YANG MASIH PANAS...

APA DOSA KANAK2 NI SAMAPI DI HUKUM BEGINI,,YA ALLAH YA RAABBI..

 
Manakala gambar... ini adalah gambar seorang budak palestin yg mati dibunuh org yahudi laknatullah, setelah diliwat. Kemudian mayatnya dicampak dijalan dengan darah masih
lagi mengalir…
Betapa kejamnya mereka ini anda telah saksikan semua ini. Tolonglah jangan mengatakan anda kasihan dan jangan berani mengaku bahawa Islam Itu Bersaudara

Palestine…….
Tanah mu bergolak lagi………..
Dengan pekatan warna merah
Terpecik di sana sini
Sorak dan teriak
Kedengaran di mana-mana
Anak-anak mencari ibu bapanya
Hilang entah kemana
Di panah perluru berhantu
Dari puak kejam……… Zionist durjana

Palestine
Nama mu hanya di kenali sebagai negara berdarah
Tidak pernah aman dari perluru hidup
Menembusi remaja dan kanak kanak
Tanpa belas kasihan
Dari air mata mereka yang tidak berdosa
Wajah ibu yang suram
Ayah nan derita……….
Menatap wajah tersenyum anak mereka dalam lipatan kain putih
Dan darah membasahinya………..
Kedengaran teriakan dan percikan perluru bersama
Dentuman dan ceraian bunyi Bom di mana jua
Menggegarkan suasana bahagia……….
Menjadi duka Nestapa……….

Palestine……….
Mereka hanya melihat negara mu
Dari corong berita palsu CNN
Menutup segala aib zionist durjana
Membuka ruang membunuh bangsa tak berdosa
Tidak kira siapa.
Kanak-kanak yang tiada biasa mengerti apa-apa
Meraung karana terasa sakit pabila
Kudung tangan dan kakinya………..
Meratap hiba... ... dan mereka terkulai layu dalam pelukan ibu dan ayah

Doa buat mu


Palestine………
Tiada apa yang dapat ku lakukan
Hanyalah doa sebagai senjata
Semoga Allah Makbulkan.
Jahanamkan Zionist Durjana
Menitis air mataku menadah tangan pada mu
Ya Allah……bergetar suaraku dalam nada sayu
Selamatkanlah Palestine ………..
Selamatkanlah hamba mu nan tidak berdosa
Dari mereka yang rakus membunuh dan menyiksa
Musnahkanlah Zionist durjana
Aman damailah Palestine
Seperti dulu kala…tanpa perluru dan duka dan air mata……
Lihat seterusnya..
 

Mereka adalah wanita besi....

 
Para wartawan, jurugambar dan sukarelawan kemanus...iaan luar negara yang berpeluang sampai ke Gaza pastinya akan kagum dengan semangat para ibu dan wanita di Palestin.

Mereka berkorban seiringan dengan para suami dan anak-anak lelaki yang berjuang untuk mempertahankan bumi yang istimewa ini daripada terus dijajah oleh regim Zionis.

Disamping bersabar mendepani kepayahan, mereka terus gigih membantu para suami yang berjuang disamping membesarkan anak-anak yang dikandungi dan dilahirkan satu demi satu tanpa jemu.

Adalah suatu yang normal untuk para wanita di Gaza untuk melahirkan 11-12 orang anak melainkan sekiranya suami mereka syahid terlebih awal. Kebanyakan mereka berkahwin awal dan terus memiliki zuriat sekali pun ketika sedang melanjutkan pelajaran di universiti. Pihak universiti pulak begitu 'fleksible' kepada mahasiswinya yang berkeluarga. Begitu juga dengan para majikan mereka. Ini adalah kerana mempunyai anak yang ramai adalah satu perjuangan yang besar (jihad) di bumi ini bagi terus berhadapan dengan regim Israel.

Walau pun mereka mungkin sedih seketika tatkala kehilangan suami atau anak-anak lelakinya gugur ketika berhadapan dengan tentera penjajah, namun mereka terus berbangga dengan memiliki ahli keluarga yang syahid di atas jalan yang mulia.

Mereka juga terus tabah mengharungi keperitan hidup membesarkan anak-anak yang masih kecil tanpa ayah mahu pun abang-abangnya yang besar sebagai tempat berlindung.

Mereka memberikan masa, keringat, harta, jiwa dan kehidupan untuk agama ini. Bagaimana pula dengan kita ?

Foto seorang wanita menjunjung sebuah tong gas bagi kegunaan keluarganya di kawasan Kem Pelarian Darul Balah, Gaza ketika Gaza mengalami krisis bahan api yang memuncak.
Lihat seterusnya..
 

APA ITU ISTIDRAJ?



Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.

Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yang susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!

Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.

Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!

Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.

Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.

Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?

Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.

Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.

Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangi berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.

Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj.

Jangan!

Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
 

HAK YG PERLU DITUNAIKAN SEBELUM KITA MATI

 
Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sem...pat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:


Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

... Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Lihat seterusnya..
Mari kita bersama berdakwah..Sesiapa sahaja boleh ambil, share atau copy. Saya izinkan. Sharing for caring...Tinggalkan komen boleh juga untuk sama sama kita berbicang...
 

Untuk isteri tersayang ............


 1) “Sekali suami minum air yang disediakan o...leh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

AURA BERSIH 3.0 SAMPAI KE TANAH SUCI.....

Bersih dilancar di Makkah & Madinah







MAKKAH: Gerakan untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia melalui Bersih 3.0 dilancarkan di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah hari ini.

Ia dilancarkan oleh aktivis Bersih 3.0 yang berada di kedua-dua kota ini hari ini, dua hari menjelang perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur 28 April ini.

Di Makkah, pelancarannya dibuat di depan restoran D'Saji milik Malaysia yang terletak dibangunan perniagaan di hadapan Masjidil Haram.



(Bersih 3.0 dilancarkan di perkarangan restoran D'Saji, Makkah hari ini)

Kira-kira 20 rakyat Malaysia terlibat di majlis pelancaran itu. Hampir kesemua mereka memakai baju kuning berlogo Bersih 3.0 di samping menaikkan banner Bersih 3.0.

Di Madinah pula, pelancaran dibuat di dalam perkarangan Masjid Nabawi iaitu di bawah payung gergasi masjid itu.

Di sini, lebih ramai aktivis berkumpul iaitu kira-kira 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana.

Mereka juga memakai baju kuning Bersih 3.0 di samping menaikkan banner.

Ustaz Azhar Idrus Bidas Ustaz Bangang Persenda Zikir Imam Syafie

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?



Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.SUMBER:fb

Kain Zahidah Terus "Terselak"



Zahida Hantar Surat Peguam Kepada Zuraida, Kes Rumah Pula Terbongkar..


Artis wanita hantar surat peguam pada MP

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin hari ini berkata, beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik yang didakwanya menerima bayaran RM1.5 juta daripada menteri Umno.

Zuraida berkata, surat melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April itu menuntutnya berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida dengan Menteri pembangunan luar bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Zuraida berkata, surat itu juga memintanya menarik balik kenyataan, memohon maaf serta membuat bayaran ganti rugi dalam masa tujuh hari atau prosiding undang-undang akan dimulakan.

"Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya.

"Mengapa pelakon ini menggunakan peguam Umno sebagai peguam?" soalnya yang juga anggota parlimen Ampang.

Sementara itu, Zuraida juga berkata, beliau akan membuat dakwaan dan memberi 'bukti kukuh' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Zuraida enggan memberi gambaran apakah 'bukti kukuh' yang beliau ada.

"Saya akan buat satu sidang akhbar dan berserta bukti dan saksi jika terdapat keperluan.

"Tapi sekarang, mari kita tumpukan perhatian pada BERSIH 3.0," katanya merujuk kepada perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya Sabtu ini. -mk

Rumah RM4 juta artis ada hubungan dengan menteri
Banglo 3 tingkat bernilai RM4 juta yang dimiliki seorang artis di The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang

KUALA LUMPUR: Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini.

Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu.

Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya.

Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan.

Tinjauan Harakahdaily mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah.

Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.

Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan pemberian wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta yang didakwa dilakukan oleh seorang menteri kepada seorang artis hanya dalam tempoh empat bulan.

Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh bekas pemandu peribadi artis terbabit.

Menteri dan artis nafi

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Zahida Mohd Rafik.

Mohd Shafie kelmarin menafikan dakwaan yang dibuat ke atas sebelum ini dan mengancam untuk mengambil tindakan saman kepada mereka yang mengaitkan dirinya.

Pelakon berkenaan, Zahida juga turut tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu dan berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan. HD



Ketara sangat Shafie Apdal berpakat dengan Zahida sampai guna peguam UMNO, Mohd Shafee Abdullah.

Apa-apa hal pun kes akan dibawa ke SPRM.

Jadi macam kes lembu NFC nanti, terselak habis kain sang menteri lembu itu, sehingga terlucut juga jawatan menterinya.

"I work hard for the money", kata Zahida dalam twitternya. Perkataan hampir serupa dengan menteri lembu tatkala pertahankan suaminya.

Kepada Zahida, kepada Shafie, jika nak saman, saman saja. Nanti di mahkamah boleh cerita panjang.

Rakyat nak jugak tahu "hubungan sebenar" Shafie Apdal dengan Zahida Rafik nih. Dah kahwin ke belum? Ada kata dah kahwin, tapi Zahida tak mengaku, mungkin khuatir dan takut kena belangkong dengan isteri pertama Shafie.

Kalau belum kahwin, apakah menteri memang seorang sang bedal?

Kalau kata 100% lansung tiada hubungan, tu mengarut dan tak mungkin rakyat mempercayainya sebab banyak sangat rahsia dah bocor..... contohnya:

Gempar!! Rakan - rakan artis dan orang kenamaan yang menghadiri Rumah Terbuka Artis @ Usahanita Jelita, Zahida Rafik terperanjat apabila seorang Menteri Kanan Kabinet Malaysia yang rapat dengan Perdana Menteri tiba-tiba muncul berseorangan di Rumah Terbuka Zahida tanpa ditemani isteri dan pengawal peribadi.

Siapakah gerangan Menteri itu…?

Disember lalu, ketika Menteri berkenaan bercuti di London, Zahida juga turut berada di sana, juga tanpa kelibat isteri menteri berkenaan….. -medan-info


Tentang kisah menteri itu, nampaknya beliau bukan sembarang orang ditempatnya. Wang berjuta. Berpusu-pusu menyusuri rumahnya. Tahap Kassim Baba.

POLIS TUTUP KES MAUT DI RUMAH SHAFIE? Baca SINI

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/skandal-shafie-zahidah-kain-zahidah.html

Subhanallah, Inilah Mukjizat Alquran tentang Jenis Kelamin Bayi

Thursday, April 26, 2012
Pada awalnya, manusia meyakini bahawa jantina bayi ditentukan oleh sel-sel ibu. Ada pula yang percaya bahawa jantina ini ditentukan secara bersama oleh sel-sel lelaki dan perempuan.

Jauh sebelum ilmu pengetahuan mengetahui tentang rahsia jantina bayi, pada abad ke-7 M, Al-Quran telah memberi tahu bahawa jenis kelamin laki-laki atau perempuan diciptakan "dari air mani apabila dipancarkan".

Mari semak surah An-Najm [53] ayat 45-46: "Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan wanita, dari air mani, apabila dipancarkan."

Menurut Harun Yahya, kromosom Y membawa sifat-sifat kelelakian, sedangkan kromosom X berisi sifat-sifat kewanitaan. Di dalam sel telur ibu hanya dijumpai kromosom X, yang menentukan sifat-sifat kewanitaan.

Di dalam air mani ayah, terdapat sperma-sperma yang mengandungi kromosom X atau kromosom Y saja. Jadi, jenis kelamin bayi bergantung pada jenis kromosom kelamin pada sperma yang membuahi sel telur, apakah X atau Y. Dengan kata lain, sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut, penentu jantina bayi adalah air mani, yang berasal dari ayah. Pengetahuan tentang hal ini, yang tak mungkin dapat diketahui di masa Al-Quran diturunkan, adalah bukti akan kenyataan bahawa Al-Quran adalah kalam Allah.

'' Cabang-cabang ilmu pengetahuan yang berkembang seperti genetik dan biologi molekul secara saintifik telah mengesahkan ketepatan maklumat yang diberikan Al-Quran ini,'' ujar Harun Yahya.

Menurut dia, kini diketahui bahawa jantina ditentukan oleh sel-sel sperma dari lelaki, dan bahawa wanita tidak berperanan dalam proses penentuan jenis kelamin ini.

Kromosom adalah unsur utama dalam penentuan jenis kelamin. Dua dari 46 kromosom yang menentukan bentuk seorang manusia diketahui sebagai kromosom kelamin. Dua kromosom ini disebut "XY" pada lelaki, dan "XX" pada wanita.

Menurut dia, penamaan ini adalah berdasarkan pada bentuk kromosom tersebut yang menyerupai bentuk huruf-huruf ini. Kromosom Y membawa gen-gen yang mengkod sifat-sifat kelelakian, sedangkan kromosom X membawa gen-gen yang mengkod sifat-sifat kewanitaan.

Pembentukan seorang manusia bermula dari penggabungan silang salah satu dari kromosom ini, yang pada lelaki dan wanita ada dalam keadaan berpasangan. Pada wanita, kedua-dua bahagian sel kelamin, yang membelah menjadi dua selama peristiwa ovulasi, membawa kromosom X.

Sebaliknya, sel kelamin seorang lelaki menghasilkan dua sel sperma yang berbeza, satu berisi kromosom X, dan yang lainnya mengandungi kromosom Y. Jika satu sel telur berkromosom X dari wanita ini bergabung dengan sperma yang membawa kromosom Y, maka bayi yang akan lahir berjenis kelamin lelaki.

'' Dengan kata lain, jenis kelamin bayi ditentukan oleh jenis kromosom dari lelaki yang bergabung dengan sel telur wanita,'' papar Harun Yahya.

Tak satu pun maklumat ini dapat diketahui dalam ilmu genetik pada abad ke-20. Bahkan di banyak masyarakat, diyakini bahawa jantina bayi ditentukan oleh pihak wanita. Inilah mengapa kaum wanita dipersalahkan ketika mereka melahirkan bayi perempuan.

Namun, tiga belas abad sebelum penemuan gen manusia, Al-Quran telah mendedahkan maklumat yang menghapuskan keyakinan khurafat ini, dan menyatakan bahawa wanita bukanlah penentu jantina bayi, akan tetapi air mani dari lelaki.

sumber dari republika.co.id

Terkini! TG Nik Aziz Posing Pakai Baju BERSIH 3.0


KENAPA LA BODO SANGAT TIMB' PRESIDEN PEMANDU TEKSI (PETEKMA) NIH!!

SUMBER-MALAYSIAKINI

Menurut kata Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma), Mohd Syahrir Abdul Aziz berkata Bersih 3.0 patut menerima tawaran kerajaan tersebut... dan Pemandu teksi sedia mengangkut peserta perhimpunan BERSIH 3.0 dengan syarat pihak penganjurnya menerima tawaran kerajaan supaya mengadakan perhimpunan itu di dalam stadium bagi mengelak keadaan menjadi huru hara.

Katanya lagi "mereka boleh mengadakannya di dalam stadium selama mana yang mereka mahu tetapi bukan di jalanan kerana ia menyukarkan pemandu teksi mencari rezeki... jika mereka tidak ada pengangkutan kita boleh guna teksi untuk bawa mereka ke stadium... kita pun boleh dapat sedikit... betul... pengalaman lalu telah mengajar pemandu teksi bahawa Dataran Merdeka bukan tempat yang sesuai untuk tujuan tersebut.. kami tidak bersetuju dengan penggunaan Dataran Merdeka kerana jika jalan disekat keadaan akan menjadi kelam-kabut".

Tambah nya "Kanister gas pemedih mata dan meriam air akan ditembak ke sana sini dan ia akan menjejaskan pendapatan harian mereka... 36,000 pemadu teksi dan limosin di Lembah Klang akan terjejas akibat perhimpunan tersebut... Seorang pemandu teksi bajet boleh mendapat antara RM60 dan RM70 sehari... dan berharap pihak berkuasa akan memastikan perhimpunan BERSIH tidak diadakan di jalanan" demikian selepas membuat laporan polis terhadap Penganjuran BERSIH 3.0 di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Terlalu lemah alasan yang digunakan oleh Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma), Mohd Syahrir Abdul Aziz ni... sepatutnya beliau buat laporan supaya pihak Polis membenarkan Perhimpunan BERSIH 3.0 tersebut dan suruh pihak Polis jangan ganggu selagi ianya tidak mengganggu gugat keselamatan Negara... jangan bagi pihak Polis tembak Kanister Gas Pemedih Mata dan Meriam Air... baru lah keadaan tidak huru hara.

Kalau setakat lu orang nak hantar pergi stadium dengan mengenakan tambang baik jangan cakap... sebab rakyat nak jimatkan belanja lah orang nak gunakan Dataran Merdeka... baik lu orang cakap Petekma akan Tanggung segala sewa Stadium dan pengangkutan peserta BERSIH 3.0... kan lagi selera Penganjur BERSIH 3.0 dengar... ini setakat nak hantar lepas tu kenakan tambang apa barang lah lu beb... lain kali bila ada acara kat Kuala Lumpur yang terpaksa jalaraya ditutup... lu orang jangan lupa buat laporan polis ok... seperti acara Berbaisikal dengan Pemuda Barisan Nasional atau perkara yang melibatkan Umno/Bn.

 
hemmmmm..... lu orang tanya sikit timbalan presiden petekma ni... dia ketua cawangan umno mana... atau pun mana menteri dia jadi penchacai... kena bagi tahu kat pemandu-pemandu teksi yang mengundi beliau sebagai timbalan petekma... lu orang silap banyak beb... sama silap nya dengan orang yang undi umno/bn selama 54 tahun, kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
 
sumber : Mat Indera Sipejuang

Teori Konspirasi Pemerintahan Tunggal Yahudi Dunia

Mantan pemimpin Cuba Fidel Castro mengupas sebuah teori yang telah sejak lama popular di kalangan kiri atau kanan. Teori itu menyebut bahawa Bilderberg Group, sebuah organisasi bayangan, telah bertransformasi menjadi semacam pemerintahan global dan mengendalikan pelbagai hal. Tidak hanya dalam bidang politik dan ekonomi antarabangsa, bahkan budaya pun tak luput dari kawalan organisasi tersebut.

Mantan presiden Cuba berusia 84 tahun itu pada hari Rabu (18/8) waktu tempatan menulis sebuah artikel yang "memakan" tiga halaman dari surat khabar milik Parti komunis Cuba, Granma yang halamannya hanya berjumlah lapan. Castro sebahagian besar mengutip mentah-mentah dari sebuah buku terbitan tahun 2006 yang ditulis Daniel Estulin, penulis kelahiran Lithuania.

Dalam bukunya yang bertajuk "Rahsia Kumpulan Bilderberg", Estulin menyatakan bahawa kumpulan antarabangsa tersebut mengendalikan sebahagian besar dunia. Kumpulan itu mengadakan forum tahunan rahsia yang dihadiri para politikus, cendekia, dan pengusaha ternama sejak organisasi itu pertama kali ditubuhkan pada 1954 di hotel Bilderberg, Belanda.

Castro tidak mengomentari kutipan tersebut dan hanya menyebut Estulin sebagai seseorang yang jujur ​​dan berpengetahuan luas. Castro juga menyebut buku itu "cerita yang hebat." Seperti dikutip Castro, buku Estulin menyebut golongan jahat dan para pelobi Bilderberg memanipulasi awam "untuk mencipta sebuah pemerintahan global yang tidak kenal batasan dan tidak bertanggung jawab pada sesiapa pun kecuali dirinya sendiri."

Laman web Bilderberg menyebutkan bahawa para anggotanya "hampir tiga hari mengadakan perbincangan secara formal dan rahsia mengenai topik-topik yang dikhuatiri" setahun sekali. Tapi, kumpulan tersebut mendakwa tidak melakukan perkara lain.

Bilderberg mengatakan bahawa pertemuan-pertemuan tersebut bertujuan untuk mendorong masyarakat bekerja sama mengatasi permasalahan polisi besar.

Yang menarik perhatian para pengkritik adalah anggota-anggotanya yang terkemuka. Banyak ahli keluarga Rockefeller, Henry Kissingerm pelbagai pegawai kanan AS dan Eropah serta pengusaha dan pimpinan media antarabangsa turut menyertai.

Kutipan yang diterbitkan Castro menunjukkan bahawa akademi sosialis di Frankfurt School yang hanya diketahui beberapa orang, bekerja sama dengan para ahli keluarga Rockefeller pada 1950-an untuk memuluskan jalan bagi muzik rock agar boleh mengendalikan massa dengan mengalihkan perhatian mereka dari hak-hak sivil dan ketidakadilan sosial . "Orang yang ditugaskan memastikan agar rakyat Amerika menyukai the Beatles adalah Walter Lippmann sendiri," demikian ditekankan dalam kutipan itu, merujuk pada seorang ahli falsafah politik dan bekas kolumnis surat khabar yang meninggal pada 1974. "Di AS dan Eropah, banyak konsert besar muzik rock yang diadakan di tempat terbuka dipergunakan untuk meredam rasa tidak suka dari masyarakat, "demikian ditambah dalam kutipan itu.

Castro memang telah sejak lama mengesyaki pelbagai rencana di balik layar. Ia selalu mempersoalkan serangan 11 September yang diyakininya direka oleh kerajaan Amerika dengan tujuan mengaut wang. Yang lebih baru, ia juga menyebut Washington mendalangi penenggelaman kapal Korea Selatan bulan Mac lalu dan Mengambinghitamkan Korea Utara.

Laman Estulin sendiri menyebutkan bahawa serangan 9/11 kemungkinan disebabkan oleh sejumlah bom nuklear kecil. Ia juga menyatakan bahawa CIA dan para pengedar dadah yang mendalangi kemalangan pesawat yang melintas di atas Lockerbie, Scotland, dan kemudian menyalahkan Libya.

Teori konspirasi Bilderberg memang amat popular di pelbagai spektrum ideologi, bahkan jika mereka tidak setujua dengan yang ingin dilakukan kumpulan itu. Golongan kiri menyebut kumpulan itu mempromosikan dominasi kaum kapitalis, sementara sejumlah laman sayap kanan menyebut Bilderberg yang menempatkan Barack Obama untuk memimpin AS agar memuluskan sosialisme.Sebagian besar tulisan Estulin berdasarkan laporan Big Jim Tucker, seorang penyelidik Bilderberg Group yang menulis di laman-laman sayap kanan.

"Itu cuma materi (cerita) Hollywood, 15 orang duduk dalam sebuah bilik dan menentukan nasib umat manusia," kata Herbert London, presiden Hudson Institute, sebuah think tank yang berpusat di New York.

Saat cuba dihubungi para hari Rabu, American Friends of Bilderberg tidak mengangkat telefon. Laman web kumpulan tersebut juga tidak menyebutkan nombor kenalan.
Sebahagian besar tokoh yang jadi ahli Bilderberg adalah orang-orang Yahudi dan Zionis. Pertemuan tahunan diadakan di pelbagai lokasi di seluruh dunia dan tertutup bagi awam serta media, meski ada sesi sidang akhbar ringkas yang biasanya diadakan pada pengujung setiap pertemuan untuk menceritakan sebahagian topik perbahasan dalam istilah umum.

Area resort dan hotel yang menjadi tempat pertemuan mereka selalu disterilkan dari penduduk dan pengunjung, selain itu, wilayah pertemuan dijaga prajurit bersenjata, pengawal, Secret Service, dan polis tempatan. Semua bilik mesyuarat dan persidangan diimbas terlebih dahulu agar memastikan tidak ada alat penyadap sebelum setiap pertemuan digelar.

Dalam berita yang dimuat laman Rusia, RT, yang telah dikeluarkan saat cuba diakses, dipaparkan wawancara dengan Alex Jones, seorang penyiar radio dan pemerhati politik. Ia menegaskan bahawa Bilderberg berkeinginan membentuk kerajaan dunia yang tertinggi. Kerana sebahagian besar anggotanya Yahudi, maka boleh ditebak bahawa tujuannya adalah membentuk pemerintahan perseorangan Yahudi dunia.

"Ada semakin banyak tokoh pemerintahan di negara-negara Eropah dan Kesatuan Eropah yang menyedari bahawa keputusan sesungguhnya yang mereka ambil dimunculkan pada pertemuan-pertemuan globalis seperti Bilderberg," kata Alex Jones.Jones menambah bahawa Bilderberg Group diam-diam mengatur dan mendirikan Kesatuan Eropah, dan para anggotanya berkeinginan menciptakan pemerintahan dunia.

Kerana ada semakin banyak orang yang menyedari agenda ini, maka organisasi-organisasi macam Bilderberg bimbang bahawa hal itu akan mengancam rancangan mereka. "Struktur kekuatan Anglo-Amerika Belanda ini tersembunyi dan menggunakan tenaga AS dan Inggeris untuk mencipta pemerintahan dunia. Mereka bimbang kerana rakyat Amerika dan lain-lain sudah menyedari fakta bahawa ternyata mereka dipergunakan sebagai mesin penggerak empayar rahsia ini, "kata Jones.
Ia menyebut pertemuan-pertemuan yang digelar organisasi tersebut sebagai pertemuan "komisyen mafia". Menurutnya, pertemuan kumpulan tersebut digelar setiap tahun untuk menentukan agenda dunia pada tahun akan datang.

"Dua tahun lalu, saya pergi ke Virginia dan membuat liputan mengenai Bilderberg Group. Dari data perisikan yang kami peroleh, diketahui bahawa terpilihnya Obama memang sudah diagendakan, demikian juga mundurnya Hillary dari kempen presiden. Hal itu dilakukan dua hari selepas kami mengumumkannya. Kami berjaya mengetahui bahawa Bilderberg Group merancang lonjakan harga minyak hingga $ 150 per barel. Saat itu orang-orang mentertawakan kami, tapi terbukti bahawa hal itu memang terjadi, "kata Jones.
Jones mengatakan bahawa Bilderberg Group adalah "bentuk tertinggi pemerintahan dunia". Ia menambah bahawa Bilderberg menyebarkan propaganda publiknya melalui Forum Ekonomi Dunia Davos dan juga pelbagai acara kemanusiaan lain.

sumber dari konspirasi.com

Tanda-tanda Matinya Hati

Wednesday, April 25, 2012

Hati adalah tempat mangkalnya berbagai perasaan, tumbuh kembang antara kebaikan dan keburukan. Hati juga menjadi sumber ilham dan permasalahan, tempat lahirnya cinta dan kebencian, serta muara bagi keimanan dan kekufuran.

Hati juga sumber kebahagiaan jika sang pemiliknya mampu membersihkan berbagai kotorannya yang berserakan, namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika sang
empunya gemar mengotorinya.

Hati yang kotor hanya akan menyebabkan kapasiti ruangnya menjadi rimas, sumpek, gelap, dan bahkan mati. Jika sudah mati seluruh komponen juga akan turut mati. Dalam makna yang sama, Abu Hurairah RA berkata, "Hati ibarat panglima, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika panglima itu baik maka akan baik pulalah tenteranya. Jika raja itu buruk maka akan buruk pula tenteranya. "

Pada akhirnya kita boleh mengenali dalam keadaan apa hati seseorang itu mati. Di antaranya adalah pertama, taarikush shalah, meninggalkan solat dengan tanpa uzur atau tidak dengan alasan yang dibenarkan oleh syar'i. (QS Maryam [19]: 59).

Imbas dari seringnya meninggalkan solat adalah kebiasaan menurut hawa nafsu. Dan, kalau sudah demikian, dia akan menabung banyak kemaksiatan dan dosa. Ibnu Mas'ud menafsirkan kata 'ghoyya' dalam ayat tersebut dengan sebuah aliran sungai di Jahannam (neraka) yang makanannya sangat menjijikkan. Bahkan, tempatnya sangat dalam dan diperuntukkan bagi mereka yang membiarkan dirinya larut dalam kemaksiatan.

Kedua, adz-dzanbu bil farhi, melakukan kemaksiatan dan dosa dengan bangga. Alih-alih merasa berdosa dan menyesal, justeru si pemilik hati yang mati, ia teramat menikmati kemaksiatan dan dosanya. (Surah al-A'raf [7]: 3).

Ketiga, karhul Qur'an, benci pada Al-Quran. Seorang Muslim, jelas mempunyai pedoman yang menyelamatkan, iaitu Al-Quran. Tapi, justeru ia enggan berpedoman dan mencari selamat dengan kitab yang menjadi mukjizat penuntun sepanjang zaman ini. Bahkan, ia membencinya dan tidak senang terhadap orang atau sekumpulan orang yang berkhidmat dan bercita-cita luhur dengan Al-Quran.

Keempat, hubbul ma'asyi, gemar bermaksiat dan mencintai kemaksiatan. Nafsu yang diperturutkan akan membawa mata hatinya tertutup, sehingga susah mengakses cahaya Ilahi. Sehingga, ia lebih senang maksiat daripada ibadah.

Kelima, asikhru, sibuk hanya mempergunjing dan buruk sangka serta merasa dirinya selalu lebih suci. Keenam, ghodbul ulamai, sangat benci dengan nasihat baik dan fatwa-fatwa ulama. Kemudian, qolbul hajari, tidak ada rasa takut akan peringatan kematian, alam kubur, dan akhirat.

Selanjutnya, himmatuhul Bathni, gila dunia bahkan tidak peduli halal haram yang penting kaya. Anaaniyyun, masa bodoh terhadap keadaan dan urusan orang lain. Keluarganya menderita, dia tetap saja cuek. Al-intiqoom, pendendam hebat, al-bukhlu, sangat pelit, ghodhbaanun, cepat marah, angkuh, dan pendengki. Na'udzubillah. Semoga kita semua dijaga dari hati yang mati

sumber dari republika.co.id

Oh, Begini Kerja Kau Hamidah? Merobohkan Gerai Makan Orang Melayu?

Ipoh, 22 April : Akibat janji kosong seorang Adun Umno/BN, seorang peniaga gerai makanan Melayu di Pengkalan Pegoh terpaksa menerima padahnya pagi ini.

Sepasukan penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh bertindak tanpa belas kesihan, merobohkan premis kedainya yang sudah bertapak di situ sejak 17 tahun yang lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancungan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman sebelum ini telah menabur janji manis kepada beberapa orang pemilik kedai yang menumpang diatas tanah rizab jalan di sepanjang Jalan Pengkalan Pegoh-Simpang Pulai.

Hamidah berjanji bahawa satu tapak berniaga – Medan Selera akan diwujudkan berdekatan kawasan berkenaan untuk para peniaga yang terlibat.

"Tetapi, pagi ini, sepasukan petugas MBI datang lalu merobohkan bangunan kedai ini tanpa ada tolak ansur lagi atau rundingan,” kata pemilik kedai makan itu pilu bercampur geram.

Orang ramai sekadar bersimpati meliahat sebuah gerai makanan yang sudah lama bertapak di situ sejak 17 tahun lalu di robohkan oleh sepasukan penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh pagi ini.


Menurut suami pemilik gerai tersebut, En Lot bin Amin, dia telah membeli kedai tersebut dari pemilik asal yang juga pemilik rumah dibelakang gerai tersebut.

Kenapa hanya gerai ini sahaja yang dirobohkan?

"Tidak berapa lama kemudian, rumah di belakang itu telah dijualnya pula. Maka pembeli baru rumah itulah yang membuat komplen dan menimbulkan masalah kepada saya ,” terang Lot.

"Gerai saya ni menghalang pandangan rumahnya. Maka kini, kedai saya pagi ini telah dirobohkan,” beliau berkata dengan sedih.

Menurutnya, MBI ada memberi notis amaran, tetapi susulan telah dibuat dan notis tersebut telah ditangguhkan.

Ditanya samada beliau telah menghubungi Adun di situ, Hamidah Osman. Beliau menjelaskan sudah dibuat dahulu dan Hamidah telah berjanji akan memberikan tempat alternatif kepada mereka, peniaga-peniaga macam dirinya.

Akhbar Sinar 17 Oktober 2011 lalu, telah menyiarkan berita berkaitan isu ini dengan kepala tajuk, NOTIS DITANGGUH : HAMIDAH. (Klik Gambar Sinar untuk besarkan)

Menurut laporan tersebut, Hamidah telah mendapat persetujuan dengan pihah yang mengeluarkan notis iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah untuk menangguhkan sebarang tindakan ke atas premis yang terlibat.

Laporan Sinar tersebut turut menyebut janji manis Hamidah kepada pemilik-pemilik kedai di situ bahawa satu tapak berniaga akan diwujudkan berdekatan kawasan berkenaan.

"Saya mencadangakan agar kawasan seluas 0.8 hektar yang kini berpaya di kawasan berhampiran ditambak dan dibangunkan menjadi kawasan ganti kepada peniaga.”

Demikian janji-janji manis Hamidah Osman , untuk membangunkan sebuah medan selera khusus untuk para peniaga yang mendirikan gerai makan diatas tanah rizab jalan sepanjang jalan Pengkalan Pegoh.

Beginilah kerja Hamidah - tidak ambil berat masalah
rakyat. Mana kamu Hamidah? Tak mandang pagi tadi.

"Janji tinggal janji. Pada 28 Mac lalu Hamidah telah datang ke kedai ini dan menyuruh kami runtuhkan kedai ini atau akan dia akan runtuhkan nanti” adu pemilik kedai yang dirobohkan pagi ini. Pada 29 Mac kami dpt surat ini.” Sambil mengunjukan sekeping surat yang maksudkan.(lihat gambar atas)

Beginilah kerja Hamidah, Masanya habis dibuang dengan menyibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Masalah rakyat diperlekehkan.Kalau Hamidah tunaikan janjinya, perkara buruk sebegini tentu dapat dielakan dan rakyat tidak akan teraniaya.

Sembahyang hajat untuk galakkan orang-orang bertelanjang?



Sembahyang hajat untuk galakkan orang-orang bertelanjang? Berat nannang puok-puok ning...orang tranung kate cappur bimbor sekali doh antara yang ma'ruf dan yang mungkar. Tu pun kata kat orang Parti Ajaran Sesat lagi tu..adolaa..pelik-pelik..



Cer bace berita di bawoh;



Terengganu bina dewan baru untuk pembangunan sukan gimnastik

21 April 2012 (Sinar Harian)

MARANG - Terengganu buat julung kalinya akan mempunyai sebuah dewan gimnastik apabila dewan yang berharga hampir RM1 juta di Kampung Pak Su Man, Bukit Payong siap dibina April tahun depan.



Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu Zainal Abidin Hussin berkata dewan tersebut akan memberi menfaat kepada atlet gimnastik yang kebanyakan berada di sekitar Bukit Payong untuk berlatih.



"Kita harap pembangunan sukan gimnastik di Terengganu akan lebih berkembang dan maju setanding dengan negeri yang lain pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Solat Hajat sempena pembinaan dewan gimnastik itu.



Zainal Abidin berkata kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama untuk membina dewan tersebut.



Beliau berkata sekarang ini kerajaan negeri sedang memberi tumpuan kepada sukan yang kurang popular seperti gimnastik supaya sukan itu lebih berjaya di negeri ini pada masa akan datang.



Zainal Abidin berkata kawasan seluas kira-kira dua hektar digunakan untuk pembinaan dewan gimnastik itu yang diharap akan melahirkan ramai atlet gimnastik yang berjaya dalam sukan itu pada masa depan.



Beliau berkata ketika ini, latihan gimnastik dijalankan di dewan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) Bukit Payong berikutan dewan gimnastik Sekolah Padang Mengkuang didapati tidak selamat.



Katanya sebahagian besar atlet gimnastik negeri Terengganu sekarang ini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Payong dan sekitarnya di samping Sekolah Sukan Bukit Jalil.



Terengganu menggunakan kepakaran jurulatih dari China iaitu Yang Gang, 50, serta dibantu jurulatih tempatan Halimin Madun untuk memberi tunjuk ajar kepada atlet gimnastik negeri ini./Bernama

TOLAK STADIUM - BERSIH BUKAN MAHU MAIN BOLA PADA 28 APRIL NANTI

 



Oleh: WFAUZDIN NS

TINGGAL dua tiga hari saja lagi rakyat akan DUDUK DAN BANTAH di Dataran Merdeka. Menteri awalnya kata, tiada masalah sebab perhimpunan itu dari pengalaman yang lalu tidak mengancam keselamatan negara. Rakyat memang sudah lama berkata sedemikian kecuali beberapa golongan yang tidak bertamaddun akibat termakan dengan hasutan media berlidah Syaitan yang menjalankan propaganda kononnya negara ini bakal `kiamat' jika BERSIH berhimpun.

Apa tujuan BERSIH, samada BERSIH 1.0, 2.0 dan bakal tiba BERSIH 3.0? Tidak lain tidak bukan adalah untuk memulihkan kembali demokrasi dan sistem Pilihanraya di negara ini yang semakin `menjakunkan'. Maka, sesiapa yang tidak suka BERSIH ertinya mereka suka kotor. Yang suka pada kekotoran ini hanyalah hantu dan syaitan. Sekarang ini, DBKL pula mengambil alih peranan PDRM sebelum ini di dalam isu BERSIH. Tidak mustahil selepas ini RELA pula akan mengambil alih. Dataran Merdeka hak rakyat, DBKL hanyalah amanah untuk menjaganya. Jika BERSIH hadir untuk DUDUK DAN BANTAH tanpa merempit, tanpa konsert, tanpa perbarisan, tanpa lakukan maksiat, tanpa ada tarian tiang dan sebagaimana lazimnya di situ, apakah DBKL masih ragu-ragu dengan BERSIH?

Kami boleh beri jaminan selepas Himpunan BERSIH 3.0 nanti, DBKL tidak akan menjumpai hatta satu pun plastik kondom di kawasan berkenaan. Berbanding jika sebelum ini dataran tersebut digunakan untuk tujuan konsert atau Jom Heboh, kami tiada jaminan seperti itu. Semalam terdapat sekumpulan pemandu teksi yang sanggup menghantar peserta-peserta BERSIH nanti ke Stadium jika lokasi tersebut dipilih oleh BERSIH untuk berhimpun pada 28 April ini.

Terima kasih banyaklah kepada pemandu-pemandu teksi yang `pemurah' itu. Kami tidak mahu menyusahkan kamu yang kebanyakannya sudah sememangnya susah melainkan tokeh-tokeh kamu yang memiliki permit/AP teksi sahaja yang kaya raya. Rakyat yang bakal berhimpun sudah biasa berjalan kaki dan datang sendiri, bukan seperti lembu-lembu yang sudah terbiasa dengan pengangkutan dan makan percuma setiap kali menyambut pemimpin lembu datang. Bahkan,lebih hebat lagi lembu yang berada di dalam kondo sekarang.

Dataran Merdeka adalah tempat terbaik buat BERSIH. Memperjuangkan kemerdekaan demokrasi harus bermula di Dataran Merdeka. Stadium Bukit Jalil, Stadium Merdeka atau sebagainya jangan diganggu rumput di padang berkenaan. Sewaktu Najib mengumpulkan para belia dahulu, Najib pun tidak gunakan Stadium, beliau mengumpulkan mereka di Putarajaya. Jadi, tidak timbul masalah lokasi asalkan perhimpunan itu aman dan terkawal.

Muktamadnya di Dataran Merdeka. Jika BERSIH mengubahnya ke stadium, aku pun malas mahu masuk stadium kecuali BERSIH mahu adakan perlawanan Bola Sepak persahabatan di situ.

Kita kenal lelaki ini ?

 
Pasti ramai di kalangan kita tidak mengenalinya.
dia b...ukan artis yang mengisi dada-dada akhbar hiburan,
bukan juga ahli parlimen yang kebanyakannya sekadar memberi janji-janji kosong.

Telah Islam di tangannya lebih daripada 11 juta penduduk Afrika dalam jangkamasa 29 tahun beliau menyebarkan dakwah Islam di Afrika.

Membina 5700 buah masjid.
Menjaga seramai 15000 anak yatim.
Menggali 9500 telaga di Afrika.
Mendirikan 860 buah sekolah,
4 universiti dan
204 buah Pusat Islam.

Beliau ialah Syeikh Dr. Abdurrohman as Semait (عبد الرحمن السميط).
Berasal dari Kuwait.
Mengambil bidang kedoktoran !
Pernah dipenjarakan sebanyak dua kali.

Dia bukan mengambil jurusan Syariah atau Usuluddin, tapi mengambil jurusan kedoktoran yang berjiwa "syariah" dan "usuluddin" !

Lalu kita di mana ?

Allah SWT takjub dengan solat berjemaah

 
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Solat berjemaah lebih afdal (utama) daripada... solat bersendirian dengan 27 kali ganda.” – (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyatakan bahawa ada tujuh golongan manusia yang Allah akan tempatkan mereka di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan-Nya (pada hari kiamat). Salah satu dari tujuh golongan berkenaan ialah lelaki (termasuk wanita) yang hatinya (sentiasa) terikat dengan masjid.

Allah SWT berasa takjub dengan solat berjemaah seperti sabda Nabi SAW: “Daripada Abdullah bin Umar ra., katanya: Satu hari saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah takjub (kagum) dengan solat yang didirikan secara berjemaah”. – (Hadis riwayat Ahmad).

Dengan solat berjemaah di masjid, mudah-mudahan pelbagai ganjaran dapat diraih Muslim, bukan cuma ganjaran 27 kali ganda, tetapi ditambah lagi dengan kurniaan Allah yang besar lantaran memakmurkan rumah-Nya seperti Nabi SAW bersabda: “Barang siapa pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang (untuk beribadah/solat berjemaah), Allah akan menyediakan untuknya satu tempat tinggal di syurga setiap kali ia pergi pada waktu pagi atau petang (sentiasa tersedia hal yang sama).” – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Diriwayatkan bahawa Ubaidullah bin Umar al-Qawariri iaitu guru kepada Imam Bukhari dan Imam Muslim berkata bahawa dia (Ubaidullah) tidak pernah ketinggalan solat Isyak berjemaah. Tetapi pada satu malam datang seorang tetamu ke rumahnya menyebabkan dia ketinggalan berjemaah Isyak disebabkan sibuk melayani tetamunya.
Sebaik tetamunya pulang, dia pun bergegas ke masjid di Basrah, didapati semua orang telah menunaikan solat Isyak dan masjid telah ditutup, lalu dia balik ke rumah dengan perasaan hampa.
Oleh kerana hadis Nabi SAW menjelaskan bahawa solat berjemaah itu ganjarannya 27 kali ganda, maka beliau pun sembahyang Isyak 27 kali.
Beliau lalu tidur dan bermimpi seolah-olah bersama satu kaum yang sedang mengembara dengan menunggang kuda tetapi dia tidak dapat mengekori orang lain. Salah seorang dari mereka menoleh ke belakang kepadanya, lalu memintanya tidak memenatkan kudanya kerana dia tidak akan mampu mengikuti kaum itu.
Ubaidullah bertanya kenapa. Lelaki itu menjawab kerana mereka solat Isyak berjemaah, sedangkan dia solat bersendirian (ternyata walaupun melakukan 27 kali solat Isyak bersendirian tidak sama nilainya dengan sekali solat Isyak berjemaah). Tidak lama kemudian Ubaidullah terjaga dalam keadaan sedih. Lalu dia memohon pertolongan dan taufik daripada Allah SWT.
Anugerah Allah SWT terhadap orang yang solat berjemaah bermula daripada terpautnya hati seseorang hamba Allah dengan masjid, disusuli dengan langkahnya menuju ke masjid kerana keinginan solat berjemaah hinggalah selesai solat dan kembali ke rumah

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate