YANG MASIH PANAS...

Pengundi Melayu bandar juga tolak BN



Abd Shukur Harun,07 Mei 2013
Mengatakan keputusan PRU Ahad lalu sebagai ‘tsunami Cina’ adalah tanggapan yang sangat salah, tidak bertanggung jawab, tidak rasional dan masih lagi meniupkan sentimen perkauman.

Tanggapan seumpama ini menggambarkan pemikiran sempit dan emosi pemimpin Umno/BN. Ia juga menggambarkan pemimpin Umno ini tidak mengakui kebangkitan rakyat pelbagai kaum yang mahukan perubahan. Oleh itu, mestilah diakui bahawa keputusan PRU yang lalu adalah manifestasi ‘tsunami rakyat’ yang menolak rasuah, perkauman, tidak amanah, kronisme dan pelbagai lagi. Ini antara asas penolakan rakyat kepada Umno/BN dalam PRU itu.

Pelbagai bukti yang amat nyata ialah bahawa apa yang berlaku pada Ahad, 5 Mei itu bukan ‘tsunami politik Cina’ tetapi adalah kesedaran dan kebangkitan rakyat pelbagai kaum, disebabkan:

+ Majoriti pengundi Cina menolak Umno/BN bukan kerana mereka membenci Melayu tetapi merka benci kepada penyelewengan kuasa, rasuah, mengkayakan segelintir kroni dan amalan nepotisme.

+  Pengundi Cina, malah Melayu juga yang tinggal di bandar dan semi bandar sangat benci dengan kempen perkauman yang ditaburkan, berbanding di luar bandar, mereka ini hanya mendapat maklumat dari media tradisional – TV dan akhbar.

+  Pengundi bandar dan semi bandar mendapat maklumat daripada pelbagai sumber media baru yang jauh lebih luas dan terbuka. Oleh sebab itu, melalui sumber ini, mereka tahu akan penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh orang-orang berkuasa. Mereka tidak lagi mempercayai apa yang ditayangkan di TV dan akhbar. Malah sudah ramai orang kampung, termasuk di tanah rancangan Felda sendiri, sudah melahirkan rasa bosan mereka dengan propaganda yang dihidangkan oleh media tradisional ini.

+ Masih ramai lagi pengundi Melayu dan India yang menyokong calon Barisan, terutama di kawasan pedalaman.

+  Kehadiran sekitar 40 peratus pengundi muda pelbagai kaum (kali pertama dan kedua) - yang berbaris panjang untuk mengundi di banyak tempat mengundi, terutama di bandar dan semi bandar. Mereka ini pengundi yang berfikiran sangat kritikal, menolak perkauman, benci kepada kempen lucah, ganas dan kesat. Oleh sebab itulah mereka menolak Umno/BN.

Malah ramai anak peneroka Felda sendiri, termasuk anak gadis mereka, yang membawa bendera dan sepanduk serta memakai baju PAS/DAP/PKR pada hari penamaan calon, khususnya di negeri Johor yang menjadi ‘kubu terakhir’ Umno yang sedang mengalami kemerosotan itu.

+  Ramainya pengundi bandar dan semi bandar – dari kelas menengah rendah dan sederhana – yang mengundi calon Pakat Rakyat. Tanda sokongan besar-besaran mereka bermula daripada ceramah Pakatan Rakyat yakni mereka hadir beramai-ramai bersama kaum Cina. Malah ramai antara mereka yang ikut mengisi tabung derma di majlis ceramah, sama ada ceramah PAS, PKR ataupun DAP.

Mereka ini sudah menjauhkan diri dari sikap perkauman dan agama yang sempit. Mereka sangat terbuka kerana terdedah kepada pelbagai maklumat daripada media baru yang dibawa oleh teknologi baru.

+  Sokongan pengundi Cina bukan saja kepada calon DAP, malah kepada calon PAS dan PKR juga. Ini manifestasi bahawa tembok perkauman, khususnya di bandar dan semi bandar telahpun runtuh. Malangnya Umno/BN enggan mengakui hakikat ini.

+ Pengundi yang menolak BN benci melihat lagak pemimpin Umno/BN yang bermewah-mewah justeru mereka tahu datang dari mana duit dan harta mereka.

+  Pengundi yang menolak Umno/BN merasakan mereka menjadi mangsa kepada meningkatnya harga barang keperluan harian, harga rumah yang mahal tidak mampu dibeli kerana pendapatan mereka rendah.

+  Mereka merasa menjadi mangsa kepada bayaran tol lebuh raya yang begitu lama, menyebabkan mereka merasa sangat terbeban. Begitu juga harga kereta yang mahal, sedangkan mereka sangat perlu menggunakannya untuk urusan kerja dan sebagainya, disebabkan sistem pengangkutan awam sangat buruk.

+  Mereka merasa sangat terbeban dengan pembayaran PTPTN. Memang ada kebenaran pendapat penganalisis, bahawa keputusan PRU ke-13 ini bukanlah semudah ‘tsunami Cina’ seperti didakwa oleh Najib Tun Razak. Akan tetapi peralihan besar pengundi bandar dan kelas menengah yang menyaksikan jurang antara bandar-luar bandar Malaysia semakin luas.

Penganalisis itu menyatakan, walaupun wujud peningkatan sokongan kaum Cina terhadap Pakatan Rakyat (PR), tsunami politik juga telah melanda ‘sebahagian besar daripada pengundi Melayu, iaitu di antara mereka adalah pengundi kelas menengah dan kelas atas.

Menurut penganalisis politik Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dalam The Malaysian Insider,  majoriti DAP meningkat juga kerana rasa tidak puas hati pengundi muda Melayu. Kesimpulannya, untuk melabelkan polarisasi kaum adalah terlalu mudah.

DAP berjaya melumpuhkan MCA dalam PRU kali ini dengan penasihatnya Lim Kit Siang mengalahkan Pengerusi BN Johor Datuk Abdul Ghani Othman dengan 14,762 undi di kerusi Parlimen Gelang Patah, selain merampas Kulai, Kluang dan Bakri di Johor.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengatakan parti komponen BN itu tidak akan mengambil apa-apa jawatan kerajaan selepas menang hanya tujuh kerusi Parlimen, kurang separuh daripada 15 kerusi Parlimen dimenangi dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mengatakan bahawa BN bukan saja mendapat kurang kerusi di Parlimen dan Dun berbanding 2008, akan tetapi turut kehilangan undi popular buat pertama kali sejak 1969.

Daripada 11,257,147 pengundi berdaftar kali ini, sejumlah 5,623,984 (49.96 peratus) pengundi memilih PR di peringkat Persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53 peratus) yang diperolehi BN.

Kesimpulannya, menurut pendapat saya, pemimpin BN masih belum bersedia menerima hakikat yang berlaku ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate