Setiap orang semestinya mahu pengakhiran hidupnya dalam keadaan baik. Khusnul khatimah. Namun bagaimanakah kita mahu mencapai khusnul khatimah jika kita masih tidak beramal dengan segala perintah Allah SWT.
Pada 20 Feb 2014 , kita di kejutkan lagi dengan satu berita seorang hamba Allah SWT telah menghadap Ilahi dalam keadaan sedang bersolat. Sepertimana sebelum ini pada ogos tahun lepas di bangi seorang bilal meninggal sewaktu sujud dalam solatnya.
Pasir Mas: “Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini.
“Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya.
Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata, kejadian berlaku ketika kira-kira 60 jemaah sedang solat Isyak pada rakaat pertama sebelum dia terdengar bunyi seperti benda jatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan