YANG MASIH PANAS...

Program Realiti TV - Perlu Di Haramkan

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Program realiti TV sejak mutahir ini menjadi semakin popular di kalangan rakyat Malaysia, di antara rancang yang popular adalah Akademi Fantasia yang menggunakan format sebuah program televisyen popular dari Mexico, La Academia dan Mencari Cinta berdasarkan program Bachelor Lorette, Malaysian Idol merupakan copy-cat dari rancangan American Idol. Di samping program ini berjaya merekrut bakat-bakat baru dalam bidang hiburan, industri ini juga mendapat keuntungan lumayan dari undian SMS dari penonton di rumah. Yang menariknya rancang masak-memasak pun telah mengorak langkah yang sama, di mana makcik-makcik dan kakak yang hendak memasak pun sudah pandai menari sambil menyayi. Mungkin pantang-larang dahulu tentang menyanyi di dapur nanti lambat dapat suami, sudah tidak ada ertinya bagi generasi SMS ini.

Kerajaan nampaknya memandang serius kemunculan rancangan-rancangan hiburan realiti di stesen-stesen televisyen yang dikhuatiri boleh mengancam budaya masyarakat Timur dan meruntuhkan akhlak rakyat. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan stesen-stesen televisyen tempatan supaya tidak terlalu didorong oleh pertimbangan komersial dan pasaran semata-mata sehingga mengabaikan soal etika dan moral rakyat. ``Kita tidak perlu mengikut budaya Barat secara membuta tuli termasuk mencedok secara bulat-bulat rancangan seperti Mencari Cinta, Mentor dan Akademi Fantasia yang adegan-adegannya melencong daripada kebiasaan dan adat resam budaya orang Timur,'' katanya. Ini merupakan pendirian rasmi pertama kerajaan berhubung rancangan hiburan realiti yang kini sudah menjadi trend di kalangan stesen-stesen televisyen swasta di negara ini. Kebanyakan rancangan realiti tempatan itu dicedok konsepnya dari luar negara. [Utusan Malaysia 2.08.2005].

Setakat mana keseriusan kerajaan untuk menangani masalah ini dapat dibaca dari petikan dari Akhbar Utusan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tegurannya terhadap program hiburan realiti yang disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan bukan bermaksud beliau mahukan rancangan seperti itu dikurang atau dihentikan. Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri mahu rancangan seperti itu diolah dengan cara yang sesuai mengikut nilai dan cita rasa negara. Ini kerana beliau menyedari program hiburan realiti seperti itu mempunyai ramai pengikut dan pertimbangan komersial yang besar. "Tetapi mereka mesti juga mengambil kira hasrat kita, untuk membina sebuah negara, bangsa, yang sesuai dengan cita rasa kita, mengikut kehendak kita, ikut acuan kita sendiri,'' katanya. [Utusan Malaysia 3.08.2005]

SN pada kali ini ingin mengajak pembaca yang bijaksana kembali melihat bagaimana perspektif Realiti TV ini berasaskan panduan Illahi, bukannya berasaskan hukuman selain dari hukum Allah yang boleh menjerumuskan kita ke kancah kehidupan yang sempit di dunia dan mengheret ke Neraka. Allah Subhanawa Ta'ala dengan berfirman dalam Al-Quran "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". [TMQ Thaha, 20:124]

Tuntutan dari ayat ini adalah wajib kepada kita untuk senantiasa menjadikan Al-Quran dan petunjuk Allah sebagai neraca dalam melakukan amalan, kerana dalam ayat ini ada zam (celaan) dan petunjuk di humban ke neraka. Mengikut kaedah usul bila ada ancaman azab di akhirat kelak dan celaan di dunia dari Allah maka hukumnya adalah jatuh haram, iaitu haram sama sekali untuk membelakangkan Al-Quran dalam membuat keputusan. SN akan mengupas isu ini dalam 3 aspek iaitu; larangan menyerupai sesuatu kaum dan adanya unsur maksiat, kayu ukur perbuatan dan tugas pemerintah melaksanakan hukum syarak.

Pertama : Larangan menyerupai orang kafir

Rasulullah saw bersabda dengan jelas sekali bahawa umat Islam dilarang untuk meyerupai kaum Kafir Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Rasulullah melarang kita dari mengikuti jejak langkah Yahudi dan Kristian dan mencela sesiapa sahaja yang mengikuti cara hidup mereka, meniru kebiasaan mereka, tradisi dan lambang mereka. Ini adalah dalil yang tersirat bahawa larangan mengikut jejak langkah mereka oleh kaum Muslimin. Syariah menekankan lagi pengharaman ini dengan menerangkan bahawa barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka mereka adalah seorang dari kalangan mereka. Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam bersabda,

"Barang siapa menyerupai satu kaum maka mereka adalah dari mereka." [Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud.]

Dalam perbincangan meniru adat kebiasaan kaum lain, ulama mengklasifikasikan dua ciri utama dalam mengkategorikan kita meniru atau tidak sesuatu kaum adalah; Pertama: melakukan amalan yang sama dengan perbuatan sesuatu kaum tersebut. Kedua: adanya qasad (niat) untuk meniru kaum tersebut. Bukan sahaja program realiti TV ini meniru bulat-bulat rancangan tersebut malahan ada unsur percampuran/ikhitlat lelaki dan perempuan, berpeluk-pelukan antara sesama perserta dan sebagainya. Semuanya bersumberkan dari budaya barat, yang mana haram diikuti kerana umat Isla dilarang sama sekali mengambil budaya Barat.

Kedua: Budaya Timur sebagai kayu ukur perasaan dan perbuatan kita?

Di dalam mengorak langkah untuk menilai sesuatu perbuatan adakah perbuatan tersebut boleh dilakukan maka perlu diperjelaskan terlebih dahulu apakah standard/piawaian yang ingin digunakan untuk menilai sesuatu perbuatan tersebut, berdasarkan apakah rasa suka dan tidak suka kita kepada satu rancangan atau program TV. Ramai umat Islam hari ini tersalah arah bila mereka cuba menggambarkan sesuatu program baik atau tidak baik, mereka lebih suka menjadikan budaya timur sebagai paiwaian buruk dan baiknya sesuatu perkara. Sentimen bencikan barat dan sukakan budaya timur sentiasa dijadikan hujah untuk menjustifikasi sesuatu tindakan, walaupun agak sukar kepada kita untuk mendefinisikan dengan jelas apa itu 'budaya Timur' itu di kalangan umat Islam. Namun bagi umat Islam ada nas yang jelas menerangkan bahawa perasaan suka atau tidak suka perlu kita aturkan adalah sesuai dengan pembawaan Rasul bukannya dengan budaya masyarakat Timur. Hadis Nabi sallallahualaiwasalam

"Tidak beriman seseorang kamu sehingga keinginannya sesuai dengan apa yang aku datangkan" [Hadis riwayat Muslim.]

Perlu diingatkan bahawa budaya Islamlah yang sepatutnya menggerakkan kita untuk menilai samada sesuatu itu baik atau buruk, bukan kerana ianya budaya barat atau budaya timur. Rasa benci dan suka, kepada sesuatu program TV hendaklah dilihat dari aspek bercangggah atau tidak dengan ajaran Islam.

Manakala dari segi piawaian perbuatan, umat Islam hendaklah menjadikan hukum syarak sebagai tolak ukurnya sesuai dengan perintah Allah subahanawata'ala. Setiap Muslim yang mukkallaf wajib terikat dengan hukum syarak dalam setiap perbuatan yang dilakukannya, dan tidak boleh melakukan satu perbuatannya dalam statusnya sebagai hamba Allah menyalahi seruah Ilahi. Syeikh Abdul Qadim Zallum menerangkan bahawa mengikat diri dengan hukum Islam adalah natijah dari keimanan [Mitsaqul Ummah, ms9], oleh sebab itu Allah Subahanawata'ala berfirman

"Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya." [TMQ Annisa', 4:65]

Dan Firmannya lagi;

"Apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya" [TMQ Al-Hasyr, 59:7]

Jadi untuk mengukur program realiti TV tersebut adakah kita suka atau tidak rancangannya, ataupun boleh atau tidak diteruskannya maka hendaklah hukum syarak dijadikan paiwaianya dan emosi kita mestilah sesuai dengan ajaran Islam.

Ketiga: Tugas Pemerintah Islam

Negara adalah badan pelaksana (kiyan tanfizi), jadi jelas sekali bahawa tugas pemimpin Islam adalah menjaga umat dari terpesong kekancah maksiat, pergaulan bebas, meniru gaya hidup Barat yang jelas bercanggah dengan Islam. Negara perlu mencegah rancangan-rancangan TV yang bercanggah dengan hukum syarak, yang membenarkan pergaulan bebas (Ikhtilath). Tidak cukup dengan sekadar memberi teguran, bahkan Negara perlu melaksanakan sistem uqubat kepada kesalahan ini. Imam adalah pemelihara, maka merekalah yang akan menjaga kaum Muslimin suapaya tidak terjerumus ke dalam masyarakat. Manakala parti politik atau jemaah Islam bertindak melakukan "check and balance" (muhasabah) kepada negara, bila negara tidak melaksanakan syariat. Kekadang berlaku kepelikan, betapa pemandu kereta yang tidak memakai tali pinggang keledar akan disaman, yang mana dia cuma membahayakan dirinya sendiri apabila berlaku kemalangan. Namun hakikatnya ada rancangan yang lebih merbahaya yang akan menyeret anak bangsa kita ke lembah maksiat di pandang sepi oleh negara, tidak terhad kepada program realiti TV sahaja. Banyak rancangan TV yang tidak sesuai dengan kehendak syarak juga perlu 'ditegur' oleh pemerintah.

Kesimpulan

Program realiti TV sebenarnya meniru budaya bangsa lain sedangkan Islam melarang umatnya meniru budaya sesuatu kaum di samping perbuatan meniru ini , rancangan ini juga mengandungi unsur-unsur maksiat, pergualan bebas, berpeluk-pelukan lelaki dan wanita di atas pentas, sistem pergaulan sosial yang bercanggah dengan Islam. Sebuah catatan penting bahawa piawaian boleh atau tidak sesuatu rancangan TV janganlah nisbahkan kepada budaya tempatan, tapi yang menjadi kayu ukur sebenar adalah hukum syarak, hanya budaya (hadharah) Islam piawaian sejati kita. Adalah salah bila mengatakan sesuatu rancangan ini tidak sesuai dengan budaya kita iaitu budaya timur, tapi yang perlu kita katakan bahawa rancangan itu bercanggah dengan hukum syarak. Tugas negara adalah menguatkuasakan hukum syarak, bukan sekadar menegur rancangan tersebut, namun tugasnya lebih jauh lagi iaitu memastikan rancangan yang bercanggah dengan hukum syarak tidak muncul di khalayak ramai. Sepatutnya pemimpin berpegang kepada slogan ini: "Kami adalah hakim (pemerintah) yang bertugas untuk menghukum" bukan sekadar tegas dengan kesalahan trafik sahaja.

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan oleh Allah!, kita adalah sebaik-baik bangsa yang dikeluarkan oleh Allah untuk manusia, kenapa kita mesti meniru budaya bangsa lain, bermula dari aspek pemerintahan, ekonomi, sosial, polisi luar negara dan pendidikan semuanya kita tiru bulat-bulat dari sistem Barat, hatta rancangan TV pun. Umat terbaik inilah sepatutnya yang contoh untuk ditiru, bukannya peniru, ataukah kita ini umat terbaik tiruan, bukan umat terbaik sebenar kenapa? Belum tibakah masanya lagi untuk kita sama-sama mengorak langkah melakukan amar makruf nahi mungkar, melakukan perubahan sejati dengan melaksanakan hukum Allah di bumi ini?.

1 ulasan:

  1. apakah hukum hadiah yang mereka terima? dan kenapa dikatakan hukum sedemikian?

    BalasPadam

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me

Blog Archive


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate