaimana pula ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan