YANG MASIH PANAS...
Cara Mengajak Suami Berdakwah
Dalam kehidupan rumah tangga, kewajipan bersama yang menjadi keutamaan sepasang suami dan isteri adalah kewajipan berdakwah sebagaimana yang dicatatkan di dalam Al-Quran. “Dan orang-orang yang beriman laki-laki dan perempuan,sebagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang maaruf, dan mencegah yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah Maha perkasa maha bijaksana” [TMQ At Taubah(9):71] .
Selain secara fardiyah (individual), dakwah harus dilakukan secara berkelompok atau berjamaah “Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan umatyang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat maaruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”[TMQ Ali Imran (3): 104].
Adalah menjadi satu kebahagiaan yang sukar digambarkan apabila suami isteri bersama-sama melaksanakan kewajipan dakwah, apatah lagi berada di dalam satu jamaah dakwah yang sama. Suami isteri yang sama-sama mempelajari Islam dan melaksanakan dakwah akan saling menyokong antara satu sama lain dan sekaligus menjadi satu kumpulan dakwah kecil. Lantaran ittu, dengan pemikiran ideologis yang mereka miliki, tentangan dan cabaran terhadap dakwah bukanlah menjadi persoalan dan bukanlah satu bebanan besar bagi mereka.
Penglibatan sepasang suami dan isteri dalam satu jamaah/harakah dakwah memberi kelebihan yang tersendiri. Visi dan misi dakwah yang terpatri kuat di hati mereka membentuk persamaan dari sudut pemikiran dan perasaan sehingga terbentuknya persamaan dari segi sikap. Pengalaman menunjukkan bahawa suami isteri yang bergandingan dalam satu harakah akan saling menyokong antara satu sama lain.
Namun, bagaimanakah jika suami masih belum melakukan kewajipan menuntut ilmu, berdakwah dan melibatkan diri dengan jamaah dakwah (harakah)? Dalam situasi inilah, isteri perlu mengingatkan suami. Terdapat beberapa langkah penting dalam usaha mengajak suami untuk berdakwah;
Pertama: Berniat dengan kuat agar suami kita berjalan bersama di jalan dakwah.
Kedua: Mengkaji faktor yang menyebabkan suami belum mahu mengkaji Islam, berdakwah dan melibatkan diri dalam harakah; adakah kerana masih belum jelas tentang wajibnya berdakwah, atau disebabkan lemahnya keterikatan dengan perintah kewajipan berdakwah, atau bimbang dengan risiko yang bakal dihadapi dalam perjuangan, atau kerana langsung tidak mengambil peduli kewajipan berdakwah dan mementingkan aktiviti lain ataupun hal ini berlaku kerana faktor-faktor lain. Setelah mengenalpasti puncanya, isteri mestilah menyusun langkah dan mengatur strategi dalam menanganinya. Karakter suami dan gaya komunikasinya perlu difahami terlebih dahulu bagi mengenalpasti pendekatan yang tepat ketika memberi peringatan.
Ketiga: Memohon kepada Allah Subhanahu wa Taala. dengan penuh kesungguhan. Berdoa secara tulus, fokus dan istiqamah, InsyaAllah akan membuahkan hasil kerana Allah melihat kesungguhan kita. Tidak salah jika kita mengkhususkan doa memohon kepada Allah Subhanahu wa Taala. agar suami kita mengkaji Islam, berdakwah dan berjuang bersama dalam harakah yang sama dengan kita. Tentangan dakwah dimasa hadapan pasti akan semakin hebat. Justeru itu, kita memerlukan sokongan dan dorongan daripada orang-orang sekeliling, khususnya yang paling dekat iaitu suami. Keredhaan dan sokongannya menjadi perkara pokok dalam semua aktiviti kita.
Keempat: Menjelaskan dan menggambarkan kepada suami tentang hakikat hidup dan perjuangan. Oleh itu, pendekatan intensif harus dilakukan kepada suami dalam rangka untuk menguatkan akidahnya. Misalnya, sering membincangkan tentang siapa kita, dari mana kita berasal, untuk apa kita hidup di dunia dan ke mana kita akan kembali pulang. Kita adalah hamba Allah yang wajib bersyukur atas kurniaannya dengan cara taat menjalankan tugas dan kewajipanNya.
Kelima: Menjelaskan kepada suami bahawa dakwah adalah kewajipan seorang Muslim, sama seperti kewajipan menunaikan solat, zakat, haji dan kewajipan lain. Natijahnya, meninggalkan dakwah adalah berdosa. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. dan para sahabat menjadikan dakwah di jalan Allah sebagai aktiviti utama mereka. Fikiran mereka tercurah untuk berdakwah tidak kira di mana pun dan dalam apa jua keadaan. Dakwah adalah kunci kemuliaan hidup umat manusia. Tanpa dakwah, kebaikan hidup manusia tidak terjamin.
Keenam: Sering membincangkan setiap permasalahan yang dihadapi dan realiti apapun yang dilihat bersama. Berdoa kepada Allah setiap kali ingin memulakan perbincangan agar lisan kita dilancarkan, dada kita dilapangkan dan kalimat yang dituturkan mudah untuk difahami. Setiap perbincangan harus didasarkan penyelesaiannya dari sudut pandangan Islam. Misalnya, ketika sedang menonton televisyen, kita memberi pandangan, menganalisis masalah utamanya dan kemudian menjelaskan penyelesaian masalah dalam pemikiran Islam.
Jika suami meminta isteri untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum Islam, isteri tidak boleh membiarkannya. Kerana, Rasul Sallallahu Alaihi wa Sallam menyatakan, “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Allah.” Namun demikian, selama mana perintahnya yang lain yang tidak bertentangan dengan perintah Allah Subhanahu wa Taala, isteri wajib mentaati suaminya.
Isteri hendaklah selalu membincangkan tentang pendidikan anak-anak yang dilandaskan pada metode Islam, menentukan corak pendidikan dalam keluarga, memilih tempat pergaulan anak dengan masyarakat; membincangkan tempat mereka akan dibekalkan dengan ilmu yang lain; membincangkan juga corak hubungan dengan isteri, anak-anak dan dengan orang tua serta keluarga lainnya. Tiada satu pembicaraan pun yang terpesong dari tujuan mengingatkan dan mengajak suami untuk mengkaji Islam, berdakwah dan memperjuangkannya.
Ketujuh: Menjelaskan keunggulan pemikiran Islam yang dibawa harakahnya, bahawa harakahnya mempunyai konsep dan metode penerapan Islam yang khas. Konsep dan metode ini akan digunakan dalam menyelesaikan persoalan kehidupan. Menggambarkan pemikiran yang dibawa harakahnya bersifat ideologis; iaitu mendasar, menyeluruh dan sempurna; berkarakter komprehensif dan praktis. Dalam hal ini, cara isteri menjelaskan dan menggambarkan harus baik dan benar sehingga menyentuh akal dan perasaan suami. Kerana, sasarannya adalah agar suami, melibatkan diri dalam harakah bukan kerana rasa kasihan terhadap isterinya yang tidak jemu-jemu mengajaknya untuk berdakwah ataupun kerana perasaan cinta kepada isterinya. Penglibatan suami ke dalam harakah hendaklah didasarkan kepada keyakinan akalnya dan kepuasan jiwanya dengan pemikiran Islam yang dibawa oleh harakah. Penglibatan seseorang dalam harakah yang tidak didasarkan pada pemikirannya, tetapi kerana individu yang mengajaknya, tidak akan bertahan lama. Sedikit saja masalah yang dihadapi dalam perjuangan dakwah akan membuatkannya ragu bahkan goyah pendiriannya. Oleh itu, isteri yang menunjukkan jalan dakwah kepada suami dan mengajaknya melibatkan diri dalam harakah dakwah perlu mampu meyakinkan dan memuaskan akal dan jiwanya terhadap pemikiran Islam ideologis.
Kelapan: Meminta suami agar selain menjadi imam untuk solat berjamaah, turut memimpin tazkirah ringkas di rumah bersama anak-anak serta menyampaikan pemikiran Islam kepada keluarga. Isteri memberikan sokongan dengan menyediakan bahan-bahan yang akan disampaikan oleh suami dan membuat jadual rutin agar suami sentiasa bersedia mempersiapkan dirinya. Tambahan pula, jika suami merupakan seorang guru mengaji tetapi belum menjadi pendakwah maka isteri harus mengingatkannya untuk terus menambah wawasan dan pengetahuannya.
Kesembilan: Mengajak suami mengunjungi aktiviti-aktiviti dakwah seperti seminar, kempen dan sebagainya. Ini bertujuan untuk membentuk suasana semangat juang yang tinggi dan keyakinan yang kuat akan dekatnya pertolongan Allah Subhanahu wa Taala kepada umat Islam.
Demikian antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mewujudkan harapan sebuah keluarga yang melangkah bersama di jalan dakwah. Dalam hal ini, penglibatan suami isteri dalam dakwah wajib didasarkan atas niat beribadah kepada Allah, berlumba-lumba dalam kebaikan serta tolong-menolong dalam kebenaran dan ketakwaan.
Jika usaha kita dalam menjalankan langkah-langkah tersebut belum menunjukkan hasil, tentu saja kita tidak boleh berputus asa. Melakukan penilaian semula terhadap langkah-langkah yang telah diambil dan muhâsabah terhadap diri kita menjadi agenda berikutnya. Kemudian dari proses penilaian dan semakan itu akan dapat mencetuskan idea dan strategi baru untuk mengajak suami berada dalam perjuangan. Tentu saja permohonan kita kepada Allah Subhanahu wa Taala agar Dia memudahkan semua urusan kita selalu menyertai langkah yang kita lakukan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT
Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.
" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."
PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN
PERHATIAN !!!!!!
Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........
MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?
Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]
Sabda Rasulullah S.A.W:
Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Al - Hadis
DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).
KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
WAKTU SOLAT
Membangun Bersama Islam
Blog Archive
-
▼
2011
(647)
-
▼
Mac
(63)
- Adakah Amerika Akan Menyerang Iran ?
- Serangan AS & Sekutu ke Libya: Perang Salib Baru
- Pendapat KH Khalil Ridwan Tentang peranan wanita D...
- Perlukah Berdakwah Dengan Berbogel?
- Tripoli terus dibedil bagi malam ke 11
- [Kabar Gembira Bagi Bagi Kaum Ahlussunnah] Baca Tu...
- Kisah Nyata... (Cer-Pen) "cerita penting" [Ahli Ma...
- Cara Mengajak Suami Berdakwah
- Cantiknya bidadari syurga
- Tidak ada alasan bagimu meninggalkan dakwah
- Kaum Wahabi Di Atas Keyakinan Abu Jahal Dan Abu La...
- Sheikh Nuruddin Al Banjari Menjawab Isu Hadith Mus...
- TERKINI : TSUNAMI KE-2 JEPUN
- WANITA ISLAM DI MALAYSIA TIDAK WAJIB BERTUDUNG
- Kelebihan solat berjemaah
- SYARAT MUDAH MENJADI PENYOKONG UMNO.. DIA MESTILAH...
- Kali Ni Aku Sokong Dr Asri
- FATWA SONGSANG SALAHPI-WAHHABIY
- HADIS SAHIH
- Nak Hentikan Zina Ke Atau Pembuangan Bayi ?
- Nikah di masjid bukan amalan Rasulullah?
- Hukum Berakad Nikah Di Masjid
- Politik Malaysia menuju era politik lucah!
- Peserta ratu cantik beragama Islam terima ancaman ...
- Liga Arab ubah pendirian
- Hati-Hatilah Wahai Wanita
- Body Artis Terlalu Murah
- Pemerhati Barat fokus senjata kimia Libya
- Reaktor Satu loji ditutup
- Kecam campur tangan
- Lebih 110 roket Tomahawk dibedil ke Libya
- Pesanan Ustaz Harry Moekti ( bekas artis indon )
- Ucapan dari Para ulama usaha dakwah pada ijtima to...
- Biografi Maulana In'aamul Hasan Khandahlawi Rahmat...
- Azab Tidak Menutup Aurat
- Bagaimana Suasana Di Alam Kubur ?
- AL-ALBANY MENGKAFIRKAN IMAM BUKHARY
- Banjir paling buruk di Australia
- Pengalaman Bersama Ustaz PAS
- Suhbat Bersama Maulana In’amul Hassan Kandahlawi rah.
- Hiburan Malaysia yang semakin panas....
- SUAMI CURANG DENGAN ANAK SENDIRI
- HUKUM UCAP “SAYANG” KEPADA BUKAN MAHRAM
- Anuar Zain Bangga Dan Peminat Yang Bodoh......
- Artis Semakin Gila......
- Isu-isu besar di sekitar Hari Wanita Sedunia
- Hari Wanita: Kembali kepada syariah Islam
- MARI KITA TOLAK HIBURAN YANG MELALAIKAN ! JAKIM AD...
- Apabila Rosyam Noor 'dibelasah' Ustaz zawawi....
- Beginikah realiti kehidupan artis kita?
- Program Realiti TV - Perlu Di Haramkan
- Terkini : Hukum ASB dan ASN
- Amalan Sedekah
- Bila Ajal Mu Datang
- Artis Wanita Kepala Botak, Hodoh Gileee.....
- Rebecca Nur Al-Islam amat Memalukan?
- Israel mula gelabah saksi revolusi dunia Arab
- Artis Memang Jahil Dalam Agama
- Mohsen Namjoo – Konsert tidak diluluskan Kerana Hi...
- (Panas) Isu Halimah Jongang dan Fatimah Juling men...
- :: HUKUM PENDAPATAN SEBAGAI PENYANYI DAN MODEL ::
- Kedegilan pemimpin Libya bakal buka pintu kepada p...
- Iran tutup masjid Ahli Sunnah dan tangkap Imam Sunni
-
▼
Mac
(63)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan