YANG MASIH PANAS...

PENTINGNYA DAKWAH DI DALAM RUMAH


Seorang Kanak-kanak Perempuan di salah sebuah Sekolah di Perancis memakai Tudung labuh/Jilbab di sekolahnya setiap waktu ke sekolah.
Mungkin atas sebab peraturan sekolah gurunya telah menasihatinya berkali-kali supaya menanggalkan Tudungnya,
Namun setelah beberapa kali dinasihatinya,
guru tersebut gagal membuatkan kanak-kanak tadi mengikuti perintahnya.
Maka guru tersebut pun dengan nada merayu
“Apa lagi cara supaya saya dapat menanggalkan tudungmu?”,

dan anak muridnya mengatakan
“Wahai cikgu, ambilah sebilah pedang dan sembelih leher saya,
barulah cikgu dapat menanggalkan tudung saya ini”.




Darimana datangnya semangat yang tinggi ini?,
tentulah menerusi perantaraan dakwah dari rumah.

Begitu juga dengan kisah seorang kanak-kanak islam di London,
Seorang guru bertanya kepada anak muridnya apabila besar nanti nak jadi apa (cita-cita) ?.
Maka ramai anak muridnya mengatakan ingin menjadi
Doktor, Lawyer, Engineer, Guru dan sebagainya.

Namun seorang anak muridnya mengatakan
“Saya ingin menjadi seperti Sahabat-sahabat nabi.”

Gurunya hairan kerana tidak ada dalam Kamus Dewan ke, Oxford ke, pekerjaan tersebut.
Setelah ditanya oleh gurunya,
muridnya mengatakan supaya kalau gurunya nak tahu sangat bolehlah bertanya dengan ibunya. Dipendekkan cerita guru tadi pun pergi berjumpa dengan ibu anak muridnya tadi.
Setelah ditanya, ibu murid tadi pun menerangkan tentang SIAPA SAHABAT dan menerangkan tentang ISLAM pada guru tadi.
Setelah mendengar penjelasan ibu tadi,
guru tersebut pergi dan datang kembali keesokan harinya dengan membawa ahli keluarganya yang lain untuk menyatakan hasrat mereka untuk MENERIMA ISLAM.




Ini merupakan cerita benar dan bukannya cerita Penglipur lara seperti Sang Kancil dan Buaya.
Inilah pentingnya dalam rumah ada suasana dakwah dan taklim taklum (ajar mengajar) dalam rumah. Sang Suami buat dakwah di luar,
sang ibu buat dakwah dalam rumah dengan anak-anak dan tetamu yang datang.
Sebab itu jemaah masturat (suami isteri) keluar di jalan Allah untuk bentuk fikir agama bagi kaum wanita.
Golongan ibulah yang meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak di rumah.
Apabila golongan ibu mempunyai fikir atas agama maka anak-anak akan ditarbiah mengikut Sunnah seperti mana para sahabiah telah asuh anak-anak mereka di rumah.
Oleh itu, dari rumah-rumah sahabat keluar hafiz-hafiz quran, alim dan daie’2 pembantu agama Allah.

Di Perancis sendiri, asbab usaha Masturat disana maju,
lebih kurang 200 ribu golongan wanita telah kembali pada Islam dan lengkap dengan Hijab pada tahun 2008 sahaja (karkuzari/laporan jemaah 4bulan Negara Jauh).

Dengan penglibatan golongan wanita dalam usaha agama/dakwah,
hidayat akan cepat tersebar dengan izin Allah.
Begitu juga sebaliknya.
Ulama bagitahu seperti mana, Nabi Nuh as telah buat dakwah selama 950 tahun,
namun segelintir sahaja yang beriman asbab tentangan daripada Isteri dan anaknya.

Sebaliknya, Hidayat cepat tersebar apabila wanita turut sama dalam dakwah seperti mana kefahaman agama dan dorongan daripada Siti Hajar ke atas Nabi Ibrahim dan Daripada Khadijah r.ha pada Nabi SAW. Wallahu a’lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate