YANG MASIH PANAS...

CHONG WEI TEWAS TAPI DAPAT PUJIAN, BIK MAMA TERUS DIHENTAM

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH buat Lee Chong Wei yang telah berjaya menjadikan perlawanan malam tadi amat hebat walaupun akhirnya Chong Wei kecundang di tangan Lin Dan seterusnya beliau hanya mampu memiliki Pingat Perak buat Malaysia.

Ada hikmahnya kekalahan Chong Wei itu. Pertama sekali, kekalahan beliau akan dapat mencelikkan mata BAM untuk memikirkan apakah negara kita tiada pelapis sekiranya Chong Wei bersara dalam masa terdekat ini. Keduanya, Chong Wei mungkin boleh memikirkan samada beliau perlu bersara sebelum `hutang' nya ke atas Lin Dan belum terbayar? Harapan kita Chong Wei akan terus bermain untuk negara kerana buat masa ini negara langsung tiada pelapis yang kualitinya mencapai walaupun separuh dari kualiti Chong Wei.



Hikmah ketiga, kekalahan Chong Wei menyelamatkan kita daripada menyaksikan adegan peluk memeluk di antara Bik mama dengan Chong Wei. Adegan ini pernah kita saksikan dahulu di mana Chong Wei `lemas; seketika dicelah ketiak Bik mama. Peluk memeluk ini kesukaan Bik mama mungkin kerana kurangnya amalan ini dipraktikkan di rumah, justeru itu tidak hairanlah `semangat' Bik mama lain macam apabila memeluk Salman Khan satu ketika dahulu.

Sekadar peluk tidak mengapa tanpa nafsu, mungkin itu adalah komen Masitah jika ditanya hukumnya memeluk lelaki dewasa yang bukan muhrim. Menjelang perlawanan akhir semalam, diberitakan Bik mama bergegas ke London untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Maka riuh rendah di dalam FaceBook dan Blog merayu-rayu agar Bik Mama jangan datang ke sana. Mereka merayu kerana di antara mereka tidak mahu `suwey' menimpa.

Jangan percaya pada `suwey' walaupun mungkin ada `suwey' pada Bik mama. Kekalahan Chong Wei semalam tiada kena mengena dengan kehadiran Bik mama tetapi ramai yang memuji Chong wei selepas perlawanan tersebut di dalam masa yang sama Bik mama dikutuk rapat. Mengapa sampai begitu sekali orang meluat dengan betina ini? Usah ditanya kepada para penyokong Pembangkang, tanya kepada ahli-ahli dan wanita Umporno pun mereka tahu jawapannya. yang jelas, cincin dan beg Bik mama tidak mampu menyelamatkan Chong Wei.

Sebelum ini orang pernah salahkan laki Bik mama apabila Kelab MU tewas kerana dikatakan laki beliau yang sinonim dengan ayat 'haramjadah' itu adalah penyokong MU. Kebetulan sewaktu MU bermain, laki Bik mama ada menonton. Maka, kalahnya MU dikaitkan juga dengan `Suwey" laki beliau. Begitulah apabila diri dibenci orang, serba yang dibuat semua tak kena.

Kesimpulannya, kita boleh ucapkan tahniah kepada Chong Wei kerana berjaya mendapatkan Pingat Perak buat negara. Cukuplah dengan Perak, diharapkan boleh sedikit membasuh malu akibat ditertawakan orang luar tentang `comot'nya pakaian kontijen kita sewaktu perbarisan perasmian baru-baru ini. Selepas ini, jangan kita mimpi untuk melihat pengurusan BAM dirombak atau untuk kita melihat Menteri yang menjaga Sukan meletakkan jawatan akibat membawa kontijen yang `comot' kali ini. Di negara ini, usah harap mahu lihat mereka meletakkan jawatan akibat kegagalan//wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT

Membangun Bersama Islam

Blog Archive


"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikut Melalui Email

Translate