Ni nak bawa pembaca2 untuk melihat kebesaran Allah S.W.T iaitu
Kincir Air Nabi Yusuf kat bandar Fayyoum, Mesir. memang betullah
orang kata bandar Fayyoum ialah antara
bandar yang paling subur kat negara Mesir ni.
Terkejut aku ada jugak tempat kat Mesir ni persekitarannya
macam negara kita la, ada rumput,
banyak pokok, ayam dan keldai(bukan lembu la, ha3) berkeliaran...
biasanya tempat2 lain kebanyakan bangunan2 dan padang pasir kosong je..
''Yusuf berkata kepada raja: jadikanlah aku seorang yang
berkuasa untuk mengelola (hasil) bumi (Mesir); sesungguhnya aku
adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan." (Surah Yusuf ayat55)
berkuasa untuk mengelola (hasil) bumi (Mesir); sesungguhnya aku
adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan." (Surah Yusuf ayat55)
Ternyatalah memang benar ayat Al-Quran di atas apabila bukti itu dapat
dilihat apabila sebahagian besar kawasan timur tengah akan menghadapi
kemarau 7 tahun berturut-turut. Lalu Nabi Yusuf mendapat kepercayaan
raja yang memerintah ketika itu untuk menyelesaikan masalah kemarau
panjang yang berlaku.
Dengan itu, bersungguh- sungguhlah Nabi Yusuf membangunkan
kota Fayyoum untuk menjadikan bandar ini kaya dengan sumber
makanan bagi negara Mesir dan sekitarnya.
Menjelangnya musim kemarau yang dahsyat selama 7 tahun, tidak
memberi kesan yang buruk terhadap Mesir yang telah mengumpulkan
bekalan makanan dari bandar Fayyoum yang subur atas arahan Nabi Yusuf.
Begitulah yang tercatat dalam Surah Yusuf.
Nama 'Fayyoum' sendiri berasal dari bahasa Koptik, yaitu bahasa
Mesir kuno yang sudah bercampur dengan bahasa Yunani: Phiom
atau Pa-youm yang bermakna danau atau laut.
Kerana di kawasan ini memang terdapat danau cukup besar yang
terbentuk sejak berabad silam. Danau itu memiliki ketinggian 45 meter
di bawah laut. Sehingga sulit menggunakan air danau untuk mengairi
kawasan yang lebih tinggi di sekitarnya.
Maka, disinilah kecerdikan Nabi Yusuf. Beliau mengalirkan air dari sungai Nil
yang berjarak sekitar 100 km ke danau itu.
Ada beberapa saluran air yang dialirkan ke daerah pertanian seluas 340.000 ha
di kota Fayoum. Untuk meratakan pengaliran airnya, Nabi Yusuf menggunakan
teknik kincir air.
Ada ratusan kincir air yang dipakai oleh penduduknya hingga sekarang. Salah
satunya adalah kincir raksasa yang diabadikan di tengah-tengah kota Fayoum,
dekat Saluran Utama yang dikenal sebagaiBahr Yusuf @ kanal Nabi Yusuf.
Lihatlah video diatas...
Ada bunyi azan ???
Biasanya bunyi2 seakan azan tak dapat didengari dengan audio video ini dan
video2 yang lain. Anda perlu pergi sendiri bersaksikan mata dan telinga anda,
tapi memang aku tak nafikan bahawa bunyi azan(bunyi seakan2 azan dari banyak
masjid azan secara serentak) payah lah aku nak explain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan