YANG MASIH PANAS...

Ketua Agama Berfoya, Terpeliharakah Agama Islam?

Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, manakala Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda, negeri yang tidak mempunyai Raja dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Peruntukan sama wujud dalam perlembagaan negeri.  
Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu tradisi yang menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ia juga merupakan satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara kesucian Agama Islam. Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ada disebut ikrar baginda untuk memelihara kesucian Agama Islam.

“...Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” - Petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong).
Raja Muda Selangor melawat Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang
Bukan hanya Yang di-Pertuan Agong, malah semua Raja-raja Melayu berikrar untuk memelihara kesucian Agama Islam semasa mengangkat sumpah.
Kita sebagai rakyat pula sentiasa diingatkan untuk mentaati Raja-raja. Setiap kali khutbah Jumaat dibacakan, lazimnya dalam doa kedua khutbah ada dibacakan doa untuk Raja-raja dan pasangan mereka, pewaris takhta serta putera puteri Sultan dan cucu-cucu baginda.

Sultan dan Raja Muda Selangor berbuka puasa dan merasmikan Masjid

Bukan setakat doa kepada Raja-raja, tetapi khutbah Jumaat juga disediakan teks untuk mengingatkan rakyat untuk mentaati Raja, contohnya khutbah Jumaat Negeri Perlis pada 18 Mei bertajuk "Raja Berdaulat, Perlembagaan Dijunjung, Sejahtera Rakyat, Negeri Disanjung". Sebelum itu, pada 13 April pula, khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM adalah bertajuk "Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Tonggak Perpaduan Ummah". Sememangnya rakyat sentiasa diingatkan Raja-raja adalah Ketua Agama Islam di bumi Malaysia ini dan oleh itu perlu menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi.

Persoalannya, apakah sebenarnya peranan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam? Adakah hanya berperanan berbuka puasa di Masjid-masjid atau merasmikan masjid dan surau yang baru?

Artikel Cicit Daeng bertarikh 23 Julai 2012 bertajuk Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi'i menyingkap kisah Raja Arab Saudi dan kaum kerabatnya yang tidak terlepas daripada melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran Islam walaupun digelar Custodian of the Two Holy Mosques atau Penjaga Dua Masjid Suci. Di Arab Saudi atau di bumi Malaysia ini, sama saja tingkah laku Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam, begitu juga dengan kaum-kerabat mereka. Jika Raja Arab dan kerabatnya melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik jubah mereka, tiada bezanya Raja-raja Melayu dan kerabatnya yang melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik baju Melayu dan songkok - terus nampak islamik!

Tidak banyak untuk dibicarakan dalam blog entry kali ini. Biarlah gambar-gambar yang berbicara dengan sendirinya. Diharapkan Perkasa akan terus memperjuangkan taat setia dan sanggup ke titisan darah yang terakhir bagi melindungi Raja-raja Melayu, seperti yang dijanjikan semasa perisytiharan perhimpunan "Raja Berdaulat Kasih Dijunjung" pada 29 April yang lalu.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis (atau Nur Lisa Idris) dan teman wanitanya
Bercuti di Pulau Redang bersama kekasih. Dinner tidak lengkap tanpa air kencing syaitan


Berpicnic di London bersama kekasih hati, tidak ketinggalan air kencing syaitan tetap ada
Party, party, party! Itu telah menjadi darah daging kebanyakan anak cucu Ketua Agama Islam bumi Malaysia
AWAS 18SX

Mungkin kah wanita bernama Stephanie Hancox ini bakal menjadi Tengku Ampuan Selangor?
Tatkala rakyat negeri Selangor sedang menadah tangan meng'amin'kan doa untuk Raja Muda Selangor pada setiap hari Jumaat, mungkin pada masa itu baginda sedang bergembira di disko dan membasah tekak dengan minuman champagne Moët & Chandon.

Mungkin juga tatkala khutbah Jumaat dibacakan untuk mengingati rakyat jelata untuk mentaati Raja-raja Melayu kerana mereka itulah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri di bumi Malaysia ini, mungkin pada masa itu baginda sedang sibuk melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

sumber : MalaysiaCrisis.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT

Membangun Bersama Islam

Blog Archive


"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikut Melalui Email

Translate