YANG MASIH PANAS...

Kerajaan Semakin Terdesak Sehingga Menggunakan Mimbar Jumaat Untuk Menghapuskan BERSIH2.0

Keunggulan Islam di Malaysia akan tercemar jika umat Islam tidak bangkit untuk menolak penggunaan masjid bagi mencapai agenda politik parti pemerintah.

Penggunaan khutbah Jumaat untuk menfitnah penganjur dan peserta BERSIH 2.0 harus dibidas oleh seluruh umat Islam; tidak kira mereka di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terpaksa mendengar khutbah itu sebelum menunaikan solat Jumaat semalam.

Selama ini, masjid tidak pernah diheret secara langsung dalam sesuatu pertikaian politik yang melibatkan agenda Umno, PAS mahupun PKR.

Campurtangan bingkas pihak Istana juga diharap dapat memastikan tidak ada pihak yang memperalatkan kesucian masjid untuk mencari kemenangan di kotak undi.

Bagaimanapun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menukar segala sifir itu semalam apabila mengarahkan semua masjid di ibu negara dan Putrajaya membacakan Khutbah Jumaat bertajuk “Memelihara Nikmat Keamanan.”

Tidak ada masalah dengan tajuk sebegitu namun intipati khutbah itu yang dipertikaikan. Ia disulami dengan tuduhan dan tohmahan bersabit BERSIH 2.0 walaupun perhimpunan itu belum pun berlaku.

Berikut dua petikan daripada Khutbah yang dimaksudkan:

“Mutakhir ini kita dibimbangi oleh gerakan pelampau yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. Golongan ini pada asasnya memperjuangkan kepentingan individu atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti dan kepentingan awam. “

Dosa besar

“Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram. Mereka akan berarak ke hulu- hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara, malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan.”

JAWI melakukan dosa besar dalam membuat tuduhan melulu terhadap BERSIH dalam keghairahan menyokong usaha pemerintah untuk membatalkan perhimpunan itu.

Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh JAWI adalah tanpa bukti dan boleh diibaratkan rekayasa untuk disebarkan menerusi masjid-masjid supaya umat Islam menolak BERSIH.

Apakah JAWI dianugerahkan “kuasa ajaib” untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada 9 Julai?

Atau, adakah JAWI sekadar ikut telunjuk Umno dan memomok-momokkan apa yang disebut oleh pemimpin parti itu yang kemudian diulang oleh polis dan media arus perdana?

Bukankah JAWI sepatutnya membuat penilaian sendiri terhadap BERSIH 2.0 secara objektif dan mengambil kira nas-nas Islam sebelum mengeluarkan khutbah mengupas agenda BERSIH secara jujur?

Malangnya, ini tidak dilakukan. Sebaliknya, teks ucapan khutbah Jumaat JAWI mengenai BERSIH 2.0 tidak ubah seperti membaca Utusan Malaysia atau mendengar pengumuman polis menerusi TV3.

Pengkhianat Islam sebenar

Selain membuat tuduhan-tuduhan yang disebut di atas, khutbah Jumaat JAWI semalam juga mendakwa golongan “pelampau” BERSIH meniru tindakan keganasan yang berlaku di negara asing bagi menekan dan mengugut pemerintah dalam memenuhi tuntutan mereka.

“Mimbar ingin menegaskan tindakan golongan “PENGKHIANAT” seperti ini merupakan satu tindakan yang zalim dan haram bagi umat Islam mengikutinya kerana cara ini sebenarnya satu tindakan yang boleh mencampakkan manusia itu di dalam kebinasaan serta mendatangkan keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada masyarakat.”

Untuk maklumat JAWI, beberapa maklumat asas mengenai BERSIH 2.0 adalah seperti berikut:

1. Ia dianjurkan oleh 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) namun disokong oleh parti-parti politik yang mahukan sebuah Suruhanjaya Pilihan Raya yang berwibawa dan sistem pilihan raya yang adil dan telus.

2. Semua pemimpinnya, termasuk pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Zaid Kamaruddin daripada Jemaah Islah Malaysia (JIM) memberi jaminan perhimpunan itu sebuah tuntutan masyarakat sivil yang aman.

3. Lima ribu sukaralewan akan bertugas untuk memastikan perhimpunan berlangsung secara aman dan teratur. Pasukan-pasukan peguam dan doktor juga disediakan untuk menangani sebarang keadaan.

Kerjasama polis

Apa yang diperlukan ialah kerjasama polis untuk memastikan tidak berlaku kesesakan lalu lintas dan sebarang masalah lain yang berbangkit.

Sebaliknya, polis sudah pun mengharamkan gerakan ini, menangkap lebih 100 orang dan “mengecap” perhimpunan BERSIH sebagai usaha menghidupkan fahaman komunis, malah di dalangi oleh agen asing!

Hanya Tuhan sahaja tahu apa yang akan dilakukan oleh polis pada 9 Julai ini. JAWI bagaimanapun sudah pun menjangka peserta BERSIH akan bertindak ganas dan sanggup mencederakan pasukan keselamatan!

Hari ini pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba membakar sentimen keagamaan oleh Melayu apabila mendakwa Ambiga adalah musuh Islam kerana terbabit dalam kes Lina Joy.

Hanya Najib boleh menjawab bagaimana tindakan Ambiga membela Lina Joy boleh membahayakan Islam dan dasar 1Malaysia yang dibawanya.

Begitu juga JAWI harus menjelaskan bagaimana martabat dan syiar Islam boleh dipertingkatkan menerusi tuduhan dan tohmahan tidak berasas terhadap penganjur dan peserta BERSIH.

Jika khutbah Jumaat tajaan JAWI semalam dibiarkan berlalu begitu sahaja, maka ia akan membuka pintu untuk Umno selaku pemerintah memperalatkan masjid setiap kali parti itu dalam keadaan terdesak untuk memenuhi agenda politiknya.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

sumber : MALAYSIAKINI

1 ulasan:

  1. Bersih agenda orang kafir untuk menumbangkan melayu Islam um no

    BalasPadam

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT

Membangun Bersama Islam

Blog Archive


"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikut Melalui Email

Translate